Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!

Jika anda sedang risau dengan paras gula yang tinggi, amalkan 8 cara mudah ini untuk merawat kencing manis dari rumah!
cara merawat kencing manis dari rumah

Antara perkara yang paling merisaukan hati pesakit kencing manis ialah bila gula naik tinggi sangat. Mana taknya,

"Makan dah kawal dah, tapi gula tinggi juga"
Betul kan.

Selalunya, bila kita pergi kenduri kendara,

Makanan dah banyak atas meja, teringin juga nak rasa kan?

Tak kan tak boleh langsung nak rasa. Jawapannya
"Memang boleh, TAPI.."
Tapi apa?



Tapi ada tips yang kita kena amalkan supaya ,
"Kencing manis terkawal & gula pun maintain."
Mama akan kongsikan,

8 tips yang boleh di amalkan pesakit kencing manis dalam kehidupan seharian. (Baca lebih lanjut tentang petua mengawal kencing manis agar tahap gula sentiasa cemerlang setiap masa!)



amalkan tips atasi kencing manis setiap hari

Semoga kita boleh dapat manfaat

8 Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!

panduan kawal kencing manis dari rumah

Di bawah ini Mama berikan beberapa amalan yang bagus di amalkan seharian. Nak sihat & mengawal kencing manis tak semestinya kena makan ubat. (Baca lebih lanjut tentang ubat kencing manis yang membantu kawal gula!)

1. Berhati-hati dengan penjagaan kaki anda.

jaga kaki semasa kencing manis
  • Diabetes boleh menyebabkan neuropati (Baca lebih lanjut tentang kerosakan saraf di blog hargasetbersalin), atau kerosakan saraf, di bahagian kaki - biasanya bermula di kaki, jadi penjagaan kaki yang baik adalah kritikal. 
  • Pastikan kulit kita bersih dan kering di rumah & dimana mana saja. Basuh kaki setiap hari dalam air suam, dan kering dengan tuala yang bersih dan lembut. 
  • Jangan rendam kaki atau gunakan air panas. 
  • Sekiranya kita mengalami kerosakan saraf, kerana kekurangan sensasi di kaki, kita mungkin tidak melihat luka, lepuh, bengkak, lebam, atau pecah di kulit. Jadi kita perlu memeriksa kaki kita dengan teliti setiap hari. 
  • Jumpa doktor dengan segera tentang bagaimana untuk penjagaan kaki. 
  • Jangan berjalan kaki tanpa alas kaki & sentiasa memakai kasut atau selipar. Pakai kasut yang bersih & lembut untuk kaki kita. (Baca lebih banyak lagi petua untuk merawat kencing manis!)

2. Dapatkan rawatan untuk gangguan tidur atau mengantuk siang hari.

mengantuk semasa siang hari tanda kencing manis

  • Rasa mengantuk siang hari yang berlebihan merupakan tanda apnea tidur, iaitu gangguan yang menyebabkan gangguan dalam pernafasan semasa tidur. Masalah ini sangat ketara kepada ibu hamil terutama di trimester 3. (Baca lebih lanjut tentang gejala kencing manis pada ibu hamil.)
  • Kebanyakan orang yang menganalami apnea tidur tidak tahu apa yang sedang berlaku atau mengapa mereka berasa begitu letih walaupun selepas mendapat rehat yang cukup di waktu malam. 
  • Pesakit diabetes lebih cenderung menghidap apnea tidur & ia meningkatkan risiko kerintangan insulin. Ini menyukarkan kita untuk mengawal kencing manis. 
  • Jika kita mengalami apnea tidur, atau mengalami rasa mengantuk di siang hari, berbincang dengan doktor untuk kepastian. 

3. Berus gigi lebih kerap. Jangan lupa flos

berus gigi dan floss gigi kencing manis
  • Kencing manis yang tidak terkawal membawa kepada tahap glukosa yang tinggi dalam darah kita.
  • Dan menyebabkan tahap gula yang lebih tinggi daripada biasa dalam air liur kita. Ini menimbulkan risiko kerosakan gigi. 
  • Kencing manis juga membuatkan jangkitan gusi lebih sukar di rawat berbanding seseorang yang tidak menghidap diabetes.

    Jika kita sedang hamil, sangat penting untuk jaga kesihatan mulut & gigi. Selain memastikan kalsium yang cukup dalam diet harian. Pastikan kita kerap gosok gigi & flos supaya dapat mengurangkan jangkitan gusi yang berlaku di sebabkan diabetes. (Baca lebih lanjut tentang petua menjaga kencing manis semasa hamil di blog ibusyurga.)
  • Bagi memastikan gigi dan gusi yang sihat, doktor gigi & pakar pemakanan (Definisi wikipedia) mengesyorkan supaya kita berjumpa doktor gigi dengan kerap, berus dengan ubat gigi berfluorida sekurang-kurangnya 2 kali sehari, dan selalu flos gigi. 

