"Cantiknya kulit Pelakon wanita Bollywood! Agaknya produk apa mereka pakai ya?"
Review Pencuci Muka Himalaya terbahagi kepada 7 bahagian. [KLIK nama cleanser di bawah untuk menjimatkan masa anda]
Pencuci muka Himalaya untuk jerawat
Pencuci muka buih banyak Himalaya
Pencuci muka untuk lelaki Himalaya
Pencuci muka untuk mencerahkan kulit Himalaya
Pencuci muka untuk pengelupasan Himalaya
Pencuci muka untuk kulit kering Himalaya
Pencuci muka himalaya untuk kulit berminyak.
Selain dari cerita korea, Mama pasti kebanyakan dari kita mesti layan cerita Bollywood. Sambil sambil tengok cerita tu, terdetik dalam hati macam mana kulit mereka boleh cantik macam ni.
Apa rahsianya nak dapat anugerah kulit cantik?
Kalau di Korea, memang memang terkenal dengan skincare routine yang ketat. Ada 10 langkah semuanya. Di India pula, mereka mengamalkan perubatan tradisional yang di panggil ayurveda.
Hari ini, Mama nak cerita tentang jenama skincare & pencuci muka dari negara Bollywood yang menggunakan perubatan ayurveda iaitu Himalaya. Antara jenama yang dah lama seperti cetaphil.
Anda nak beli pembersih wajah Himalaya? Baca sungguh sungguh artikel ini untuk skincare bebas kimia terbaik Malaysia. Tak perlu rawatan kulit muka dari klinik pakar kulit pun.
Memang ramai puas hati dengan produk ni. Antara pencuci muka terbaik di watson.
Pencuci Muka Himalaya [REVIEW HARGA & TESTIMONI]
Jenis pencuci muka himalaya ialah..
1. Purifying Neem Face Wash.
Daun neem atau daun semambu memang banyak khasiatnya. Mama pasti kita akan cari pokoknya tiap kali anak kita demam panas. Tapi tahukah anda, masyarakat india menggunakan pokok ini untuk merawat banyak masalah kulit.
Sebab itu, pencuci muka himalaya di rumus khas dengan daun neem / semambu untuk memberikan kulit yang cerah, bebas masalah kulit. Kecantikan, kesihatan semua pinjaman.
Wajib jaga sementara ada. Dan herba neem ini salah satu ubat yang Allah ciptakan di muka bumi ini.
Wajib jaga sementara ada. Dan herba neem ini salah satu ubat yang Allah ciptakan di muka bumi ini.
Pencuci muka terbaik dari Himalaya ini bebas sabun.
Penggunaan harian secara konsisten akan membantu yang membersihkan kulit kita dengan mengeluarkan kotoran & minyak yang berlebihan.
Dan lebih penting tanpa menyebabkan kulit kehilangan lembapan & kering.
Bahan Bahan Pencuci Muka Purifying Neem Face Wash.
- Neem
- Kunyit
Herba neem memang terkenal dengan manfaat membersihkan dan anti bakterianya, akan berfungsi membunuh bakteria yang menyebabkan masalah jerawat. Dan ditambah pula dengan khasiat kunyit untuk membantu mengawal masalah jerawat.
Kita akan dapat merasai perubahan pada kulit setiap kali menggunakannya. Terasa lebih lembut, cerah & segar.
Memang bestlah.
Cara cara menggunakan.
- Bilas muka dengan air terlebih dahulu untuk melembapkan kulit.
- Sapu pencuci muka & urut lembut seluruh kawasan muka terutama di dagu & zon t. Elakkan kawasan mata.
- Bilas sekali lagi dengan air bersih & lap dengan tuala bersih sehingga kering.Basuh
Pencuci muka ini boleh didapati dalam saiz pek 150 ml pada harga RM26. Kalau ibu kota, nak shopping di KL ni memang mudah. Ibusyurga ada buat senarai tempat yang bagus untuk beli belah.
Senang nak bandingkan harga. Jangan percaya bulat bulat promosi yang ada. Banyak brand claim mereka skin care terbaik untuk kulit berminyak & sebagainya. Tapi kita sebagai pengguna mestilah bijak.
Senang nak bandingkan harga. Jangan percaya bulat bulat promosi yang ada. Banyak brand claim mereka skin care terbaik untuk kulit berminyak & sebagainya. Tapi kita sebagai pengguna mestilah bijak.
