Pencuci muka safi manggis untuk kulit lebih lembap dan cerah.


Banyak betul kebaikan manggis untuk kulit cantik. Patutlah pencuci muka Safi masukkan buah ini dalam ramuannya!
Ramai orang makan manggis untuk menyejukkan badan. Terutama semasa musim durian. Jika durian di kenali sebagai raja buah. Manggis pula dipanggil permaisuri buah.



Pencuci Muka Safi Manggis untuk kulit muka yang lebih cerah dan lembap.





Hari ini Mama ingin kongsikan tentang pencuci muka safi manggis dan kebaikannya kepada kecantikan kulit muka. Ada persamaan jugaklah dengan pencuci muka himalaya yang gunakan herba ayurveda dalam produk mereka.


Pencuci Muka Safi manggis habbatus sauda


Menurut laman web Safi, cleanser ini mempunyai kebaikan di bawah

  1. Membersih lembut kulit kita di samping mengekalkan lembapan kulit.
  2. Membantu mencerahkan kulit.
  3. Melindungi kulit dengan khasiat nutrien dan sifat anti bakteria.
  4. Menjadikan kulit lebih cerah, ringan dan lembap.
Kenapa agaknya di masukkan buah manggis di dalam pencuci muka ini ya?

Mari kita kenali khasiat buat manggis.


Menurut laman web USDA (United States Department Of Agriculture), buah manggis mempunyai khasiat di bawah.



Jenis Nutrisi
Nilai Nutrisi
Peratus RDA
Tenaga
73 Kcal
3.5%
Karbohidrat
17.91 g
14%
Protein
0.41 g
1%
Jumlah Lemak
0.58 g
3%
Kolesterol
0 mg
0%
Serat
1.8 g
4.5%
Kandungan Vitamin
Folat
31 µg
8%
Niacin
0.286 mg
2%
Pantothenic acid
0.032 mg
<1%
Pyridoxine
0.041 mg
3%
Riboflavin
0.054 mg
4%
Thiamin
0.054 mg
4.5%
Vitamin A
35 IU
1%
Vitamin C
2.9 mg
5%
Elektrolit
Sodium
7 mg
0.5%
Potassium
48 mg
1%
Kandungan Mineral
Kalsium
12 mg
1.2%
Kuprum
0.069 mg
7%
Zat besi
0.30 mg
4%
Magnesium
13 mg
3%
Mangan
0.10 mg
4%
Fosforus
9.21 mg
1%
Zink
0.21 mg
2%

Buah manggis memang banyak khasiatnya, termasuklah untuk kanser dan kesihatan badan secara umum.


Tapi, dalam artikel ini Mama akan kongsikan kebaikan manggis untuk kecantikan kulit.

Kebaikan Manggis di dalam Pencuci Muka Safi Manggis.

Melalui kajian yang telah banyak di lakukan para saintis, antara khasiat manggis untuk kulit ialah

1. Sifat anti bakteria manggis membantu melawan jerawat.

Manggis mempunyai ciri-ciri antibakteria semula jadi dan sebatian antimikrobial, yang sangat berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit biasa. 

Jerawat, kekurangan penampilan pada kulit, kulit berminyak dan kulit kering boleh disembuhkan dengan penggunaan manggis secara luaran dan melalui pemakanan.

Bacaan menarik: Banyak lagi pencuci muka untuk jerawat seperti Oxy.

2. Manggis mengandungi sebatian istimewa untuk membaiki kulit.

Sebatian Xanthone yang terdapat dalam kulit buah manggis adalah yang tertinggi apabila dibandingkan dengan buah-buahan lain. 

Kelebihan bahan bernama Xanthone ialah ia boleh menyembuhkan penyakit kulit, melindungi dan membaiki sel-sel yang rosak di dalam badan.

3. Manggis membantu mengawal berat badan.

Pengambilan manggis adalah kaedah yang di terima ramai untuk mengurangkan berat badan. 

Manggis membantu dalam pencegahan penambahan berat badan dengan membakar lemak. Bahan Xanthones yang terdapat dalam kulit manggis membantu mengurangkan berat badan.

4. Manggis membantu melawan penyakit gusi.

Manggis berfungsi melawan penyakit gusi yang dikenali sebagai periodontitis. Terdapat gel yang di perbuat dari manggis digunakan untuk membantu menyembuhkan masalah gusi.

5. Manggis mempunyai sebatian yang melambatkan penuaan.

Kita akan kelihatan lebih tua kerana proses pengoksidaan yang berlaku di dalam badan. 

Buah manggis kaya dengan antioksidan seperti catechin (antioksidan yang sama terdapat dalam teh hijau). Bahan ini membantu tumbuhan tersebut dalam memerangi radikal bebas. 

Jika kita menggunakan manggis secara luaran dan dalaman, ia dipercayai membantu melambatkan proses pengoksidaan oleh radikel bebas. Dan buat kita lebih awet muda.

6. Manggis membantu kulit melawan Jangkitan virus.

Xanthones yang terdapat dalam manggis mempunyai keupayaan semula jadi untuk menyerang jangkitan kulat dan virus. 

Sebatian ini juga membantu menghilangkan karsinogen tertentu yang menyebabkan kanser daripada menyerang kulit kita.

7. Manggis mempunyai khasiat mencegah Kanser.

Antioksidan yang terdapat dalam manggis membantu mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular yang lain. 

Ia adalah antioksidan yang kuat dan berkesan yang melindungi tubuh kita daripada radikal bebas yang menyebabkan tekanan oksidatifyang boleh membawa kepada keadaan kesihatan yang teruk.


Apa kandungan bahan mentah di dalam Cleanser Safi Manggis dan Habbatus Sauda?

Mama ada baut sedikit kajian di internet, kalau cari bahan mentah pencuci muka yang ini memang tak ada. 

Tapi rupa rupanya ada pencuci muka safi berasaskan manggis lain di pasaran luar negara.

pencuci muka safi manggis indonesia
Nampaknya cleanser safi manggis yang ini untuk pasaran Indonesia. Bahan untuk pencuci di atas ialah

Air, Palmitic Acid, Myristic acid, Glycerin, Potassium Hydroxide, Stearic Acid, Potassium Cocoyl Glycinate, Methylpropanediol, Glyceryl Stearate, Avocado oil, Lauric Acid, Phytosteryl/ Octyldodecyl Lauroyl Glutamate, Polyquaternium-10, Pentasodium triphosphate, BHT, Tetrasodium EDTA, Nigella Sativa Seed Oil, Garcinia Mangostana Peel Extract, Fragrance, Methylisothiazolinone

Kesimpulan.

Memang banyak kelebihan manggis yang terdapat di dalam pencuci muka dari Safi. Memang tidak hairanlah ia di gunakan sebagai bahan semulajadi untuk mencantikkan kulit.

Masih banyak lagi pencuci muka keluaran safi yang terdapat di pasaran. Mama ada kongsikan di dalam artikel di bawah. 
Baca lebih lanjut tentang 18 Pembersih muka safi untuk wanita dan juga lelaki.
Previous Post Next Post

Contact Form