10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!

"Kenapa agaknya kebelakangan ni, badan rasa penat sangat! Asyik mengantuk"
Sedar atau tidak, 2 perkara di atas adalah tanda tanda kencing manis yang kita kerap abaikan.

Zaman sekarang ni, dengan kesibukan urusan harian. Ramai dari kita terlupa nak jaga kesihatan.


tanda tanda kencing manis lesu penat lapar
Imej: Financialtribune.com
Badan dah penat bekerja, mestilah nak belanja diri sendiri makanan sedap sedap. Betulkan?

Tambah lagi kurang bersenam, risiko kita mendapat kencing manis lebih tinggi.
Baca lebih lanjut tentang cara mengawal kencing manis dengan betul, walaupun jarang bersenam.

Tanda tanda kencing manis yang sering kita abaikan! Sehinggalah keadaan semakin buruk.

Kesan kencing manis jangka panjang pada hidup kita sangat tinggi. Hari ini Mama akan kongsikan tanda awal penyakit ini yang perlu kita perhatikan.

Supaya kita cepat bertindak & elak ia bertambah buruk.

Selamat membaca.


10 Tanda kencing manis yang mudah di perhatikan! No 3 paling senang.

Perhatikan tanda ini.

1. Kerap kencing & dahaga yang berlebihan

Adakah kebelakangan ini kita kerap buang air kecil, terutama sekali di waktu malam? Kalau ya, kemungkinan untuk kita menghidap diabetes memang tinggi. Boleh amalkan petua moden & tradisional untuk kawal gula.

Terutama sekali bagi wanita hamil, ini kerana kencing manis yang tidak di kawal boleh membahayakan anak. Artikel di blog Ibusyurga ini sangat bagus dibaca.

Bagi pesakit diabetes, kandungan gula dalam darah yang tinggi semasa tidur perlu di turunkan.

Tetapi, oleh sebab badan kita mengalami kerintangan insulin tahap gula kekal tinggi.

Buah pinggang kita terpaksa melupuskan gula ini untuk menghilangkan semua glukosa tambahan dalam darah melalui pembuangan air kencing.

Sebab itu gesaan untuk kencing dengan kerap berlaku di waktu malam.

Oleh sebab kita kerap kencing, air dalam badan juga berkurangan.

Tekak akan berasa haus melampau untuk menggantikan air yang hilang. 


2. Berat badan turun.

Tahap gula darah yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan penurunan berat badan yang cepat. Ubat terbaik untuk elakkan ini ialah amalkan pemakanan sihat.

Kita boleh kehilangan 5 hingga 10 kg dalam masa 3 bulan tanpa melakukan perubahan gaya hidup.

Sedangkan sebelum ini, nak turunkan berat bukan main susah.

Kalau ini berlaku, memang patut kita rasa risau dengan kencing manis.

Penurunan berat badan ini berlaku kerana hormon insulin tidak lagi berfungsi dengan baik dalam badan kita, sel sel tubuh kekurangan tenaga.

Ini menyebabkan sel menggunakan protein dari otot sebagai sumber tenaga badan.

Selain itu, buah pinggang kita beroperasi lebih keras untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Dan ini memerlukan banyak tenaga. Badan kita menggunakan simpanan lemak yang ada sebagai sumber tenaga.

Sebab itu berat badan turun kerana jumlah tenaga yang di perlukan badan kurang dari yang mampu dibekalkan.


3. Rasa terlalu lapar.

Selalunya kita hanya akan rasa lapar jika perut kosong. Tapi, jika baru saja makan dan perut dah terasa lapar.

Wajib risau dengan rasa lapar yang berlebihan. Cara terbaik ialah makan makanan yang tinggi serat & lambat dihadam untuk kawal paras gula.

Mereka yang menghidap kencing manis boleh mempunyai selera makan yang tidak dapat dipuaskan. 

Otak sentiasa memberitahu kita untuk makan.

Ini kerana, badan pesakit diabetes tidak dapat mengawal paras gula dengan baik. Menyebabkan paras gula dara turun naik yang mendadak.

Apabila kadar gula darah menurun, tubuh menganggap belum lagi makan dan perut akan terasa lapar.



