30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi!
Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula.

Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan. 
Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis.
Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

Kencing manis


Diabetes boleh dikawal dengan cara mengamalkan corak hidup yang sihat dan seimbang. (Baca lebih lanjut tentang sebab rawatan kencing manis kurang berjaya!)

Kalau diperhatikan pun,

Banyak lagi makanan yang sihat & bermanfaat untuk kesihatan.

Dan ada 1 makanan ni, 1 sudu saja sehari dah boleh dapat kebaikan 24 makanan sihat ni.

Teruskan membaca sampai habis ya. Siapa cakap orang ada kencing manis tak boleh makan sedap?


6 Makanan yang Sebaiknya Dihindari oleh Pesakit Diabetes!



Insyaallah hari ini di Nikmatterbaik.blogspot.com kita akan kongsikan 6 makanan yang kita mesti elak.
.
makanan yang tidak sihat untuk kencing manis

.
Tidak hanya gula dalam minuman, pesakit diabetes pun harus memberi perhatian kepada pengambilan karbohidrat yang dimakan. 
.
Begitu pula halnya dengan makanan yang berkolesterol tinggi, sebaiknya dielakkan. 
.
Beberapa kajian juga mendedahkan beberapa buah dan sayur-sayuran yang berbahaya bagi pesakit diabetes terutama sekali semasa mengandung
.
Tak sangka ya, ingatkan semua buah dan sayur bagus di makan. Ada juga yang tak elok untuk diabetes!

1. Makanan yang Kaya Gula. 

Tak salah makan manis, tapi..
Makanan yang mengandungi banyak gula adalah musuh nombor satu bagi pesakit diabetes. 
.
makanan kaya gula tidak baik untuk kencing manis

.
Makanan dengan kadar gula tinggi seperti 
  • gula putih (gula pasir)
  • ais krim
  • donat
  • pastri
  • coklat susu
  • makanan dengan pemanis buatan
Semua makanan diatas sangat berbahaya untuk pesakit yang menderita diabetes.

Makanan-makanan tersebut boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah, sehingga tidak menghairankan jika sebaiknya dielakkan oleh pesakit diabetes. ESP Shaklee adalah antara produk yang ada dalam set kencing manis Shaklee untuk kawal gula. (Baca lebih lanjut tentang pilihan ubat kencing manis untuk turunkan gula.)

Jika memang tidak boleh mengelakkan jenis makanan ber-gula
.
Kita boleh mengatasinya dengan membuat atau memilih makanan dengan kandungan gula minimum. 
.
Rujuk terlebih dahulu dengan doktor mengenai jenis 'makanan manis' yang boleh kita ambil serta beberapa cadangan & tips untuk mengawalnya.
.
Makanan manis bukan saja tidak baik untuk kencing manis, malah satu kajian yang di jalankan saintis menunjukkan kaitan gula tinggi dalam darah dengan masalah jerawat. Sebab itu, susah bagi penghidap diabetes nak cari pencuci muka yang sesuai.
Baca lebih lanjut tentang panduan memilih pencuci muka terbaik untuk setiap jenis kulit.
Makanan seterusnya memang kegemaran rakyat Malaysia. Boleh kata, sarapan, lunch dan dinner mesti ada. Apakah ia? 


.

2. Makanan berkolesterol tinggi.

Memang sedap! Tapi..
Penyakit diabetes menyebabkan paras kolesterol baik menurun
.
makanan kaya kolesterol jahat kencing manis

.
Dan sebaliknya
.
Meningkatkan jumlah kolesterol jahat dalam tubuh. 
.
Hal tersebut menyebabkan pesakit diabetes terdedah dengan beberapa penyakit akibat kolesterol tinggi.
.
Khususnya penyakit jantung
.
Ini kerana 
.
Kadar koleseterol yang tinggi boleh menebalkan lapisan plak pada dinding arteri.

Oleh kerana itu
.
Beberapa jenis makanan yang berkolesterol tinggi seperti 
  • kuning telur
  • produk-produk susu tinggi lemak
  • ayam
  • daging merah (contoh daging lembu)
  • udang
  • keju 
Sebaiknya kita kurangkan pengambilan makanan rapu seperti ini. 

