Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal Gula

"Siapa kata orang yang ada kencing manis tak boleh makan kenyang & sedap?"

Sebenarnya ada banyak makanan yang sedap boleh diambil pesakit kencing manis sebagai rawatan. Bukan saja baik untuk elakkan paras gula dari naik ke langit.


Ubat kencing manis terbaik di farmasi
Imej: Everydayhealth.com


Malah, rasanya juga sedap & penuh khasiat. Boleh jadi ubat kencing manis yang selamat. (Baca tentang ubat untuk kencing manis di farmasi.)

Selalunya bila sebut tentang ubat mesti teringatkan pil kan.

Mari kita lihat, apakah makanan sedap tersebut.





Ubat Kencing Manis Terbaik Dari Alam Semulajadi! Bagus Untuk Kawal Gula & Banyak Pula Khasiat.

Mula mula, Mama nak kongsi ya. Penting untuk kita ikut nasihat doktor supaya kencing manis terkawal.

Jika doktor beri arahan untuk makan ubat, wajib ikut.

Makanan yang di berikan di bawah tak dapat menggantikan arahan doktor, ini cuma cadangan makanan yang baik diambil untuk membantu menjaga kesihatan.

Jangka pendek dan panjang.


11 Makanan sedap yang bagus diamalkan pesakit kencing manis. Ubat kencing manis semulajadi.

ubat kencing manis terbaik buah epal

11. Buah Epal yang rangup & seronok di kunyah!

Ramai orang tahu khasiat epal. Bukan saja rasanya yang sedap, teksturnya yang rangup pun menjadikan ia seronok dikunyah.

Buah ini mempunyai banyak kebaikan untuk pesakit kencing manis. 

1 kajian yang dilakukan oleh Sekolah Harvard Kesihatan Awam (Sumber news.harvard.edu) menunjukkan amalan memakan buah buahan seperti epal, blue berry secara terus dapat membantu mengurangkan risiko kencing manis.



Buah buahan ini perlu diambil segar & bukan dalam bentuk jus.

Buah yang diambil dalam bentuk semulajadi kaya dengan pelbagai khasiat termasuklah vitamin, serat & rendah kandungan gula.

Epal bersaiz sederhana mengandungi 3 gram serat, termasuk serat larut dan tidak larut yang baik untuk mengawal paras gula.

Pengambilan buah buahan ini dalam bentuk jus pula sebaliknya, gula yang tinggi di dalam jus buah akan meningkatkan risiko kencing manis. Sebab itu, sangat penting pengambilan makan ini di buat dengan betul.

Kajian ini juga menyebut
  1. Orang yang makan sekurang-kurangnya 2 hidangan buah setiap minggu dari buah-buahan tertentuseperti blueberi, anggur, dan epal, akan mengurangkan risiko diabetes jenis 2 sebanyak 23 peratus berbanding mereka yang makan kurang daripada satu hidangan sebulan.
  2. Mereka yang mengambil 1 atau lebih hidangan jus buah setiap hari menaikkan risiko diabetes jenis 2 sebanyak 21 peratus.


Tapi, walaupun buah ini mempunyai khasiat untuk kencing manis. Jangan ambil secara berlebihan ya. Ubat pun tak boleh makan berlebihan. (Sumber healthline.com)

Ini kerana 1 epal kecil mempunyai kira-kira 15 gram karbohidrat. 

Jika di ambil berlebihan, akan meningkatkan paras gula darah juga.


Kebaikan lain buah epal untuk pesakit kencing manis ialah, epal baik untuk menurunkan tahap kolesterol LDL dalam darah yang menyumbang kepada penyakit jantung.

Selalunya, bila dah ada sakit kencing manis mudah untuk kita kena penyakit 3 serangkai kan.

Sebab itu bagus makan buah epal dalam kuantiti yang menyihatkan. Selain itu, epal juga bagus untuk kecantikan. Vitamin & antioksidan yang terkandung di dalam buah ini sangat bagus untuk kulit yang cantik. Sebab itu set kecantikan shaklee mengandungi khasiat penting ini. (Bacaan lanjut di blog Hargasetbersalin.)

Siapa yang tak nak kulit cantik tanpa jerawat batu. Betul kan?



ubat kencing manis terbaik lobak merah
Imej: Znaturalfoods.com

10. Lobak Merah Yang Manis Buah & Sedap Di Makan!

Buah berwarna merah ini sedap di makan mentah sebagai salad.

Atau bolej juga di masukkan ke dalam lauk pauk untuk hidangan yang lazat.

Lobak merah berbeza dengan kentang kerana ia tidak mempunyai banyak karbohidrat.

