Kontraktor bina rumah di Klang? 7 Cara memilih kontraktor yang bagus

Jiran Mama di Klang dah upah kontraktor nak buat rumah, tanah semua dah terangkan
.
Jambatan pun dah buat nak masuk ke tanah
.

kontraktor rumah banglo di klang

Tapi
.
Masalah timbul dari tanah sebelah. Marah sebab kononnya kawasan pembinaan dah menceroboh tanahnya
.
Alahai.
.
Sebab tu kena ukur sempadan tanah betul betul. Sepatutnya kontraktor dah mula buat kerja
.
Tapi sebab isu isu kritikal, soal penyediaan tapak tak selesai. Tergendala
.
Rasanya dah 4 bulan terbengkalai di klang
. 
Kalau dah jadi macam ni kontraktor pun geleng kepala.
.
Sebab itu, selesaikan masalah tapak tu sebelum mula kerja
.
Hari ni Mama nak kongsi tips memilih kontraktor rumah yang bagus
.
Kontraktor yang bagus akan bantu kita dapat hasil yang terbaik. Silap hari bulan ada masalah macam tadi pun boleh di elakkan awal awal

.
Maklumlah kan
.
Ini kerja mereka. Dah bertahun tahun buat kerja yang sama. Dah macam macam jenis orang jumpa
.
Pengalaman lepas boleh kita jadikan pengajaran
.
Sebab jiran Mama dah terkena, mama pun buatlah kerja rumah sikit
.
Baca tips & pengalaman kawan kawan di luar sana
.
Dan Mama olah semua untuk kemudahan rujukan di kemudian hari
.
Dalam struktur yang lebih tersusun
.
Insyaallah jika tuan & puan nak rujuk, semoga ada kebaikan. 
.

7 Tips Memilih Kontraktor Bina Rumah Banglo di Klang yang Terbaik

Seeloknya kan, kita pilih kontraktor yang pejabatnya boleh kita pergi bila bila masa
.
Sebab tu kami pilih kontraktor bina rumah klang
.

.
Kenapa tak buat sendiri, selia dari mula sampai habis?
.
Bagi orang bekerja macam kami ni, ada perkara yang kita perlu outsource kan.
.
Selain itu, sebab sebab lain yang membuatkan orang sibuk macam kita ni memilih khidmat kontraktor ialah

1. Kontraktor mempunyai pengalaman luas & hasil kerjanya lebih teratur

Kontraktor adalah pihak yang berpengalaman dalam pembinaan bangunan. 
.
Nak bina rumah banglo atas tanah sendiri bukan soal main main, kalau tak yakin boleh runtuh rumah tu nanti
.
Itu yang keluar peribahasa
.
Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi
.
Pemilihan bahan yang sesuai memang penting.
.
Di samping itu, kerja kontraktor lebih teliti & tersusun rapi

2. Tertakluk pada jadual kerja yang di tetapkan lebih awal

Penggunaan khidmat kontraktor sepatutnya menjadikan urusan lebih lancar kerana semua kerja kerja ini mempunyai "deadline"
.
Kita sebagai pemilik rumah boleh dapatkan kemajuan projek dari kontraktor
.
Samada mengikut jadual atau tidak
.
Siap lebih awal itu bonus
.
Ketepatan masa penting di sini kerana tidak mengikut jadual yang ditetapkan bermakna risiko perbelanjaan melebihi bajet lebih tinggi. 
.
Terutama soal upah pekerja
.
Kontraktor yang di lantik terikat dengan kontrak yang menyenaraikan tempoh pembinaan harus diselesaikan. 
.
Berbeza dengan tukang rumah yang cenderung bekerja tanpa perancangan masa.

3. Kualiti hasil kerja yang telah siap

Bayaran kontraktor saja sudah lebih mahal dari kita buat sendiri kan
.
Jadi sepatutnya hasil kerjanya lebih berkualiti & memuaskan hati
.
Kami boleh pergi ke rumah rumah yang pernah di siapkannya untuk melihat sendiri kualiti kerja tangan kontraktor ini
.
Sebab itu
.
Kontraktor yang bagus ni orang sanggup tunggu & beratur ikut giliran
.
Sebab orang dah percaya dan yakin


4. Boleh bekerja tanpa pengawasan  & dipercayai

Tak mungkinlah kita yang bekerja ni boleh duduk di tapak pembinaan & selia semua urusan
.
Kita kan sibuk bekerja
.
Sebab itu penting untuk kita pilih kontraktor yang bagus.
.
Yang kita tahu rumah siap ikut perjanjian
.
4 sebab inilah yang membuatkan kita melantik kontraktor
.
jadi macam mana nak tahu kontraktor yang kita pilih itu bagus?
.