Tetapi pengambilan makanan ini secara sederhana sangat baik untuk kesihatan. (Cuba amalkan makanan yang sihat ini sebagai ubat tradisional kencing manis. Setiap makanan kan ubat kepada badan kita, itupun jika di ambil dengan betul.)

3. Jus Buah.

Ingatkan sihat. Rupa rupanya..
Kajian menunjukkan bahawa meminum segelas jus buah secara rutin setiap hari boleh meningkatkan risiko diabetes. 
.
jus buah tidak sihat untuk kencing manis
Jus buah penuh dengan gula & tanpa serat buah. Bahaya!

.
Terlebih bagi pesakit diabetes, memakan buah secara langsung lebih disyorkan daripada menyajikannya dalam bentuk jus.
.
Mengambil buah secara langsung akan memberikan serat atau fiber, yang mana sangat diperlukan oleh tubuh. 
.
Sedangkan jus buah mengandungi karbohidrat yang tinggi. 
.
Pesakit diabetes mungkin sesekali tetap boleh minum jus buah, akan tetapi harus terhad
.
Dan sebaiknya 
.
Dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.
.

4. Beberapa Jenis Buah dan Sayuran. 

Sungguh tak ku sangka! Harapkan pagar, pagar makan padi.
Walaupun secara umum buah-buahan boleh dikatakan menyihatkan
.
buah tidak baik untuk kencing manis
Kandungan gula dalam buah

.
Namun tidak semua buah menyihatkan bagi pesakit diabetes. 
.
Orang yang mempunyai diabetes sebaiknya menghindari jenis buah-buahan yang mengandungi kadar glukosa & sukrosa yang tinggi.

Buah seperti mangga dan strawberi menyebabkan lonjakan kadar gula darah pada pesakit diabetes. 
.
Kalau makan sikit saja tak mengapa
.
Malah menyihatkan
.
Sebab buah buahan kaya antioksidan
.
Begitu pula halnya pada beberapa jenis sayur-sayuran yang kaya akan kandungan pati, seperti kentang dan labu, juga harus dihadkan dengan hati-hati.

Sebagai alternatif
.
Kita boleh menukar buah yang kaya gula dengan buah dengan kandungan serat tinggi. Seperti

  • epal
  • pir
  • Strawberi, blueberi raspberi
Untuk sayuran, kita boleh menggantikannya dengan

  • lobak merah
  • Kekacang
.

5. Minuman beralkohol. 

Patutlah haram!
Minuman beralkohol cenderung akan meningkatkan kadar gula darah, dan penggunaan alkohol dalam jumlah yang tinggi boleh membahayakan pesakit kencing manis. 
.
Keadaan hypoglycemia juga boleh berlaku jika mengambil alkohol dalam keadaan perut yang kosong.

Selain itu, pengambilan alkohol yang berlebihan boleh merosakkan fungsi liver, yang mana akan semakin menyulitkan tubuh untuk mengawal kadar gula dalam darah. Seperti yang di kongsi disini

6. Makanan bergoreng. 

Ingatkan tak elok untuk darah tinggi saja! Rupa rupanya..
Pesakit Diabates harus menghadkan pengambilan gorengan, khususnya yang digoreng dengan minyak terhidrogenasi.
.
makanan bergoreng untuk kencing manis

.
Ini kerana kecenderungannya untuk meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh
.
Makanan bergoreng juga penuh lemak trans yang tidak sihat.