Pencuci muka seterusnya menggunakan daun semambu sebagai salah satu bahannya.
2. Purifying Neem Foaming Face Wash
Pencuci muka paling bagus ini mirip dengan produk di atas. Bezanya, buih yang di hasilkan lebih banyak. Dan harganya juga lebih mahal untuk kuantiti yang sama.
Purifying neem foaming face wash ini boleh didapati dalam saiz pek 150 ml pada harga RM40. Beza RM14 kan. Produk seterusnya adalah skincare yang terbaik untuk kulit lelaki dari Himalaya untuk mereka yang menjaga penampilan.
3. Pencuci Muka Lelaki, Himalaya Men Intense Oil Clear Lemon Face Wash.
Sebelum ini Mama ada tulis artikel khas tentang pencuci muka lelaki, Jenama Himalaya pun tidak ketinggalan. Pencuci muka yang mempunyai formulasi herba ini akan membersihkan wajah kita secara perlahan lahan & menghilangkan minyak berlebihan.
Bahan bahan pencuci muka lelaki Himalaya Men.
-
Pati dari kulit Willow India yang di ekstrak kaya dengan polifenol yang bagus untuk menyegarkan dan melindungi kulit. Bahan polifenol dikatakan bagus untuk cegah kanser. Mama baca suplemen macam vivix kaya dengan sebatian ini.
Pokok willow india ini mempunyai sifat anti mikrob kerana ia kaya dengan bahan dipanggil tanin digunakan dalam rawatan tradisional untuk mempercepat penyembuhan luka & merawat penyakit kulit.
- Ekstrak kulit limau adalah astringen yang terkenal. Astringent merujuk kepada sifatnya ayng mampu mengecut & menegangkan tisu badan. Ia juga kaya dengan flavonoid & buah lemon mampu menghilangkan minyak berlebihan. Kulit limau mempunyai ciri-ciri antimikrobial dan pembersihan yang kuat.
Cara cara menggunakan pencuci muka lelak Himalaya Men Intense Oil Clear Lemon Face Wash.
- Sapukan pencuci muka ini pada kulit muka yang lembap dan urut perlahan lahan dengan gerakan membulat.
- Bilas dengan air bersih & keringkan. Gunakan 2 kali sehari di rumah.
Pencuci ini boleh didapati pada harga RM26 untuk saiz pek 150 ml.
4. Clear Complexion Whitening Face Wash.
Pembersih muka bebas sabun untuk mencerahkan kulit ini akan membersihkan & menghilangkan kotoran dari kulit kita.
Kulit terasa lebih bersih berseri & membuatkan ia nampak lebih sekata.
Pencuci muka himalaya whitening. |
Bahan bahan utama:
Licorice, White Dammer, Saffron, Cucumber, Delima.
Herba Saffron di dalam pencuci muka ini akan membantu meningkatkan kulit membantu menghaluskan kulit dari bintik bintik & kecacatan.
Manakala herba Licorice & White Dammer akan membantu mengawal penghasilan pigmen melanin di dalam kulit.
Ini akan memulihkan kecerahan semulajadi kulit kita .
Buah delima akan membekalkan khasiat kepada kulit & timun pula akan melicinkan kulit.
Gunakan setiap hari di waktu pagi & petang untuk kulit yang lebih cerah, lebih jelas dan bersinar.
Cara menggunakan:
- Basahkan kulit muka terlebih dahulu.
- Basuh dengan pencuci & urut seluruh muka melainkan kawasan mata yang halus.
- Bilas & lap kering.
Harga bagi saiz pek 150 ml ialah RM37.
5. Gentle Exfoliating Daily Face Wash.
Satu lagi pencuci muka bebas sabun dari Himalaya. Gunakan ia setiap hari untuk membersihkan kulit kita dengan berkesan.
Pencuci ini mampu mengeluarkan sel kulit mati dengan lembut.
Pencuci muka lidah buaya yang menyegarkan kulit muka.
Bahan bahan utama:
Apricot, Aloe Vera, Neem, Lemon, Red Lentil.
Pencuci muka aloe vera ini boleh didapati dengan mudah di Guardian & Watson.
Kandungan granul aprikot di dalam ramuannya akan menyingkirkan secara perlahan-lahan sel kulit mati.