7 Tips memilih kontraktor rumah yang berkualiti & Rumah siap tanpa masalah

Berikut ini tips memilih kontraktor rumah yang sesuai dengan harapan?

1. Kontraktor berdaftar

Sebaiknya pilih kontraktor yang berdaftar dengan badan profesional yang bertauliah.
.
Selain itu, kontraktor mesti mempunyai pejabat sebenar.
.
Kita nak datang pejabat pun boleh.
.
Kontraktor berdaftar lebih di yakini kerana mereka tertakluk dengan undang undang
.

2. Testimoni rumah yang pernah di bina

Kontraktor yang bagus selalunya susah untuk kita tempah
.
Sampai ada waiting list
.
Macam nak makan di restoran mahal mahal pulak kan? Ada reservation
.
Cara nak tahu sama ada kontraktor tersebut bagus, minta beberapa lokasi rumah yang pernah di bina
.
Kalau ada di kawasan anda, lagi bagus
.
Sebab tu kami pilih kontraktor bina rumah di klang saja
.
Suami dah pergi sendiri melawat rumah yang pernah dibina
.
Lokasinya kami tanda di google street view di bawah
.
Hasil lawatan, memang puas hati.
.

.
Lagi bagus kalau dapat berbual dengan pemilik rumah tersebut
.
Cuba kita fikirkan
.
Kalau tak ada benda yang hendak di rahsiakan, mesti kontraktor bagi
.
Jangan mudah percaya pada cerita atau gambar-gambar bangunan yang dihulurkan. 
.
Gambar boleh menipu
.
Ini melibatkan duit ratusan ribu ringgit
.
Kalau adik beradik pun boleh bergaduh sebab duit. 
.
Lebih baik ambil masa untuk berfikir & menilai sendiri
.

3. Mendapat saranan dari pelanggan lepas

Melalui lawatan ke rumah yang pernah dibina, kita dapat berkenalan dengan tuan rumah
.
Kalau mereka puas hati dan mengesyorkan servis kontraktor buat rumah yang kita sedang selidik
.
Lampu hijau
.
Pelanggan yang puas atas hasil kerja kontraktor pasti tak segan-segan memberi cadangan.

4. Mengetahui pihak yang terlibat

Semasa berjumpa dengan bakal kontraktor, tanya samada semua kerja di lakukan sendiri
.
Atau ada melibatkan pihak ketiga
.
Kontraktor mungkin tak boleh melakukan semua kerja dalam projek pembinaan ini sendiri. 
.
Kemungkinan besar mereka akan melibatkan pihak lain untuk tugas tertentu seperti interior rumah, dapur, & sebagainya. 

5. Kepakaran kontraktor

Terdapat banyak jenis kontraktor di luar sana
.
Jika kita berhasrat untuk membina rumah banglo
.
Jadi dapatkan kontraktor bina rumah banglo. Macam mana nak tahu
.
Daripada hasil kerja lepas yang telah siap
.
Portfolio kan ada

6. Tidak keberatan untuk menandatangi kontrak bertulis

Undang undang di reka untuk menjaga kepentiangan kedua dua belah pihak
.
Tuan rumah & kontraktor
.
Kontraktor yang profesional akan bersetuju membuat kontrak pembinaan rumah. 
.
Ini akan melibatkan lantikan peguam
.
Isi kontrak kerja merupakan hasil persetujuan antara kedua dua pemilik rumah & kontraktor.
.
Kontrak yang bagus mestilah terperinci, lengkap, dan menguntungkan kedua-dua belah pihak. 
.
Apa lagi?

.
Kontrak juga menyenaraikan dengan jelas fasa pembinaan rumah, tarikh projek bermula, kaedah bayaran, jenis bahan & spesifikasi bangunan, dan jadual pembayaran.
.
Sekiranya kontraktor memberikan jaminan, contohnya segala kerosakan kecil pada bangunan selama 2 tahun akan di tanggung kontraktor
.
Semua ini perlu ada dalam kontrak dengan jelas

7. Jaminan hasil binaan

Kontraktor yang bagus akan yakin dengan hasil kualiti kerja mereka.
.
Mungkin ada banyak lagi tips yang ada di luar sana
.
Kalau tuan & puan nak tambah boleh tulis di ruangan komen ya
.
Disclaimer: Semua maklumat diatas adalah hasil dari pembacaan penulis. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas perbezaan yang berlaku. Anda boleh mencuba tips ini atas tanggungjawab sendiri

Previous Post Next Post

Contact Form