Jadi, bolehlah diambil lebih untuk mengenyangkan perut.

Karbohidrat yang lebih rendah juga menjadikan ia makanan atau snek yang sihat untuk pesakit kencing manis tanpa perlu risau gula darah naik tinggi dengan mendadak.

Di bawah ini Mama berikan beberapa info pemakanan tentang lobak merah
  • 1 cawan lobak merah mentah mempunyai kira-kira 5 gram karbohidrat
  • 1/2 cawan lobak merah yang telah di masak membekalkan 5 gram karbohidrat.


Sebab itu, lebih baik untuk kita masukkan lobak merah dalam hidangan yang tidak perlu di masak seperti salad.

Kaya dengan vitamin A untuk kulit yang cantik & awet muda. Jerawat pun tak ada. (Baca lebih lanjut tentang kaitan jerawat di kawasan muka & puncanya.)


Banyak kajian telah di jalankan & menunjukkan lobak merah mempunyai kandungan beta karoten yang tinggi.

Bahan ini yang memberikan warna jingga yang menarik kepada sayur ini. 

Lobak merah yang mempunyai warna yang lebih gelap lebih tinggi kandungan antioksida beta karoten yang baik untuk
  • Daya penglihatan yang baik.
  • Daya tahan badan yang tinggi melawan penyakit.
Penyakit kencing manis seperti yang kita sedia maklum adalah penyakit keturunan. 

Jika mak ayah kita ada menghidap kencing manis, risiko untuk kita mendapatnya juga tinggi. Tapi, jangan bimbang.

Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 oleh Stanford University School of Medicine menunjukkan beta carotene yang di dapati di dalam lobak merah boleh melindungi golongan yang mempunyai keturunan menghidap kencing manis. (Sumber med.stanford.edu)

Lepas ni boleh lah kita lebihkan lobak merah dalam lauk pauk.



ubat kencing manis terbaik oat
Imej: Md-health.com

9. Oat Bukan Saja Bagus Untuk Berpuasa!

Orang Malaysia memang kurang gemar makan oat.

Rasanya yang kurang sedap di makan mentah menyebabkan kita mengelakkan makan oat, melainkan terpaksa.

Tapi, dengan sedikit resepi mudah, kita boleh jadikan oat hidangan yang enak di makan sejuk dan panas.

Tambahkan saja buah segar yang dipotong seperti epal, strawberi & kurma ke dalam bubur oat.

Atau sediakan "overnight oat" yang enak di makan sejuk sejuk.

Apa kelebihan oat untuk pesakit kencing manis ya? Mama berikan kebaikannya di bawah. (Baca lebih lanjut tentang ubat kencing manis tradisional berasaskan makanan di sini.)
  • Kandungan serat di dalam oat sangat tinggi iaitu 2 gram serat dalam 1/2 cawan hidangan oatmeal yang dimasak akan membuatkan kita kenyang lebih lama. 
  • Membantu mengawal gula darah.
  • Mempunyai nilai indeks glisemik rendah (Paras gula darah tidak akan naik mendadak).
  • Bagus untuk kesihatan jantung dan boleh menurunkan kolesterol.
  • Boleh mengurangkan keperluan untuk suntikan insulin.
  • Sumber tenaga jangka panjang yang baik.
  • Membantu mengawal penghadaman.
  • Oat kaya kandungan serat larut tertinggi jika dibandingkan dengan bijirin lain & membantu menurunkan kolesterol LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 
  • Serat larut dalam oat dapat menolong kenaikan gula darah dengan melambatkan perut kosong dan menyediakan penghalang fizikal untuk enzim pencernaan di dalam saluran penghadaman.
Tapi harus di ingat.

Kebaikan di atas hanya di perolehi untuk oat yang di makan secara sihat. Bukan oat yang sudah di masukkan ke dalam biskut, coklat & macam macam lagi produk yang di jual di pasaran.

Produk ini, kalau kita lihat jadual pemakanan di belakang bungkusan, kandungan oat sangat sedikit pun.

Gula lebih tinggi dari oat.

Jadi, Mama rekemen untuk kita baca betul betul bungkusan produk sebelum beli.

Terdapat beberapa jenis oatmoat yang ada di jual di pasaran.
  • Steel Cut Oat - Mama selalu beli jenis ini di bahagian makanan organik yang terdapat di Hypermarket. Oat jenis ini mempunyai tekstur tebal. Dan mengambil masa yang lama untuk masak. Sehingga 45 minit.

