Susahnya nak jumpa pencuci muka yang serasi. Salah pakai, habis merah merah muka ni!
Kulit semua unik, dan ada antara kita mempunyai kulit sensitif. Memang susah nak jaga kulit jenis ini.
Tak boleh pakai pencuci muka sembarangan.
Anda nak cari pencuci muka untuk kulit sensitif? Baca sungguh sungguh artikel ini supaya tak salah beli!
Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Sensitif! Memang Best.
Kalau tak serasi, mulalah kulit jadi gatal gatal & merah macam tomato. Dan lebih teruk lagi naik jerawat batu.
Terutama di kawasan dahi dan dagu.
Terutama di kawasan dahi dan dagu.
Tak kiralah sama ada kita mempunyai masalah kulit sensitif ekzema, macam mana nak cari pencuci muka terbaik untuk kulit sensitif?
Maklumlah, ada banyak jenama di jual kan. Dari yang murah macam Safi. Kepada yang mahal macam Youth.
Maklumlah, ada banyak jenama di jual kan. Dari yang murah macam Safi. Kepada yang mahal macam Youth.
Di bawah ini Mama senaraikan beberapa pencuci muka terbaik untuk kulit sensitif. Sering menjadi pilihan wanita dengan kulit jenis ini.
Insyaallah, tiada lagi tindak balas alahan kulit tiap kali kita mencuci muka selepas ini. Selamat mencuba.
Klik link di atas
8 Jenama pencuci muka untuk kulit sensitif!
Jenama terbaik!
1. Pencuci Muka Cetaphil.
Pencuci muka cetaphil gentle facial cleanser.
Satu jenama pencuci muka antarabangsa yang memang ramai dah kenal.
Cetaphil memang di kenali kerana mencipta produk penjagaan kulit yang lembut, melembap dan bebas haruman.
Kebanyakan produk kulit di pasaran memang berbau harum, semua ini disebabkan oleh bahan haruman aka "fragrance".
Tetapi bahan "fragrance" ini dikenal pasti dari kajian saintis memberikan kesan mudarat jangka panjang kepada kesihatan.
Sebab itu bagus pakai pencuci cetaphil. Bebas "fragrance".
Pencuci muka ini memang terbaik untuk kulit sensitif. Tiada kandungan sabun di dalamnya.
Selepas kita mencuci muka & membilas dengan air, tiada sisa yang tinggal untuk menyumbat liang liang roma.
2. Pencuci muka Neutrogena.
Pencuci Neutrogena ultra gentle hydrating cleanser
Satu lagi jenama yang dikenali ramai. Iklan sentiasa di kaca tv. Neutrogena mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kulit untuk jenis kulit berbeza.
Termasuklah untuk kulit sensitif. Pencuci muka jenama ini dikenali kerana produk pembersihnya yang bebas minyak, melembap, & bertindak lembut kepada kulit kita.
Dalam senarai pembersih wajah yang di keluarkannya, pilih pencuci Neutrogena Ultra Gentle Hydrating Cleanser (formula berkrim) yang khusus untuk kulit sensitif.
Insyaallah tidak menyebabkan tindakbalas alahan pada kulit kita. Tiada lagi kerisauan jerawat banyak naik di muka mahupun di telinga kerana pencuci tidak sesuai.
3. Pencuci muka Biore.
Pencuci Biore baking soda skin cleansing wash
Produk penjagaan kulit Bioré memang di reka khas untuk membersihkan liang roma yang tersumbat dengan kotoran. Penyebab jerawat batu.
Dari bacaan Mama, antara pencuci muka Biore yang bagus untuk kulit sensitif ialah Biore baking soda skin cleansing wash. (Mungkin belum sampai pasaran Malaysia). Tapi boleh saja order online kan.
4. Pencuci muka Body Shop.
Salah satu jenama kegemaran Mama. Pencuci ini membersihkan kulit kita secara perlahan-lahan.
Kulit kita akan terasa lebih bersih, segar dan secara tak langsung menambahkan keyakinan kita.
Memang pembersih muka terbaik untuk kulit sensitif.
Tiada bahan pewangi / fragrance di tambah ke dalam produk ini.Selain itu, warna produk ini adalah asli & tiada tambahan pengawet di dalamnya.
Khasiat aloe vera untuk kesihatan kulit memang diketahui ramai. Menenangkan dan menenangkan kulit sensitif dengan kuasa Aloe Vera.
Gunakan pembersih ini setiap hari untuk mengekalkan kelembapan, kelembutan & kehalusan kulit!
5. Pencuci muka Shaklee YOUTH.
Ramai pengguna Shaklee di Malaysia ingat, Shaklee hanya mengeluarkan vitamin.
Tapi skincare Shaklee memang bagus untuk dapatkan kulit cantik. Termasuklah untuk kulit sensitif.
Pencuci Youth Shaklee di reka khas 100% berasaskan tumbuhan. Selamat di gunakan & sesuai untuk kulit sensitif.
Antara tumbuhan yang di gunakan dalam pencuci Youth Luminous Gel Oil Cleanser ialah
a. Lotus japonicus
- Mengaktifkan protein untuk awet mudadi dalam kulit.
- Ramuan Komplex Youth membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit kita setiap masa.
b. Anggur Muscadine
Buah yang kaya dengan polifenol didapati mempunyai khasiat untuk membantu kita kelihatan muda lebih lama.
Boleh baca lebih lanjut tentang pencuci muka Shaklee ini di blog Hargasetbersalin.
6. Pencuci Muka Garnier.
Mama pernah pakai pencuci Garnier, dan memang jenama ini mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit untuk kulit sensitif.
Hasil dari carian di internet, pencuci garnier gentle sulfate-free facial cleanser sesuai untuk kulit sensitif.