Jika kita ingin mengambil makanan bergoreng
.
Boleh memilih atau membuat gorengan yang menggunakan minyak yang lebih tidak berbahaya
.
Misalnya minyak zaitun. 
.
Dan lebih baik lagi
.
Jika kita lebih memilih jenis makanan yang lebih sihat & lebih sesuai untuk pesakit diabetes, iaitu jenis makanan yang dibakar dan direbus atau dikukus.
.
Selain senarai diatas, beberapa jenis makanan juga sebaiknya dihadkan jika anda mengalami diabetes, antara lain makanan kaya sodium (misalnya kicap), dan produk makanan olahan tepung (pasta, pizza, dan lain lain). 
.
Jenis makanan fast-food yang banyak dipasarkan di mana-mana sebaiknya dielakkan sama sekali, kerana berbahaya bagi pesakit diabetes.
.
Walaupun beberapa jenis makanan sangat susah untuk dielakkan, tetapi pesakit diabetes harus secara ketat merancang dan mengawal pola makan yang sihat dan sesuai.
.
Jangan berkecil hati dengan senarai banyaknya jenis makanan yang harus dielakkan, kerana senarai makanan yang boleh dimakan (dan lebih sihat) justru lebih panjang lagi. 
.
Semua hal tersebut bertujuan untuk menjaga gula darah dan kesihatan tubuh secara umum.
.
Ok
.

Habis, kalau semua tak boleh makan! Apa yang boleh?



makanan pantang untuk diabetis

Paras gula pesakit kencing manis boleh di kawal,

Dan salah satu caranya adalah dengan memerhatikan pola makan atau diet yang diambil setiap hari.
.
Ini termasuk menghadkan atau mengelakkan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan lonjakan gula dalam darah. (Baca tentang tips mengawal bacaan kencing manis supaya gula tidak naik terlalu tinggi atau turun terlalu rendah.)

Hal tersebut tentu dilakukan agar paras gula darah tetap normal dan mencegah pelbagai komplikasi akibat diabetes, yang boleh berkembang apabila kadar glukosa dalam darah tidak terkawal.

Untuk itu sangatlah penting bagi pesakit diabetes untuk mengetahui makanan apa yang elok untuk diabetes dan juga makanan yang harus dielakkan.

Makanan yang banyak mengandungi gula dan lemak lebih baik dielakkan jika anda menderita diabetes, dan kerana itu terdapat cukup banyak makanan yang sebaiknya anda elakkan, atau sekurang-kurangnya dihadkan pengambilannya secara ketat.

Sekarang ni kita dah tahu 6 makanan yang tak di elok untuk kencing manis kan
.
Apa nak di makan?
.
Banyak lagi makanan yang sihat untuk pesakit kencing manis
.
Di bawah ini mama berikan beberapa panduan untuk rujukan bersama
.


Bagaimana makanan yang kita ambil seharian bantu kita lebih cergas & gula darah tetap terkawal!

Maksud menu untuk pesakit diabetes yang sihat?

Diet untuk diabetes ialah makan makanan yang paling sihat dalam jumlah yang sederhana & makan pada waktu yang di tetapkan setiap hari.
.
Diet diabetes adalah pelan pemakanan sihat yang kaya dengan 
  • nutrien semulajadi
  • bebas pengawet 
  • perasa & pewarna yang berbahaya
  • Rendah lemak dan kalori. 
.
Contoh makanan utama dalam diet ini ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. 
.
Dan sebenarnya
.
Makanan yang bagus untuk pesakit kencing manis sesuai juga dimakan semua orang.
.

4 Kumpulan Makanan untuk pesakit kencing manis yang disyorkan.

Paras gula terkawal. Badan pun rasa sihat bertenaga!
Amalkan pengambilan makanan berkhasiat ini untuk bekalan tenaga berkekalan. Ada 4 kumpulan makanan yang wajib ada dalam diet harian pesakit kencing manis.


makanan sihat untuk pesakit kencing manis

1. Karbohidrat yang sihat. Sumber tenaga paling penting sebab..

Semasa pencernaan, gula (karbohidrat mudah) &  kanji (karbohidrat kompleks) akan dihadamkan kepada glukosa
.
Glukosa ini akan di bawa darah ke seluruh badan. 
.
Fokus pada makanan yang memberikan karbohidrat yang sihat
.
Contohnya seperti 

  1. Buah-buahan
  2. Sayur-sayuran
  3. Bijirin
  4. Kekacang (kacang tanah, kacang pea dan kacang dal) 
  5. Produk tenusu rendah lemak.



