22+ Ubat kencing manis paling berkesan turunkan gula!

"Apakah ubat kencing manis paling berkesan & selamat dimakan?"
ubat kencing manis

Bagi pesakit kencing manis, mengawal paras gula darah memang mencabar.


Dan,

Ada masanya terpaksa bergantung pada ubat kencing manis yang diberikan doktor. 


Ubat doktor adalah ubat moden. Ada juga ubat tradisional berasaskan herba atau makanan yang kita ambil di rumah di pejabat & juga semestinya di rumah.

Baca di hujung artikel untuk 22 jenis ubat kencing manis berasaskan makanan & herba yang sedap! Bagus untuk mengawal gula.




Ini kerana,

Keperluan seorang pesakit diabetes berbeza dengan insan yang sihat.

Tapi,

Kehidupan perlu diteruskan.

Tak kiralah siapa pun kita, miskin atau kaya.

Daripada suri rumah, pekerja pejabat, kontraktor, ahli perniagaan.

Cuma, Keadaan yang berbeza ini boleh menyebabkan tekanan dalam diri kita.

Betul kan?

Contohnya,
"Kalau pergi majlis jamuan & kenduri kendara, tak boleh nak makan menu sebarangan" (Baca panduan pantang larang 30 makanan untuk penghidap kencing manis.)
lauk pauk kenduri kahwin tinggi kalori tak sesuai untuk diabetes
Kalau dah terhidang lauk ni, payah nak tolak terus kan?

Malah,
"Makanan & minuman kegemaran pun tak boleh diambil seperti biasa"
Pendek kata,

Kita perlu ubah gaya hidup.

Dan ini menyebabkan pesakit diabetes lebih sensitif terhadap diet harian & kesihatan diri.

Bagi yang perlu mengambil ubat disebabkan kencing manis.

Ubat ini akan membantu mengawal gula darah dan mencegah kencing manis supaya tidak menjadi lebih serius.

Contohnya, kerosakan saraf buah pinggang & mata.

Bahaya tu, pelan takaful pun tak cover kalau tak ambil dari muda.

Mengamalkan cara hidup yang sihat akan memastikan tahap bacaan kencing manis terkawal & kesihatan kita terpelihara.

Selain itu, 

Kita juga mesti mengambil ubat ubatan dari doktor untuk memastikan badan kita sihat selalu.

Kali ini, Mama akan kongsikan beberapa tips supaya
  1. Ubat kencing manis yang diambil akan memberikan kesan yang baik
  2. Amalan cara hidup sihat sebagai panduan supaya kualiti hidup kita tidak terjejas kerana diabetes
Mula mula sekali

Penting untuk kita tahu kepentingan & fungsi ubat dalam rawatan kencing manis. Penting macam mana tu?
Penting sebab.

Ubat Kencing Manis & Kepentingannya untuk mengawal paras gula

Kalau kita dah ada kencing manis,

Badan kita kehilangan kebolehan untuk mengawal tahap gula darah dengan baik.


Sebab itu kita perlukan bantuan ubat


jenis jenis ubat kencing manis di pasaran



Bagi orang yang sihat
“Mencegah ada cara terbaik merawat kencing manis, berbanding mengubatinya."
Jaga diet kita seharian

Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula

Dan amalkan cara hidup sihat

Bagi pesakit kencing manis pula, masih belum terlambat untuk mengubah cara hidup kita

Sebenarnya,

Sekarang ini tiada lagi alasan untuk menangguhkan perubahan.

Senaman & pengambilan ubat akan membantu badan kita lebih sensitif terhadap hormon insulin.

Dan mengurangkan kesan kerintangan insulin dari penyakit kencing manis. Ada juga makanan tambahan yang membantu mengembalikan sensitiviti badan terhadap insulin. (baca lebih lanjut di hargasetbersalin.blogspot.com tentang vivix untuk diabetes.)

Kita boleh berusaha mencari ubat kencing manis alternatif.

Contohnya amalkan pemakanan sunnah & ambil makanan tambahan seperti vivix.

