Patutlah jerawat asyik naik di dagu! Rupa rupanya aku tak cukup tidur.
Ada perkara yang kita buat setiap hari, secara tak sedar menyebabkan jerawat.
Mencegah sentiasa lebih baik dari mengubati. Daripada kita sibuk beli produk untuk mengatasi masalah jerawat batu bernanah di dagu seperti cleanser di farmasi, lebih baik kita kaji punca ia berlaku.
Dan cuba kawal penyebab yang menjadi dalang durjana.
Anda ada masalah jerawat di bawah dagu? Teruskan baca sampai habis untuk hentikan masalah ini!
Penyebab jerawat di dagu dan cara mengatasinya.
Hari ini Mama nak kongsikan 5 punca jerawat gatal di dagu dan cara mengawalnya.
Sudah bersedia? Sama sama kita mulakan.
4 Punca jerawat tumbuh di dagu yang perlu kita ketahui untuk mengawalnya dari bertambah buruk! No 3 paling senang nak kawal.
Sebab pertama ekslusif untuk orang perempuan.1. Jerawat di dagu pertanda apa? Cuba cek kitaran haid kita.
Kira kira 2 minggu sebelum haid, badan kita akan meningkatkan estrogen dan progesteron untuk mempersiapkan rahim untuk kehamilan.
Kesan perubahan hormon ini ialah keluarnya jerawat banyak di kawasan bawah bibir dan rahang. Semua ini derkait rapat dengan peningkatan hormon yang merangsang kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak sebum.
Sebum yang banyak di hasilkan di bawah dagu menyebabkan risiko untuk ia tersumbat dan menyebabkan jerawat.
2. Jerawat di dagu menandakan kita mungkin mengalami tekanan.
Tetapi apabila kita kerap risau dan sering melayan perasaan, akan berlaku peningkatan hormon kortisol, yang boleh menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dan menyebabkan jerawat.
Jadi, macam mana nak elakkan masalah jerawat di sebabkan tekanan? Cuba fokus pada perkara positif dan banyakkan bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.
Banyakkan memberi dan berbudi kepada orang sekeliling, ini kerana mereka yang berbakti akan sentiasa lebih gembira.
Sekali lagi, senaman perlu selalu dilakukan. Menurut kajian saintis, amalan senaman yang berterusan lebih baik kesannya jika di bandingkan dengan ubat anti tekanan / kemurungan.
Keluarlah dan bersenam di bawah sinaran matahari. Tekanan akan lebih terkawal, dan jerawat banyak di dagu juga akan berkurang.
Selain itu, senaman juga akan mengurangkan kerintangan insulin.
3. Tidur yang kurang baik.
Kajian tersebut menyatakan, risiko tekanan psikologi meningkat sebanyak 14% bagi setiap 1 jam kita kekurangan tidur malam.
Ini akan menyebabkan ketidaknormalan berlaku dalam struktur dan fungsi kulit.
Selain itu, kekurangan tidur malam juga menyebabkan peningkatan rintangan insulin. Apabila kerintangan insulin berlaku, badan kita tidak dapat menukarkan gula dalam darah kepada tenaga dengan lebih cekap.
Ini secara langsung akan meningkatkan gula darah yang merupakan salah satu sebab utama jerawat.
Macam mana nak selesaikan masalah ini? Mama nasihatkan supaya kurangkan minuman berkafein kerana ia akan menjejaskan kualiti tidur di malam hari.
Memang susah nak tidur nyenyak atas pengaruh kafein. Selain itu, banyakkan lazimkan bersenam kerana ia memudahkan kita untuk tidur nyenyak.
4. Hormon.
Apa kaitan antara dagu kita dengan hormon?
Kawasan ini penuh dengan kelenjar sebum yang sangat bertindak balas dengan perubahan hormon.
Setiap kali kita mengalami sesuatu yang mengganggu tahap hormon badan, kelenjar ini akan mengeluarkan minyak berlebihan.
Sebenarnya, pada waktu biasa, minyak di rembeskan keluar dari kelenjar ini untuk memastikan kelembapan kulit terpelihara.
Tetapi apabila gangguan hormon berlaku, minyak yang berlebihan di hasilkan di permukaan kulit menyebabkan liang tersumbat dan keluarlah jerawat dengan meriah.
Antara perkara yang boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan kita ialah
- Akil baligh
- Kitaran haid aka period
- Mengandung
- Menopaus
Sebab itu, 4 golongan di atas kerap mengalami masalah jerawat di kawasan tersebut.
Macam mana nak atasi perkara ini? 4 perkara di atas berlaku secara semulajadi dan tidak dapat di halang.
Apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan kesan perubahan hormon ialah mengamalkan kebersihan diri dan cuba elakkan kita kerap menyentuh permukaan kulit di dagu dengan tangan.
Ini boleh menyebabkan pemindahan kuman dari tangan ke kawasan tersebut.
Amalkan juga makanan yang membantu menstabilkan hormon. Contohnya seperti kekacang yang di masak dengan sihat dan kurang minyak.
Makanan yang kaya dengan lemak sihat seperti buah avocado dan minyak kelapa. Sayur sayuran hijau dan juga yang berwarna merah dan oren seperti lobak merah dan tomato.
Kesimpulan tentang sebab utama jerawat di kawasan dagu berlaku.
Selepas habis membaca semua punca diatas, boleh kita simpulkan bahawa punca utama yang menyebabkan jerawat keluar di dagu ialah masalah hormon.Kurang tidur akan kacau hormon. Salah makan akan ganggu hormon. Stress pun sama. Mengandung dan datang haid lagilah, memang permainan hormon.
Penting untuk kita menjaga kebersihan diri dan mengamalkan pemakanan yang sihat supaya kita dapat mengurangkan kesan tersebut.
Sekiranya anda perlukan sumber bacaan tambahan tentan masalah jerawat di rahang, boleh baca link di bawah ini.
Panduan lengkap menarik dengan gambar untuk mengatasi jerawat didagu.Terima kasih kerana singgah ke blog Mama. Sampai jumpa lagi.