2. Makanan tinggi kandungan serat. Perut rasa kenyang lagi lama dan ..

Serat dalam diet adalah   bahagian makanan yang berasal daripada tumbuhan & tidak boleh mencerna / di serap oleh badan kita. 
.
Kandungan serat dalam diet akan membantu keseimbangan penghadaman
.
Dan juga mengawal tahap gula darah. 
.
Makanan dengan serat yang tinggi termasuklah

  1. Sayur-sayuran
  2. Buah-buahan
  3. Kacang
  4. Tepung gandum 
  5. Oat



3. Ikan untuk hati yang sihat. Sumber protein yang berkhasiat dan rendah ...

Hati kita ni jadi tempat pengumpulan sisa logam berat & menjadi tempat pengedaran khasiat ke seluruh badan
.
Kalau kita nak jadi hati menjadi lebih sihat
.
Digalakkan supaya makan ikan yang baik untuk kesihatan hati sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 
.
Ikan boleh menjadi alternatif yang baik untuk daging tinggi lemak. 
.
Antara contoh ikan yang baik untuk kesihatan hati ialah

  1. Ikan kod tuna dan sardin mempunyai jumlah lemak tepu dan kolesterol yang kurang, daripada daging dan ayam. 
  2. Ikan seperti salmon, makarel, tuna, ikan sardin kaya dengan  asid lemak omega-3, yang mempunyai khsiat untuk kesihatan & menggalakkan kesihatan jantung dengan menurunkan lemak darah yang disebut trigliserida.

.
Tapi
.
Tak semua ikan ni sihat
.
Ikan dari lautan dalam boleh tercemar dengan merkuri
.
Kurangkan makan ikan yang di goreng & ikan dengan kadar merkuri yang tinggi, seperti tilefish, ikan todak dan makarel raja.
.
Tapi tak pelah. 
.
Kita duduk Malaysia. Ikan macam ni jarang jumpa


4. Makanan kaya dengan lemak baik. Lemak pun ada baik jahat?

Makanan yang mengandungi lemak tak tepu boleh membantu menurunkan tahap kolesterol kita. 
.
Anta contoh makanan jenis ini termasuklah

  1. Buah aprikot
  2. Kacang badam
  3. Kacang pecan
  4. Kacang walnut
  5. Buah zaitun. 
Tetapi jangan berlebihan dalam makan makanan berlemak, kerana semua lemak tinggi kalori.
.
Makan ikut keperluan saja
.
Ok
.
Dari 4 kumpulan makanan ini pula
.
Mama cadangkan supaya kita semua selalu makan senarai makanan ini seharian supaya kita dapat kawal kencing manis. (Sumber besthealthmag)
.


20 Makanan untuk pesakit kencing manis yang sedap & bantu kawal gula darah.

Perut kenyang, hati senang!
Apa yang kita makan boleh membantu mengawal & melawan kencing manis. 
.
makanan sihat untuk pesakit kencing manis

.
Jadi, masukkan makanan sihat ini ke dalam diet harian
.
Sangat bagus tau
.
Mama kongsikan senarai 20 makanan terbaik untuk memerangi kencing manis & menjadi ubat semulajadi. (Baca lebih lanjut tentang ubat kencing manis terbaik yang boleh kita dapati setiap hari di dapur!)
.
Pastikan bawa senarai ini tiap kali kita berbelanja di pasaraya
.

1. Buah epal untuk antioksidan & serat

Buah ini ada banyak kelebihan untuk kesihatan
.
buah epal untuk pesakit kencing manis

.
Di bawah ini mama kongsikan kehebatan epal untuk manfaat bersama

  • Epal secara semula jadi rendah kalori
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi (4 gram) & bantu kita rasa kenyang
  • Baik untuk rendahkan kolesterol jahat
  • Membantu mengelakkan naik turun paras gula darah yang mendadak. 
  • Epal kaya dengan antioksidan yang baik mencegah penyakit.
  • Makan mereka secara keseluruhan dan tanpa dibuang kulitnya sangat bagus. Tapi pastikan kulit tiada lapisan lilin untuk pengawet. Kalau ada baik kupas.

