Bina rumah banglo : Persediaan awal untuk tapak binaan

Assalamualaikum Wrmbth, apa khabar hari ini. Semalam Mama ada kongsi hasrat bina rumah banglo atas tanah sendiri & cabaran awal
.
Dah baca ke? Tahniah kalau dah.
.
Kalau belum boleh baca sekarang. Insyaallah berguna
.
Kebetulan sebelah rumah ayah, ada saudara panggil kapal korek untuk terangkan tanah

.
Nak buat rumah katanya
.

Bina rumah banglo : Persediaan awal untuk tapak binaan

Jadi mulalah proses penebangan & perobohon pokok pokok kelapa
.
Ini gambar sebelum tanah di terangkan

kebun sebelum di bersihkan
.
Ini pula gambar selepas di bersihkan kapal korek

.
persediaan tapak untuk bina rumah
.

Khidmat juru ukur tanah untuk tetapkan sempadan

Teringat mama, beberapa minggu lepas. 2 minggu lebih tepat lagi.
.
Kami sekeluarga pakat bersama untuk panggil khidmat juru ukur tanah untuk tetapkan sempadan sebenar
.
Ambil yang bertauliah ya. Bukan juru ukur amatur.
.
Ini penting tau supaya tak ada isu berbangkit kemudian hari
.
Isu berbangkit macam mana?
.

  1. Terbuat rumah di kawasan tanah jiran. Boleh gaduh 7 keturunan kalau tak di selesaikan dengan baik ni
  2. Nak buat pelan rekaan rumah kena tahu panjang & lebar tanah. Baru boleh buat dengan lancar
  3. Atas geran tanah bersama, cuma ada tulis keluasan tanah saja. Tapi tak ada tunjukkan berapa panjang & lebar. 
Dan macam macam lagi 
.
Sebab itu penting untuk ukur dulu sempadan sebelum mula buat rumah
.
Bila dah ukur ni, akan di letakkan penanda sempadan.
.
Tapi ada juga kes, orang ubah kedudukan batu tu.
.
Ayah saya sendiri mengalaminya di shah alam.
.
Ingat murah ke nak panggil juruukur ni tiap kali ada insan nakal yang suka suka ubah itu ini.
.
Tapi tak apa
.
Kalau lepas di dunia pun
.
Akhirat siapa boleh lari kan

.
Nak menjawab depan Allah
.

Penerangan tanah untuk tapak rumah

Bila sempadan dah jelas, kapal korek dah sampai buat kerja
.
Kita pun kenduri air kelapa
.
Mana tak nya.
.
Pokok kelapa berapa batang kena robohkan
.
Dah lah cuaca panas macam padang pasir 2 butir
.
pokok kelapa tumbang
.
Air kelapa pun mahal sekarang ni. Minum di kedai sebiji rm3 di tempat kami
.
Lagipun air kelapa ni bagus untuk sejukkan badan. Dan manis dia biasa biasa. Tak payah tambah gula. Makanan untuk kencing manis tak boleh manis manis.
.
Buat yang suka makan rebung atau umbut kelapa
.
Masa ni lah boleh makan puas puas
.
Sedap makan mentah mentah
.
Masak lemak pun mabeles
.

.
Sambil sambil perhati bakal tapak ni
.
Tak sangka ada pula burung bangau di sini
.
tapak rumah banglo

tapak rumah banglo tanah sendiri

Hehe
.
Sampai setakat ini untuk hari ni
.
Jumpa lagi di lain kali
.


Previous Post Next Post

Contact Form