    Kebaikannya,Oat jenis ini kurang diproses & lebih rendah nombor indeks glisemik, yang boleh membantu mengawal gula darah.
  • Rolled Oat - Saiz oat jenis ini lebih kecil kerana telah dipotong & mengambil masa kira-kira 5 minit untuk memasak.

    Jenis ini sangat mudah di dapati di pasaran.
  • Instant Oat - Jenis ini juga banyak dijual dipasaran. Paling cepat di sediakan tetapi pada masa yang sama jenis yang kurang bagus kerana cepat di hadam.

    Oat jenis ini juga kebanyakannya telah di proses dan dicampurkan dengan gula & garam berlebihan untuk menyedapkan rasa.

    Maklumlah, nak lakukan produk.
Mama memang lebih prefer jenis steel cut & rolled oat kerana lebih sihat.

Bulan puasa dah dekat semasa Mama menulis artikel ini, mesti ramai yang beli oat untuk bersahur.

Tetapi kena nak hadkan khusus untuk bulan Ramadhan?

Sama sama kita budayakan makan oat & juga kurma sepanjang masa.





8. Cili Benggala Merah Bukan Saja Sedap Atas Pizza!

Capsicum, cili loceng & macam macam nama lagi. Memang banyak khasiat cili ni.

Kalau pergi cameron tak borong cili loceng ni memang rugilah.

Sebab harga cili ni biasanya mahal.

Terutama sekali untuk cili benggala merah. 

Mama biasa borong cili ni setiap bulan semasa berbelanja di pasaraya.

Kami sekeluarga sukakannya, dan cili benggala merah sangat banyak khasiatnya. Terutama sekali untuk pesakit kencing manis.

Cili benggala berwarna merah lebih banyak khasiat dari warna kuning & hijau. 

Ini kerana warna merah ini menunjukkan ia kaya dengan sebatian bernama Lycopene (Definisi wikipedia.com). Sayur seperti tomato & sayur merah lain memang kaya lycopen untuk kesihatan.

Selain itu ia kaya nutrien seperti vitamin A, vitamin C , termasuk antioksida dan beta-karoten. 

Antara khasiat lain cili benggala merah ialah
  • Menggalakkan kesihatan yang baik. Wajib jaga nikmat kesihatan pinjaman dari Allah SWT.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung & kencing manis
  • Lada merah manis disenaraikan sebagai salah satu dari 4 sayuran dengan jumlah antioksidan tertinggi iaitu bayam, lobak merah, dan tomato.


Sebab lain yang menjadi kewajipan untuk penghidap kencing manis memakan cili benggala ialah sayur ini rendah kalori.

Jadi tak ada masalah nak makan sampai kenyang.

Dan kandungan anthocyanin dalam lada benggala juga melambatkan pencernaan karbohidrat & lemak.

Memang terbaik untuk kawal gula.

Satu lagi tips, kita boleh mengambil lebih banyak lada benggala mentah berbanding yang sudah di masak kerana kandungan karbohidrat yang mentah lebih rendah.

Makan saja ia sebagai sebahagian dari ulam & salad.



ubat kencing manis terbaik tomato


7. Tomato masak lebih baik dari yang mentah!

Selain cili benggala merah, tomato juga adalah sumber antioksidan lycopene, vitamin C dan A yang sangat baik. 

Lycopene dapat membantu melindungi diri kita dari kanser tertentu, terutama kanser prostat yang sering menyerang lelaki. 

Seperti buah-buahan lain yang tidak berkanji, tomato mempunyai kedudukan no indeks glisemik yang rendah. 

Ini sangat bagus untuk pesakit kencing manis yang risaukan gula naik tinggi selepas makan.

Satu kajian mendapati, pengambilan 200 gram tomato mentah setiap hari mengurangkan tekanan darah & membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan diabetes jenis 2.

Pengambilan tomato secara mentah & yang telah di masak sangat di galakkan kerana masing masing punya kelebihan tersendiri.

Tomato yang telah di masak & di campur sedikit minyak memudahkan badan kita menyerap lycopene.

Tomato mentah pula sangat baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral. 

Seeloknya masak sendiri hidangan tomato kita dan kurangkan menggunakan produk tomato yang telah diproses kerana ia kaya dengan garam dan gula.

Ini termasuklah sos tomato & spagetti yang di jual di pasaran.



Bersambung di Bahagian Kedua

Tanpa di sedari, dah panjang artikel ini. Mama akan sambung di bahagian kedua supaya mudah untuk pembaca.

Seperti biasa, sebarang pendapat, pertanyaan boleh di kongsikan dalam ruangan komen di bawah.

Previous Post Next Post

Contact Form