2. Barli untuk kawal gula pesakit diabetes


Orang kita selalu rebus barli buat air saja

.
barli untuk kencing manis

.

Sedangkan banyak betul khasiat barli

.

Terutama untuk kencing manis

.

Pilih bijirin ini & kurangkan pengambilan nasi (beras putih) boleh mengurangkan kenaikan gula darah selepas makan hingga 70 peratus. Wow banyaknya! (Baca lebih lanjut tentang cara merawat kencing manis dengan aktiviti harian yang kita lakukan.)

.

Dan barli dapat memastikan gula darah kita lebih rendah dan stabil selama berjam-jam. 

.

Terbaik kan

.

Kandundan serat larut & sebatian lain dalam barli bertindak penuh bergaya dalam melambatkan penghadaman dan penyerapan karbohidrat. 

.

Macam mana cara penyediaan barli yang baik untuk hidangan?

.

Kita boleh tambahkan barli dalam sup

Sediakannya sebagai hidangan sampingan, 

.

Boleh cari resepi barli di internet.

.

Dan bereksperimen

.

3. Daging lembu untuk kenyang lebih lama & tinggikan metabolisme badan

Daging lembu memang bagus untuk pesakit kencing manis
.
Asalkan kita tidak makan berlebihan
.
daging lembu untuk kencing manis

.
Ambil bahagian yang paling kurang lemak. Jauhi daging tetel ya.
.
Dan pastikan daging tidak melebihi 1/4 saiz hidangan
.
Apa kebaikan makan daging lembu untuk kencing manis?
.
Kehadiaran protein yang cukup dalam diet akan membuat kita kenyang dan puas makan. 
.
Protein dari daging membantu mengekalkan jisim otot apabila anda kehilangan berat badan, jadi metabolisme anda tetap tinggi. 
.
Bahagian daging yang paling sihat ada di bahagian batang pinang & bahagian peha.
.
Tetel tu antara bahagian paling tak sihat
.
Macam mana nak lembutkan daging?
.
Banyak petua, antaranya campur dengan daun betik muda atau juslimau.
.
Asid ini melembutkan daging.
.
Memang sedaplah
.

4. Buah buahan Beri kaya anthocyanin pengawal gula

Mama tahu ramai yang tak selalu makan buah buahan beri ni
.
Sebab semua ni buah import
.
Harga mahal
.
Buah beri untuk kencing manis

.
Tapi buah ini memang bagus & penuh khasiat.
.
Dan paling penting, sedap manis, & berwarna-warni. Memang memuaskan. 

Buah beri seperti strawberi, blue beri & raspberi kaya dengan serat & antioksidan. 
.
Buah yang berwarna merah & biru mengandungi sebatian tumbuhan semulajadi yang dipanggil antosianin. 
.
Mama pernah baca yang anthocyanin ni bagus untuk kanser dan anthocyanin ni kaya di dalam produk shaklee vivix(Ada mama baca tentang kebaikan vivix untuk barah di hargasetbersalin.)
.
Kalau kita renungkan, mungkin sebab ini juga orang dahulu jarang sakit.
.
Dan sangat tahan lasak.
.
Sebab banyak makanan mereka berasaskan ulam & di ambil segar. Petik terus makan. Lagipun kebanyakan hasil tanam sendiri.
.
Dan tidak menggunakan racun serangga. Memang organik. Baca pun pakai baja asli saja. Bukan jenis kimia.
.
Buah buahan & sayur segar ini terpelihara kandungan khasiatnya seperti antioksida & anthocyanin.
.
Para saintis juga percaya anthocyanin membantu menurunkan gula darah dengan meningkatkan pengeluaran insulin. (Bacaan lanjut tentang shaklee vivix & kebaikannya.)
.
Mama selalu bekukan strawberi, oat & blend bersama susu & buah lain untuk minuman smoothies yang sedap berkhasiat.
.
Kenyang lama
.
Dah jimat masa & tenaga


5. Kekacang untuk kenyang lebih lama

Dalam menu untuk pesakit kencing manis, seeloknya masukkan menu kekacang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
.
kacang untuk kencing manis

