Elak sungguh sungguh makanan ini! Melainkan kita suka muka banyak jerawat.
Biar betul! Imej kredit: Acnefreeguide.com |
Sebelum ini Mama kongsikan tentang pinjaman perumahan, hari ini nak kongsi pula tentang nikmat dari Allah juga.
Topik tentang nikmat kulit cantik & masalah jerawat batu di dagu. Semua orang pernah ada masalah ini.
Dan kita orang perempuan, memang cukup takut dengan masalah kulit ni.
Dari kulit nampak halus mulus bak sutera. Jadi berkawah & berparut macam permukaan bulan.
Sebab itu penting untuk kita jaga nikmat ni. Tak kisahlahlah dengan pakai skincare atau jaga makan.
Tak ada siapa yang suka dengan jerawat. Dan masalah ini adalah keadaan kulit biasa yang menjejaskan hampir 10% penduduk dunia.
Ramai tu.
Ada banyak sebab yang menyumbang kepada jerawat batu. Antaranya
- Penghasilan sebum dan keratin
- Bakteria penyebab jerawat
- Masalah hormon
- Liang roma tersumbat
Banyak kajian telah di jalankan untuk melihat hubungan antara diet pemakanan dan jerawat.
Ini kerana, ada pendapat mengatakan apa yang kita makan setiap hari menjadi punca naiknya jerawat batu dengan banyak.
Penyelidikan yang di jalankan oleh saintis kebelakangan ini menunjukkan bahawa pemakanan kita memang boleh menyebabkan perkembangan jerawat.
Dari kajian ini, kita dapat kenal pasti rawatan yang sesuai untuk masalah jerawat.
Ini kerana, ada pendapat mengatakan apa yang kita makan setiap hari menjadi punca naiknya jerawat batu dengan banyak.
Penyelidikan yang di jalankan oleh saintis kebelakangan ini menunjukkan bahawa pemakanan kita memang boleh menyebabkan perkembangan jerawat.
Dari kajian ini, kita dapat kenal pasti rawatan yang sesuai untuk masalah jerawat.
Ada beberapa jenis makanan yang kita mesti elakkan supaya sekurang kurangnya dapat mengurangkan masalah jerawat.
Apakah ia?
Apakah ia?
Jerawat batu selalu timbul kerana makanan yang kita makan setiap hari?
Cuba perhatikan makanan di bawah ni, jika kita memang banyak jerawat, dan suka pula makan makanan ini.
Kemungkinan besar inilah penyebabnya.
7 Makanan yang menyebabkan jerawat batu naik bagai cendawan tumbuh selepas hujan!
7. Produk berasaskan susu menyebabkan jerawat!
Banyak kajian telah dijalankan & menemui hubungan antara produk susu dan keterukan jerawat di kalangan remaja.
Satu kajian yang dilakukan penyelidik di Malaysia ke atas masyarakat di negara ini mendapati orang dewasa yang kerap memakan susu atau ais krim empat kali lebih cenderung mengalami jerawat.
Lebih banyak kajian mesti dijalankan di masa depan untuk mengkaji sebab & cara mengatasinya.
Kaitan bagaimana susu boleh menyumbang kepada pembentukan jerawat masih lagi belum jelas.
Antara hasil kajian ini menunjukkan susu meningkatkan kadar insulin dalam badan untuk membakar gula & dipercayai gula yang terlalu tinggi dalam darah memburukkan lagi jerawat.
Susu lembu juga mengandungi asid amino yang merangsang hati untuk menghasilkan lebih banyak IGF-1, yang dikaitkan dengan perkembangan jerawat.
Kesimpulannya, memang betul minum susu bagus sebab membekalkan kalsium. Elok di ambil siang & malam.
Tapi, ambillah secara sederhana & elakkan berlebihan. Nanti banyak jerawat. Dan lebih buruk lagi menyebabkan kencing manis. (Maklumlah ada susu berperisa tu manis sangat)
6. Makan berasaskan bijirin dan gula yang di proses bukan saja penyebab obes!
Mama perhatikan golongan muda sekarang ini sangat suka makan makanan manis.
Tak kisahlah makan kek atau manisan, semua makanan ini tak elok dimakan berlebihan. Selain risiko menghidap kencing manis yang tiada ubat & penawar sepanjang hayat.
Manisan yang diambil berlebihan akan menyebabkan hilangnya seri pada senyuman.
Manakan tidak, naik jerawat dengan banyak di muka, kulit yang dulu manis kini masam mencuka. Dah macam macam produk pencuci muka dicuba.
Jerawat tetap naik juga.
Dari kajian yang di jalankan, golongan yang mengalami masalah jerawat batu serius cenderung untuk makan lebih banyak karbohidrat ringkas.
Jika dibandingkan dengan mereka yang kurang mengalami masalah jerawat.
