15+ Pencuci muka terbaik untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat [2018]

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.

Hari ini Mama akan kongsikan tips yang dekat dengan kita semua, tentang pencuci muka atau facial cleanser.

Pembersih wajah adalah salah satu alat yang paling penting dalam skincare penjagaan kulit kita. 





Ia berfungsi untuk membuang semua bekas kotoran dari alat kosmetik dan kekotoran lain untuk membuatkan kulit kita segar, bersih, dan sedia untuk kesan rawatan yang diharapkan.

Membersihkan kulit kita adalah langkah pertama dalam rejim penjagaan kulit kerana ia menyediakan kulit untuk langkah seterusnya.


cara memilih pencuci muka yang sesuai


Kebanyakan orang tahu tentang penting pembersihan kulit.

Tetapi adakah kita tahu cara untuk memilih pembersih muka terbaik untuk kulit? 

Teruskan membaca untuk belajar tips mudah & penting ini.






Klik link di atas


Kenapa penting untuk menggunakan Pembersih muka yang betul?

Akibat salah pilih!

Penting sangat untuk kita pilih pencuci muka yang sesuai.

Sebab apa ya?

Tersalah pilih bukan saja tidak akan menyelesaikan masalah yang ada, malah menyebabkan masalah menjadi semakin teruk!

Contohnya seperti dibawah.



1. Sekiranya pembersih anda terlalu kasar / keras. 


Ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan atau menjadi sensitif. 

Kemudian untuk selesaikan masalah ini, kita akan terpaksa bergantung kepada krim pelembap untuk membekalkan kembali lembapan setiap kali kita mencuci muka. 

Kadang-kadang, pembersih yang terlalu kasar / keras kepada kulit boleh menyebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan dari kulit.

Muka kita akan kelihatan berminyak lebih teruk daripada kita tidak menggunakan pencuci muka langsung.






2. Sekiranya pencuci muka kita terlalu kaya lembapan

Fungsi pencuci muka sepatutnya untuk membersihkan solekan, tetapi pembersih yang kurang sesuai akan meninggalkan sisa yang menyumbat liang-liang kita.

Dan ini akan menyebabkan jerawat.

Malah, pencuci yang salah boleh menjadikan kulit lebih kering dengan  mengganggu proses regenerasi semula jadi kulit.

Jadi persoalannya sekarang.

Bagaimana cara untuk memilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit kita?

Cara mudah memilih!

Langkah pertama untuk memilih pembersih yang betul ialah mengetahui jenis kulit kita. 


pembersih muka untuk kulit berbeza


Terdapat banyak jenis kulit seperti
  1. Kulit berminyak
  2. Kulit kering
  3. Kulit kombinasi
  4. Kulit sensitif
  5. Kulit mudah berjerawat
Maklumat ini penting sebagai panduan kerana jika kita menggunakan  pembersih untuk kulit berminyak, tetapi sebenarnya kita mempunyai kulit kering.

Kita akan membuatkan kulit kehilangan lembapan yang diperlukan. 

Contoh lain.

Jika kita menggunakan pencuci muka untuk kulit berjerawat pada kulit yang sensitif, akibatnya kulit kita akan mengalami kerengsaan.

Merah merah.

Tonton video pendek dibawah untuk lebih faham cara mencuci muka yang berkesan



Di bawah ini, Mama akan berikan jenis jenis kulit & pencuci muka yang sesuai

Jenis kulit & pencuci muka yang sesuai!

Jenis kulit & pencuci yang sesuai.

1. Kulit berminyak:

Jika kulit kita jenis berminyak selepas beberapa jam dibersihkan dengan pencuci muka.

Sebenarnya kulit kita mempunyai liang roma yang besar dan kawasan zon t berkilat.

Kita mesti memilih pembersih muka yang sesuai untuk kulit berminyak

Pencuci yang sesuai akan menghilangkan minyak dan kotoran yang berlebihan untuk pembersihan yang mendalam. Ini penting untuk mengelakkan jerawat.
Adakah anda ada kulit berminyak? Baca panduan terbaik untuk menghilangkan jerawat batu ini.

2. Kulit kering:

Sekiranya kita tidak mengalami masalah minyak di zon T muka & kulit muka terasa kasar.

