Ini 18 pencuci muka safi untuk kulit cantik! Cuci sungguh-sungguh

Pencuci muka safi untuk kulit wanita dan lelaki

Hari ini Mama nak buat review tentang pencuci muka Safi yang terdapat di pasaran.

Selalunya Mama akan lihat pencuci muka di farmasi seperti Watson & Guardian untuk bandingkan harga.


Safi memang ada mengeluarkan banyak jenis pencuci muka untuk pelbagai kegunaan di rumah.


Kebanyakannya khas untuk wanita macam kita. Dan ada juga pencuci muka safi untuk lelaki (Walaupun tak banyak)


Di bawah ini Mama senaraikan pencuci muka safi yang boleh di beli & kegunaannya.

Siapa cakap pencuci muka Safi tak bagus? Teruskan membaca sampai habis untuk memilih cleanser terbaik!





OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna (Untuk Kulit Wajah Normal)

Saiz Pek terdapat dalam pilihan: 50g & 100g.

Harga biasa di pasaran  : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna




Fungsi Pembersih Muka OxyWhite Pembersih Muka Cerah Sempurna

Setiap hari, kulit kita terdedah dengan persekitaran yang tercemar. Semua aktiviti dan pendedahan kepada persekitaran ini menjadi punca kulit kotor, kusam, dengan tona tidak sekata dan menyebabkan kulit kelihatan tidak bermaya. 

Pencuci muka Oxywhite di formulasi dengan teknologi mikro Buih yang mewah berkrim sangat bagus untuk menyelamatkan kulit kita di rumah & di pejabat.

Mama pun sediakan pencuci muka khas di pejabat. Setiap kali sebelum solat & ambil wudhu, basuh solekan supaya tak menghalang air sampai ke kulit.

Sambil tu bantu kita kembali segar & bersemangat bekerja di pejabat.

Ia mampu bertindak membersih jauh sehingga ke dalam liang roma & menghilangkan kotoran dari peluh, persekitaran dan juga solekan.

Sambil mengekalkan kelembapan di dalam kulit supaya kulit nampak lembap & tidak kelihatan kering.

Sebab itu ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. 

OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 Dalam 1 

Ada 2 pilihan


1. SAFI BALQIS Oxywhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1 pH Seimbang. (Pencuci Muka tanpa sabun)

Zaman sekarang ni, semua orang sibuk dengan kehidupan seharian shingga kurang peka dengan kesihatan kulit muka.

Ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya.

Pencuci muka safi oxywhite 2 dalam 1 ini menggabungkan kebaikan pembersih & penyegar di dalam 1 produk.


Senang dan jimat masa kan.
SAFI BALQIS Oxywhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1


Ia akan membersih kulit kita secara mendalam dan mengecilkan liang liang roma. 

Selalunya selepas cuci muka perlu pakai toner untuk kecilkan pori, tapi dengan gunakan produk ini tak perlu pakai toner lagi.

Manik Mikro di dalam pembersih & penyegar 2 dalam 1 ini mengandungi minyak bunga matahari dan Vitamin E untuk antioksida yang melindungi kulit kita dari persekitaran. 

Bagi mereka yang alah dengan sabun atau baru saja menjalani rawatan laser, sesuai gunakan pencuci muka safi ini kerana di formulasi khas tanpa sabun .

Kekalkan kelembapan dan kawal pH kulit dengan mudah.



2. SAFI BALQIS Oxywhite Pembersih & Penyegar kawalan Minyak & Jerawat 2 dalam 1 (Khas untuk kulit berminyak & berjerawat)

Ada dari kita mempunyai kulit yang berminyak walaupun dah selalu di cuci.

Memang merisaukan, sebab kulit berminyak mudah mengalami pori tersumbat & menyebabkan jerawat.

Bukan jerawat kecil kecil tau, jerawat batu pun naik.
SAFI BALQIS Oxywhite Pembersih & Penyegar kawalan Minyak & Jerawat 2 dalam 1


Ini diburukkan lagi dengan kotoran daripada udara yang tercemar. Kulit menjadi lebih berminyak dan mudah berjerawat.

Kulit jenis berminyak memang tanda jerawat mudah naik.

Jika kita mengalami masalah kulit yang sangat berminyak, boleh Kawal pengeluaran minyak & jerawat menggunakan SAFI BALQIS OxyWhite 2 dalam 1 botol oren.

