Skip to main content

10 Pencuci Muka Terbaik di Watson 2020! Cuci sungguh sungguh

Memang banyak cleanser di Watson. Tapi.. Mana satu paling bagus untuk muka kita?
pencuci muka terbaik di watson

Memang banyak kajian dilakukan saintis tentang manfaat cleanser pada kulit muka, seperti dikongsikan NCBI

Dalam artikel ini Mama nak kongsi kepada pembaca semua, pencuci muka TOP 10 di Watson dari info yang diperolehi sendiri di laman rasmi Watson.
Anda nak beli cleanser muka di Watson yang paling bagus? Skin care terbaik untuk buang kotoran di kulit. Tak perlu rawatan kulit muka di klinik pakar kulit pun. Baca sungguh sungguh artikel ini untuk jawapannya!




TOP 10 Pencuci Muka di Watson yang paling laris!




Kita mulakan senarai ini dari kedudukan no 10. Mesti ramai tak sabar nak tahu brand pencuci muka apa paling laku di Watson?

Jawapannya ialah.

10. Eucerin Dermato Clean Refreshing Cleansing Gel 200ml

Pencuci muka terbaik di watson eucerin
Pencuci muka jenis gel dari Eucerin. Membersih muka tanpa buih.

Harga pencuci muka Eucerin RM47.16. Skin care terbaik low ph jenis jel (tanpa buih).



Pencuci muka di kedudukan no 10 dalam senarai ini adalah dari jenis gel. Ia membersihkan kulit dengan lembut & mencuci alat solek dengan berkesan.

Pencuci muka ph rendah mampu memelihara kesihatan lapisan perlindungan semulajadi kulit (sekitar ph 4.5 ~ 5.75).

Hasilnya, ia membantu kulit bernafas lebih mudah. Pencuci muka low ph sangat sesuai digunakan adik manis & akak akak yang kerja di pejabat.

Nak jaga penampilan kan. Tapi pada masa yang sama alat solekan yang dikenakan di muka mesti di bersihkan dengan sempurna setelah pulang ke rumah.



9. Ginvera Marvel White Clean Foam 100g

pencuci muka terbaik di watson ginvera
Harga pencuci muka ginvera RM16.22. Skincare terbaik dengan ekstrak teh hijau. Setiap cucian umpama rawatan kulit muka yang menyegarkan.
Pencuci muka ginvera membantu untuk membersihkan kulit secara mendalam.

Dengan tekstur yang sangat berbuih, ia memberikan kesan penyejukan semasa cucian.

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat dari Ginvera.

Baunya juga sangat menyegarkan. 

Kulit tidak akan kehilangan lembapan keterlaluan sehingga mengeringkannya. Gunakan produk ini untuk membersihkan kekotoran yang terperangkap di liang roma  dan juga minyak berlebihan.

Dengan hilangnya 2 perkara di atas yang boleh menyumbat liang-liang dan menjadi punca kepada bintik hitam dan jerawat, kulit kita akan kelihatan lebih cantik. Siapa cakap nak cantik mesti kena dapatkan servis klinik pakar kulit kan? Kalau kena gaya, pakai produk yang sesuai di watson pun umpama dapat rawatan kulit di spa.

8. Oxy Oil Control Charcoal Wash 50g

pencuci muka terbaik di watson oxy
Harga pencuci muka oxy RM8.67

Jenama yang dah lama berada di pasaran. Mama gunakan jenama ini dari usia remaja lagi. 

Pencuci muka ini dirumuskan dengan arang gred farmasi dari jepun yang bertindak seperti magnet untuk
  • Membersihkan liang roma secara mendalam dengan berkesan.
  • Menyerap minyak lebih berlebihan.
  • Menyerikan kulit.
Gunakan pencuci muka oxy jerawat untuk membersihkan kotoran dan minyak yang terperangkap dalam pori. Memberikan kawalan minyak yang lebih baik dan memastikan kulit segar lebih lama.