Maka pilih pembersih yang direka untuk kulit kering yang akan membantu melembapkan kulit. 

Formula pencuci muka untuk kulit yang kurang lembapan tidak akan menyebabkan kulit hilang lembapan yang sangat berharga. Kulit kita akan terasa lembut dan selesa. 
Baca lebih lanjut tentang 8 pencuci muka terbaik untuk kulit kering!

Selesai sudah jenis kulit kedua, bagaimana pula kalau kita ada gabungan kulit kering & berminyak?

Jawapannya ialah

3. Kulit jenis gabungan

Macam mana nak tahu kita ada kulit jenis gabungan?

Cuba perhatikan samada kulit pipi kering tetapi zon t-berminyak?

Atau sebaliknya.

Ini tanda kulit kita jenis gabungan antara kulit berminyak & kulit kering.

Pilih pembersih muka jenis kulit gabungan jika kulit kita berminyak dengan mudah di sesetengah kawasan muka dan kering pula  pada kawasan lain. 

Pembersih muka jenis kulit gabungan berfungsi dengan baik untuk kebanyakan jenis kulit. 

Pencuci muka jenis ini akan mengelupas kulit untuk mencuci minyak dan kekotoran yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit.

4. Kulit sensitif

Pernahkan kita berasa kulit mengalami rasa gatal dan sakit? 

Sekiranya kita mengalami rasa tak selesa di kulit muka bersama-sama dengan kemerahan atau kerengsaan, pilih pembersih muka untuk kulit sensitif

Pencuci muka untuk kulit sensitif mempunyai bahan yang menenangkan kulit & membuang bahan pencemar dan kotoran tanpa menimbulkan masalah pada kulit.
Baca lebih lanjut tentang pencuci muka terbaik untuk kulit sensitif di Malaysia.

5. Kulit berjerawat

Masalah jerawat memang normal berlaku sekali sekala.

Tapi, jika kita kerap sangat mengalami masalah dibawah
  • Liang roma yang tersumbat
  • Whiteheads / bintik putih
  • Kerap berlaku jerawat

Kemungkinan besar kita mempunyai kulit jenis berjerawat. 

Pembersih muka kulit jenis ini akan membantu untuk menghilangkan bakteria yang menyebabkan jerawat dari permukaan dari kulit. 

Pastikan kita menggunakan pencuci muka yang telah diuji secara klinikal supaya tidak menyebabkan masalah & kesan sampingan pada kulit.

Selain itu, keadaan kesihatan kita juga menyumbang kepada jenis pencuci muka yang sesuai di gunakan. Contoh penyakit tersebut ialah kencing manis, dan sakit buah pinggang.

Jika kita ada masalah kesihatan, elok dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Adakah kita memerlukan lebih daripada satu jenis pencuci muka untuk kegunaan harian?

memilih pencuci muka di farmasi


Pernah tak kita mengalami keadaan di bawah.

Kita dah gunakan jenama pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita.

Dah pakai bertahun tahun, tiba tiba kita rasa produk ni dah tak sesuai dengan kita lagi.

Pernahkan?

Bila difikirkan semula, keadaan ini berlaku disebabkan perubahan yang berlaku pada kehidupan kita.

Contohnya, dulu kita masih belajar & selalu berada dalam bilik berhawa dingin.

Keadaan universiti kita yang berada jauh di utara Malaysia dengan cuaca yang menghampiri tropika.

Selepas habis belajar, dapat pula kerja di Johor di tengah bandar Johor Bharu.

Dapat pula kerja tepi pantai yang cuacanya berangin & selalu panas.

Kulit kita akan memerlukan perlindungan berbeza kerana perubahan ini.

Ataupun, untuk kes yang lebih unik.

Jika kita tinggal di negara yang mempunyai 4 musim dan dibandingkan pula dengan negara beriklim khastulistiwa seperti Malaysia yang panas lembap sepanjang tahun.

Memang tak samalah.

Walaupun kita telah berjaya menentukan jenis kulit dan pembersih muka yang sesuai, ada keadaan di mana kita mungkin perlu menggunakan pencuci muka yang berbeza. 

Perubahan musim boleh memainkan peranan yang besar dalam pembersih muka yang kita perlukan.

Wanita yang mempunyai kulit berminyak mungkin mengalami kekeringan pada bulan-bulan musim sejuk yang kering. 

