Bahaya Diabetis Kepada Buah Pinggang Kita! Elakkan

Apakah penyakit buah pinggang disebabkan diabetes?

Assalamualaikum Wrmbth, ada ke kaitan kencing manis & buah pinggang.
.
Ada.
.
diabetis & buah pinggang
.
Kebetulan masa puasa ni. Elok untuk kita belajar amalan pemakanan yang baik di blog nikmatterbaik.blogspot.com
.
Buah pinggang pun boleh rehat.
.
Kesian buah pinggang. Tak pernah rehat
.
Kecuali masa puasa.
.
Sebab tu penting untuk kita jaga makan.
.
Supaya buah pinggang kita sihat & tak sakit.
.
Penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) adalah komplikasi yang berlaku pada sesetengah orang dengan diabetes. 
.
Dalam keadaan ini penapis buah pinggang, glomeruli, menjadi rosak. 
.
Kerana  keadaan ini menyebabkan buah pinggang membocorkan jumlah protein  yang tidak normal  dari darah ke dalam air kencing. 
.
Protein utama yang bocor keluar dari buah pinggang yang rosak dipanggil albumin. 
.
Dalam buah pinggang yang sihat hanya sejumlah kecil albumin didapati dalam air kencing. 
.
Tahap albumin yang tinggi dalam air kencing adalah tanda tanda awal buah pinggang telah rosak disebabkan oleh diabetes. (Sumber:patient.info)
.

Bagaimana diabetes memberi kesan kepada saluran darah mata buah pinggang dan saraf?

Jika diabetes yang kita hidapi tidak dikawal dengan baik, paras gula dalam darah anda naik. (Sumber:www.kidney.org)
.
Keadaan ini dipanggil "hiperglisemia" (gula darah tinggi). 
.
Gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada saluran darah yang sangat kecil dalam badan anda. Nak kawal paras guna, amalkan diet sihat & makanan untuk diabetis ini
.
Kenapa kena kawal makan? Atau ambil makanan tambahan set kencing manis shaklee
.
Bayangkan apa yang berlaku kepada gula apabila dibiarkan semalaman tanpa dibungkus.
.
Ia akan menjadi sangat melekit. 
.
Sekarang bayangkan bagaimana gula yang melekit ini bertindak kepada saluran darah kecil kita.
.
Dan menjadikan susah untuk darah sampai ke organ-organ di seluruh badan kita.
.
Kerosakan kepada saluran darah berlaku paling kerap di 

  1. mata
  2. jantung
  3. saraf
  4. kaki
  5. dan buah pinggang

.

1. Mata. 

Mempunyai tahap gula tinggi dalam darah kita untuk masa yang lama boleh merosakkan saluran darah kecil di mata.
.
Alamak
.
Ini boleh menyebabkan masalah penglihatan atau buta.
.
Ini yang kita biasa nampak kan
.
Saudara Mama pun ada beberapa orang yang kena kencing manis sampai hampir buta
.

2. Jantung. 

Bacaan gula dalam darah yang tinggi juga boleh membahayakan saluran darah besar di dalam badan kita yang membekalkan oksigen ke jantung dan otak. 
.
Macam tu ya
.
Selalu dengar pasal kolesterol & lemak je
.
Yang boleh bahayakan jantung
.
Rupa rupanya gula pun bahaya
.
Lemak boleh terkumpul di dalam saluran darah juga. 
.
Ini boleh membawa kepada serangan jantung atau strok / angin ahmar
.

3. Saraf. 

Kalau pasal saraf ni biasanya orang kita cukup ambil berat
.
Pantang salah urat sikit je nak urut
.
Saraf ni penting tau
.
Saraf membawa mesej penting antara otak kita & bahagian-bahagian lain badan kita.
.
Contohnya
.
Kalau tangan kita ada orang cubit, sel sel di kulit tu hantar whatsap pada otak melalui network saraf
.
Sistem saraf ni cara mereka berhubung
.
Macam BFF gitew
.
Muahaha 
.
Tahap gula tinggi dalam darah bertahun-tahun lamanya boleh merosakkan saluran darah yang membawa oksigen kepada beberapa saraf. 
.
Saraf yang rosak boleh berhenti menghantar isyarat sakit.
.
Tu yang respon lambat je
.

4. Kaki. 

Diabetes boleh membahayakan kaki kita dalam 2 cara. 
.
Pertama, ia boleh merosakkan saraf badan kita. 
.
Kerosakan saraf menghalang kita daripada merasa kesakitan atau masalah-masalah lain di kaki. 
.
Satu lagi cara kencing manis menyebabkan kerosakan pada kaki kita ialah peredaran darah yang lemah. 
.
Aliran darah yang lemah menyebabkan susah merasa sakit atau jika ada jangkitan lambat untuk sembuh. 
.
Jika luka tidak sembuh & dijangkiti kuman, kaki kita boleh dipotong.
.