4. Berhenti merokok

berhenti merokok kencing manis
  • Merokok meningkatkan risiko menghidap kencing manis
  • Tabiat merokok akan membuat masalah dan komplikasi yang berkaitan dengan diabetes lebih buruk lagi. 
  • Merokok meningkatkan paras gula darah, menyekat saluran darah, dan menyebabkan keradangan. (Baca lebih banyak tentang penawar sakit kencing manis!)
  • Perokok mempunyai risiko penyakit ginjal, kerosakan saraf, kerosakan saluran darah, dan jangkitan kaki dan kaki yang lebih tinggi.
  • Satu perkara perlu di ambil berat, jika kita mahu berhenti merokok dan telah menghidap kencing manis. Kebanyakan orang akan mengalami kenaikan berat badan selepas berhenti merokok kerana mereka cuba untuk memuaskan nafsu nikotin mereka dengan makan lebih. Ini sangat berbahaya untuk orang yang menghidap diabetes. Makan vivix boleh membantu. (Baca info harga vivix di hargasetbersalin.)
  • Sangat penting untuk berhenti merokok & berjaga jaga terhadap pengambilan makanan ketika sedang membuang tabiat merokok

5. Simpan rekod makanan.

simpan rekod makanan untuk kencing manis


  • Ingatan manusia ada hadnya, ada masa kita lapang. Dan cabaran datang pada waktu sibuk
  • Bagi pesakit kencing manis, elok untuk kita tulis & rekodkan makanan yang diambil setiap hari setiap kali makan
  • Antara maklumat yang boleh ditulis di dalam rekod ialah lokasi; jam berapa; bagaimana lapar yang kita rasa sebelum mula makan dan apabila berhenti makan makanan dan jumlah yang dimakan;
  • Tabiat ini akan membantu kita melihat & memperbaiki gaya pemakanan kita dalam mengawal gula darah.

6. Bersenam.

bersenam untuk kawal gula kencing manis
  • Bersenam memang bagus untuk kesihatan, tak kiralah kita sihat, dan terlebih bagus lagi sekiranya ada kencing manis
  • Senaman adalah perkara yang paling penting yang boleh kita lakukan untuk mengawal diabetes. 
  • Dengan bersenam di rumah & di taman, kita akan mampu menurunkan lemak badan & menggalakkan penurunan berat badan 
  • Aktiviti ini juga akan meningkatkan kawalan gula darah dan tindak balas tubuh kita terhadap insulin
  • Cuba buat senaman selama 30 minit setiap sesi dan 5 hari seminggu. Kajian menunjukkan bahawa semua peringkat senaman memberi manfaat, dari latihan intensiti sederhana ke latihan ketahanan intensiti tinggi . 
  • Ada banyak jenis senaman boleh di lakukan, yang penting kita teruskan bersenam secara konsisten!

7. Ambil ubat diabetes seperti yang diarahkan.

ambil ubat di sarankan doktor
  • Kesan jangka panjang kencing manis sukar untuk dilihat, sehinggalah penyakit menyerang
  • Jadi, kita mungkin tidak menyedari kesan ini terutama sekali sekiranya kita mengabaikan pengambilan ubat yang diberikan doktor. (Baca tentang ubat kencing manis semulajadi yang ada di dapur rumah anda sekarang!)
  • Kencing manis yang tidak dirawat boleh membawa risiko serius penyakit jantung, kerosakan saraf, & komplikasi lain. (Sumber medicine.net)

8. Ukur paras gula darah kita setiap hari

ambil bacaan paras gula setiap hari
  • Mama yakin, ramai tak sanggup buat kan, tetapi pemantauan harian adalah cara berkesan untuk mengetahui gula kita dalam kawalan. 
  • Banyak faktor mempengaruhi paras gula seperti, pemakanan, senaman, ubat-ubatan, penyakit, dan tekanan.
  • Tanpa membuat bacaan gula yang kerap, tak mungkin kita tahu tahap gula kita sihat atau tidak

Kesimpulan cara merawat kencing manis

Kita ada pilihan untuk di ambil setiap hari

Dan untuk menang dalam perang melawan kencing manis memerlukan disiplin dan kekuatan

Terutamanya dalam mengamalkan cara hidup sihat

Mama doakan tips diatas membantu kita semua sedikit sebanyak

Semoga bertemu lagi di lain masa.
Previous Post Next Post

Contact Form