.
Kekacang mempunyai persamaan dengan barli
.
Ada kandungan serat larut dalam semua jenis kacang & ini membantu mengelakkan gula darah naik terlalu tinggi dengan mendadak.
.
Jadi badan kita tak perlu hasilkan hormon insulin berlebihan
.
Bolehlah pankreas kita rehat
.
Kekacang juga kaya dengan protein & menjadikan kita kenyang lama
.
Badan kita juga akan bakar lebih banyak tenaga kerana metabolisme tinggi.
.
Pastikan kita gunakan kacang segar.
.
Kalau masak kacang dari tin, perlu bilas garam terlebih dulu dari supnya


6. Lobak merah kaya beta-carotene. Rendahkan risiko diabetes

Lobak merah memang sedap di makan
.
Dah lah rangup, manis pula tu.
.
lobak merah untuk kencing manis

.
Jadi orang selalu ingat makan lobak merah banyak tak sihat kerana beranggapan cepat meningkatkan gula darah.
.
Sedangkan kandungan gula lobak merah rendah
.
Dan lobak merah adalah salah satu sumber terkaya alam beta-karoten, yang membantu mengurangkan risiko diabetes
.
Serta kawalan gula darah yang lebih baik.
.

7. Telur untuk protein gred A diperlukan badan

Sumber makanan berkhasiat yang paling mudah kita dapati
.
telur untuk kencing manis

.
Telur membekalkan sumber protein yang berkualiti tinggi & murah
.
Protein telur adalah tahap terbaik yang pakar nutrisi berikan untuk dibandingkan kepada jenis protein lain.
.
Ada orang kata telur kaya kolesterol
.
Tapi sekarang ni kan telur ada yang jenis tanpa kolesterol. Sebab ayam tersebut diberi makan makanan tanpa kolesterol
.
Ayam pun makan sihat sekarang kan
.
Tapi
.
Walaupun kita makan 1 atau 2 biji telur pun tidak menjadi masalah.
.
Kerana tak menaikkan kolesterol pun.
.
Makan telur akan membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.
.

8. Susu dan Yogurt bantu badan kita melawan rintangan insulin

Kedua-dua makanan tenusu ini kaya dengan protein dan kalsium
.
susu yogut tenusu untuk kencing manis

.
Ada kajian menunjukkan pengambilan makan ini dapat membantu menurunkan berat badan.
.
Dan menu diet yang mengandungi banyak produk tenusu boleh menghalang rintangan insulin
.
Satu masalah utama di sebalik diabetes.
.
Mama sendiri selalu campur yogurt & susu untuk membuat smoothies buah buah berry
.
Sedap sangat
.

9. Brokoli sayur kaya kromium yang terbaik untuk diabetes

Jujur mama mengaku
.
Dulu memang tak suka makan brokoli
.
brokoli untuk kencing manis

.
Tapi lepas tahu resepi yang betul. Tak adalah buruk sangat. Sedap je makan brokoli. Terutama yang kukus
.
Rangup & sedap
.
Antara sedikit dari senarai panjang kebaikan brokoli ialah
  • Sayur brokoli mengenyangkan & kaya serat
  • Kaya zat besi. Menjadikan badan kita lebih bertenaga
  • Sumber makanan murah yang penuh antioksidan (bekalan vitamin C untuk keperluan seharian dalam 1hidangan). 
  • Kaya dengan kromium, yang memainkan peranan penting dalam kawalan gula darah jangka panjang. 

10. Daging ayam untuk khasiat protein rendah lemak tepu

Betul ke daging ayam baik untuk kencing manis?
.
daging ayam untuk kencing manis
Bahagian dada paling elok
.
Semuanya bergantung kepada bahagian ayam yang dimakan & bagaimana ia disediakan.
.
Bahagian paling sihat ialah daging dada
.
Ini kerana bahagian ini lebih rendah lemak & elakkan makan kulit ayam kerana kandungan lemak tepu yang tinggi.
.

