Pelan rumah 2 tingkat 5 bilik tidur dengan view banglo yang cantik!

Anda sedang mencari pelan banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur? Baca artikel ini hingga habis untuk plan rumah terbaik untuk menghargai laman yang cantik!
Pinjaman perumahan kerajaan Pelan Banglo 2 Tingkat moden 5 Bilik Tidur

Sekiranya anda telah membeli rumah di kawasan strategik yang mahal harganya, lebih berbaloi untuk kita buat banglo 2 tingkat.


Kita dapat view sekeliling rumah yang lebih baik, dan juga mengoptimumkan penggunaan ruang. 

Ruang yang dijimatkan boleh kita gunakan untuk laman aktiviti bersama keluarga. Atau dijadikan taman dengan lanskap yang menarik.

Di bawah ini, Mama kongsikan contoh design rumah banglo 2 tingkat sebagai contoh untuk anda.


Baca artikel tentang pelan banglo 2 tingkat, kesannya pada pinjaman perumahan bank kerajaan / bank, anda dijamin

  1. Mendapat pelan lantai skematik 2D & 3D untuk rumah banglo mewah 2 tingkat dengan 5 bilik tidur.
    .
  2. Mengetahui cara terbaik untuk rekabentuk pelan rumah yang bagus rekaannya & tidak melebihi bajet yang kita sediakan.
    .




Rekaan plan rumah dua tingkat 5 bilik untuk menghayati kecantikan persekitaran.

Rekabentuk untuk banglo dua tingkat ini direka khusus mempersepsikan alam sekitar dari dalam rumah. 


Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air

  • Rekaan banglo ini banyak memanfaatkan cahaya semulajadi dari persekitaran untuk menerangi ruangan di dalam rumah pada siang hari.

    Ini dilakukan dengan banyaknya tingkap dan pintu lipat di kedudukan yang strategik sekitar rumah.

    Rumah ini akan sentiasa kelihatan terang pada siang hari tanpa perlu bergantung pada cahaya lampu.

    Secara tak langsung akan membantu kita menjimatkan penggunaan tenaga elektrik & menjadikan rumah kita lebih mesra alam semulajadi.
    .
    Baca ini jika anda masih belum jelas tentang pelan banglo: Panduan memilih pelan rumah banglo! Anda boleh mengelakkan pening kepala di kemudian hari akibat rekabentuk rumah yang teruk!
Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air
  • Dari gambar 3 D di atas, dapat kita perhatikan, saiz tingkap yang besar membenarkan cahaya masuk ke rumah. Pada masa yang sama, membolehkan kita menikmati keindahan suasana yang terdapat di sekeliling rumah.
    .
    Rekaan ini cukup sesuai jika rumah ini dibina di kawasan lapang di tanah tinggi & berbukit. Ataupun jika tanah kita terletak di tepi pantai & kawasan yang dikelilingi pohon hijau merimbun.

Pelang Banglo 2 Tingkat. pandangan atasPelang Banglo 2 Tingkat. pandangan atas tingkat 2
  • Rumah ini mempunyai kawasan "build up" dengan keluasan 3992 kaki persegi.

    Memang besar banglo ni. Rekaan rumah ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air & sesuai digunakan untuk anda sekiranya mempunyai tanah berbentuk segi empat sama dan persekitaran yang menarik.
    .

Kesan pemilihan pelan rumah 2 tingkat pada pinjaman perumahan?

Ramai dari kita bercita cita membina rumah banglo 2 tingkat, tapi ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum mendapatkan khidmat pelukis pelan.

Antaranya
  1. Berapa bajet kita untuk pembinaan rumah. 

    Pembinaan rumah 2 tingkat memakan belanja yang lebih besar dari kediaman setingkat. Memang kena sediakan belanja lebih.
    .
  2. Adakah kita menggunakan pembiayaan tunai ataupun pinjaman perumahan dari LPPSA / Bank?

    Jika kita menggunakan duit tunai, urusan pembinaan rumah tidak serumit menggunakan pembiayaan dari pihak ketiga seperti badan pinjaman perumahan kerajaan & bank.
    .
  3. Pastikan kita menggunakan islamic financing untuk pembinaan rumah (home financing). Barulah rumah yang dibina berkat dunia akhirat.
    .
    Sekarang ni, terdapat pilihan untuk menggunakan pembiayaan yang patuh syariah, ataupun yang berasaskan riba' yang semestinya menindas kita sebagai peminjam.
    .
    Menjadi kewajipan kepada kita umat islam untuk memilih yang halal & bebas riba.
    .
    Instrumen pembiayaan islam telah menjadi pilihan mereka yang celik kewangan, termasuklah dari mereka yang bukan islam kerana terma yang lebih adil & tidak berat sebelah.
    .
    Tetapi, kita masih perlu memahami syarat syaratnya dengan teliti sebelum memilih bank yang menepati kehendak kita.
    .
  4. Adakah pelukis pelan / arkitek yang melukis pelan rumah kita boleh mereka rumah yang setara dengan bajet kita?

    Kebanyakan arkitek tidak mampu menganggarkan harga binaan rumah sebenar, melainkan kita melibatkan kontraktor sejak peringkat awal rekabentuk rumah.

    Pastikan kita melibatkan kontraktor yang dipercayai sejak peringkat awal lagi.
    .
  5. Apa yang berlaku jika plan kediaman 2 tingkat yang kita telah siapkan & mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan sebenarnya melebihi bajet?

    Dalam kes ini, sama ada kita cari sumber pembiayaan lain untuk cukupkan harga untuk binaan rumah tersebut.

    Ataupun kita boleh ubah pelan rumah untuk bajet yang setara dengan kemampuan kita.

    Kesannya, kita terpaksa mengeluarkan belanja permohonan PBT semula untuk pelan rumah baru. Kan dah membazir duit.

Pelan layout / lantai untuk rumah ini.

1. Pandangan depan.

Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air


2. Pandangan sisi kiri.

Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air


3. Pandangan belakang.

Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air


4. Pandangan sisi kanan.


Pelang Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air

Bagaimana jika anda berminat dengan pelan rumah di atas, tapi nak ubah ikut kesesuaian sendiri?

Apa yang Mama berikan di atas hanyalah contoh sahaja. Jika anda berminat dengan pelan rumah di atas, tetapi inginkan sentuhan peribadi untuk disesuaikan dengan citarasa sendiri.

Mama rekemenkan anda untuk mendapatkan khidmat pelukis pelan bertauliah. Ataupun hubungi kontraktor rumah banglo berpengalaman seperti Nas Nuri Construction yang mempunyai arkitek sendiri.

Insyaallah, mereka dapat membantu melukis pelan banglo yang memenuhi taste kita, dan pada masa yang sama bersesuaian dengan bajet. Dan boleh buat rumah tu sampai siap lagi.

Kesimpulan tentang pelan rumah banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur.

Sekiranya kita mempunyai tanah yang terletak di kawasan yang cantik, dan kita pun memang suka menikmati keindahan alam semulajadi. Rugi jika kita bina rumah yang tidak memanfaatkan kelebihan yang ada.

Bayangkan, setiap kali kita pandang keluar dari jendela rumah terus dapat menatap permandangan matahari terbit & terbenam dari atas bukit.

Sebab itu, pilihlah plan yang sesuai sebelum dapatkan pinjaman perumahan kerajaan & bank. Pastikan pembiayaan islamik baru berkat & di redhai Allah SWT.

Jika anda ada sebarang soalan, dan atau ingin berkongsi pengalaman boleh manfaatkan kemudahan ruang komen di bawah. Jumpa lagi.
Previous Post Next Post

Contact Form