Tak kisahlah makan kek atau manisan, semua makanan ini tak elok dimakan berlebihan. Selain risiko menghidap kencing manis yang tiada ubat & penawar sepanjang hayat.
Manisan yang diambil berlebihan akan menyebabkan hilangnya seri pada senyuman.
Manakan tidak, naik jerawat dengan banyak di muka, kulit yang dulu manis kini masam mencuka. Dah macam macam produk pencuci muka dicuba.
Jerawat tetap naik juga.
Dari kajian yang di jalankan, golongan yang mengalami masalah jerawat batu serius cenderung untuk makan lebih banyak karbohidrat ringkas.
Jika dibandingkan dengan mereka yang kurang mengalami masalah jerawat.
Di bawah ini mama berikan contoh makanan yang kaya dengan karbohidrat ringkas:
- Roti, keropok, bijirin atau pencuci mulut yang dibuat dengan tepung putih
- Pasta dibuat dengan tepung putih
- Beras putih dan mi beras
- Minuman berkarbonat dan minuman manis yang lain
- Pemanis seperti gula tebu, sirap maple dan madu.
Kajian yang dilakukan sepasukan penyelidik mendapati
- Orang yang makan gula berlebihan mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk menghidap masalah kulit berjerawat.
- Orang yang selalu makan pastri dan kek mempunyai risiko 20% lebih tinggi menghidap masalah ini.
Risiko yang lebih tinggi ini boleh di kaitkan dengan kesan makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas ini kepada tahap gula darah dan tahap insulin.
Selain risiko mendapat kencing manis yang tiada ubat untuk sembuh setakat ini.
Kalau kerja swasta, banyak syarikat tak cover kos perubatan pasangan & anak anak. Kerja kerajaan lainlah kan.
Untung kerja kerajaan.
Karbohidrat ringkas diserap dengan cepat ke dalam aliran darah, dan menaikkan kadar gula dalam darah.
Selain risiko mendapat kencing manis yang tiada ubat untuk sembuh setakat ini.
Kalau kerja swasta, banyak syarikat tak cover kos perubatan pasangan & anak anak. Kerja kerajaan lainlah kan.
Untung kerja kerajaan.
Karbohidrat ringkas diserap dengan cepat ke dalam aliran darah, dan menaikkan kadar gula dalam darah.
Apabila gula darah meningkat, tahap insulin juga meningkat untuk membantu menukarkan gula darah kepada tenaga yang diperlukan oleh sel badan kita.
Tapi, tahap insulin yang tinggi tidak baik untuk mereka yang mempunyai jerawat.
Ini kesan insulin dalam badan kita
- Insulin menjadikan hormon androgen lebih aktif dan meningkatkan faktor pertumbuhan insulin.
- Ini menyumbang kepada perkembangan jerawat dengan membuat sel kulit tumbuh lebih cepat dan peningkatan pengeluaran sebum seperti yang ditunjukkan kajian ini.
- Kajian lain menunjukkan diet rendah glisemik, yang tidak meningkatkan kadar gula darah atau insulin secara tiba tiba, dikaitkan dengan penurunan tahap jerawat.
5. Makanan di proses yang kaya dengan asid lemak omega-6
Mama pasti, jika kita ingat makanan emak ayah & datuk nenek kita dahulu.Banyak makanan yang diambil terus dari kebun sendiri. Tak ada racun tak ada baja kimia.
Pizza & burger pun tak suka. Sebab itu kulit orang dulu cantik cantik sahaja. Memang jimat duit sebab semua tanam sendiri.
Sebab tu orang dulu boleh beli tanah berekar ekar. Cash je tu. Badan sihat, duit pun tebal.
Lepas tu, awet muda sentiasa, tidak luput di makan usia.
Kenapa agaknya?
Ini kerana, makanan yang tidak diproses & dimakan segar mengandungi banyak asid lemak omega 3.
Bahan ini mencegah radang, dan membuatkan badan kuat seperti badang.
Malangnya sekarang zaman anak cucu, makanan yang sihat dianggap lucu. Makanan yang telah diproses mengandungi banyak asid lemak omega-6.
Proses penghasilan makanan moden dengan suhu tinggi menukarkan asid lemak omega 3 yang sihat tadi kepada asid lemak omega 6 yang tidak sihat.
Omega 6 menyebabkan radang pada badan & telah dikaitkan dengan peningkatan tahap keradangan dan jerawat.
Bukan salah untuk kita makan makanan proses ini, tapi pada masa yang sama ambil juga sumber omega 3 dari alam semulajadi.
Paling mudah kita ikut cara Rasulullah SAW, makan saja minyak zaitun & juga habbatus sauda.
Nak moden lagi, kita makan juga minyak ikan yang bebas merkuri sebagai sumber omega 3.
Terbaik kan?