Pencuci muka 2 dalam 1 ini akan membersih secara mendalam & mengecilkan liang roma supaya dapat mengurangkan pengeluaran minyak.


Produk ini mengandungi manik manik kecil Tea Tree Oil sebagai antioksida yang melindungi kulit. 

Pencuci ini juga mengandungi Zinc Micro Minerals untuk mengawal sebum & mencegah pembentukkan jerawat batu yang sangat tidak disukai wanita. 

Setiap kali kita mencuci muka dengan produk ini, ia akan membantu membersihkan kulit sehingga bebas daripada kotoran dan minyak supaya tidak tersumbat.
Pencuci muka seterusnya di reka khusus untuk remaja. Apakah keistimewaannya?

Pencuci Muka Safi Fruity Fresh Mencerah Pembersih Muka Gadis 12 tahun ke atas!

Kulit remaja memang banyak masalah jerawat. Maklumlah, semasa usia ini kita mengalami perubahan hormon yang menyebabkan kulit jadi berminyak.

Dan minyak berlebihan ini jika tidak di kawal dengan baik menggunakan skincare yang sesuai akan menyebabkan liang roma tersumbat.

Jadi, penting untuk anak anak gadis remaja kita menggunakan produk pencuci muka yang sesuai seperti Safi Fruity Fresh.



Ini adalah pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit terutama untuk remaja perempuan. 

Maklumlah, remaja sedang membesar. Aktif bersukan, pergi melancong & makanan pun banyak ambil yang segera saja. Selain banyak gula & garam.

Tak kiralah di rumah atau di luar. Makanan ini juga berminyak & dipenuhi hormon yang mengganggu fungsi badan. 

Kesannya, kulit pun jadi berminyak sama. Budak budak sekarang mana nak amalkan pantang kan.

SAFI Fruity Fresh Gel Pembersih Muka mempunyai tekstur yang lembut dengan teknologi manik mikro yang selamat untuk pembersihan yang mendalam untuk kulit muda.

Ia juga dirumus khas dengan 100% Fruit Active untuk menyediakan pembersihan yang berkesan dan semula jadi. Jadi rasa kegembiraan kulit segar dan bertenaga dengan SAFI Fruity Fresh

Bau buah buahan yang menyegarkan dengan kelebihannya mencuci kulit remaja yang berminyak menjadi sihat & bersih membuatkan kita ternanti nanti sesi cucian muka seterusnya.

Pencuci muka ini mempunyai rumusan 100% buahan aktif untuk membersih & mencerah untuk penjagaan lengkap pada kulit wajah! 


Kebaikan Safi Fruity Fresh untuk kulit remaja:
  • Kulit lembut
  • Bebas minyak
  • Menyegarkan semula kulit
  • Pembersihan dalam
  • Mudah untuk dibilas

Terdapat 3 pilihan, seperti dalam gambar di atas.
  1. Safi Fruity Fresh Lemon. Pilihan terbaik untuk Membersih & Mencerah.

    Gel Pencuci Muka SAFI Fruity Fresh Lemon sesuai digunakan untuk mencerah wajah. Terdedah kepada sinaran matahari setiap hari boleh membuatkan kulit kelihatan lebih gelap.

    Gunakan produk ini untuk mencerahkan & membersih kulit dengan mendalam.

    Kombinasi gel dan teknologi manik mikro lemon akan meliputi kulit & menyebarkan vitamin C yang sangat bagus untuk kecantikan. Senyum pun nampak manis.

    Membantu mencerah kulit menaikkan seri wajah.

     
  2. Safi Fruity Fresh Strawberi. Pilihan terbaik untuk Membersih & Mengawal Minyak.

    Pembersih dengan bauan strawberi ini membantu mengawal minyak & membersih kulit dengan mendalam.

    Teknologi manik mikro & gel strawberi akan meliputi permukaan kulit & menyebarkan Asid Salicylic untuk mengawal minyak di muka dengan berkesan.
     
  3. Safi Fruity Fresh Anggur. Pilihan terbaik untuk Membersih & Menyegar.

    Pencuci muka gel SAFI Fruity Fresh Anggur membantu menyegar & menanggalkan sel kulit mati dengan berkesan.

    Di samping membersih jauh ke dalam kulit.

