"Lepas ni tak boleh lah makan sedap sedap lagi"
Mama pun begitu juga, tetapi melalui pembacaan yang dilakukan, ada orang berkongsi tentang pengalaman mereka mengawal & mengurus sakit ini dari rumah.
"Wah, biar betul!"
Memang terkejut mama mendengarnya, tapi pada masa yang sama sangat menarik
Cuma realitinya
"Nak kawal tu perlukan ilmu & kesungguhan. Bukan silap mata pun"
Ramai dari kita tak selesa nak menelan ubat setiap hari untuk mengawal paras gula darah
Takut takut ada kesan sampingan jika diambil jangka panjang kan
"Tak salah mencuba pun kan, lagipun semua cara ni tak melibatkan ubat"
Kali ini, mama akan kongsikan 8 cara mengawal kencing manis tanpa memerlukan ubat.
Penting untuk mama ingatkan bahawa, sebelum mencuba mana mana tips di bawah ini
"Pastikan kita minta nasihat doktor dahulu"
Dan jangan sesekali berhenti mengambil ubat ubatan yang diberi doktor tanpa pengetahuan mereka
7 Cara Rawatan Kencing Manis Tanpa Ubat!
1. Cari ilmu pemakanan & Amalkan setiap hari
Perkara yang paling penting yang perlu di bina & boleh dilakukan kita apabila menghidap kencing manis ialah
"Banyakkan membaca & dapatkan nasihat doktor"
Semua perkara perlu ilmu, nak jadi kontraktor rumah perlu ilmu
Nak kawal gula & kencing manis pun perlu ilmu
1 Kajian telah di lakukan di negara China, pada tahun 2013, tentang kaitan pendidikan ilmu pemakanan diet yang sihat & kesannya pada penyakit diabetes
Ada dikongsi di laman ncbi
Kesimpulan kajian ini
Zaman sekarang ni
Nak kawal gula & kencing manis pun perlu ilmu
1 Kajian telah di lakukan di negara China, pada tahun 2013, tentang kaitan pendidikan ilmu pemakanan diet yang sihat & kesannya pada penyakit diabetes
Ada dikongsi di laman ncbi
Kesimpulan kajian ini
"Nutritional and eating education was effective in improving diabetics' nutrition knowledge and practices, and this optimal practice helped them control blood glucose effectively"Hasilnya, pendidikan tentang ilmu pemakanan telah berjaya membantu mereka yang menyertai kajian ini mengawal paras gula
Zaman sekarang ni
Semua maklumat ada di hujung jari
Boleh cari banyak tips & video di internet untuk sebarang ilmu yang di cari
"Cuma pastikan kita cari sumber yang dipercayai"
Selidik dulu & jangan ambil bulat bulat apa yang di baca
Terutama sekiranya ia melibatkan pemakanan
Baca pengalaman orang lain mengawal paras gula, apa diet yang mereka amalkan setiap hari di rumah & tempat kerja
Mana yang sesuai & baik boleh kita ikut
Mama yakin semua orang tahu merokok itu tidak baik untuk kesihatan
Tapi kenapa masih ramai yang sukar berhenti
Jawapannya ada pada tips kedua
Apakah ia?
2. Berfikiran positif & konsisten
Kuncinya kena bina bersungguh sungguh & berterusan mengejar apa yang dicita
"Elakkan sikap hangat hangat tahi ayam"
Nak amalkan ilmu ni bukan senang
Hari ni kita semangat, memang mudah
Cuba masa kita sedang penat & banyak kerja
Masa itu kita akan di uji, perlu yakin bahawa dengan mengamalkan ilmu pemakanan & gaya hidup sihat
Memang boleh kita hadapi cabaran melawan kencing manis ni
Buktinya
"Dah ramai orang di luar sana berjaya. Dalam dan luar negara. Takkan aku pun tak boleh"
Ramai yang akan sangsi & was was, yang akan memberitahu kita bahawa mengatasi diabetes tanpa ubat tidak boleh dilakukan.
Pedulikan mereka
Yang penting kita ikut jalan & pengalaman mereka yang telah berjaya melakukannya
Kita pasti boleh melakukannya
Selepas menukar cara kita berfikir menjadi lebih positif
Tips no 3 akan menentikan hasilnya
Apakah ia?
Jawapannya
3. Melabur untuk diri sendiri
Bila sebut tentang pelaburan
Mesti kita kaitkan dengan duit kan
Tak semestinya. Pendidikan & menuntut ilmu itu juga satu pelaburan untuk diri sendiri. Dan harga nya tidak ada timbal taranya
Apatah lagi untuk kesihatan diri sendiri
Untuk menang melawan kencing manis, banyak masa dan usaha yang diperlukan untuk membuat perubahan yang sihat.
Dan ini bukanlah mudah
Sekarang ini kita ada 2 pilihan
Sama ada
- Kita kita laburkan duit masa dan tenaga pada ubat ubatan kos rawatan hospital. Makin lama makin banyak tanda kerosakan. Atau
- Kita pilih untuk luangkan masa & tenaga untuk cari ilmu & ubah cara hidup untuk nikmati hidup yang lebih cergas & ceria?
