21 Bahan Bahaya Produk Kulit & Cantik Penyebab Kanser!

21 Bahan berbahaya dalam produk kecantikan kulit penyebab kanser membunuh kita dalam diam!

Assalamualaikum Mama ucapkan. Bulan lepas gempar lagi berita tentang produk kecantikan yang dah masuk tv & iklan.
.
Tapi ada merkuri & bahan berbahaya dalam tu
.
Jadi hari ini Mama nak kongsi tentang bahan kimia berbahaya dalam skincare. Untuk manfaat bersama

.
bahan berbahaya dalam skincare
.
Nak menangis pun tak ada guna dah.
.
Sebab apa?
.
Sebab yang dah pakai bertahun tahun tu, bahan beracun dah masuk badan
.
Mama dapat whatsap dari beberapa orang adik manis. Dan juga Mama cantik bertanya tentang set skincare yang selamat.


.
Dah taubat nasuha dah.
.
Tak mahu lagi pakai produk murah murah ni. Padahal harganya tak lah murah mana pun kan
.
Bil pergi hospital & rawatan pakar lagi mahal.
.
Kalau dah kena kanser lagi lah.
.
Kesan dari pakai produk ni bertahun lamanya, kulit jadi nipis. Dan senang sangat naik jerawat
.
Cepat merah merah.
.
Rasa tak selesa sangat.
.
Mujurlah terbaca kat dalam akhbar yang produk tu beracun.
.
Kalau tidak, sampai kesudah tak tahu.
.
Sedar sedar dah jadi penyakit kronik
.
Mama pun takut dengar. Sebab jujur mama kata, pernah teringin di hati nak dapat kulit cantik juga
.
Tapi mama tak yakin dengan janji janji manis
.
Hari ni Mama terpanggil nak kongsi dengan semua. Dalam banyak banyak produk kita pakai ni
.
Hari hari kita pakai.
.
Sedar tak ada bahan bahaya dalam ni
.
Dalam pencuci muka, sabun & losyen. Bedak & krim malam.
.
Tak tahu kan.
.
Mama ada buat rujukan sedikit di internet & nak kongsikan penemuan.
.
Semoga sama sama dapat manfaat.


.

21 Bahan Berbahaya Dalam Produk Kecantikan. Boleh menyebabkan kanser?

Jika kita berpendapat bahawa produk produk kecantikan kulit yang di import dari negara luar selamat sepenuhnya.
.
Sebenarnya tidak.
.
Kita akan sama-sama terkejut, dengan banyaknya bahan kimia yang kita gunakan seharian daripada produk kosmetik dan penjagaan diri ini tanpa kita sedari
.
Terdapat beribu-ribu bahan kimia dalam produk kecantikan pelbagai jenama ni, banyak yang diserap ke dalam badan anda. 
.
Dan bahan kimia ini mencekik kita dari dalam
.
Membunuh kita perlahan lahan.
.
Dengan duit yang kita keluarkan dari dompet & beg tas tangan kita sendiri
.
Allahuakbar.
.
Syarikat-syarikat pengeluar antarabangsa ini mempunyai kuasa tanpa batasan untuk menggunakan mana-mana bahan atau bahan mentah tanpa kajian kerajaan atau kelulusan.
.
Dan ini berlaku dalam negara maju seperti Amerika sendiri. Seperti dikongsikan disini.

Industri ini adalah sangat tidak terkawal. 
.
Tidak ada kelulusan pra-produk sebelum produk yang memasuki pasaran dan rumah kita. 
.
Banyak daripada bahan kimia sintetik di dalam produk ini memberi kesan 

  1. Iritasi kulit, menembusi kulit
  2. Mengganggu fungsi sistem endokrin 
  3. Dan karsinogenik (penyebab kanser). 
Seperti yang Mama sebutkan tadi.
.
Ada beribu ribu jenis bahan kimia berbahaya di luar sana.
.
Tetapi di sini Mama berikan senarai 10 jenis bahan kimia yang sangat perlu dielakkan.
.

1. Parabens.

Parabens digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet yang menghalang pertumbuhan bakteria, kulat dan yis dalam produk kosmetik. 
.
Bunyi yang baik, bukan? 
.
Tidak begitu pantas, mereka melakukan lebih daripada itu. 
.
Parabens memiliki sifat-sifat menghampiri hormon estrogen yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara. 
.
Bahan kimia ini diserap melalui kulit dan telah dikenal pasti dalam sampel biopsi dari tumor payudara. 
.
Mereka boleh didapati dalam make-up, pencuci badan, deodoran, syampu dan pembersih muka. 
.
Jangan terkejut tau
.
Kita boleh menemui paraben dalam produk makanan dan farmaseutikal.
.
Pernah kecoh isu ni di Malaysia dahulu.
.
Baru tahun lepas, Syarikat yang terkenal dengan barangan bayi kalah di Mahkamah Amerika.
.
Lihat ni
.
johnson & johnson paraben
Mama lihat iklan di TV Malaysia makin galak dengan iklan produk ni.
.
Menakutkan.
.
Kalau di Amerika, kira untunglah yang menang 72 Juta USD tu kan
.
Tapi apa jadi dengan kita yang lain ni?
.