11. Ikan sumber asid lemak omega 3 untuk kencing manis

Kencing manis boleh menyebabkan sakit jantung.
.
ikan sumber omega 3 kencing manis

.
Asid lemak omega 3 dalam ikan mengurangkan keradangan dalam badan kitayang menjadi penyumbang utama kepada penyakit jantung.
.
Ia juga bagus untuk mengelakkan rintangan insulin & diabetes. 
.

12. Kacang badam untuk bekalan tenaga berkekalan 

Kacang badam kaya dengan kandungan serat & tinggi kandungan protein.
.
kacang badam untuk kencing manis

.
Kacang lambat dihadamkan badan & ini baik untuk paras gula darah.
.
Memang betul badam banyak lemak
.
Tapi
.
Lemak dari kacang badam adalah jenis mono tak tepu
.
Jadi ia baik untuk kesihatan
.

13. Oat untuk kenyang lebih lama

Boleh kata semua orang tahu oat ni bagus
.
oat untuk kencing manis

.
Tapi tak semua orang suka makan oat sebab rasanya yang tawar
.
Semua ini boleh diselesaikan.
.
Hanya perlukan sedikit kreativiti
.
Puan tahu mengapa oat bagus untuk kesihatan?
.
Ini disebabkan oat sarat dengan serat larut.
.
Jika kita masukkan oat dalam hidangan, badan kita memerlukan masa lebih lama untuk tmenukar karbohidrat yang dimakan ke dalam gula darah.


14. Avocado membantu menterbalikkan kesan rintangan insulin

Mama sekali sekala makan juga avocado ni
.
Selalu beli yang dah hampir masak.
.
Warna kulit dah tukar dari hijau ke coklat
.
Sebab rasa avocado yang tua ni sedap lagi dari yang muda.
.
buah avocado untuk kencing manis

.
Buah ini kaya dengan lemak mono tak tepu yang bermanfaat
.
Kebaikan avocado untuk kencing manis memang banyak. Antaranya
  • Avokado melambatkan penghadaman
  • Membantu menjaga gula darah dari meningkat mendadak selepas makan. 
  • Makanan yang tinggi lemak sihat
  • Membantu menterbalikkan rintangan insulin
  • Kawalan gula darah yang stabil untuk  jangka panjang.

15. Minyak zaitun yang di berkati


Kalau nama buah ni dah disebut dalam kitab Al Quran

.

Tak perlu di nafikan lagi kebaikannya

.
minyak zaitun untuk kencing manis

.

Minyak ini ada di sebut dalam banyak tempat dalam al quran. 



Kajian menunjukkan minyak zaitun mempunyai khasiat yang banyak seperti

  • Mengandungi komponen anti-radang yang begitu kuat. 
  • Kajian menunjukkan individu yang mengamalkan makanan tradisional Mediteranian yang banyak menggunakan minyak zaitun dalam masakan mempunyai kadar penyakit jantung & diabetes yang rendah
  • Lemak baik dalam minyak zaitun tidak akan meningkatkan ketahanan insulin & mungkin membantu membalikkannya. 
  • Minyak zaitun juga melambatkan pencernaan, jadi tambahkan minyak zaitun ke dalam makanan supaya tidak meningkatkan glukosa darah. 

16. Ubi keledek memang terbaik untuk kencing manis kerana


  • Gula dalam darah kita lebih rendah 30% dengan mengambil ubi keledek berbanding memakan kentang
  • Keledek manis padat dengan nutrien 
  • Kaya serat yang baik untuk melawan penyakit
  • 40% serat dalam keledek adalah jenis larut yang menurunkan kolesterol & melambatkan penghadaman. 
  • Keledek kaya dengan karotenoid sejenis pigmen berwarna oren kekuningan yang  membantu badan bertindak balas dengan insulin. 
  • Kaya sebatian tumbuhan semulajadi asid klorogenik, yang boleh membantu mengurangkan ketahanan insulin.

17. Roti Gandum penuh lebih baik dari roti putih


Ramai dari kita tak suka makan roti serat

.
roti gandum serat penuh untuk kencing manis

.