Semua orang tiada kompromi untuk hidup sihat
Jadi pilihlah no 2
Tips seterusnya akan memudahkan kerja kita 100%
Kalau nak daki gunung mesti ada penunjuk arah kan
Sama lah juga dengan rawatan kencing manis
Tapi nak cari siapa ya?
Carilah..
4. Dapatkan nasihat berterusan daripada pakar
Kalau kita dapat bantuan mereka
Insyaallah mudah hidup
Pakar apa yang di maksudkan tu?
Pakar matematik ke?
Pakar ekonomi? Memang bukan lah
Nak kawal diabetes, kita perlukan nasihat daripada doktor & pakar pemakanan / nutrisi
Di klinik kesihatan & hospital kerajaan ada saja peluang untuk bertemu mereka ni
Malah ada kelas percuma di anjurkan di hospital
Mama pernah baca tentang kelas ni semasa melawat saudara yang tak siaht di hospital Ampang
Doktor pula dapat memberikan nasihat tentang ubat ubatan yang selamat di ambil
Dan juga panduan cara hidup sihat
Jangan sesekali berhenti makan ubat tanpa nasihat dari doktor
Pastikan doktor sentiasa tahu tentang perkembangan kesihatan kita
Dan
Tips seterusnya paling susah nak dibuat
Dan ramai yang gagal
Terkorban di tengah jalan
Wah
Apakah itu?
5. Pilih makanan yang sihat
Makanan sihat ni kan
Selalu dikaitkan dengan tak sedap & tak menarik
Mesti sayur hijau dan makanan yang tawar tak berperisa
Itulah
Kan Mama dah kata, tips no 5 ni paling susah.
Tapi susah awal awal saja
Buat kita yang dah biasa makan makanan yang manis dan tinggi kalori macam kek
Sayur ni memang lah tak sedap
Tapi makan buah buahan dan sayur segar
Sedap juga
Ada banyak resepi sihat yang boleh dicuba. Dah lah sedap, sihat pula tu.
Laman Webmd, ada berkongsi makanan terbaik & terburuk untuk pesakit diabetes. Boleh kita jadikan panduan
Kita sebagai ibu bapa, patut jadi contoh teladan untuk anak anak kita
Cuba bayang kan jika makanan yang kita sediakan semuanya sihat belaka
Peti sejuk dipenuhi dengan makanan sihat
Mesti anak anak kita pun akan terikut sama
Otak kita akan lebih kreatif untuk menyediakan menu sihat sebagai ganti snek yang tidak sihat seperti ais krim dan kek
Diet diabetes perlu mengelakkan gula halus, dan menggantikan ia dengan banyak sayuran, buah, lemak sihat, dan protein.
Sayuran dan buah-buahan memberikan tubuh kita banyak nutrien penting, sementara lemak dan protein yang sihat membantu memperlahankan pembebasan gula ke dalam badan.
Seperti yang Mama kongsi di awal tips ke 5 tadi
Memang susah nak ubah cara makan yang dah sebati dengan diri
Tapi semua itu ada penyelesaian
Iaitu tips ke 6
6. Banyakkan bersabar
Orang bijak pandai ada berkata
"Lebih mudah mengubah gunung , dari mengubah sikap seseorang"Tabiat dan sikap kita terhadap makanan dah sebati dari kecil
Tiba tiba kita nak tukar ke menu sihat
Memang mencabar
Jadi, ini peluang yang baik untuk melatih otot kesabaran kita
Makanan memang boleh menjadi ketagihan
Ketagih makan manis
Minum kopi pekat tambah susu pekat manis
Dan macam macam lagilah
Sebab itu kerap kita dengar dari mulut orang berusia "Warga emas"
"Rumah kau tak ada gula ke?"Ini masanya untuk kita latih kesabaran
Kesabaran kan separuh dari iman
Dan ada masanya kita akan berasa tertekan kerana tidak ada kemajuan dicapai
Ini masanya untuk amalkan tips no 2, sentiasa positif
Cuba dapatkan sokongan kawan kawan yang "sekapal" dengan kita
Perjalanan ini lebih mudah jika dilakukan bersama sama
Inilah dia tips ke 7
7. Cari inspirasi untuk selalu termotivasi
Kita mesti ada motivasi untuk meneruskan perjalanan yang sukar ini
Kita mesti jelas
Jelas dengan sebab kita mesti berubah
Boleh jadi motivasi utama kita ialah tak mahu makan ubat dan cucuk insulin setiap hari
Boleh jadi juga kita buat semua ini demi keluarga
Kalau kita tak sihat, mereka yang akan menanggung susah di kemudian hari
Terpaksa menguruskan kita semasa diabetes teruk
Sampai kebas kebas, dan gula tinggi
Kita pun sentiasa terbaring di rumah kerana tak mampu lagi bekerja kerana mata dah tak dapat melihat
Ataupun kerosakan buah pinggang. Sekarang ni banyak sakit pelik. Kanser pun ramai yang kena
Kesimpulannya
Dah sampai di hujung perkongsian, Mama dapati orang yang berjaya mengawal kencing manisAda disiplin diri dan sebab yang kuat untuk berubah
Kita juga mestilah berfikiran jauh & tidak memikirkan kesenangan jangka pendek
Barulah kita akan berjaya dalam perang ini
Mama doakan agar kita semua sihat wal afiat
Insyaallah