Bagaimana petua hilangkan kencing manis kembalikan kemanisan hidup!

Awal bulan Nov 2017, Mama dapat whatsap dari puan Sue. Berbunyi begini
"Sue kena kencing manis, Anak dah 5. Tambah hamil 19 minggu ni. Penat sangat. Boleh bagi petua hilangkan kencing manis "
petua hilangkan kencing manis dan kawal gula


Terharu sebab ada orang baca blog ni.

Mama bukan doktor ya.

Mama cuma kongsi pemakanan & amalan kesihatan yang baik sebagai sokongan kepada ubat yang diberikan oleh doktor untuk kencing manis. (Baca lebih lanjut tentang ubat kencing manis yang ada di farmasi.)

Mama pun bagilah beberapa petua & makanan yang bagus kawal gula semasa hamil. (Baca lebih lanjut tentang makanan terbaik untuk ibu hamil di hargasetbersalin.blogspot.com.

Semua ni ada banyak di internet. Mama ringkaskan saja

Selang 1 minggu, Mama tanya khabar

"Sue macam mana sekarang?"
pemakanan sihat bantu kawal kencing manis

Alhamdulillah, nampaknya Sue memang amalkan semua tips & petua tu

Hasilnya
"Alhamdulillah, doktor puji bacaan gula darah cantik"
 Paras gula darah dah cantik doktor puji

Suka hati mama sebab ada juga yang dapat manfaat dari tips yang diberikan

Niat asal nak berkongsi saja suka suka

Apa tips yang mama berikan pada Sue tu ya?

Memang tak ada petua hilangkan kencing manis yang berkesan

Melainkan kita jaga makan & cara hidup sihat

Di bawah ini Mama berikan 9 petua.

Ada 1 petua yang bagi Mama 1 shorcut untuk kawal gula.

Teruskan membaca sampai habis untuk tahu shortcut tu
Ini 9 petua hilangkan kencing manis diamalkan puan sue. Gula darah kembali terkawal setelah mencuba selama 1 minggu!




9 Petua hilangkan kencing manis untuk kembalikan kemanisan hidup!

1. Makan sedikit tetapi kerap

makan sedikit tapi kerap untuk hilangkan kencing manis
Nak kawal kencing manis boleh makan. Tak perlu berlapar pun. Sumber

Ini yang paling senang di amalkan.

Pastikan kita sentiasa ada makanan di sisi.

Ini untuk mengelakkan kita mengalami paras gula darah terlalu rendah.

Atau di kenali sebagai hipoglisemia.

Terutama sekali jika kita bergantung kepada suntikan insulin.

Ini boleh disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak insulin
.
Makanan yang diperbuat daripada serat & karbohidrat kompleks sangat bagus untuk bina tenaga.

Kerana ia membekalkan kenaikan gula yang seragam dalam jangka masa lama

Contohnya oat & roti serat penuh

Jika kita makan secara tak seragam, terutamanya semasa sarapan pagi, ini boleh menyebabkan gula darah kita naik lebih tinggi. (Baca ubat tradisional mengawal kencing manis berkesan yang ada di rumah kita.)

Apabila kita tidak makan selama beberapa jam kerana tidur atau sebab-sebab lain

Badan kita akan membakar sendiri glukosa yang dikeluarkan dari hati. 

Bagi kebanyakan orang dengan kencing manis jenis 2, hati tidak akan menyedari gula dalam darah sudahpun mencukupi

Tetapi ia akan terus mengeluarkan lebih banyak gula lagi. 

Dengan megamalkan makan secara sedikit tetapi kerap

Ini akan memberi isyarat kepada hati untuk berhenti membekalkan glukosa ke dalam aliran darah

Dan boleh mengelakkan gula naik tinggi.

Tips seterusnya memang mudah. Kalau lapar kita makan. Kalau sakit kita jumpa..

2. Hadiri pemeriksaan berkala dengan doktor yang mahir dengan diabetes

Doktor akan sentiasa memantau keadaan kesihatan kita


jumpa doktor untuk hilangkan kencing manis

Dan memberikan nasihat berkenaan pemakanan & amalan cara hidup yang sesuai

Pemeriksaan gula darah secara berkala akan membantu kita mengelakkan kesan buruk jangka panjang kencing manis.

Jadi telefon dan buat temujanji dengan doktor

Contohnya seperti kerosakan saraf di mata & buah pinggang

Doktor juga akan memberikan ubat ubatan yang sesuai menurut keadaan kita

Jangan lupa untuk bertanya kesan sampingan ubat ubat yang diberikan kepada kesihatan kita.

3. Periksa gula darah sekurang kurangnya 2 kali sehari

Pastikan untuk kita memeriksa paras gula darah sekurang-kurangnya dua kali sehari. 


periksa gula darah untuk kawal kencing manis


Dan pastikan samada parasnya dalam julat yang disarankan oleh doktor.