2. Warna sintetik.

Jika kita perhatikan pada label produk kosmetik & kecantikan dalam simpanan
.
Cari FD & C atau D & C.
.
Ada tak?
.
Kalau ada, ini sebenarnya mewakili warna tiruan yang digunakan dalam produk.
.
F - mewakili makanan dan D & C mewakili dadah dan kosmetik. 
.
Abjad abjad ini mendahului warna dan nombor  dalam susunan (contohnya, D & C Merah 27 atau FD & C biru 1). 
.
Warna-warna sintetik ini diperolehi daripada petroleum atau arang batu sumber tar. 
.
Tar?
.
Ya, bahan yang sama untuk turap jalan raya tu
.
warna tiruan dalam kosmetik tar punca kanser

.
Warna warna sintetik (buatan manusia) ini disyaki menjadi punca kanser (karsinogen) pada manusia, kerengsaan kulit dan dikaitkan dengan ADHD pada kanak-kanak. 
.
ADHD ni satu keadaan di mana anak anak kita kurang fokus & hiperaktif.
.
The European Classification and Labeling telah mengelaskan bahan ini sebagai karsinogenik pada manusia & Kesatuan Eropah telah mengharamkan penggunaannya.
.

3. Fragrance / Wangian. 

Kalau kita periksa belakang botol produk ni, ada yang tertulis "fragrance" aka wangian.
.
Apa sebenarnya wangian ni.
.
Istilah ini telah dicipta untuk melindungi  "formula rahsia" syarikat pengeluar
.
Tapi selamat ke untuk kita guna wangian ni?
.
Sebab apa?
.
Sebab tahun lepas kita boleh baca di akhbar, wangian dari bahan kimia tertentu boleh sebabkan kanser.
.
Pada tahun 2003, Universiti Sains Malaysia ada menerbitkan artikel ini.
.
Ditulis oleh  Che Nin Man, Pusat racun negara, USM.
.
Rupa rupanya banyak bau bauan yang kita sangka kan semulajadi, berasal dari bahan kimia.
.
Termasuklah bau limau, tomato, lavender dan sebagainya.
.
Boleh rujuk lebih lanjut dibawah
.
BAU
NAMA BAHAN (CONTOH)
BAHAN KIMIA AKTIF (% BERAT BERSIH)
TANDA KERACUNAN
4. Limau & lemon
Fruity-fragrance 86-173
Limonin > 50%
Kanser, keradangan pada mata dan kulit
5. Lavender
Lavender-fragrance
 93-054
Linalool 10-50%
Gangguan pernafasan
6. Tomato
Tomato Oil  010
Propilin glikol > 50%
Keradangan mata dan kulit, jika tertelan boleh menyebabkan sawan
7. Pudina
Spearmint oil 660
Karvon > 50%
Menyebabkan keradangan pada mata dan kulit.
8. Musim bunga
Spring Flowers Fragrance 5975
Karbitol 10 – 50%
Gangguan pernafasan dan sistem saraf, keradangan mata.
9. Pepermint
Peppermint 501
1-Menthol 10 – 50%
Loya yang teruk, muntah, sakit perut, vertigo, hilang keseimbangan pergerakan anggota badan, mengantuk dan koma.
10. Buah-buahan
Bergamont Oil 100
Linalil asetat, lomonin, linalool, 10 – 50%
Gangguan pernafasan, keradangan mata dan kulit.
11. Bunga-bungaan
Bouquet Floral 3881
Benzal asetat 10 – 50%
Kanser pankreas, keradangan mata, saluran pernafasan dan batuk.
12. Kulit Kayu Manis
Cinnamon Oil 950
Sinamik Aldehid > 50%
Keradangan sistem pernafasan dan kulit, mengantuk. Jika tertelan menyebabkan muntah, sakit perut dan cirit- birit.
13. Pine
Alpha Pinene P & F
a-Pinen 97.5%
Mengganggu sistem pernafasan, kerosakan paru-paru, vertigo, denyutan jantung meningkat, pening, halusinasi, kebakaran dan kesan kebakaran pada kulit, konjunktivitis, merosakkan sistem pertahanan badan.
14. Lilac
Alpha Terpineol P & F, FCC
a-Terpineol 88.5%
Keradangan lapisan mukus dalam paru-paru, pneumonitis, edema, susah bernafas, kehilangan koordinasi anggota badan, sakit kepala.
Tetapi sebagai pengguna produk ini, kita boleh secara tanpa sedar memasukkan ramuan yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan kita. 
.
Menurut Environmental Working Group (EWG) Skin Deep Database, Wangian wangian ini telah dikaitkan dengan