Produk ini tidak mengandungi sebarang sulfat, alkohol, "fragrance", parabens, minyak atau sabun dan menghilangkan solekan wajah, kekotoran dan minyak yang berlebihan semasa melembutkan kulit.
Insyaallah mencuci muka dengannya tidak menyebabkan tindak balas alahan kepada kulit sensitif. "
Jenama pencuci muka Murad memang kurang mainstream di Malaysia.
Tapi di luar negara memang ramai pakai pencuci muka ini untuk masalah kulit sensitif.
Kandungan gel aloe vera semulajadi di dalam produk ini membantu melegakan & mencantikan kulit.
Bau pembersih wajah Murad yang menyegarkan dengan aroma timun & tekstur gel yang pekat membuatkan kulit terasa lembut selepas menggunakannya.
Produk ini mengandungi "fragrance", jadi mungkin ada dari kita yang kurang sesuai menggunakannya. Terutama sekali bagi yang mempunyai masalah alahan.
7. Pencuci muka MURAD.
Redness theraphy soothing gel cleanser.Jenama pencuci muka Murad memang kurang mainstream di Malaysia.
Tapi di luar negara memang ramai pakai pencuci muka ini untuk masalah kulit sensitif.
Kandungan gel aloe vera semulajadi di dalam produk ini membantu melegakan & mencantikan kulit.
Bau pembersih wajah Murad yang menyegarkan dengan aroma timun & tekstur gel yang pekat membuatkan kulit terasa lembut selepas menggunakannya.
Produk ini mengandungi "fragrance", jadi mungkin ada dari kita yang kurang sesuai menggunakannya. Terutama sekali bagi yang mempunyai masalah alahan.
8. Pencuci Muka Eucerin.
Pencuci Eucerin Ultra sensitive soothing cleansing lotion.Jenama losyen pembersih bertekstur ringan dan lembut ini mempunyai senarai ramuan pendek.
Sangat bagus digunakan untuk kulit sensitif yang mudah merengsa.
Pencuci muka eucerin memang mahal, dan ia bebas daripada pengawet, paraben, parafin, wangi, pewarna dan pengemulsi.
Memang pembersih muka yang bagus untuk kulit jenis ini.
Apa itu kulit sensitif?
Kulit kita mejadi sensitif kerana..
Sekiranya kita mempunyai kulit yang sensitif, memang banyak pantang larang yang perlu di ikut.Perubahan yang berlaku di alam sekitar seperti cuaca, perubahan emosi & habuk boleh memberikan kesan besar pada kulit kita.
Di bawah ini Mama akan kongsi serba sedikit tentang kulit sensitif dan cara penjagaannya.
Penyebab kulit sensitif?
Punca kulit menjadi sensitif ialah..
Kita tak boleh memilih jenis kulit semasa di lahirkan. Apa yang berada dalam kawalan kita ialah cara penjagaan.Kulit jenis sensitif disebabkan oleh hujung saraf di lapisan atas kulit mudah merengsa.
Ini boleh berlaku disebabkan oleh fungsi perlindungan semulajadi kulit telah lemah dan telah rosak kerana beberapa punca.
Antara perkara yang menyebabkan kulit menjadi sensitif ialah
- Selalu terdedah kepada sinaran matahari
- Pendedahan kepada pencemaran udara
- Perubahan suhu yang kerap
- Kurang tidur
- Perubahan hormon semasa kitaran haid atau mengandung
- Berenang di kolam renang dengan air berklorin tinggi
- Kekurangan air
Adakah kulit saya jenis sensitif?
Antara tanda kita ada kulit sensitif ialah..
Di bawah ini Mama beberikan beberapa ciri ciri umum kulit jenis sensitif.- Kulit selalunya berasa tidak selesa
- Kadang kala sensitif kepada sentuhan
- Kulit kering di dalam bilik berpendingin hawa
- Kulit menjadi berminyak pada cuaca panas
- Tompokan kemerah merahan keluar & sukar hilang
- Sangat sensitif dengan pertukaran produk skincare
- Mudah merasa gatal jika memakai pakaidan dari kain sintetik
Kalau dah kena kencing manis memang tiada ubat sains moden yang boleh pulihkan setakat ni.
Lebih baik beringat sebelum kena kan.
Apa produk yang sesuai gunakan untuk kulit sensitif?
Tips memilih produk yang serasi dengan kulit sensitif ialah..
Mendapatkan kulit yang cantik memang menjadi idaman ramai wanita. Tapi, mempunyai kulit yang sensitif menyebabkan pilihan produk skincare yang ada di pasaran menjadi sukar.
Penting untuk kita menggunakan produkpenjagaan kulit harian yang dirumus khas untuk kulit sensitif.
Tips paling mudah ialah lihat label produk tersebut & lihat produk yang menggunakan bahan yang agak sedikit.
Kita wajib membersihkan kulit setiap malam & melembapkan 2 kali sehari.
Sekiranya kita bekerja ataupun suka melakukan aktiviti luar, gunakan produk pelindung matahari yang mempunyai perlindungan SPF 15+ supaya kulit selamat dari cahaya UV.
Pilih produk kosmetik yang sesuai untuk kulit sensitif. Dan pastikan sabun basuh baju yang kita gunakan lembut pada kulit sensitif. Getthegloss ada berikan petua untuk ini.
Kesimpulan.
Mempunyai kulit yang sensitif tidak menghalang kita untuk mendapatkan kulit yang cantik. Terdapat banyak pilihan produk pencuci muka di pasaran yang boleh kita gunakan.
Apa yang penting, cari ilmu & amalkan dalam kehidupan seharian.
Mama ucapkan selamat mencuba.