Disamping membantu merangsang pertumbuhan sel baru & mencegah pembentukan bintik hitam.
Herba neem & buah lemon pula akan membersihkan & mengeluarkan minyak berlebihan yang terdapat di kulit.
Sementara lidah buaya / aloe vera pula melembapkan kulit kita & mengekalkan kelembapan semulajadi.
Barulah kulit nampak glowing &lebih segar setiap hari.
Cara menggunakan:
- Sama seperti pencuci muka sebelum ini.
Harga bagi saiz pek150 ml adalah RM24.
Pencuci muka Himalaya untuk kulit kering.
6. Moisturizing Aloe Vera Face Wash
Bagi mereka yang ada masalah kulit kering, Mama rekemen pakai pencuci ini. Pembersih Muka Aloe Vera Himalaya adalah bebas sabun yang mengembalikan kelembapan yang hilang dari kulit kita setiap selepas mencuci.
Pilihan utama bagi mereka yang ada kulit kusam kerana kurang lembapan.
Pencuci muka himalaya untuk kulit kering |
Ia diperkaya dengan timun yang menyejuk & melegakan kulit muka.
Manakala lidah buaya aka aloe vera melembap & melembutkan kulit kita. Semua bahan semulajadi dalam pembersih muka ini akan membersihkan kulit kita & menjadikannya segar dan bersinar.
Bahan utama:
- Timun adalah toner yang sangat baik kerana ia segera mengetatkan liang roma yang terbuka. Ini akan menghalang kulit kita mengeluarkan minyak berlebihan.Buah ini juga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk meremajakan kulit & biarkan ia berasa lembut dan lancar.
- Lidah buaya aka aloe vera, mempunyai keupayaan penyembuhan &, kaya dengan nutrien antibakteria dan antikulat.Ia juga bertindak sebagai pelembap yang melembut & menyuburkan kulit.
Cara menggunakan.
- Sama seperti pencuci muka keluaran Himalaya yang lain.
Harga pencuci muka himalaya ini bagi isipadu 150 ml sekitar RM21.
Pencuci muka himalaya untuk kulit berminyak.
7. Oil Control Lemon Face Wash
Siapa yang rasa tak rimas kalau muka asyik melekit sebab minyak. Selain tu, keyakinan diri pun rasa kurang.
Mama rekemen pakai Himalaya Lemon Face Wash. Gunakan setiap hari untuk menghilangkan minyak berlebihan.
Pencuci muka himalaya untuk kulit berminyak. |
2 bahan utama di dalamnya akan membantu kita mengawal masalah minyak iaitu lemon & madu.
Bahan utama:
- Lemon akan melegakan sambil menganjalkan lagi kulit muka secara keseluruhan. Asid sitrik yang terdapat dalam Lemon akan melembutkan & mencerahkan kulit.Ia juga membantu menghilangkan bintik hitam, tanda penuaan & bintik hitam.
- Madu sangat bagus untuk kulit kerana ia menarik air & mengekalkan kelembapan. Ia juga merupakan antiseptik semulajadi yang membunuh bakteria.
Gunakan dua kali sehari untuk mengawal minyak secara berkesan.
Harga bagi saiz pek 150 ml ialah RM30.
Testimoni pengguna pembersih muka Himalaya.
Kalau di buat carian di internet tentang testimoni pengguna produk ini. Memang banyak respon positif.
Rata rata kata pencuci muka ini bagus.
Ada juga yang kurang berpuas hati. Tapi tak ramai, dan mungkin juga perlu ambil kira bukan semua produk sesuai dengan kulit kita.
Dari segi harga, pencuci muka jenama ini masih berpatutan. Dan bukan dalam kategori murah. Nak kata mahal sangat pun tak lah.
Mahal lagi pencuci muka Youth Shaklee tu.
Kesimpulan tentang Pencuci muka jenama Himalaya.
Mama perhatikan, kesedaran dalam menggunakan produk yang diperkaya dengan khasiat dari herba semakin mendapat tempat.
Apa yang penting, sebelum cuba produk tu pastikan jenis kita sesuai.
Terima kasih kerana singgah ke blog Mama. Sekiranya ada pendapat & mahu berkongsi pengalaman & testimoni boleh tinggalkan di ruangan komen.