Pencuci ini juga mengandungi minyak zaitun untuk mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.

Pencuci muka seterusnya khusus untuk adik adik di sekolah menengah yang yang sedang meningkat usia.

Baru nak kenal dunia.


7. Nuteen Oil Away Cool Cleanser 100g.

Pencuci muka nuteen terbaik di watson
Harga pencuci muka nuteen RM10.29. Skin care terbaik untuk kulit remaja yang berjerawat.
Pencuci muka jenama Nuteen, seperti namanya di sasarkan khas untuk remaja. Gunakan pembersih ini untuk membersihkan kulit muka dengan lembut tanpa menyebabkan kulit menjadi terlalu kering.

Penggunaannya mampu mengurangkan pembentukan bintik hitam & jerawat. ia juga membantu kawalan & keseimbangan rembesan sebum dari kulit.


6. Olay Total Effects Cream Cleanser 100g

Harga pencuci muka Olay total effects RM15.84. Salah satu dari rangkaian produk skincare untuk melambatkan penuaan terbaik dari Olay.
Pencuci muka total effects dari olay menghilangkan kotoran dan debu pada setiap cucian, sambil mengembalikan kelembapan kulit dengan formula anti penuaannya.

pencuci muka olay terbaik di watson


Gunakan produk ini setiap hari untuk melawan 7 tanda-tanda penuaan berikut
  • Garisan halus dan kedutan.
  • Tekstur kulit yang kasar.
  • Tona kulit yang tidak sekata
  • Kulit kusam
  • Liang-liang yang ketara.
  • Bintik-bintik penuaan.
  • Kulit kering. 


5. Olay Regenerist Foam Cleanser 100g

Harga pencuci muka Olay RM17.45

Regenerist Cream CleanserDetoxify and resurface your skin at the cellular level for the beautifully regenerated look of a mini-professional treatment. 

Pencuci muka olay regenerist terbaik di watson


Gently exfoliates & helps improve skin texture.

Iklan jenama Olay memang banyak di tv dan media baru. Pencuci muka ini malaksanakan detoksifikasi & menyerikan semula kulit kita sehingga ke paras selular untuk memberikan hasil yang memuaskan hati kita.

Gunakan pencuci muka olay ini setiap hari untuk perlahan-lahan mengelupas & membantu memperbaiki tekstur kulit.


4. Freshel Clear Soap 130g

Harga pencuci muka Freshel RM28.30

Pernah dengar jenama freshel? Kalau tak pernah, mesti anda jarang beli barang di Watson.

Pencuci muka freshel terbaik di watson
Produk ini tidak boleh di beli di luar watson. Ia diformulakan dengan minyak istimewa untuk penjagaan kecantikan seperti 
  • Moroccan ghassoul 
  • Tanah liat putih 
Setiap kali kita menggunakannya, terhasillah buih-buih kaya yang melekap rapi pada kulit sambil menyerap kotoran & mengeluarkan kotoran secara berkesan dari liang roma tanpa menghilangkan kelembapannya.


3. Eversoft Skinz UV White Facial Foam 100g

Harga pencuci Muka Eversoft RM13.00

Antara jenama skincare yang di kenali rakyat Malaysia. Iklan pun kerap juga keluar di TV. 

Pembersih muka berbuih aktif & 99% berasaskan tumbuhan ini mampu membersihkan serta menghilangkan kekotoran dengan lembut.

Pencuci muka eversoft terbaik di watson
Di samping mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Ia membersihkan kulit kita secara mendalam & menjadikan kulit kita kelihatan lebih halus.

Jenama yang menduduki tempat no 2 best seller di Watson juga kurang dikenali umum.

Apakah ia?


2. Cremorlab Gentle Foaming Cleanser 145ml

Harga pencuci muka Cremorlab RM55.66

Satu lagi jenama skincare eksklusif di Watson. Pencuci muka Cremorlab dibuat dengan air mineral T.E.N. 

