Jerawat di telinga? Aduh sakitnya! Ini cara menghilangkan yang paling berkesan.

Jerawat keluar lagi di telinga, Sakitnya!
Jerawat di telinga

Masalah jerawat biasa berlaku di muka terutama sekali di dagu & dahi. Tapi. sesekali akan keluar pula jerawat di telinga.

Memang menyakitkan & tidak menyelesakan. 

Memang tak normal untuk jerawat batu untuk keluar di bahagian dalam telinga kita. Kali ini Mama akan kongsikan tips untuk menghilangkan jerawat di telinga dari rumah.
Boleh ke cucuk jerawat dalam telinga? Tak bahaya ke? Baca sungguh sungguh artikel ini untuk jawapannya!




Punca jerawat di telinga?





Kulit telinga luar mempunyai sel rambut & kelenjar peluh yang menghasilkan lilin minyak dan telinga.

Masalah jerawat timbul di kawasan ini sekiranya kelenjar ini menghasilkan terlalu banyak minyak.

Ini boleh menyebabkan jerawat berlaku di dalam telinga kita. 



Selain sebab di atas, jerawat di telinga juga boleh berlaku kerana sel sel kulit mati & bakteria menyumbat liang roma.

Liang roma yang tersumbat ini akan menghalang fungsi kelenjar untuk merembeskan minyak & bakteria akan membiakdi dalam liang yang tersumbat.

Punca utama bakteria yang menyebabkan jerawat berada di dalam telinga kerana kurang menjaga kebersihan.

Contohnya kita kerap menggunakan kapas telinga atau fon kepala untuk mendengar muzik yang tidak dibersihkan dengan kerap.

Atau lebih teruk lagi kita mengorek telinga menggunakan jari tangan yang terdedah kepada kotoran.

Ada juga perkara lain yang menyumbang kepada masalah ini secara tak langsung. Contohnya tekanan emosi atau perubahan hormon di sebabkan haid bagi wanita.



Selain itu, sekiranya kita suka berenang di sungai & sumber air yang tidak di rawat, boleh juga menyebabkan jerawat di kedua dua telinga.

Bakteria yang terdapat di dalam air menyebabkan jangkitan telinga luar dan telinga dalam.

Sebaiknya berenanglah di kolam renang yang mempunyai air bersih untuk mengelakkan masalah ini.

Cara menghilangkan Jerawat di telinga

Cara menghilangkan jerawat di telinga dengan selamat? Bagaimana caranya.

Mempunyai masalah di muka memang menyakitkan, tapi lain pula ceritanya jika ia berlaku di dalam telinga.

Bukan saja ia menyakitkan, kita tak dapat lihat sendiri jerawat durjana. Nak pecahkan pula risau berbahaya.



Maklumlah, pecahkan jerawat akan mendedahkan telinga kita kepada bakteria.

Kesan bakteria ini di telinga boleh menyebabkan jangkita di telinga tengah & dalam.

Daripada masalah kecil yang boleh di biarkan hilang sendiri, kita boleh kehilangan pendengaran & keseimbangan badan jika tak kena caranya. Jadi, jagalah nikmat pinjaman ilahi sebaiknya.

Jangan risau, di bawah ini Mama akan kongsikan cara yang betul.

Teruskan membaca.

Cara memecahkan jerawat di telinga dengan selamat? Atau ada cara lain yang lebih lain.

Cara menghilangkan jerawat di kawasan telinga bergantung sama ada ia berlaku di luar atau di dalam telinga.

Sekiranya ia berlaku di luar, boleh letakkan kain yang direndam di dalam air yang hangat ke kawasan tersebut.

Ini akan melembutkan jerawat & membantu liang yang tersumbat itu untuk terbuka kembali.

Haba  dari tuala boleh membantu mengeluarkan nanah keluar sendiri. Tapi, pastikan kita membersihkan nanah dengan segera & berhati-hati. 

Ini kerana bakteria dari nanah boleh masuk ke liang roma yang sihat.

Dan kemungkinan untuk jerawat merebak tinggi.

Pastikan untuk mencuci kawasan ini dengan teliti untuk elakkan ini terjadi.


Cara memecahkan jerawat di dalam telinga dengan selamat di rumah.

Memang banyak kajian di lakukan untuk merawat jerawat. Contohnya di laman ncbi pun banyak kertas penyelidikan di kongsi tentang ini. 

Di bawah ini adalah beberapa cara yang boleh kita lakukan sendiri di rumah.


1. Pencuci bebas minyak dengan asid salisilik.

Seperti yang kita tahu, jerawat di sebabkan oleh liang roma yang tersumbat, penggunaan pencuci muka bebas minyak dengan kandungan asid salisilik akan membantu membuka liang yang tersumbat.

Hasilnya jerawat akan sembuh lebih cepat.

Di pasaran ada banyak jenama pencuci untuk pilihan, tak kiralah pakai jenama safi atau youth. Ikut bajet masing masing.