    Kombinasi gel dan manik mikro anggur memberikan tekstur lebih padat untuk menanggalkan kulit mati & kotoran dengan lebih mendalam.

    Menjadikan kulit tampil bersih berseri.

Pencuci Muka Safi Diperkayakan Dengan Habbatus Sauda

Kalau sebut tentang habbatus sauda, memang ramai tahu kebaikannya.

Dalam hadis nabi juga ada sebut, tapi biarlah pemahaman kita tepat dengan maksud asalnya.

Khasiat jintan hitam atau habbatus sauda telah banyak di kaji melalui sains moden.

Dan antara produk yang menggunakan kebaikan yang terdapat dalam habbatus sauda ialah pembersih muka safi.

Ini kerana habbatus sauda mempunyai banyak nutrien yang bermanfaat untuk  kesihatan kulit.

Pencuci muka safi dengan habbatus sauda ini ada beberapa formulasi untuk kegunaan berbeza.

Anggaran harga ialah RM10.71 bagi saiz 100G.

3 jenis tersebut adalah seperti berikut.


1. Pembersih Muka Mengecilkan Pori Sari Mentimun & Habbatus Sauda (Pore Tightening Facial Cleanser With Cucumber Extract & Habbatus Sauda)

Variasi pertama pencuci muka sari gamat ini adalah pada campuran pati timun.

Timun memang di gunakan oleh ramai orang untuk kecantikan, nikmat pinjaman ilahi. Selalu kalau di spa, timun akan di letakkan di kawasan mata.
Pencuci Muka Safi sari mentimun habbatus sauda

Inilah dia rupanya pencuci muka safi timun.

Kelebihan pembersih muka dengan formulasi sari timun dan gamat ialah mampu bersihkan kotoran pada kulit kita dengan mendalam. 

Tambahan lagi, khasiatnya untuk menghalus dan menyegarkan kulit yang seharian terdedah kepada pencemaran alam sekitar.

Dengan menggunakan pencuci muka ini, kita menolong melindungi kulit dengan khasiat dan bahan anti bakteria supaya kulit jadi lebih jelita.

2. Pembersih Muka Anti Jerawat Sari Gamat & Habbatus Sauda (Anti-Acne Facial Cleanser With Gamat Extract & Habbatus Sauda)

Bagi wanita yang mempunyai masalah kulit berjerawat, mungkin kerana kulit jenis berminyak.

Atau juga kita ni jenis kuat berpeluh.

Ini adalah pencuci muka yang sesuai untuk kita.
Pencuci Muka Safi Pembersih Muka Sari Gamat habbatus sauda


Gamat adalah sejenis timun laut yang banyak khasiatnya. Hehe, tadi sebelum ni kita pakai timun darat. Yang ni kita pakai timun laut pula.

Kebaikan pencuci muka campuran sari gamat & habbatus sauda kepada kulit kita ialah ia mampu membersihkan kotoran dan sebum yang menjadi punca jerat.

Di samping itu memberikan kulit kita khasiat yang diperlukan untuk sihat & melindunginya dengan bahan antibakteria (Bakteria di dalam liang roma boleh menyebabkan jerawat). 

Cuba cuci muka kita 2 kali seharai dengan pencuci muka ini untuk kawalan minyak & jerawat. Nak tahu lebih lanjut tentang khasiat habbatus sauda & gamat dalam pencuci muka anti jerawat safi ini? Baca disini!


3. Pembersih Muka Mencerah & Melembap Sari Susu Manggis & Habbatus Sauda. (Brightening & Moisturising Facial Cleanser With Mangosteen Milk Extract & Habbatus Sauda)

Raja buah durian sesuai di makan dengan ratu buah iaitu manggis. Manggis ni ada banyak khasiat untuk kesihatan.

Selain tu, kulitnya yang berwarna ungu sangat kaya dengan antioksidan.

Dan warna ungu sendiri adalah warna raja raja & permaisuri.
Pencuci Muka Safi sari susu manggis habbatus sauda


Formulasi pembersih muka safi dengan sari manggis dan habbatus sauda ini akan membersihkan kulit wajah dengan lembut.

Dan akan mengekalkan kelembapan kulit supaya tidak menjadi kering kusam tidak bermaya. 