4. Badan terasa lesu.

Badan orang yang menghidap kening manis akan mudah berasa penat. Ini mungkin di salah erti dengan rasa malas yang melampau.

Ini akan menjadikan kita kurang produktif dalam melakukan kerja seharian. 

Terutama kerja yang melibatkan aktiviti fizikal. 

Keadaan ini di sebabkan paras gula yang tinggi di dalam darah dan gula ini tidak mampu digunakan oleh sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga kerana rintangan insulin.

Menyebabkan badan kita mempunyai tenaga yang kurang. 

Sebab itu kita akan sentiasa berasa penat. Petua yang baik diamalkan ialah selalu bersenam.


5. Pandangan menjadi kabur.

Penyakit kencing manis menjejaskan seluruh badan, dan mata kita juga tidak terkecuali.

Penglihatan akan ada masanya menjadi kabur, keadaaan ini disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah menyebabkan kekurangan cecair di dalam sel dan tisu mata. 

Apa yang berlaku sekiranya mata kekurangan cecair? Kanta mata akan membengkak dan mengubah keupayaannya untuk fokus.

Sebab itu pandangan tiba tiba menjadi kabur.

Tapi ini semua dapat di perbetulkan selepas bacaan gula yang tinggi kembali normal.


6. Kulit kering & gatal.

Kulit yang sihat akan kelihatan cantik & bersinar. Kita akan berkemungkinan untuk menghadapi masalah kulit kering & gatal gatal jika menghidap diabetes.

Ini di sebabkan oleh gangguan yang berlaku di dalam badan kita kerana sakit kencing manis.

Kulit menjadi kering kerana badan kekurangan air di sebabkan kerap kencing. Kulit yang kering akan mudah merekah & berasa gatal.

Selain itu, kawasan di sekitar ketiak atau leher akan menjadi gelap kerana gangguan hormon.


7. Luka lambat sembuh.

Tanda yang seterusnya ia sangat di ketahui umum. Tanda ini menunjukkan kadar gula dalam darah kita yang tinggi telah mula mengganggu peredaran darah.

Manusia yang sihat akan mempunyai peredaran darah yang baik. Lain pula ceritanya dengan pesakit diabetes.

Adalah biasa bagi individu yang mempunyai gula darah tinggi untuk mempunyai kesan lebam atau luka yang lambat sembuh.

Terutama sekali di bahagian badan yang jauh dari jantung, seperti tangan atau kaki.

Gula yang tinggi dalam aliran darah mula merosakkan arteri dan urat, yang menyekat peredaran darah.

Peredaran darah yang terjejas akan melambatkan proses penyembuhan luka.


8. Cepat marah!

Selalunya, kalau perut lapar memang mudah rasa marah. Contohnya semasa puasa.

Apabila gula darah kita bukan tidak normal, badan akan terasa sangat letih & mengganggu rutin harian kita.

Ini boleh menjadi punca kita mudah berasa marah & hilang kawalan emosi. 

Rasa malas sangat & nak tidur saja. 

Tapi, sebaik saja kita makan & paras gula darah meningkat, rasa mudah marah hilang.


9. Keputihan & jangkitan salur kencing.

Tanda berikutnya berlaku lebih kerap pada wanita. Tahap gula yang lebih tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan faraj lebih berisiko menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat.

Bukan saja ini menyebabkan rasa tidak selesa, malah memerlukan kita menjaga kawasan sulit dengan lebih baik.


10. Kaki kebas.

Semua gejala yang Mama kongsikan di atas menyumbang kepada tanda yang terakhir ini.

Tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi kepada kesihatan kaki kita. 

Kencing manis menyebabkan kerosakan saraf di seluruh badan, terutama sekali di kaki.

Saraf kaki yang mula rosak akan berasa kebas.

Jadi penting untuk kita mengawal pemakanan sekiranya kerap rasa kebas kaki.


Kesimpulan.

Penting untuk kita mengenalpasti tanda tanda kencing manis lebih awal supaya penyakit yang tiada ubatnya ini dapat di rawat.

Mama doakan supaya kita sihat sentiasa & berada dalam keberkatan Allah SWT.

Insyaallah.

Seperti biasa, tinggalkan pendapat & pengalaman anda di ruangan komen.

Previous Post Next Post

Contact Form