Rekodkan bacaan gula semasa hamil supaya kita boleh memantau paras gula.

Dan perhatikan bagaimana makanan dan aktiviti seharian mempengaruhi tahap gula kita.
.

4. Banyakkan bergerak

Aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat. 


banyakkan bergerak untuk hilangkan kencing manis


Ini juga akan membantu

  • Mengurangkan tekanan 
  • Membantu mengawal tahap tekanan darah, kolesterol
  • Dan turunkan paras gula dalam darah.

Antara senaman ringan yang bagus dilakukan 30 minit sehari & 5 hari seminggu. 

  • Cuba berjalan kaki
  • Menari
  • Aerobik berimpak rendah
  • Berenang
  • Berbasikal
Senaman juga akan memberikan kita lebih banyak tenaga & tidur yang berkualiti
.
Kurang bersenam boleh mengurangkan kualiti tidur, & tidur yang tidak berkualiti menyebabkan badan terasa letih.
.
Setiap kali kita bersenam, badan kita semakin memberikan tindak balas positif kepada hormon insulin.

5. Mengekalkan kawalan gula darah semasa kehamilan

Memang mencabar untuk menjaga kawalan gula darah kita secara berterusan sepanjang kehamilan.
.
Ini bermakna kita perlu memberi lebih perhatian dengan memantau glukosa darah.
.
Jangan tunggu sehingga anda merasakan gula darah anda naik atau turun. Pastikan anda tahu tahap gula dalam darah anda
.
Pastikan bacaan gula normal untuk ibu mengandung sentiasa di paras yang sihat. Amalkan pemakanan sihat sebagai ubat terbaik untuk kencing manis anda.

6. Pastikan paras gula darah dalam kawalan



petua hilangkan kencing manis
Hidup terasa lebih manis sekiranya kita sihat
Jika puan sedang merancang untuk hamil, kita perlu menghentikan tabiat buruk (seperti merokok), mengurangkan berat badan (jika berlebihan berat badan), & mengambil vitamin pranatal.
.
Anda boleh menambah satu lagi item ke senarai jika anda mempunyai diabetes: Dapatkan gula darah anda di bawah kawalan.
.
Sekiranya paras gula darah anda terlalu tinggi atau terlalu rendah, anda mungkin mengalami masa yang sukar untuk hamil.
.
Dalam kes ini, tubuh kita mungkin menyedari bahawa ia bukan tempat yang sesuai untuk kehamilan.
.
Wanita yang menghidap diabetes jenis 2 adalah sangat berisiko untuk sindrom ovari polisistik (PCOS), yang juga boleh membuat ia sukar untuk hamil.
.
Ubat-ubatan yang merangsang ovulasi, seperti Clomid dan Serophene, boleh membantu.
.

7. Baca buku tentang diabetes semasa kehamilan

Keluarga dan rakan baik kita mungkin memberi nasihat berguna tentang kehamilan seperti makanan yang ibu hamil patut pantang & sebagainya
.
Tetapi melainkan jika mereka juga pernah menghidap kencing manis semasa mengandung mereka mungkin tidak memahami sepenuhnya apa yang sedang anda alami.
.
Dapatkan panduan yang berguna & ilmu bermanfaat dari perpustakaan tentang pemakanan semasa mengandung
.
Terutama sekali untuk ibu hamil yang ada GDM
.
Pasti sangat berguna untuk panduan kita
.

8. Makan set vitamin shaklee untuk kencing manis


semua orang boleh sihat dan kawal gula
Semua orang boleh berjaya & sihat. Asalkan kita berusaha & berdisiplin
Badan kita memerlukan khasiat yang mencukupi untuk mengawal paras gula dalam darah supaya kekal dai paras sihat
.
Memang banyak suplemen atau makanan tambahan di dalam pasaran
.
Pastikan kita selidik betul betul sebelum beli & makan suplemen
.
Kerana bukan semua suplemen selamat dimakan
.
Antara kajian yang telah dibuat saintis adalah kesan kromium pada kesihatan pesakit diabetes seperti yang ada di laman ncbi ini oleh N Suksomboon.
.
Kesimpulan akhir kajian ini menyatakan
Dari bukti yang ada, suplemen kromium memang menunjukkan kesan yang baik terhadap kawalan glisemik pada pesakit diabetes. Monosupplement kromium juga boleh meningkatkan tahap trigliserida dan HDL-C. Suplemen kromium pada dos biasa tidak meningkatkan risiko kejadian buruk berbanding dengan plasebo. Data mengenai suplemen kombinasi kromium adalah terhad dan tidak meyakinkan. Faedah jangka panjang dan keselamatan suplemen kromium masih disiasat selanjutnya.
Kesimpulannya

