10 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Kering kusam bersinar semula!

Susahnya nak pilih pencuci muka. Makin di cuci, makin teruk jadinya!
pencuci muka terbaik untuk kulit kering

Mungkin ada dari kita mempunyai masalah diatas. Sudah banyak kali tukar jenama pencuci muka, tapi kulit masih kelihatan lesu tak bermaya.

Jangan risau, hari ini Mama akan kongsikan pencuci muka khusus untuk kulit jenis kering.
Baca sungguh sungguh artikel ini untuk memilih cleanser terbaik! Skincare paling bagus untuk lembapkan kulit.

Pencuci muka untuk kulit kering kusam kembali lembap & bercahaya!



Semua produk cleanser ini boleh di dapati di pasaran Malaysia. Tak perlu susah susah nak kirim kawan yang pergi oversea.


8. Rosken Skin Repair Dry Skin Wash 400ml.

Anggaran harga pencuci muka Rosken di pasaran :RM50.70

Pencuci muka terbaik untuk kulit kering Rosken


Gunakan pencuci wajah ini untuk kulit kering dan semua jenis kulit yang lain. Ia membantu membersihkan kulit tanpa menyebab kekeringan.

Ia mengunci kelembapan semasa membersihkan muka dan badan. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan sensitif. Di perkaya dengan kandungan Vitamin E.

Produk ini juga bebas dari sabun, haruman (fragrance), parabens & pewarna.


7. Sebamed Clear Face Teenage Cleansing Liquid 150ml.

Pencuci muka terbaik untuk kulit kering sebamed remaja

Anggaran harga pencuci muka sebamed untuk remaja : RM33.10. Masalah jerawat batu memang menghantui remaja. Skin care terbaik untuk mereka mampu mengawal masalah ini.


Ini antara pencuci muka terbaik di watson & farmasi lain.
Kulit remaja memerlukan penjagaan istimewa. Pencuci muka sebamed untuk remaja ini sesuai digunakan untuk kulit basah atau kering.

Ia mampu menembusi liang-liang untuk membersihkan lubang yang mendalam dengan berkesan.

Mempunyai kandungan bahan aktif antibakteria Montaline® C40 adalah hasil dari minyak kelapa. Gunakan produk ini untuk melindungi hakisan lipid semasa mencuci muka & memberikan kesan melembap dan menghaluskan kulit.

Produk ini telah uji secara klinikal.

Ini rahsia bantu kulit kering kembali lembap bersinar semasa kita tidur di malam hari!

6. Sebamed Facial Cleanser For Normal to Dry Skin 150ml.

Anggaran harga pencuci muka sebamed untuk kulit kering : RM42. Antara skincare yang bagus untuk kulit normal & kurang lembapan.
Antara ciri ciri pencuci muka untuk kulit jenis ini ialah ia mampu mengekalkan keseimbangan lembapan semulajadi.
Pencuci muka terbaik untuk kulit kering sebamed


Produk ini 100% bebas sabun dan alkali. Ia di formulasikan dari sebatian aktif yang mencuci kulit dengan lembut. Sesuai untuk kulit kering & normal.

Ia telah diuji secara klinikal dan dermatologi

Bahan aktif  yang di gunakan berasaskan bahan semulajadi & menyokong keseimbangan kelembapan kulit.



5. Physiogel DMT Dermo Cleanser (150ml).

Anggaran harga pembersih wajah physiogel di pasaran : RM20 ~ RM28. Pencuci muka physiogel ini sesuai untuk kulit kering dan sensitif. 

Rahsia skincare kulit kering ini terletak pada rumusan bahan bahannya.

Pencuci muka terbaik untuk kulit kering physiogel


Kandungan bahan bahan di dalam produk ini berfungsi secara semula jadi dengan kulit kita.

Ia telah menjalani ujian klinikal & terbukti menguatkan lapisan perlindungan kelembapan kulit. 

Gunakan ia untuk mengembalikan kelembapan kulit kering.


4. Eucerin White Therapy Clinical Gentle Cleansing Foam 150ml.

Anggaran harga pencuci muka Eucerin di pasaran : RM37 ~ RM48.

