Alamak, naik lagi jerawat kat dagu. Tak boleh jadi ni!
Jerawat boleh keluar bukan saja di muka, malah di seluruh badan. Salah satu tempat paling biasa untuk jerawat muncul ialah di bahagian dagu.
Tapi, perasankah kita, jerawat yang keluar di dagu tak sama dengan jirannya yang keluar di kawasan lain.
Jerawat dagu lebih keras dan kurang bernanah.
Anda dah bosan dengan masalah jerawat di kawasan yang sama? Baca sehingga habis untuk halang ia dari berulang lagi!
Cara menghilangkan jerawat di dagu tanpa meninggalkan parut kekal yang hodoh!
Dengan cara yang betul, kita boleh merawat jerawat di rahang dan mengurangkan bengkak. Ini juga akan dapat mengelakkan ia dari meninggalkan parut kekal di dagu.
Siapalah nak parut yang tak cantik tu kan? Hari ini Mama akan kongsikan cara mudah lagi berkesan menghilangkan jerawat batu di dagu.
7 Cara menghilangkan jerawat di dagu dengan bahan di rumah. No 6 Mama paling suka.
Ada banyak pilihan bahan di rumah yang kita boleh gunakan untuk rawatan jerawat.
Boleh cuba mana satu yang terbaik dan serasi untuk kita.
Boleh cuba mana satu yang terbaik dan serasi untuk kita.
1. Minyak pokok teh
Mama dah lama gunakan minyak pokok teh / tea tree oil untuk menghilangkan jerawat. Tapi cara ini agak mahal sebab bukan senang nak cari minyak ni.
Melainkan kita beli di butik kecantikan, contohnya kedai body shop. Antara khasiat minyak ini ialah
- Minyak pokok teh mampu mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jerawat dagu.
- Mempunyai ciri-ciri antibakteria.
- Menyembuhkan luka jerawat.
- Melindungi dan mencegah kulit kita daripada serangan jerawat seterusnya.
Tips hilangkan jerawat dengan minyak pokok teh.
- Sediakan minyak pati pokok teh, minyak kelapa dan mangkuk.
- Campurkan 2 titis minyak pati pokok teh dan 10 titik minyak kelapa ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
- Sapukan ramuan ini pada kawasan kulit dagu yang terjejas dengan jerawat.
- Biarkan ia semalaman dan basuh kawasan itu pada waktu pagi.
- Ulang setiap hari di waktu malam sebelum tidur. Seeloknya selepas solat isya. Sebab kita nak biarkan waktu tidur kan.
- Ais ada banyak kebaikan kepada untuk merawat jerawat. Ia mampu
- Mengurangkan kesakitan yang di sebabkan oleh jerawat
- Mengecilkan saiz.
- Mengurangkan merah merah pada dagu kita di sebabkan jerawat.
Cara menggunakan ais untuk hilangkan jerawat didagu.
- Sediakan 2 bahan iaitu 5 kiub ais dari peti sejuk dan sehelai kain kapas bersih
- Letakkan kiub ais pada kain kapas dan ikat kain itu. Tekan ringan ais yang di ikat pada kawasan dagu yang mempunyai jerawat hingga merasa kebas.
- Teruskan menekan pada jerawat lain di dagu dan ulang sehingga sehingga ais ais cair.
- Lakukan ini 2 kali sehari, seeloknya di waktu pagi dan petang.
3. Ubat gigi
Memang banyak kegunaan ubat gigi kan. Contohnya, kawasan melecur kita sapu ubat gigi untuk elakkan jadi teruk.
Rupa rupanya, ia juga boleh digunakan untuk merawat jerawat. Ubat gigi mengandungi
- Baking soda.
- Hidrogen peroksida.
2 bahan ini membantu mengeringkan jerawat.
Cara menggunakan ubat gigi di dagu untuk hilangkan jerawat.
- Sapukan ubat gigi ke kawasan yang dagu yang berjerawat dan biarkan ia semalaman.
- Bilas dengan air sejuk keesokan paginya.
- Ulang ini 2 kali dalam seminggu.
- Khasiat buah ini memang diketahui ramai. Tapi tahukah anda yang jus lemon bersifat sebagai
- Astringen iaitu bahan yang mengecut dan menegangkan kulit.