Alasannya kerana roti ni kering & kesan. Teksturnya kurang lembut

.

Tapi sebab keseratannya

.

Dan 

.

Segala macam sebab lagi roti ini tidak digemari

.

Tersembunyi banyak khasiat untuk kesihatan penghidap kencing manis

.

Roti putih tidak sihat kerana sama seperti makan gula putih & ini akan menaikkan gula darah. 

Makan roti serat meningkatkan kepekaan badan kita terhadap insulin. 

.

Macam mana nak tahu roti yang kita beli jenis serat penuh?

.

Periksa jadual ramuan di belakang

.

Jika ramuan bahan pertama terdiri dari tepung gandum penuh, barulah roti ini sahih
.

18. Kuaci & bijan snek yang enak & berkhasiat!

Siapa kata pesakit kencing manis tak boleh makan sedap
.
kuaci dan benih labu untuk kencing manis

.
Snek seperti kuaci (biji benih labu & bunga matahari) & bijan bukan saja enak dimakan
.
Malah ia juga penuh dengan


  • lemak yang baik
  • protein
  • dan serat 
Dan semua kandungan ini bekerja bersama-sama untuk


  • Menjaga gula darah rendah 
  • Dan mencegah penyakit jantung. 
  • Makanan ini juga mempunyai sumber semula jadi sterol yang bertindak sebagai penurun kolesterol

19. Mentega kacang


Mama suka makan mentega kacang dengan roti bakar

.
mentega kacang untuk kencing manis

.

Dan alangkah bagusnya

.

Sebab

.

Mentega kacang yang disapu kepada roti gandum penuh yang penuh serat sangat baik untuk pesakit kencing manis

.

Cuma pastikan mentega kacang yang digunakan adalah dari jenis yang tidak bercampur dengan jem & coklat.

.

Gula semua tu

.

Makan mentega kacang menyihatkan

.

Ada kajian mendapati bahawa makan mentega kacang akan mengikat selera sehingga 2 jam lebih lama.

.

Jika di bandingkan dengan makanan ringan yang tinggi karbohidrat & rendah serat. 

.

Kandungan lemak monotaktepu dalam mentega kacang juga membantu mengawal gula dalam darah.

.

20. Flaxseed makanan kaya magnesium untuk kawal kencing manis


Selalu juga Mama baca kebaikan flaxseed

.
flaxseed untuk kencing manis

.

Dan tak disangka betul

.

Flaxseed baik untuk diabetes

.

Ia kaya dengan 

  • protein
  • serat
  • Asid lemak omega 3 yang baik seperti terdapat dalam ikan. 
  • Padat dengan magnesium, mineral diperlukan badan untuk membantu sel-sel badan menggunakan insulin untuk kawalan gula darah .

Alhamdulillah, selesai sudah artikel kita untuk kali ini.

.

Mama harap dapat membantu kita semua semakin sihat

.

Dan ceria
.
Paras gula darah terkawal setiap masa
.
Insyaallah

Sebelum terlupa, Mama ada hutang tuan & puan kan

Apa 1 makanan yang mengandungi kebaikan 24 makanan diatas?

Jawapannya klik gambar di bawah


Kesihatan itu nikmat terbaik



Penulis / Editor: Ummu Hakim Amin

Mama suka berkongsi cerita tentang kecantikan wanita & juga rumah idaman. Topik kecantikan meliputi skincare & pemakanan yang sihat. Sihat luar & dalam barulah hidup ceria bermakna.

Menjadi impian pasangan suami isteri diluar sana untuk memiliki rumah banglo idaman hati. Mama kongsikan proses yang perlu dilalui dari A sampailah ke Z.

Dari proses melukis pelan rumah, mencari pembiayaan / pinjaman perumahan dari bank ataupun kerajaan. Pemilihan kontraktor rumah, interior design sampailah ke hiasan dalaman.

Selain menulis secara aktif di blog ini, Nikmatterbaik.blogspot.com, Mama juga salah seorang penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat bersama rakan beberapa lagi rakan blogger.

Previous Post Next Post

Contact Form