  • Alahan
  • Dermatitis
  • Masalah pernafasan 
  • Dan kemungkinan gangguan ke atas sistem pembiakan / kesuburan. 
.
Bahan bahan berbahaya ini boleh didapati dengan mudah di rumah kita .
.
Biar betul?
.
Serius.
.
Cuba cari dalam pelbagai produk seperti 

  • Minyak wangi
  • Cologne
  • Perapi
  • Syampu
  • Pencuci badan 
  • Dan pelembap.
.
Terutama dalam produk produk import.
.
Sebab itu Mama dah seriau nak guna produk sembarangan ni. Risau kita merosakkan badan dengan tangan sendiri

.
Mama & suami cuba amalkan produk organik sebaik boleh. 
.
Jadi alternatif lain kan
.
Dan memang ada juga produk kecantikan di luar sana yang organik. Cuma kena perhatikan betul betul.
.
Antara skincare yang mama yakin tidak menggunakan bahan kimia berbahaya & selamat digunakan ialah nutriwhite shaklee. Mama pernah guna pencuci muka shaklee.
.
Memang bau dia tak menariklah.
.
Tapi lepas tahu apa kesan negatif fragrance / wangian pada kesihatan.
.
Mama tak kisah dah.
.
Apa itu nutriwhite shaklee?
.
Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka. Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih  dengan bahan bahan seperti rumpai laut, Alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain. Selepas 3 tahun saintis jepun dan amerika Shaklee bekerjasama mengkaji. 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih. - Credit
.
Wah, saintis 2 negara maju yang bangunkan produk ni. Timur bertemu barat. 
.
Sebab tu Mama yakin.
.
Ikut keutamaan masing masing kan.
.
Mama sebolehnya nak syukuri & hargai nikmat kesihatan ni sehabis baik.

15. Phthalates. 

Phthalates adalah sekumpulan bahan kimia yang digunakan dalam beratus-ratus produk untuk meningkatkan fleksibiliti dan kelembutan plastik. 
.
Phthalates utama yang di gunakan secara meluas dalam kosmetik dan produk penjagaan peribadi adalah

  • Phthalate dibutil di kuku,
  • Phthalate diethyl dalam minyak wangi dan losyen
  • Dan dimetil phthalate dalam semburan rambut. 
.
Bahan ini telah dikenal pasti sebagai

  • Pengganggu sistem endokrin 
  • Dan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara
  • Perkembangan payudara di awal usia bagi perempuan
  • Dan kecacatan sistem pembiakan lelaki dan perempuan semasa kelahiran. 
.
Bahaya kan?
.
Malangnya, penggunaan bahan ini tidak dinyatakan pada setiap produk kerana ia digolongkan bersama wangian ( kononnya termasuk dalam "formula rahsia" yang digunakan syarikat tersebut), salah satu kelemahan utama dalam undang-undang yang telah dieksploitasi syarikat pengeluar. 
.
Bahan bahan ini juga boleh didapati dalam 

  • Deodoran
  • Minyak wangi / colognes
  • Semburan rambut 
  • Dan pelembap.
.

16. Triclosan. 

Triclosan digunakan secara meluas oleh syarikat pengeluar sebagai bahan kimia antimikrob.
.

  • Sedangkan bahan ini dah dikenalpasti sebagai pengganggu sistem endokrin.
  • Terutama sekali pada sistem tiroid 
  • Dan hormon pembiakan yang menjejaskan kesuburan suami & isteri. 
  • Triclosan juga dikenali menyebabkan kerengsaan (ketidakselesaan) kulit. 
.
Kajian lanjut menunjukkan penggunaan triclosan menyebabkan bakteria semakin kebal antibiotik. 
.
Tiada bukti mencukupi yang menyokong penggunaan sabun anti-bakteria mengandungi triclosan memberikan lebih manfaat berbanding cucian sabun biasa & air. 
.
Tricolson boleh didapati dalam 

  • Ubat gigi
  • Sabun antibakteria 
  • Deodoran.
.