Ia juga mampu mencerahkan kulit, sangat sesuai di pakai sekiranya kita sering terdedah kepada cahaya matahari. Ataupun jenis kulit kita kering & kurang lembapan. 
Nak tahu tentang manfaat menggunakan cleanser ini? Baca kelebihan menggunakan pencuci muka safi manggis disini.

Pencuci Muka Safi Balqis Perfect 10 (Sesuai untuk kulit minyak berjerawat)

Pencuci muka seterusnya keluaran safi ialah pembersih muka perfect 10. Pencuci ini sangat bagus untuk kulit berminyak.

Respon dari pengguna yang mempunyai kulit berminyak mengatakan, kulit muka terasa lembut & bebas dari minyak selepas menggunakannya.

Tapi, kalau kita mempunyai kulit jenis normal & kering. Mama tak sarankan untuk mencuba Safi perfect 10 sebab nanti kulit muka kita jadi terlebih kering kerana kehilangan lembapan.
Pencuci Muka Safi perfect 10


Harga di pasaran sekitar RM12.30 untuk 1 tube seberat 100g seperti dalam gambar di atas.

Pembersih wajah ini dapat mencuci segala kotoran yang melekat di muka sehingga bersih & boleh juga mencerahkan tona kulit jika digunakan dengan konsisten.

Buih buih sabun dari Safi perfect 10 akan membersih kulit muka dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi.

Kulit yang kering akan kelihatan kusam, tak cantik.

Mama cadangkan untuk kita picit lebih kurang 1 cm sahaja du tapak tangan setiap kali pakai.

Tambahkan air sedikit & gosok sehingga berbuih.

Urutkan dengan lembut di sekitar muka & bilas dengan air sehingga bersih.


Pencuci Muka Safi Fair Beauty  (Sesuai untuk mencerahkan kulit)

Pencuci muka safi fair beauty ni dah agak lama di keluarkan dan masih ada di pasaran. Seingat mama sekitar tahun 2013.

Harga 1 tube pencuci fair beauty untuk berat 50g sekitar RM6.04.

Pencuci Muka Safi Fair Beauty


Antara penyebab utama pengguna pencuci muka ini menggunakannya ialah kerana ayat ayat dari pengeluarnya yang mengatakan kulit boleh jadi 8 kali lebih cerah dalam sekelip mata.

Pada Mama, kulit yang tak putih pun masih cantik, tapi definisi cantik kan berbeza untuk setiap orang.


Kemampuan pencuci ini untuk mencerahkan kulit muka datang dari kombinasi ekstrak buah citrus asli AHA Semulajadi, Vitamin B3 & perlindungan dari sinaran matahari UV  yang di percayai mampu menghalang kesan pembentukan melanin punca kulit gelap.

Gabungan ini dapat membantu melembap dan memulih sel untuk membuatkan kulit lebih cerah.


Basuh muka kita setiap hari untuk bersihkan sisa kotoran yang melekat di wajah sambil melembap, melembut serta mencerahkan kulit dari dalam.



Pencuci Muka Safi Rania Gold (Membersih & Melembap Secara Mendalam)

Dalam banyak banyak skincare keluaran Safi, rangkaian Safi Rania gold adalah yang paling mahal.

Mana taknya, dalam pecuci muka safi rania gold sendiri ada di masukkan serbuk mutiara. 

Pencuci Muka Safi Rania Gold


Pembersih wajah lembapan mendalam Safi Rania Gold diperkayakan dengan bahan bahan berkhasiat untuk kulit seperti Nano Gold 24K, madu & royal jelly.


Selamat digunakan kulit sensitif kerana di formulasikan Bebas Sabun, SLS, SLES & Paraben.


Kaya dengan Asid Amino, vitamin dan mineral untuk mengekal lembapan, meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit untuk pembaharuan kulit.

Harga pencuci ini di pasaran adalah anggaran RM19.23 untuk 1 tube 150ml.


Pencuci muka rania gold ini akan membersihkan kulit kita dari debu, kotoran, solekan & mengurangkan tanda usia.

Produk ini dirumus khas dengan pH seimbang supaya kulit lebih sihat berseri & sesuai untuk semua jenis kulit.

Kandungan minyak Avokado di dalamnya akan melembut dan menghaluskan tekstur kulit.

Gunakan setiap hari dengan cara yang betul supaya kotoran pada wajah dapat dibersihkan dengan berkesan.