5. Buah pinggang. 

Bayangkan buah pinggang kita seperti penapis air mahal di luar rumah tu. 
.
Buah pinggang kita ni menyimpan apa yang di perlukan dalam badan, tetapi tapis bahan buangan & cecair berlebihan dalam badan. 
.
Dalam buah pinggang kita ni penuh dengan saluran darah kecil. 
.
Dari semasa ke semasa, gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah sempit & tersumbat. 
.
Macam tu
.
Kalau darah susah nak masuk ke buah pinggang sebab saluran darah dah rosak
.
Macam mana nak tapis darah kan?
.
Saluran darah rosak, kurang bahan buangan dan cecair ditapis daripada badan anda. 
.
Penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes dipanggil "penyakit buah pinggang disebabkan diabetes." 
.
Ia adalah punca nombor satu kegagalan buah pinggang di Amerika Syarikat.
.
Bayangkan
.
Kalau negara maju pun ada masalah ni
.
Maju sangat ke cara makan mereka?
.
Zaman mak ayah kita dulu, dah usia 80 tahun pun masih sihat
.
Tak payah makan ubat pelik pelik
.
Ini bukti kita tak perlu ikut semua yang di bawa dari barat
.
Cara hidup mereka pun ada kelemahan
.
Yang baik kita ikut
.
Yang tak elok kita buang jauh jauh
.

Apakah tanda-tanda kegagalan buah pinggang dalam pesakit kencing manis?

Selalunya susah untuk kesan tanda awal kegagalan buah pinggang disebabkan kencing manis (nefropati diabetes).
.
Tapi
.
Bila keadaan ginjal dah makin teruk, makin banyak tanda keluar seperti (Sumber:webmd.com)
.
  1. Bengkak tangan, kaki, dan muka
  2. Masalah tidur atau menumpukan perhatian
  3. Kurang selera makan
  4. Loya
  5. Kelemahan
  6. Gatal-gatal (penyakit buah pinggang peringkat akhir) dan kulit yang sangat kering
  7. Mengantuk (peringkat akhir penyakit buah pinggang)
  8. Keabnormalan dalam irama tetap jantung, kerana peningkatan kalium dalam darah
  9. Otot bergerak-gerak


.
Semakin lama masa berlalu
.
Kerosakan buah pinggang bertambah buruk.
.
Buah pinggang kita tidak boleh mengeluarkan sisa yang tidak diperlukan daripada darah. 
.
Sisa yang tak diperlukan ini kemudian terkumpul di dalam badan kita & boleh mencapai tahap beracun.
.

Apa makna jika protein ada dalam air kencing untuk pesakit kencing manis?

Penyakit diabetes & tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang, yang membawa kepada proteinuria. Orang melayu panggil buah pinggang bocor
.
Protein urea tu jadi kalau buah pinggang kita ni tak mampu menapis protein dengan sempurna sampai keluar dengan banyak mengikut air kencing kita
.
Itu yang kencing berbuih
.
Sebab protein tu lah
.
Apa nak buat untuk kurangkan protein dalam air kencing kita?
.
Berikut adalah beberapa rawatan dari rumah 100% semula jadi yang boleh membantu dalam merawat protein di dalam air kencing (Sumber:webmd.com)


  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.
  • Daging tanpa lemak adalah lebih baik daripada daging merah, kerana yang terakhir adalah lebih sukar untuk memecahkan.
  • Makan lebih banyak ikan.
  • Hadkan pengambilan garam.
  • Minum banyak air dan elakkan air berkarbonat.
  • Bersenam secara teratur & kerap.
  • Elakkan pengambilan alkohol (Haram untuk orang islam).
  • Belajar cara untuk mengawal tahap tekanan.
  • Kekalkan berat badan yang sihat. Usaha untuk kurangkan berat badan sekiranya mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
  • Menambah bawang dan bawang putih dalam majoriti makanan yang diambil kita.
Insyaallah, rasanya dah cukup setakat ni.
.
Semoga kita sama sama jaga kesihatan buah pinggang ya.
.
Cuba elakkan dari kencing manis
.
Insyaallah hidup bahagia
.
Mama ucapkan selamat berpuasa ya.
.
Assalamualaikum

Comments

  1. Kencing manis memang beri kesan jangka panjang pada kesihatan. Saraf jadi rosak

    Dan banyak lagi masalah kesihatan

    Ibu selalu ingatkan diri untuk jaga makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab tu kena kurangkan makan manis dari gula

      Lebihkan buah dan sayuran

      Baru lebih manis hidup ni

      Delete
    2. Kalau dah kena memang susah nak baik

      Kena selalu beringat kan

      Delete
  2. Perkongsian yg sngt bagus. Sama2 kita jaga kesihatan dan semoga dikurniakan kesihatan yg terbaik. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah

      Nikmat sihat itu memang terbaik

      Kalau dah sakit duit banyak pun tak guna

      Makanan sedap pun hilang sedapnya

      Sebab dah tak lalu nak makan

      Delete
  3. terima kasih atas perkongsian ini....semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan terus berusaha menjaganya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah tuan. Semoga setiap nikmat Allah set kita syukuri

      Baru Allah tambahkan nikmat lagi

      Delete
  4. Replies
    1. Sama sama ambil manfaat

      Maznee pun suka

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis

Bina Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri & 8 Tips Elakkan Ditipu!