Atau semasa pertukaran musim dari musim panas kering kepada musim hujan.

Begitu juga sebaliknya.

Mereka yang mempunyai kulit kering boleh mengalami minyak yang berlebihan pada musim panas. 

Masih ingat lagikan fenomena El Nino & La Nina yang melanda serata dunia beberapa tahun lepas.

Suhu & kelembapan berbeza disebabkan cuaca akan mempengaruhi cara kulit kita bertindakbalas.

Dan, ada juga wanita yang mengalami masalah jerawat setiap bulan yang disebabkan oleh perubahan hormon (Kitaran haid).

Dalam kes ini, kita boleh beralih ke pencuci muka kulit berjerawat beberapa hari sebelum masa yang diketahui jerawat akan keluar.

Pencuci muka jenis kulit jerawat mempunyai bahan aktif penghalang jerawat seperti benzoil peroxide yang akan membantu kita menghalang & menghentikan jerawat sebelum ia berlaku.

Jenis kulit kita juga boleh berubah mengikut masa disebabkan oleh faktor dibawah, iaitu:
  • Ubat
  • Perubahan hormon
  • Tekanan
  • Kecederaan. 

Sentiasa perhatikan perubahan pada kulit kita dan keperluannya untuk memilih pencuci muka yang betul.

Mana nak beli pencuci muka ya? Antara tempat yang Mama rekemen untuk pergi survey pencuci muka pada harga yang bagus ialah..


Pencuci Muka di Watson!

Pencuci muka terbaik di watson

Selain dari Watson, Mama kerap juga pergi guardian. Ikut keselesaan masing masing.

Mama suka pergi watson sebab ada kad keahlian. Mama ada tulis artikel khas tentang pencuci muka terbaik di Watson di sini. Paling laris & menjadi pilihan ramai pelanggan.


Jenama pencuci muka yang bagus di Malaysia?

Kalau pergi ke farmasi (guardian, watsons, caring & ec) dan hypermarket (Tesco, Aeon Big & etc). Ada banyak jenama pencuci muka untuk pilihan kita.

Mama senaraikan setiap jenama "facial cleanser" di bawah untuk pilihan anda.


1. Pencuci muka Safi.

Jenama tempatan yang popular, harga pun mampu milik. 
pencuci muka safi

Nak yang mahal sikit pun ada, boleh pakai rangkaian Safi Rania (gambar di atas). Ada banyak lagi pilihan, Mama ada tulis artikel lengkap tentang pelbagai jenis cleanser Safi.
Teruskan di sini untuk melihat cleanser Safi di pasaran Malaysia.


2. Pencuci muka Himalaya.

Jenama cleanser seterusnya berasal dari India dan dikenali kerana menggunakan khazanah herba perubatan ayurveda di dalam produknya.
Pencuci muka Himalaya

Harga cleanser jenama Himalaya agak mahal berbanding jenama lain. Tapi banyak testimoni pengguna lepas yang berpuas hati dengan hasilnya.
Baca disini untuk tahu lebih lanjut tentang pencuci muka Himalaya.


3. Pencuci muka Cetaphil.

Pencuci muka Cetaphil

Mama pasti, ramai dari kita tak tahu yang jenama pencuci muka ini banyak mendapat 41 anugerah di peringkat antarabangsa.
Nak tahu lebih lagi tentang pencuci muka Cetaphil, baca di sini.


4. Pencuci muka Nivea.

pencuci muka nivea whitening
Satu lagi jenama antarabangsa yang terkenal dari USA, Mama pun pernah pakai face wash Nivea suatu ketika dulu. Review lengkap tentang jenama ini pun ada di bawah.
Baca lebih lanjut tentang pencuci muka Nivea terbaru.


5. Pencuci muka Garnier.

Cleanser keluaran Garnier banyak menggunakan tumbuhan semulajadi yang di ketahui bagus untuk kulit.
Pencuci muka garnier sakura white untuk kulit cantik
Antara contoh bahan yang digunakan ialah ekstrak bunga sakura, lemon dan teh matcha.
Bagus ke? Baca review pencuci muka Garnier di sini.