Sekiranya kita mempnyai masalah kulit kering,  khasiat yang ada di dalamnya mampu melembapkan kulit secara mendalam & membuatkan kulit lebih halus.


Tak cukup dengan itu, kandungan vitamin c akan melindungi kulit dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan.

Dan karnosin pula akan membantu mencerah dan menyeragamkan tona kulit muka. disamping melindungi kulit daripada radikal bebas.


Cara menggunakan mudah saja, gosok sedikit pencuci muka ini dengan air di tapak tangan sehingga berbuih, urut lembut di seluruh permukaan muka dan bilas dengan air.




Rania Gold Gel Pembersih Wajah (Facial Cleansing Gel)

Satu lagi produk dalam rangkaian skincare safi rania gold. 

Gel pembersih wajah ini sangat bagus di pakai bersama krim pelembap malam untuk kesan yang lebih baik.


Harga bagi 1 tube ialah RM13.40 untuk kuantiti 100ml.

Pencuci muka Rania Gold GEL PEMBERSIH WAJAH 100ml


Tekstur gel pembersih wajah ini ringan & tidak berbuih. Dengan pH seimbang, tak ada masalah nak gunakan untuk jenis kulit berbeza.

Gel ini akan membantu proses membersih dengan lembut tanpa menghilangkan lembapan semula jadi kulit.

Nano Gold 24K di dalam produk ini membantu m
engukuhkan struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit supaya nampak tegang dan awet muda.


Madu pula akan bertindak sebagai p
elembap semula jadi untuk menyimpan lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.




Safi Rania Buih Pembersih Berpelembap (Moisture Mousse Cleanser)

Setiap wanita inginkan kulit yang sihat & awet muda. Kulit yang kusam & tidak terjaga berlaku dengan pertambahan umur.

Kita akan kehilangan kulit yang anjal kerana lembapan dalam kulit beransur ansur hilang.



Dengan menggunakan produk yang sesuai untuk kulit seperti Safi Rania buih pembersih berpelembap, impian untuk memiliki kembali kulit muka yang anjal dan berseri dengan Buih Pembersih Berpelembap dapat di realisasikan.


Kandungan Nano Diamond & Nano Gold serta Ultra Hyaluronic Acid membekalkan 2 kali ganda lebih kolagen & elastin untuk kulit yang sihat.


Selain itu, Ultra Hyaluronic Acid akan mengunci lembapan & meningkatkan keanjalan kulit.

Setiap kali kita menggunakannya, kulit akan di bersihkan secara mendalam dengan pH seimbang untuk melindungi permukaan kulit.


Kekalkan lembapan dan pulihkan struktur kulit. Kulit wajah yang tidak terjaga 



Harga Safi Rania Buih Pembersih Berpelembap 140 ml di pasaran ialah RM23.00


Cara penggunaan produk ini sangat mudah, pam keatas tangan yang basah dan urutkan pada kulit muka.

Urut perlahan lahan selama beberapa minit & bilas sehingga bersih.



SAFI RANIA PEMBERSIH PENGHIDRATAN MENDALAM (Advanced Corrector Deep Hydrating Cleanser)

Produk ini sangat mirip dengan adik beradinya dalam set skincare Safi Rania Gold. Bezanya pada kandungan bahan yang di gunakan.

Pencuci muka safi rania pembersih penghidratan mendalam di perkaya dengan Nano Diamond & Nano Gold serta Whitenol untuk kandungan 2 kali lebih kolagen & elastin.


Basuh muka kita dengan pembersih wajah ini untuk membuang kekotoran dan minyak boleh menjadikan tona kulit kelihatan tidak sekata.

Buih bertekstur krim ini akan menyental kulit jauh ke dalam & menghalang pembentukan melanin supaya kulit muka sentiasa kelihatan lebih segar, halus dan tona sekata.

Harga untuk 1 tube 100 g di luar sana sekita RM18.75.

Cara mencuci muka dengan produk ini ialah tekan sedikit ke tangan yang basah dan urutkan dengan rata ke seluruh wajah. Bilas dengan air sehingga bersih.

Dan akhir sekali, Safi juga ada keluarkan pencuci muka khas untuk kaum adam.