17. Sodium lauryl sulfat (SLS) / natrium sulfat laureth (SLES). 

.
Bahan surfaktan ini boleh didapati dalam lebih daripada 90 peratus produk penjagaan dan pembersihan peribadi (jenis produk yang mengeluarkan buih). 
.
Kimia durjana ini boleh didapati dalam 

  1. Syampu
  2. Pembersih & pencuci badan 
  3. Maskara 
  4. Rawatan jerawat.

.
SLS ini dikenali menyebabkan iritasi 

  • Kulit
  • Paru-paru
  • Mata. 
.
Kimia SLS ini boleh bertindak balas dengan bahan kimia lain & menghasilkan nitrosamines. Sejenis karsinogen penyebab kanser & pelbagai masalah kesihatan lain seperti buah pinggang dan kerosakan pernafasan. 
.

18. Formaldehid. 

Formaldehid digunakan dalam banyak produk kosmetik untuk membantu mencegah pertumbuhan bakteria. 
.
Senang kata untuk pengawet.
.
Nak bagi tahan lama.
.
Bahan kimia ini dianggap sebagai karsinogen manusia oleh Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Karsinogen (IARC) dan telah dikaitkan dengan kanser berkaitan pekerjaan.
.
Terutama kanser hidung dan nasofarinks. 
.
Mama rasa simpati juga pada akak cleaner yang selalu pakai bahan ni kan
.
Kena hati hati.
.
Sebab boleh sebabkan kanser rongga hidung.
.
Fomaldehid menyebabkan alahan pada kulit dan juga boleh melemahkan sistem imun kita. 
.
Jadi lebih mudah jatuh sakit
.
Formaldehid boleh didapati dalam

  1. Pembersih & pembersih kuku
  2. Pencuci badan
  3. Perapi
  4. Syampu
  5. Pembayang mata
  6. Rawatan pengilat kuku
.

19. Toluena. 

Bahan petrokimia diperolehi daripada petroleum atau sumber tar arang batu . 
.
Kita boleh menyemak pada label & ia disenaraikan sebagai 

  • Benzena
  • Toluol
  • Phenylmethane 
  • Methylbenzene. 
.
Toluena adalah pelarut yang kuat & mampu untuk melarutkan cat dan thinner. 
.
Kesan Toluena kepada sistem pernafasan kita ialah

  • Menyebabkan loya 
  • Dan merengsakan (sensitif) kulit kita. 
.
Ibu mengandung sanagt perlu elakkan pendedahan kepada wap toluena kerana boleh menyebabkan gangguan pada perkembangan janin. 
.
Toluena telah dikaitkan dengan ketoksikan sistem imun (Satu keadaan dimana sistem keimunan kita terjejas teruk). 
.
Bahan toksik ini boleh didapati di peluntur kuku, rawatan kuku dan produk pewarna / pelunturan rambut .
.

20. Propylene glycol. 

Propylene glycol ialah sejenis alkohol organik biasanya digunakan sebagai agen kulit dingin. 
.
Ia diklasifikasikan sebagai penyebab kulit sensitif (merengsa) dan penembus. 
.
Bahan ini telah dikaitkan dengan menyebabkan dermatitis serta gatal-gatal kulit pada manusia.
.
Kesan peka pada kulit boleh dilihat pada kepekatan glikol propilena serendah 2 peratus. 
.
Kimia ini didapati dalam 

  • Pelembap
  • Pelindung matahari
  • Produk solek
  • Perapi & syampu rambut
  • Semburan rambut.
.

21. Bahan kimia pelindung matahari. 

Bahan kimia ini berfungsi sebagai agen pelindung matahari, untuk menyerap cahaya ultraungu. 
.
Bahan kimia ini adalah pengganggu sistem endokrin dan dipercayai mudah diserap ke dalam badan. 
.
Kimia pelindung matahari ini menyebabkan 

  • Kerosakan sel 
  • Dan kanser dalam badan. 
  • Nama-nama biasa ialah benzophenone, PABA, avobenzone, homosalate dan ethoxycinnmate. 
.
Memang mustahil untuk mengelakkan setiap bahan kimia dalam produk kegunaan harian ni.
.
Mama pun dah cuba kurangkan sehabis baik
.
Apa apa pun cari produk semulajadi dulu.
.
Bila dah usaha ikut kemampuan baru pakai produk ni juga.
.
Kita perlu menghadkan jumlah toksin yang di dedahkan pada badan kita.
.
Kan nak pakai lama. 
.
Pastikan kita: ambil makanan yang sihat & bersih, mengelakkan makanan diproses & banyak bahan kimia. Supaya kita boleh elakkan dari penyakit kencing manis.
.
Minum air yang ditapis dan mencari produk yang disahkan organik seperti set produk kecantikan shaklee untuk mengelakkan bahan kimia toksik.
.
Mendidik diri sendiri dan melakukan penyelidikan sebelum membeli sesuatu. 
.
Mama ucapkan selamat maju jaya.
Previous Post Next Post

Contact Form