- Antibakteria semulajadi.
- Membantu membersihkan liang tersumbat.
Cara merawat lemon untuk menghapuskan jerawat yang ada di dagu.
- Sediakan 1 biji lemon dan mangkuk.
- Perah jus dari lemon ke dalam mangkuk. Jus lemon juga kaya dengan vitamin c yang baik untuk kulit.
- Sapukan jus ini pada jerawat di kawasan dagu dengan hujung jari kita.
- Biarkan jus ini kira kira 15 minit dan kemudian bilas dengan air suam.
- Lakukan ini sekurang kurangnya sehari setiap hari sehingga jerawat hilang.
5. Cuka epal.
Cuka epal bukan saja bagus untuk di makan setiap hari, ia akan mebantu mengawal paras gula darah. Pesakit kencing manis elok makan cuka epal.
Selain itu, ia juga boleh di gunakan secara luaran.
Sapu pada kulit kita untuk mengekalkan keasidan kulit dan menghilangkan sel-sel kulit mati.
Cara menggunakan cuka epal untuk merawat dagu yang ada jerawat.
- Sediakan cuka epal, air suam dan mangkuk.
- Ambil 1 sudu teh cuka epal dan 3 sudu air.
- Campurkan 2 bahan ini bersama dan sapukan campuran ramuan ini ke kawasan jerawat.
- Biarkan ia kering dan kemudian sapukan pelembap di kawasan yang sama.
- Ulang sapukan cuka epal di kawasan dagu 2 kali sehari.
6. Bawang putih.
Antara bahan penting mesti ada di rumah untuk menyedapkan masakan. Bawang putih sangat bagus untuk jerawat kerana
- Ia mengandungi nutrien seperti tembaga dan zink yang di perlukan badan untuk melawan jerawat.
- Ia bersifat antiseptik dan anti kulat.
- Ia mengandungi nutrien seperti tembaga dan zink yang di perlukan badan untukmelawan jerawat.
Cara menggunakan bawang putih di dagu untuk menghilang jerawat.
- Sediakan 3 ulas bawang putih, lesung batu / blender dan mangkuk.
- Tumbuk bawang putih dengan lesung, atau kisar sampai hancur.
- Pindahkan ramuan ini ke dalam mangkuk dan sapukan ke kawasan yang terjejas dengan jerawat.
- Biarkan selama 15 minit dan bilas kawasan dengan air sejuk sehingga bersih.
- Ulang sebanyak 3 kali sehari. Mama pasti, tak ramai suka cara ini kerana baunya yang kurang menyenangkan.
7. Buah betik.
Buah tropika ini kaya dengan vitamin A yang bagus untuk kesihatan mata dan kulit.
Selain itu betik juga mempunyai khasiat yang banyak seperti
- Membuka liang roma yang tersumbat iaitu punca jerawat.
- Mengandungi lycopene yang melindungi kulit kita daripada radikal bebas.
- Ia juga mengandungi enzim, seperti papain dan chymopapain, yang mempunyai kebaikan sebagai anti kulat.
- Membantu menghapuskan jangkitan.
Cara menggunakan betik untuk rawatan jerawat di bawah rahang.
- Sediakan buah betik, blender / pengisar makanan dan mangkuk.
- Kisarkan buah ini sehingga bertukar menjadi pes.
- Sapukan pes ke kawawsa dagu dan biarkan selama 15 minit.
- Basuh dengan air sejuk dan lap sehingga kering dengan kain bersih.
- Ulang sebanyak 3 ke 4 kali seminggu untuk hasil terbaik.
Kesimpulan tentang cara merawat jerawat batu di bawah dagu.
Kebanyakan bahan yang Mama senaraikan di atas mudah di dapati di kedai biasa. Minyak pokok teh tu terkecuali. Hehe. Sekiranya anda mahukan bahan bacaan lengkap tentang jerawat di dagu, Mama sertakan link dibawah untuk rujukan anda.Baca panduan bergambar tentang punca jerawat di dagu dan cara merawatnya.Boleh cuba sendiri sampai jadi ya.
Selamat mencuba Mama ucapkan.