Skip to main content

Pencuci Muka Safi Anti Jerawat dengan khasiat Habbatus Sauda & Gamat!

Cleanser Safi yang mana paling bagus untuk jerawat? Risau pulak salah beli!
pencuci muka safi anti jerawat

Di bawah ini Mama berikan gambar pencuci muka anti jerawat dari Safi. Bahan yang di gunakan di dalam cleanser ini membantu kita mengawal masalah jerawat.
Anda ada masalah jerawat? Baca sungguh sungguh artikel ini untuk memilih cleanser safi terbaik untuk kulit berjerawat!




Pencuci Muka Safi Anti Jerawat & Kandungannya!





Bahan apakah itu? Ada 2 iaitu
  1. Sari gamat.
  2. Habbatus sauda.


Pencuci Muka Safi anti jerawat

Apa sebenarnya khasiat dua bahan ini untuk kesihatan & kecantikan kulit kita. Di bawah ini Mama kongsikan semuanya.

Kebaikan Gamat untuk kulit sihat.

Khasiat gamat memang di ketahui umum. Di bawah ini Mama berikan kandungan di dalam pati gamat.

(Sebenarnya banyak lagi kebaikannya untuk kesihatan. Mama cuma senaraikan mana yang berkaitan dengan kesihatan kulit saja.)

pencuci muka safi anti jerawat gamat

Kandungan di dalam pati gamat.

Hidupan laut bernama gamat mempunyai banyak khasiat & bahan aktif. 

1. Kolagen

  • Mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Mengekalkan kesihatan sendi dan tulang, mencegah osteoporosis.
  • Jadikan kulit anda menjadi lebih muda, meningkatkan kecantikan dan melambatkan penuaan
  • Baik untuk paru-paru.
  • Mengurangkan masalah penyakit gastrik / ulser.




2. Protein / Asid Amino

  • Terdapat 18 asid amino dengan 9 asid amino penting.
  • Komponen kepada pertumbuhan sel baru, tisu pembaikan.
  • Kaya dengan arginin, komponen sperma dan kolagen.
  • Membentuk antibodi, enzim, dan hormon.


3. Protein Lectin

  • Lektin pada Timun Laut di percayai mempunyai manfaat anti kanser.


4. Glucosamine dan Chondroiti.

  • Mencegah keradangan & mengurangkan kesakitan.
  • Meningkatkan sistem imun, mengekalkan pertumbuhan dan perkembangannya.


5. Glukosaminoglykan

  • Meningkatkan sistem imun, anti-kanser dan anti-tumor.
  • Mencegah keradangan dan mengurangkan kesakitan, mempercepat penyembuhan luka.
  • Mengelakkan penuaan pramatang


6. Mucopolysaccharide

  • Mencegah keradangan dan mengurangkan kesakitan.
  • Mempercepat penyembuhan luka (3 x lebih cepat).
  • Membolehkan pertumbuhan dan aktiviti sel.
  • Jadikan kulit menjadi lebih muda, dan meningkatkan kecantikan.

7. Omega 3, Omega 6 dan Omega 9

  • Meningkatkan sistem imun.
  • Membantu meningkatkan pembakaran tenaga

8. Saponin

  • Antioksidan, anti-mikrob dan anti-kanser.
  • Meningkatkan sistem imun.

9. Vitamin B


10. Mineral dan Manfaat Fungsi Tubuh.

  • Magnesium
  • Fosforus
  • Zink
  • Natrium
  • Kuprum
  • Kalium

Sekarang kita lihat pula kebaikan habbatus sauda.


4 Kebaikan Habbatus sauda kepada kulit supaya cantik jelita! Anda mesti suka.

Kenapa agaknya ada campuran bahan ini dalam pencuci muka khusus untuk mencegah jerawat?

Bijian hitam ini mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan luaran & dalaman. Cuma kali ini Mama nak kongsikan kebaikannya jika di gunakan secara luaran.

Yang pasti, ia mampu mengembalikan rupa & ketahanan kulit kita terhadap faktor persekitaran.

pencuci muka safi anti jerawat habbatus sauda

1. Menyuburkan kulit.

Habbatus sauda membekalkan vitamin A, B, dan C, bersama-sama dengan mineral  penting seperti kalsium, kalium, magnesium, dan zink.

Semua khasiat ini memberikan kulit kita zat yang diperlukan untuk menjadi sihat.

2. Mengurangkan kulit berminyak dan liang tersumbat: 

Habbatus sauda  mempunyai keupayaan untuk membantu masalah kulit berminyak. 

Sekiranya kita pening kepala dengan keadaan kulit yang terlalu banyak minyak dan liang tersumbat, mesti cuba.

3. Melembapkan kulit.

Minyak habbatus sauda semulajadi kaya dengan asid lemak penting yang memberikan lembapan yang mendalam kepada kulit.

Khsiat asid lemak ini juga membantu mengurangkan penampilan garisan halus dan kedut.

4. Mengurangkan kemunculan bintik gelap.

Penggunaan minyak ini secara berkala akan membantu mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap. 

Kandungan vitamin A & asid amino bersama-sama dengan asid lemak membantu kita untuk kelihatan awet muda.

Kesimpulan tentang Pencuci muka ini.

Mama pasti, kajian dah di lakukan oleh Safi untuk memastikan produk ini berkesan kepada kulit penggunanya.

