Skip to main content

Bina rumah atas tanah sendiri atau beli sahaja? Ini 5 Perkara untuk Di Pertimbangkan

Bina rumah atas tanah sendiri atau beli sahaja rumah siap? Ini 5 Perkara untuk Di Pertimbangkan


Apabila hendak memiliki rumah pertama, ada dua pilihan yang boleh diambil: 
  1. beli rumah jadi 
  2. atau beli tanah lalu bina rumah
Pilihan pertama nampaknya menjadi yang paling popular kerana ia tidak rumit.
.
beli atau bina rumah

.
Tetapi ramai juga mengambil pilihan kedua sebagai pilihan. Iaitu buat rumah atas tanah sendiri
.
Sebabnya, kerana ada lebih kebebasan dalam menentukan reka bentuk rumah yang akan di bina
.
Dan
.
Kita juga boleh menjadi lebih kreatif semasa membina rumah sendiri.
.
Di samping itu, belanjawan untuk membina rumah boleh diubah atau diselaraskan dengan keupayaan kewangan. 
.
lagipun, rumah yang di buat atas tanah sendiri membolehkan kita membuat binaan menurut fasa
.
Contohnya
.
Jika kita mempunyai kemampuan kewangan yang terhad, kita boleh siapkan bahagian rumah yang penting terlebih dahulu. 
.
Contohnya seperti bilik dan dapur. 
.
Ruang tamu dan beranda boleh menjadi dibina apabila kewangan lebih mencukupi.
.
Yang penting sebelum buat rumah tu kita ukur sempadan tanah betul betul
.

5 Perkara penting sebelum membina rumah

Membina rumah sendiri memang lebih memberikan keuntungan. Tetapi, terdapat beberapa perkara penting dalam membina sebuah rumah. Berikut ini di antaranya:
.

1. Pelan kewangan



Kos membangunkan rumah bukan seratus-dua ratus ribu. 

.
Oleh itu, perkara yang paling asas untuk diperhatikan adalah pelan kewangan.
.
Jika tidak mahir selok belokuntuk menyediakan kewangan, risiko untuk rumah tidak selesai dibina sangat tinggi. 
.
Sakit hati kan
.
Duit dah habis
.
Tapi rumah masih belum siap
.
Bahagian luaran mungkin selesai dibina, tetapi bahagian dalaman seperti bilik tidak mempunyai tingkap & dapur rumah. 
.
Atau pagar tidak dapat dibina kerana dana sudah habis di belanjakan.
.
Jadi menyediakan pelan kewangan sangat penting dalam membina sebuah rumah
.
Sediakan sekurang-kurangnya 2 rancangan kewangan, ya. Kerana tidak rancangan tidak akan berjalan lancar tanpa masalah. 
.
Kerana harga bahan juga boleh naik dan turun seperti harga petrol dan harga elektrik.
.

2. Lukisan pelan bangunan untuk rumah yang bakal dibina

Pelan ini menjadi asas dalam membina sebuah rumah. 
.
Jika tiada pelan lantai, bagaimana untuk pekerja membina sebuah rumah. 
.
Pelan rumah memberikan banyak maklumat tentang rumah yang akan dibina
.
Perkara seperti kedudukan tandas diletakkan, ruang tamu di belakang. Dan dapat mengelakkan dari pembaziran ruang kerana terdapat sudut bilik yang tidak digunakan.
.
Di Internet sahaja, terdapat banyak contoh pelan rumah yang mungkin memberi inspirasi. 
.
Jika tanah kita besar, tak jadi masalah nak bina rumah. Harga bina rumah banglo atas tanah sendiri memang lebih murah.
.
Dari beli yang dah siap
.
Kalau tanah yang di beli saiznya kecil & cukup cukup sahaja untuk kawasan rumah, sedikit kesilapan akan membawa masalah besar di kemudian hari
.
Orang yang paling mahir mereka bentuk rumah adalah arkitek
.
Tetapi harga perkhidmatan arkitek memang mahal. 
.

Ada duit semua jadi. Arkitek yang akan pening kepala selesaikan masalah anda
.

3. Cari tukang rumah atau biarkan kontraktor rumah selesaikan semuanya


Pekerja pembinaan bangunan boleh didapati secara meluas & sekarang ni boleh di cari melalui internet.
.
Tetapi, kita harus berhati-hati mencari pekerja yang benar benar mahir & profesional. 
.
Bukan sedikit kisah penipuan yang berlaku
.
Biar kita ambil masa selidik kualiti kerja & kemampuan tukang & kontraktor rumah sebelum mengikat kontrak dengan mereka
.
Nanti silap pilih, duit kita lesap di habiskan mereka. Rumahnya entah kemana.
.
Minta pendapat keluarga atau rakan yang mempunyai pengalaman membina rumah yang baik dengan tukang & kontraktor tertentu. 
.
Kalau boleh cari kontraktor di kawasan kita saja. Contoh kami sendiri usahakan cari kontraktor buat rumah di klang
.
Boleh baca baik buruk cari kontraktor di kawasan setempat. Nak beli barang pun orang suka cari di tempat yang sama. Satu sebab cepat, kedua selamat. Mana nak lari? Contoh nak cari Shaklee di Klang. Cari pengedar di Klang
.
Kami ada beberapa kenangan baik & juga pahit untuk kerja ubahsuai rumah sebelum ini
.
Ada yang rajin jujur & di percayai
.
Ada pula yang sebaliknya. 
.