Pencuci Muka Safi Untuk Lelaki. Safi Men.

pencuci muka safi untuk lelaki Men

Kaum lelaki juga tidak ketinggalan untuk menjaga penampilan diri agar sentiasa selesa & berkeyakinan.


Terdapat 3 jenis pencuci muka safi untuk lelaki sebagai pilihan jejaka kita. 
Mama senaraikan pencuci muka lelaki di bawah untuk rujukan. 



1. Acne Buster Pore Minimiser Facial Wash (Pakejing Warna Hijau Untuk Bebas Jerawat Dan Mengecilkan Pori)

Orang lelaki memang sentiasa terdedah dengan Pencemaran dan persekitaran kotor setiap hari. Contohnya kerja kontraktor & jurutera pembinaan.

Mesti kena lawat tapak projek perumahan kan.

Ini akan menyebabkan kulit muka kelihatan berminyak, dan boleh menyebabkan masalah jerawat kerana bakteria.


Maklumlah, rata rata kaum adam kurang menjaga kebersihan & kerap menyentuh muka dengan tangan yang kotor.


Tangan yang di penuhi jerawat.


Kita boleh bantu anak anak lelaki & suami mengatasi masalah bakteria penyebab jerawat dan mengurangkan pertumbuhan jerawat dengan pembersih muka mengecilkan Pori Acne Buster dari SAFI Men.


Pencuci muka anti jerawat ini mengandungi

  • H20 Cool Cactus - Pelembap yang memberi kenyamanan & menyegarkan wajah.  Membantu mengunci lembapan &  melindungi kulit dengan efektif.
  • Anti bakteria- Mengandungi manfaat anti mikrobial yang membantu menghalang jerawat & menghapuskan bakteria penyebab jerawat.
  • Ekstrak cendawan - Berkhasiat mengecilkan liang roma & melembapkan kulit.


2. Dynamic White Deep Cleansing Facial Wash (Pakejing Warna Biru Untuk membersih mendalam dan mencerah)

Bekerja di luar & sentiasa berjemur di bawah panas matahari memang lumrah hidup untuk kaum adam.

Melainkan untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat.


Cahaya matahari yang terik boleh menjadi punca kulit muka menjadi gelap dan kotor. 


Pembersih muka mendalam Dynamic White Safi Men mampu membantu mencerah dan membersih wajah dengan berkesan.


Pencuci muka ini mengandungi
  • H20 Cool Cactus - Berfungsi untuk melembap dan menyegarkan muka. Berperanan juga mengunci lembapan & melindungi kulit dengan efektif.
  • Whitenol - Bahan ini akan meresap jauh ke dalam kulit untuk mengurangkan pembentukan melanin, penyebab kulit gelap. Ia juga mencerah dan menyamaratakan tona kulit.
  • Micro Beads - Manik-manik kecil di dalam pencuci ini akan membersih muka dengan lebih mendalam.


3. Oil Control Clay Detoxifying Facial Wash (Pakejing Warna Oren Untuk Mengawal Minyak Dan Menghapuskan Kotoran)

Di cipta khas untuk kulit wajah lelaki yang berminyak.

Kulit berminyak boleh mengurangkan keselesaan kita untuk berhadapan dengan rakan sekerja.


Ini boleh mengganggu keyakinan dan daya tumpuan. 


Gunakan pembersih muka detoksifikasi oil control clay Safi Men untuk membantu kita di puncak prestasi setiap hari.

  • H20 Cool Cactus - Melembap, menyaman, melindungi & mengunci lembapan di dalam kulit.
  • Kaolin - Bagus untuk mengawal minyak dan mengekalkan lembapan pada kulit.
  • Arang buluh - Berfungsi menanggalkan kotoran di kulit muka &menangani masalah jerawat.



Kesimpulan tentang pencuci muka Safi.

Terdapat banyak sungguh pencuci muka keluaran safi untuk kegunaan harian kita. Dari wanita kepada lelaki.

Dari muda remaja kepada yang mahu awet muda sentiasa.

Ada saja produk yang sesuai untuk kulit muka berlainan jenis. Dapatkan di farmasi seperti Watson & guardian dan bandingkan harganya.

Tak ada alasan untuk tidak menjaga penampilan diri.

Tinggalkan komen di ruangan khas di bawah. Terima kasih kerana baca blog Mama sehingga habis. 580
Previous Post Next Post

Contact Form