6. Pencuci muka Anugerah.

pencuci muka anugerah
Cleanser muka ini di hasilkan oleh syarikat tempatan yang terkenal dengan air mineral dan minyak urutnya.
Bagus ke untuk kulit? Baca ulasan pencuci muka Anugerah untuk pelbagai jenis kulit.


7. Pencuci muka lelaki.

Pencuci muka lelaki garnier
Mama buatkan senarai pencuci muka untuk lelaki isteri untuk kaum adam. Maklumlah, jenama ada banyak. Kebanyakannya untuk orang perempuan.
Nak tahu pencuci muka lelaki terbaik? Baca list ini untuk jadi hensem.



Kesimpulan.

Ada banyak pilihan cleanser terbaik di pasaran, tinggal pilih saja. Mama harap panduan ini berguna untuk anda semua. Sampai sini saja untuk kali ini.

Mama ucapkan selamat mencuba.
15+ Pencuci muka terbaik untuk Kulit Berminyak dan Berjerawat [2018] Reviewed by Mama Hakim on January 09, 2018 Rating: 5

22 comments:

  1. Nak cuci muka pakai pembersih pun mesti ada ilmu kan mama

    Buat dengan ilmu baru dapat hasil yang berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berjaya dunia akhirat memang kena ada ilmu.

      Kalau tak tahu elok tanya ahli yang pakar dalam bidang tersebut.

      Macam dalam surah an nahlu ayat 43 😊

      Delete
    2. Bagus ilmu yang puan beri ni, ayat 43 surah an nahlu ya

      Delete
    3. kulit muka pun lain lain kan, kalau nak cuci baju pun ada ilmu juga, kain apa, warna luntur tak, nak pakai dryer boleh ke suhu yang tinggi

      Ini kan pula cuci muka

      Delete
  2. Maznee setuju sangat bahagian pembersih muka ni kena tukar bila ada perubahan.

    Sebab dah pernah kena

    Terutama masa pergi melancong kan

    Cuaca pun lain dati tempat sendiri

    Bagus tips ibu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi mana mana memang bawa bersama pencuci muka.

      Delete
  3. Isteri saya memang rajin basuh muka dengan pencuci muka, ada juga dia komplen susah nak cari pembersih muka yang serasi.

    Mungkin elok untuk dia baca artikel ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan kerana singgah ke blog ini

      Memang bagus kalau isteri dapat baca, untung sebab dah tahu nanti jerawat pun tak nak keluar lagi

      Delete
    2. Makin lawa kulit isteri lepas ni kalau selalu singgah sini

      Delete
  4. Ana kalau lps pakai pencuci tu rasa kulit ok tak kering kira ok lah tu. Ada 1-2 pencuci ana pernah guna buat kulit kering lepas guna so terus stop.

    ReplyDelete
  5. Setuju. Mmg tak sama duduk negara 4 musim dan iklim khatulistiwa. Masa kat Msia, penjagaan kulit muka saya agak remeh sbb senang berminyak.

    ReplyDelete
  6. Good info kak. Kena cari pencuci muka yang betul2x sesuai ngan kulit kita baru nampak kesan pencuci muka itu. :)

    ReplyDelete
  7. Kulit sy jenis berminyak. Bukan pencuci saja nak cari pelembap pun kena berasaskan air

    ReplyDelete
  8. Kulit mama yg sensitive ni mmg kena pilih pencuci muka yg sesuai

    ReplyDelete
  9. good info. ada banyak jenama di pasaran, kena buat research sblm beli. harga bukan murah. hehe

    ReplyDelete
  10. saya jenis suka cuba cuba pencuci.muka pelbagai jenama, syukur juga kulit muka bukan jenis yang bermasalah, tapi sekarang setia dengan cosmoderm

    ReplyDelete
  11. terima kasih tips dan panduan yang dibagi..MV rasa ianya sangat membantu...

    ReplyDelete
  12. pemilihan pencuci muka memang penting, kalau tak merosakkan kulit muka sama ada bertambah berminyak atau kulit kering

    ReplyDelete
  13. Sha tak pakai pun pencuci mama.. Masa zaman solo n single pernah lah pakai.. Tu pun sekejap je.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Bagi diri mama memang kena pandai pilih pencuci muka yg sesuai kerana muka sensitive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulit sensitif senang naik jerawat dan alahan. Selain pakai pencuci muka, boleh kawal makan

      Delete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.