Pencuci muka terbaik untuk kulit kering Eucerin


Pencuci muka Eucerin WHITE THERAPY di formulasi dengan Dio ACTIVE, bahan yang berkesan tetapi lembut kepada kulit.

Bahan ini terbukti berkesan untuk mengurangkan perubahan warna kulit & pigmentasi. 

Produk ini menyegar dan menyerikan semula kulit dengan berkesan. Termasuk di zon T. Ia di formula khas untuk keperluan kulit orang asia. Tiada alkohol dan pewarna terkandung di dalamnya.

Jenama Eucerin memang dikenali untuk mereka dengan kulit sensitif.


3. Derma Health’s Skinlabs Gentle Vitamin E Face & Body Cleanser (500ml)

Anggaran harga di pasaran : RM37 ~ RM40.

Pencuci muka terbaik untuk kulit kering Derma health skinlab


Pencuci muka dari skinlabs ini tidak mengeringkan muka & boleh juga di gunakan untuk mandian badan. 

Produk ini  dirumus dengan formulasi tanpa bahan kimia yang keras dan sesuai digunakan sepanjang hari. Selain itu, ia memelihara lembapan kulit, hypo allergenic dan mengekalkan pH seimbang.

Sifatnya yang hypo allergenic sesuai di gunakan untuk kulit kering & membersihkan kulit tanpa menjejaskan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit.

Jangan gunakan pencuci muka ini sekiranya kulit kita telahpun merengsa / mengalami iritasi. 

Walaupun produk ini sesuai di gunakan untuk semua jenis kulit, sekiranya berlaku tindakbalas iritasi pada kulit hentikan penggunaannya serta merta.

Dan berjumpalah dengan doktor untuk konsultasi. Sesuai untuk kegunaan luaran saja & perlu elakkan kawasan mata. 


2. The Face Shop, Rice Water Bright, Foaming Cleanser (150 ml)

Anggaran harga di pasaran : RM33 ~ RM48.

Pencuci muka terbaik untuk kulit kering the face shop


Pencuci muka seterusnya adalah dari The Face Shop. Pembersih dengan ekstrak beras ini melembap dan mencuci lembut kulit kita dengan buih yang kaya dan tebal. 

Ia akan membantu mencerah sambil membersih kulit kita dari solekan kosmetik secara berkesan dalam setiap cucian. 

Ia diformulakan dengan agen pembersihan semulajadi seperti ekstrak beras dan Ekstrak Soapwort, menjadikan kulit kelihatan lebih jelas dan cerah.

Gunakan pencuci ini untuk kegunaan luar sahaja. Elakkan bersentuhan dengan mata. Jauhi dari kanak-kanak. 

Jangan teruskan penggunakan sekiranya ruam & iritasi berlaku pada kulit.


1. Garden of EDEN Gentle Milk Cleanser (100ml)

Anggaran harga di pasaran : RM18 ~ RM22.

Pencuci muka terbaik untuk kulit kering Garden of eden


Pembersih muka yang lembut dan bebas daripada sabun.Produk ini akan membersihkan kulit kita yang kering tanpa menyebabkan iritasi.

Pencuci muka Garden of Eden mempunyai kandungan bahan bahan yang mesra dengan kulit kering seperti Aloe Vera, Allantoin dan Gliserin.

Bahan bahan ini membantu membersihkan, melindungi dan menghidrat kulit kering dengan mendalam.

Boleh di gunakan untuk mencuci solekan (make up) ringan, minyak berlebihan dan kotoran secara lembut dari wajah. Ia juga mampu mengekalkan keseimbangan PH semula jadi kulit tanpa mengeringkannya.

Setiap kali selesai mencuci muka, pasti kita dapat rasa kulit kini lembut, segar dan bersih.


Selesai sudah perkongsian Mama tentang pencuci muka untuk kulit sensitif. Bagi panduan lengkap memilih pencuci muka terbaik untuk jenis kulit berbeza, boleh baca di sini!


Previous Post Next Post

Contact Form