Tak nak runsing kemudian hari. Kaji betul betul ya
.

4. Cari bahan binaan

Kos bahan menentukan samada pelan kewangan yang telah di buat berjaya atau gagal
.
Gunakan bahan yang sesuai dengan keperluan dan kewangan anda. 
.
Jika kewangan hanya cukup untuk membeli batu bata, tidak bijak untuk membeli batu bata secara maksimal. 
.
Kecuali terdapat pelan carian tambahan melalui hutang atau kredit. Hanya, pastikan hutang boleh dibayar semula. 
.
Jika kita mengetahui kenalan yang sudah biasa dengan pembekal bahan binaaan, dapatkan pandangan mereka dahulu.
.
Sekiranya menggunakan khidmat tukang rumah, pastikan mereka memberikan resit atas setiap perbelanjaan barang binaan yang telah di beli
.
Dari pengalaman kami, ada tukang yang kurang jujur akan bermain harga disini
.
Harga barang yang di beli jauh lebih mahal dari yang berada di pasaran
.
Ambil masa untuk pergi ke kedai hardware dan rujuk dengan mereka samada harga tersebut sama atau lebih tinggi dari pasaran
.


Itulah 4 perkara penting ketika membina sebuah rumah yang mesti diperhatikan. Selepas perkara asas diselesaikan, kita akan berfikir baru mengenai perhiasan di rumah. Sebagai contoh mahu memasang patung di halaman atau membuat air terjun, sudah tiba.
.

5. Masa untuk buat atau beli rumah

Kalau kita masih muda, rancang untuk dapat hartanah pertama anda terlebih dahulu semasa usia muda
.
Harga hartanah akan sentiasa naik
.
Memang takkan terjangkau kalau kita tangguh
.
Pembelian hartanah semasa muda di kawasan yang hangat, akan membuatkan harga hartanah melambung tinggi
.
Kalau kerja kerajaan boleh buat loan perumahan kerajaan
.
Kalau kerja syarikat GLC yang besar besar macam syarikat minyak, memang ada sediakan pinjaman untuk beli rumah
.
Boleh cek dengan HR masing masing
.
Hehe
.
Itu sahaja tips yang kami dapat berikan melalui pembacaan di internet kali ini.
.
Insyaallah akan ada lagi tips bina rumah lepas ni
.
Maklumlah
.
Kita ni kan manusia, apa yang di fikirkan itu yang akan datang. Fikir baik datang baik
.
Kami pun belum ada sangat dana nak buat rumah sendiri.
.
Tapi dari ilmu akan datang caranya
.
Insyaallah pasti ada.
29/8/2017 TF0CF8

Popular posts from this blog

30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi! Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula. Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan.  Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis . Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di  NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat . 6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

Ini 18 pencuci muka safi untuk kulit cantik! Cuci sungguh-sungguh

Hari ini Mama nak buat review tentang  pencuci muka  Safi yang terdapat di pasaran. Selalunya Mama akan lihat pencuci muka di farmasi seperti Watson & Guardian untuk bandingkan harga. Safi memang ada mengeluarkan banyak jenis pencuci muka untuk pelbagai kegunaan di  rumah . Kebanyakannya khas untuk wanita macam kita. Dan ada juga pencuci muka safi untuk lelaki (Walaupun tak banyak) Di bawah ini Mama senaraikan pencuci muka safi yang boleh di  beli  & kegunaannya.

Krim Malam Terbaik [6 Jenama Night Cream Untuk Kulit Cantik]

Kenapalah aku tak pakai krim malam dari dulu. Usia baru 30, tapi dah banyak kedut! Mesti kita tak nak menyesal di kemudian hari sebab tak pakai cream malam kan? Krim malam ialah skincare terbaik untuk dapat kulit cantik semasa kita tidur di malam hari. Baca artikel ini sungguh sungguh untuk elak salah beli! Artikel ini terbahagi kepada bahagian berikut [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut] 6 Jenama night cream terbaik di pasaran. 1. Himalaya - Revitalizing night cream. 2. Olay - Regenerist micro-sculpting night cream 3. Neutrogena - Fine Fairness Overnight Brightening Cream 4. Loreal - White Perfect Night Cream 5. Safi - Rania gold moisturizing night cream 6. Eucerin - Hyaluron Filler Night Cream BONUS 1 - Cara memilih krim malam yang sesuai dengan jenis kulit BONUS 2 - Mana tempat terbaik nak beli night cream? BONUS 3 - Apakah itu krim malam? BONUS 4 - Jenis krim malam yang sesuai dengan kulit. BONUS 5 - Cara menggunakan krim malam 6 Jenama night cream terbaik di pasaran