Gunakan putik kapas untuk menyapu pencuci ini. Gunakan air yang hangat & rendamkan putik ke dalam air tersebut sebelum meletakkan pencuci tersebut.

Sapu dengan lembut di kawasan jerawat itu & ulang 3 kali sehari supaya jerawat cepat sembuh.

2. Sapu jerawat dengan alkohol

Kalau doktor nak suntik kita, mesti doktor akan sapu dengan alkohol dulu.

Tujuannya supaya kuman yang ada di kawasan tersebut mati.

Sama juga dengan menrawat jerawat di dalam telinga. Kita hanya perlukan putik kapas dan cecair alkohol untuk kegunaan sapuan.

Basahkan putik kapas dengan alkohol & bersihkan telinga. Terutama sekali di kawasan berhampiran jerawat. Sapu dengan lembut supaya jerawat tak pecah.

Ulang 2 kali sehari.


3. Krim Jerawat

Ini adalah cara yang biasa di gunakan. Pakai saja krim jerawat yang di jual di farmasi. Biasanya kandungan benzoyl peroksida di dalam krim ini adalah sekitar 2-10%.

Benzoyl peroksida di dalam krim ini adalah agen antiseptik untuk membunuh bakteria penyebab jerawat. 

Selain itu ia juga yang membantu dalam menyembuhkan jerawat lebih cepat.

Kita perlu jaga kebersihan diri & sapukan krim di kawasan jerawat naik sebanyak 2 kali sehari.


4. Cuka epal

Antara makanan organik yang wajib ada dalam rumah kita selain minyak zaitun, habbatus sauda & cuka kurma.

Makanan organik ada banyak kegunaannya & memberikan manfaat untuk kesihatan.

Selain bagus untuk di minum bersama air suam, kita boleh sapu cuka epal di kawasan jerawat untuk membunuh kuman penyebab jerawat.

Sapu 4 kali sehari setiap hari sehingga jerawat sembuh. Kita akan membantu membuka liang tersumbat & jerawat akan sembuh lebih cepat.


5. Minyak zaitun.

Satu lagi makanan yang wajib ada di rumah, minyak zaitun yang di sapu kepada jerawat akan membantu membuka liang tersumbat & mempercepatkan penyembuhan telinga.

Kita perlu suamkan minyak zaitun & sapu di kawasan jerawat dengan putik kapas. Ulang 3 kali sehari untuk impak maksima.

Harus di dingat, elakkan menggunakan api yang kuat supaya khasiat tidak rosak.



Jika masalah jerawat di telinga luar berterusan atau menjadi lebih teruk, eloklah jumpa doktor atau pakar kulit. 

Bergantung kepada keadaan masalah yang kita hadapi, doktor akan mengesyorkan pelan rawatan yang paling sesuai dengan keperluan kita. 

Antara rawatan jerawat yang mungkin doktor akan cadangkan kepada kita ialah.

1. Benzoyl peroksida

Walaupun krim jerawat dengan kandungan benzoil peroxide ada di jual di farmasi, tetapi krim yang di berikan oleh doktor biasanya lebih kuat dari yang di jual dipasaran.

Sebatian OTC benzoyl peroksida untuk masalah jerawat tahap sederhana, gunakan ramuan dengan kandungan benzoyl peroksida yang di benarkan doktor. 

Ramuan ini hanyah boleh di sapu di kawasan luar badan. Tak boleh di gunakan di dalam mulut atau luka jerawat yang terdedah. 

2. Antibiotik

Doktor mungkin mencadangkan kita menggunakan antibiotik untuk merawat bakteria yang menyebabkan jerawat. 

Ubat antibiotik wajib di makan ikut jadual secara konsisten. 

Wajib makan sampai habis untuk mengelakkan bakteria ini kebal dengan ubatan seia ada.

Terdapat banyak lagi cara rawatan lain untuk jerawat selain dari di sebutkan di atas.

Dan setiap satu mempunyai kelebihan & kekurangan masing masing.

Yang penting kita ikut nasihat doktor.


Petua untuk mencegah jerawat di kawasan telinga.

Sekarang ini kita dah pun tahu punca & cara rawatan jerawat di kawasan telinga.

Bagaimana pula cara untuk mengelakkan masalah ini adari berulang.

Seperti yang Mama sebutkan di awal artikel, kebersihan adalah punca utama masalah jerawat.

Menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan muka & bahagian sensitif mesti di titik beratkan.

Selain itu, selalu bersihkan muka, leher, dan telinga kita daripada kotoran & minyak yang berlebihan supaya liang liang roma tidak tersumbat. 

Gunakan juga pencuci muka & skincare yang sesuai dengan kulit kita.

Produk yang tidak sesuai akan memburukkan keadaan.



Kesimpulan tentang jerawat di kawasan telinga.

Terdapat banyak cara untuk kita cuba di rumah supaya masalah ini dapat di atasi dengan segera.

Apa yang penting, jangan sesekali kita pecahkan jerawat tersebut supaya bakteria di dalam jerawat tidak merebak.

Dan menjadikan masalah ini semakin serius.


Previous Post Next Post

Contact Form