Kenapa masalah jerawat berkait dengan kandungan omega 3 & 6 dalam diet kita?
Ini kerana ketidakseimbangan asid omega-6 dan omega-3 mendorong badan kita dalam keadaan keradangan, yang boleh menyebabkan masalah jerawat menjadi semakin teruk.
Jerawat itu masalah luaran, omega 6 yang berlebihan juga menyebabkan masalah kesihatan dalaman seperti alahan & kanser.
Takutkan?
Sebab itu wajib untuk kita seimbangkan makanan proses & makanan segar dalam diet kita.
Dengan menambah asid lemak omega 3 dalam makanan harian kita, boleh mengurangkan tahap keradangan dan mengurangkan jerawat.
Apa yang disebutkan di dalam al quran & hadis nabi yang sahih mesti betul. Kita ikut saja dengan yakin.
Insyaallah berkat.
Diet harian yang kaya dengan asid lemak omega 6 dan rendah dalam omega 3 adalah menggalakkan radang dalam badan kita dan boleh memburukkan jerawat.
Imej kredit: Thedailymeal.com |
4. Makanan segera. Cepat & mudah disediakan. Tapi punca jerawat naik!
Makanan seterusnya memang amalan orang bandar.Sebab kita sangat sibuk dengan urusan harian, jadi soal makan pun nak cepat sama.
Mana taknya, masa rehat kan pendek.
Nak solat zohor lagi, Jadi makanan segera menjadi pilihan ramai pekerja.
Tapi, sama seperti makanan sebelum in, makanan segera juga termasuk dalam makanan proses.
Tiap kali kita makan makanan segera yang menggunakan bijiran proses, gula yang tinggi & kaya omega 6.
Mesti jerawat akan naik.
Mama berikan beberapa contoh makanan segera yang menjadi kesukaan anak anak kita.
- Burger
- Nugget,
- Bubur segera
- Sosej
- Kentang goreng
- Air gas
- Air kotak
Satu kajian tentang dijalankan kepda lebih 5,000 remaja Cina dan golongan muda mendapati bahawa:
- Diet tinggi lemak dikaitkan dengan risiko peningkatan 43% daripada jerawat.
- Makan makanan segera dengan cepat meningkatkan risiko sebanyak 17%.
Jika kajian diatas dilakukan di negara China, masalah sama juga di alami di negara lain.
Di Turki misalnya, 1 kajian dijalankan pada 2,300 lelaki Turki mendapati bahawa:
- Tabiat sering makan burger atau sosej dikaitkan dengan peningkatan risiko 24% daripada jerawat.
Antara punca punca yang telah di kenal pasti tentang kaitan masalah jerawat dengan pengambilan makanan segera ialah
- Makanan segera boleh mempengaruhi gen / dna
- Mengubah tahap hormon dalam badan
Pengaruh diatas ini akan menggalakkan perkembangan jerawat.
Antara alternatif yang boleh kita lakukan adalah membawa sendiri bekal makanan dari rumah ke pejabat.
Ataupun untuk anak anak kita bawa ke sekolah.
Adakah kita rasa ini satu tindakan yang kolot & ketinggalan zaman? Orang jepun masih lagi mengamalkan tradisi membawa bekal ke sekolah dan pejabat.
Bekas bento anak anak mereka terhias cantik dengan pelbagai makanan yang dihias pelbagai rupa.
Imej kredit: Independent.co.uk |
3. Coklat yang lazat memikat! Tapi harus dingat punca jerawat
Coklat memang di gemari oleh kanak kanak & juga orang dewasa.Makanan yang dikatakan kaya antioksidan ini tak salah di ambil secara sederhana. Tapi jika diambil berlebihan, buruk padahnya.
Tambahan lagi, manisan yang kita makan sebenarnya lebih banyak gula & susu berbanding coklat itu sendiri.
Masih ingat lagi kan, susu & gula ialah 2 penyebab jerawat batu.
Sebab itu tiap kali kita makan coklat susu, kemungkinan untuk jerawat timbul lebih tinggi.
Buat penggemar coklat sebenar, cuba semak jadual ramuan / bahan mentah di belakang label coklat.
Lihat dahulu urutan bahan bahannya.
Jika ia bermula dengan gula & pepejal susu. Lebih baik tak payah beli. Jauh sekali memakannya.
Mama memang hantu coklat, coklat yang lebih sihat adalah yang mengandungi lebih banyak koko & cocoa butter di dalamnya.
Malah ada juga bungkusan yang mendedahkan berapa peratus kandungan koko didalamnya. Contohnya 50%, 60% & sebagainya.
Sekali lagi Mama nak maklumkan, makanan yang sihat pun perlu diambil secara sederhana.
Kerana semua yang berlebihan pasti akan membawa mudarat.