Kalau nak makan suplemen tu berhati hati & buat kajian
.
Setiap kajian pun tidak konklusif & mencadangkan kajian lebih lanjut
.
Jadi jangan makan suplemen dari jenama aneh aneh
.
Kenapa?
.
Antara kontroversi terbesar mengenai suplemen adalah isu pengilang yang boleh dipercayai dan sama ada produk itu mengandungi apa yang sebenarnya dinyatakan pada label.
.
suplemen tidak berdaftar untuk kencing manis

Badan FDA di Amerika telah menemui produk yang dipasarkan secara haram sebagai rawatan kencing manis yang semulajadi untuk mengandungi bahan-bahan aktif ubat yang tidak diisytiharkan. (Baca lebih lanjut tentang cara merawat kencing manis yang selamat.)
.
Mama tak berani nak makan produk bukan bukan
.
Setakat ni dari kajian & pembacaan sendiri
.
Mama berani makan suplemen dari Shaklee saja. Itu pun dengan bimbingan dari pengedar Shaklee yang boleh dipercayai
.
Dah 4 tahun juga kami makan sekeluarga untuk kesihatan
.
Setakat ini Alhamdulillah. Mama rekemen kalau anda nak makan suplemen Shaklee Whatsap puan Maznee 019-265-3791.

9. Anggarkan pengambilan kalori harian dan ikut jadual makanan dengan berdisiplin


Jangan sesekali tinggal waktu makan



Contoh tak makan sarapan pagi kerana boleh mendorong gula darah kita lebih tinggi

.

Tinggal 1 waktu makan juga boleh menyebabkan kita makan dengan berlebihan kerana menyebabkan kenaikan berat badan. 

.

Jadi pastikan kita makan dengan berdisiplin

10. Dapatkan rehat secukupnya


1 kajian telah dijalankan oleh Josiane Broussard, PhD, & pasukannya dari Cedars-Sinai Medical Center in Los Angeles dan mendapati

Kesan kekurangan tidur 1 malam bersamaan dengan  pengambilan 6 bulan diet tinggi lemak yang menyebabkan pengurangan sensitiviti insulin pada tahap yang sama, menunjukkan pentingnya tidur malam yang baik untuk kesihatan

Tidur terlalu sedikit atau kurang di rumah boleh mengganggu hormon badan kita

.

Dan menyebabkan kesan ini

  • peningkatan selera makan
  • Kenaikan gula darah yang lebih tinggi
  • Saiz pinggang yang semakin besar. 
Kajian ini disokong lagi dengan penemuan dari E Donga, penyelidik dari Belanda yang mendapati 

Kekurangan tidur untuk 1 malam boleh mengurangkan kepekaan insulin hampir 25 peratus.

Jadi kita dinasihatkan untuk mempunyai rutin tidur yang sesuai. 

.

Ada ibu yang mengalami kesukaran untuk tidur kerana terlalu risau dengan bacaan gula darah

.

Dan juga kerana tak dapat makan makanan kegemaran semenjak menghidap kencing manis

.

Selalu terjaga malam untuk ke bilik air boleh menjadi tanda kencing manis tinggi, paras gula darah tinggi menyebabkan badan kita menyingkirkannya melalui air kencing supaya bacaan ini turun ke paras lebih rendah. 

.

Sebaliknya

.

Kalau kita tidur tidak lena kerana mimpi ngeri juga tanda gula darah yang rendah. 

.
Dapatkan nasihat dari doktor untuk cara tidur yang berkualiti.

Kesimpulan untuk petua kurangkan kencing manis

Habis sudah perkongsian kita untuk kali ini

Mama nak ingatkan sekali lagi, Mama bukan doktor. Semua tips ini ada bersepah di internet

Cuma Mama ni rajin baca dan suka amalkan apa yang diamalkan

Itu yang boleh dapat hasil dan nampak kuasa ilmu pemakanan


kawal kencing manis dengan pemakanan
"Sue tak pandai nak jaga makan. Asyik lapar aje. Mama kongsilah tips pemakanan nak bagi kenyang lama & badan bertenaga. Terutama untuk ibu yang ada kencing manis ni"
darah tinggi datang sebab risau nak makan


kawal kencing manis dengan pemakanan
"Sue tak pandai nak jaga makan. Asyik lapar aje. Mama kongsilah tips pemakanan nak bagi kenyang lama & badan bertenaga. Terutama untuk ibu yang ada kencing manis ni"
darah tinggi datang sebab risau nak makan



Bagaimana petua hilangkan kencing manis kawal gula

petua pemakanan untuk kawal kencing manis


Andai kata kita nak sihat, Banyakkan baca & beramal

Sama dengan ibadat juga

Nak khusyuk dalam solat perlu ada ilmu & amalkan semua ilmu tu dalam praktikal ibadat

Baru perasaan khusyuk tu mula hadir

Kalau ada soalan jemput komen di bawah ya

Sama sama kita meriahkan ruang komen.

Jumpa lagi

Previous Post Next Post

Contact Form