Pencuci muka cremolab terbaik di watson


Pembersih wajah berbuih ini lembut pada kulit, dan berkesan membersihkan kekotoran kulit dan meninggalkan kulit yang lembap selepas cucian.

Penuh dengan kebaikan vitamin dan mineral, formulasi ini adalah pembersih berkhasiat yang tidak akan menyebabkan kulit kering selepas penggunaan.


1. Ludeya Aqua Balance Hydrating Cleanser 150ml

Harga pencuci muka Ludeya RM37.65

Mungkin ada antara kita yang belum pernah dengar tentang jenama ini. Memang patut pun.

Sebabnya, produk ini adalah ekslusif di Watson. Ia di formula tanpa sabun dengan buih sederhana.

Pencuci muka ludeya terbaik di watson


Jadi ia tidak keras kepada kulit dan tidak mengganggu lapisan perlindungan semula jadi kulit selepas cucian.

Antara kelebihan lain pencuci wajah Ludeya kepada muka kita ialah
  • Berkesan membersihkan minyak dan kotoran yang terperangkap di dalam liang-liang. Minyak berlebihan dari kulit yang disingkirkan mencerah & memutihkan penampilan kita.
  • Kulit berasa sejuk dan segar selepas dicuci. 
  • Menyuburkan kulit dengan nutrien dan mineral botani yang berharga semasa mencuci. Penambah air untuk kulit untuk mengelakkan kekeringan.

Kesimpulan tentang pencuci muka yang terdapat di Watson.

Mama selalu beli barang skincare di Watson. Tak kiralah di kedai farmasinya. Ataupun secara dalam talian di laman e commerce yang bersepah di internet.

Dalam ni semuanya best seller di rangkaian Watson pada tarikh artikel ini.

Ada banyak lagi jenama yang tak tersenarai dalam senarai ini, tapi di jual di Watson. Tak semestinya tak ada dalam list ni, produk tu tak bagus. (Baca lebih lanjut tentang pencuci muka terbaik untuk pelbagai jenis kulit di sini!)

Mama senarai produk pencuci muka ini berdasarkan kriteria paling laris terjual.

Senarai ini pun tak muktamad. Esok lusa boleh berubah lagi. 



Kesihatan itu nikmat terbaik



Penulis / Editor: Ummu Hakim Amin

Mama suka berkongsi cerita tentang kecantikan wanita & juga rumah idaman. Topik kecantikan meliputi skincare & pemakanan yang sihat. Sihat luar & dalam barulah hidup ceria bermakna.

Menjadi impian pasangan suami isteri diluar sana untuk memiliki rumah banglo idaman hati. Mama kongsikan proses yang perlu dilalui dari A sampailah ke Z.

Dari proses melukis pelan rumah, mencari pembiayaan / pinjaman perumahan dari bank ataupun kerajaan. Pemilihan kontraktor rumah, interior design sampailah ke hiasan dalaman.

Selain menulis secara aktif di blog ini, Nikmatterbaik.blogspot.com, Mama juga salah seorang penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat bersama rakan beberapa lagi rakan blogger.

Comments

Ana Suhana said…
Assalamualaikum mama. Ana singgah sini jalan2. Tak pernah perasan jenama no 4,2 dan 1 tu walau ana selalu ke Watson. Maybe ana dah ada specific skincare so ana tak tengok jenama yang lain.
Ibu Syurga said…
Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.

Jarang pergi watson, Ibu beli masa beli barang dapur je
Selamat hari raya maaf zahir batin. Mohon maaf atas salah silap.

Selalu juga pergi watson, nampaknya semua yang dalam senarai top 10 tu untuk perempuan kan.

Unknown said…
Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak.