Antara kajian yang telah dilakukan pada tahun 2015, tentang kaitan coklat & jerawat mendapati bahawa:
- Lelaki yang mudah mengalami jerawat, jika makan 25 gram coklat gelap 99% setiap hari, akan mempunyai peningkatan jerawat dalam masa 2 minggu.
Dan dalam 1 lagi kajian mendapati
- lelaki yang diberi kapsul 100% koko setiap hari mempunyai jerawat yang lebih ketara selepas satu minggu.
Banyak lagi kajian mesti di jalan untuk mengenal pasti hubungan coklat & jerawat.
Tapi, apa yang boleh kita manfaatkan dari maklumat kajian diatas?
Mudah saja, jika kita mudah sangat mendapat jerawat, kurangkan pengambilan coklat.
Orang yang terlibat dalam kajian diatas makan coklat setiap hari untuk dapat hasil tersebut.
Kita janganlah buat begitu. Kalau teringin makan lah juga, tapi kurangkan. Dan sediakan skincare khas mana tau jerawat naik banyak.
Lagipun makan manisan seperti coklat kerap sangat akan membuatkan gigi kita mudah rosak.
Imej kredit; Goharvey.com |
2. Elak makanan yang kita sensitif, kita akan lebih positif!
Mama pasti, setiap dari kita ada makanan yang kurang serasi diambil.Pantang makan saja mesti keluar jerawat.
Atau gatal gatal satu badan. Itu tanda badan kita sensitif dengan makanan tersebut.
Ada banyak makanan yang menyebabkan alahan / sensitif. Di bawah ini Mama berikan 7 contoh makanan utama yang selalu dikaitkan dengan alahan.
- Susu
- Telur
- Makanan laut
- Kekacang
- Soya
- Gandum
- Ikan
Boleh jadi kita alah kepada salah 1 atau lebih dari makanan diatas.
Dan dengan mengambil makanan ini, menyebabkan masalah jerawat menjadi tidak terbendung lagi.
Salah satu cara makanan boleh menyumbang kepada keradangan adalah melalui sensitiviti makanan, juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitiviti tertunda.
Sensitiviti makanan berlaku apabila sistem imun kita tersilap mengenal pasti makanan sebagai ancaman.
Dan melancarkan serangan imun terhadapnya menyebabkan molekul pro-inflamasi yang tinggi yang tersebar di seluruh badan & memburukkan jerawat.
Kita sendiri patut lebih tahu makanan apa yang menyebabkan tindak balas ini.
Cuba fikir fikirkan, insyaallah akan jumpa jawapannya.
Apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan masalah ini? Ambil makanan yang mempunyai sifat antiradang.
Ada Mama kongsikan sebelum ini, minyak zaitun, habbatus sauda dan sebagainya.
1. Serbuk Protein Whey tak boleh dijadikan rutin!
Zaman sekarang ni, lelaki & perempuan sibuk nak pasang badan.Perempuan nak badan macam gitar. Lelaki pula nak nampak sasa berisi. Bagi mereka yang suka pergi gym, Mama pasti biasa sangat Protein Whey.
Makanan ini diambil untuk membekalkan protein diperlukan badan untuk membina otot baru.
Perlu diambil setiap hari untuk hasil yang ketara pada badan.
Protein Whey adalah sumber yang kaya dengan
- Asid amino Leucine
- Glutamin.
Asid amino dari whey ini akan menyebabkan sel sel badan membina dan membahagi dengan lebih cepat.
Dan pada masa yang sama akan memberi lebih beban kepada buah pinggang kita.
Urea yang terhasil dari tindakbalas badan pada portein perlu disingkirkan dari badan. Dan ada kemungkinan juga menyumbang kepada pembentukan jerawat.
Asid amino dalam protein whey juga boleh merangsang badan untuk menghasilkan tahap hormon insulin yang tinggi, yang dikaitkan dengan perkembangan jerawat.
Mama galakkan kita amalkan pemakanan sihat.
Ikut saja kadar yang disarankan piramid makanan, protein berlebihan pun tidak bagus.
Zaman sekarang, semua orang nak cepat tanpa perlu berusaha lebih.
Nak cepat kurus tapi tak nak amalkan diet sihat & senaman.
Dan sebagainya.
Kesimpulan Cara menghilangkan jerawat!
Ada perbezaan di antara orang yang bijaksana & orang yang biasa biasa. Orang bijak akan ambil tindakan segera selepas baca artikel ini.Orang biasa pula buat buat tak tahu & teruskan hidup seperti biasa.
Jadilah ilmu ini ilmu yang tidak bermanfaat.
Pesan Mama, kita ini makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan.
Makanlah dengan bijak.
Kerana banyak penyakit berasal dari perut. Dan ini termasuklah jerawat.
Terima kasih kerana baca sehingga habis. Sebarang komen & pendapat boleh tinggalkan diruangan komen ya.