Selain daripada pencuci di atas, terdapat banyak lagi cleanser keluaran Safi. Mama ada tulis dengan lengkap di blog ini.  Baca lebih lanjut tentang Pencuci Muka Safi untuk pelbagai jenis kulit di sini.

Comments

Unknown said…
Banyak sungguh khasiat gamat dan habbatus sauda untuk kesihatan. Tak sangka untuk kecantikan luaran pun boleh.
Ibu Syurga said…
Baru Ibu tahu kebaikan habbatus sauda dan gamat untuk kecantikan kulit. Ingatkan untuk luka saja.
Mama Hakim said…
Gamat memang ada banyak kelebihan untuk kesihatan luaran dan dalaman.
Mama Hakim said…
Banyak lagi rahsia alam Malaysia yang kita tak tahu.
Unknown said…
Mcm mana dgn kulit lelaki . Sy ni jenis kulit berminyak pastu bangun je pagi mesti ade je anak2 jerawat yg naik . Dah tak tahu produk ape lagi nk pakai .Nak kata minum air masak bebanyak , rasanya dah byk minum .. Adakah mama syorkan produk ni? stres pulak rase ni . em
Mazni Azmi said…
Assalamualaikum sis, maznee tumpang lalu. Singgah blog walking. Banyak kebaikan gamat untuk kulit. Masuk dalam pencuci muka pun bagus
Unknown said…
Selalu pakai minyak gamat je.
Mazni Azmi said…
Tuan kena cuba jaya juga. Dari apa yang Maznee baca, memang betul pencuci safi gamat ni bagus untuk anti jerawat. Nak tahu sesuai atau tak dengan kulit sendiri kena cuba juga.

Kalau sesuai teruskan pakai. Tak mahal pun kan.
Syiera Firdaus said…
Wah banyak ye kegunaan gamat ni. Setahu syira memang elok sgt gamat utk kulit especially utk jerawat. Teringat housemate dulu suka tempek minyak gamat dekat jerawat. Sekarang safi dah ada yg included gamat lagi la senang.
Jia Shin Lee said…
Safi is very popular recently, it's actually a old brand kan? I've not tried it yet but my friends told me its good.
Nina Mirza said…
Anak sulung Nina pakai Safi gamat ni. Memang berkesan ! Muka dia payah laaa nak ada jerawat. Harga pun sangat berpatutan. Mak suka sebab mampu beli... 😍
Ibu Syurga said…
Dari respon yang Ibu baca, memang bagus penucuci muka dari safi. Asalkan kita pilih yang sesuai dengan kulit muka kita
Bagus ya pencuci muka gamat ni. Bagus juga kan, sebab saya tahu harga produk ni tak mahal pun
5 Little Angels said…
Safi nampak sesuai untuk anak remaja saya. She got pimples now and hope using Safi will help her on this.
wanhardy said…
Umur ank saya 17 tahun ada masalah jerawat.Bole tk dia gunakan anti jerawat gamat & habbatus sauda?
wanhardy said…
Umur ank saya 17 tahun ada masalah jerawat.Bole tk dia gunakan anti jerawat gamat & habbatus sauda?
Ibu Syurga said…
Cuba tengok jenis kulit anak tuan dulu. Kalau jenis sensitif, mungkin tak sesuai. Makin teruk jadinya.

Kulit kering atau jenis berminyak mungkin boleh cuba lagi

Popular posts from this blog

30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi! Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula. Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan.  Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis . Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di  NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat . 6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

Pencuci Muka Terbaik [9 Jenama Untuk kulit Berminyak & Berjerawat]

Susahnya nak cari pencuci muka yang sesuai! Entah mana silapnya. Makin cuci makin teruk jadinya. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.  Jadi, hari ini Mama akan kongsikan tips memilih facial cleanser / pencuci muka terbaik. Artikel ini terbahagi kepada bahagian berikut [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut] Pencuci muka terbaik di Malaysia 1. Pencuci muka Safi 2. Pencuci muka Himalaya 3. Pencuci muka Cetaphil 4. Pencuci muka Nivea 5. Pencuci muka Garnier 6. Pencuci muka Anugerah 7. Pencuci muka lelaki 8. Pencuci muka T3 9. Pencuci muka Simple BONUS 1 - Penting untuk menggunakan pembersih muka yang betul? BONUS 2 - Tersalah pilih pencuci muka akan menyebabkan masalah jerawat? BONUS 3 - Cara memilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit kita? BONUS 4 - Jenis kulit & pencuci muka yang sesuai! BONUS 5 - Adakah kita memerlukan lebih daripada satu jenis pencuci muka untuk kegunaan harian? Pencuci muka terbaik di Malaysia. Ini 15 jenama pencuci mu

Ini 18 pencuci muka safi untuk kulit cantik! Cuci sungguh-sungguh

Hari ini Mama nak buat review tentang  pencuci muka  Safi yang terdapat di pasaran. Selalunya Mama akan lihat pencuci muka di farmasi seperti Watson & Guardian untuk bandingkan harga. Safi memang ada mengeluarkan banyak jenis pencuci muka untuk pelbagai kegunaan di  rumah . Kebanyakannya khas untuk wanita macam kita. Dan ada juga pencuci muka safi untuk lelaki (Walaupun tak banyak) Di bawah ini Mama senaraikan pencuci muka safi yang boleh di  beli  & kegunaannya.