Senang nak beli skincare dan barang penjagaan diri di Watsons. Semua jenama ada kan
Putri said…
Saya pakai safi jer. Selalu bl kat watson or guardian. Tak berani nk pakai yg brand kilo sebab byk baca kulit muka jd rosak
Ibu Syurga said…
Ibu singgah bertamu di petang hari. Harap sis sihat. Kebetulan memang nak pergi beli pencuci muka hari ni. Mungkin boleh tengok tengok di watson
Ibu Syurga said…
Sama lah kita, jenama perlik pelik yang tak pernah guna nak pakai pun takut. Tapi kalau sampai habis dan best seller, mesti ada sebab kan.
Mama Hakim said…
Ana kan dah setia dengan cosmoderm. Hehe. Kulit lawa je.
Mama Hakim said…
Selamat hari raya aidil fitri Ibu. Terima kasih selalu singgah sini.
Mama Hakim said…
Memang betul, kebanyakan pencuci muka yang ada dalam list ni memang untuk wanita.
Mama Hakim said…
Sama lah kita. Mesti ada buat silap secara sedar dan tak sedar. Watson memang ada banyak skincare.
Mama Hakim said…
Brand pencuci muka dan skincare timbang kilo memang tak boleh percaya
Mama Hakim said…
Apa lagi Ibu, lepas tu register jadi ahli watson
Assalamualaikum Mama Hakim..

Saya pun baru blk dari window2 kat 1 farmasi kat Aussie ni siang tadi. Ternampak juga Olay regenerist tu.. tp kat sini harga lebih kurang RM24.
Mazni Azmi said…
Assalamualaikum sis, maznee tumpang lalu. Singgah blog walking. Watson memang farmasi pilihan Maznee. Sesekali pergi guardian. Tapi jaranglah
Unknown said…
Bagus ada list top 10 macam ni. Kurang pening kepala saya nak shopping cleanser untuk wife
Singgah blog walking, lama tak sampai sini
Mazni Azmi said…
Hari ni dah masuk bulan zulkaedah. Tapi open house dan open office masih ada. Haha

Popular posts from this blog

30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi! Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula. Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan.  Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis . Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di  NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat . 6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

Pencuci Muka Terbaik [9 Jenama Untuk kulit Berminyak & Berjerawat]

Susahnya nak cari pencuci muka yang sesuai! Entah mana silapnya. Makin cuci makin teruk jadinya. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.  Jadi, hari ini Mama akan kongsikan tips memilih facial cleanser / pencuci muka terbaik. Artikel ini terbahagi kepada bahagian berikut [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut] Pencuci muka terbaik di Malaysia 1. Pencuci muka Safi 2. Pencuci muka Himalaya 3. Pencuci muka Cetaphil 4. Pencuci muka Nivea 5. Pencuci muka Garnier 6. Pencuci muka Anugerah 7. Pencuci muka lelaki 8. Pencuci muka T3 9. Pencuci muka Simple BONUS 1 - Penting untuk menggunakan pembersih muka yang betul? BONUS 2 - Tersalah pilih pencuci muka akan menyebabkan masalah jerawat? BONUS 3 - Cara memilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit kita? BONUS 4 - Jenis kulit & pencuci muka yang sesuai! BONUS 5 - Adakah kita memerlukan lebih daripada satu jenis pencuci muka untuk kegunaan harian? Pencuci muka terbaik di Malaysia. Ini 15 jenama pencuci mu

Ini 18 pencuci muka safi untuk kulit cantik! Cuci sungguh-sungguh

Hari ini Mama nak buat review tentang  pencuci muka  Safi yang terdapat di pasaran. Selalunya Mama akan lihat pencuci muka di farmasi seperti Watson & Guardian untuk bandingkan harga. Safi memang ada mengeluarkan banyak jenis pencuci muka untuk pelbagai kegunaan di  rumah . Kebanyakannya khas untuk wanita macam kita. Dan ada juga pencuci muka safi untuk lelaki (Walaupun tak banyak) Di bawah ini Mama senaraikan pencuci muka safi yang boleh di  beli  & kegunaannya.