Dan bukan semua ubat perlu dimakan.


7 Ubat untuk kencing manis yang luar dari kebiasaan!

Dibawah ini, beberapa contoh "ubat kencing manis" yang bagus untuk diamal di rumah.
  1. Ambil ubat yang diberikan doktor menurut sukatan.
  2. Amalkan senaman 3 kali seminggu (Minimum) dan 30 minit setiap sesi.
  3. Tambah ilmu pemakanan melalui bacaan buku bermanfaat.
  4. Kerap berjumpa doktor & pakar pemakanan untuk nasihat.
  5. Mengamalkan tabiat makan yang sihat & gizi seimbang.
  6. Sekiranya kita merokok & minum arak sebelum ini, berhentilah. Terutamanya orang islam (Yang halal & haram itu jelas).
  7. Cari kawan baru yang mempunyai hasrat yang sama untuk mengamalkan cara hidup sihat.
Dari 7 ubat dalam senarai diatas,

1 sahaja yang melibat menelan ubat.

Baki 6 melibatkan ubat dalam cara hidup kita.

Ok.

Apa akan jadi sekiranya kita tidak berubah?

Kita akan dapat "hadiah" istimewa dari penyakit yang dihidapi.

Hadiah menarik di bawah ni,

Iaitu..


Hadiah dari penyakit kencing manis untuk kita, jika enggan berubah!

Selalunya,

Hadiah adalah sesuatu yang ditunggu tunggu.

Tapi, lain ceritanya jika pengirim hadiah adalah sakit kencing manis.

Hadiah yang tidak lumayan tersebut berupa.

hadiah dari kencing manis
Tak ada siapa nak hadiah macam ni kan?

  1. Senang mendapat komplikasi kencing manis seperti rabun, kerosakan buah pinggang dan buta.
  2. Amputasi atau potong anggota badan (Kaki / tangan).
  3. Perlu menyuntik insulin setiap hari sehingga akhir hayat.
  4. Rasa kebas kebas pada anggota badan kerana kerosakan saraf akibat kencing manis.

Cukuplah 4 hadiah ni.



Belum masuk lagi hadiah kombo 3 serangkai.



Menyeramkan tu.


Berita baiknya,

Komplikasi disebabkan kencing manis ini boleh kita elakkan.

Sekiranya pesakit mengamalkan perubahan cara hidup sihat dari awal.

Kesihatan ini pun rezeki pinjaman dari Allah.

Yang perlu kita syukuri,

Dengan menjaganya.

Kenapa penghidap diabetes perlu mengambil ubat kencing manis yang diberi doktor? 

Ubat ni bukan suka suka doktor nak beri.

Dan,

Nak buat 1 ubat pun kajiannya ambil masa.

Dan memakan duit berjuta juta dollar, bagi pesakit kencing manis.

Ubatan yang dibekalkan berfungsi untuk mengawal kandungan gula dalam darah pesakit. Terutama sekali jika sedang hamil. (Baca blog Ibusyurga untuk panduan diet ibu hamil dengan diabetes.)

Pengambilan ubat yang betul akan mengelakkan diri kita daripada mendapat kesan sampingan jangaka pendek & panjang.

Sokongan keluarga sangat penting untuk memastikan kita berjaya.

Selain itu,

Disiplin yang tinggi sangat penting kerana ubat ubatan perlu dimakan setiap hari untuk merawat kencing manis.

Tak boleh lah hari ini makan.

Esok cuti suka suka, macam budak budak sekolah kan. Ada cuti panjang.


Kalau saya makan ubat diabetes dengan konsisten, bolehkah sembuh sepenuhnya dari kencing manis? 

Kalau kita tanya doktor,

Nak sembuh memang tak boleh.

Tapi nak kawal & elakkan dari menjadi lebih serius memang boleh.

Ubat diabetes yang dimakan mampu mengelakkan  kita daripada "hadiah hadiah" komplikasi diabetes yang serius.

Ada Mama berikan tadi kan?

Bagi memastikan ubat yang diambil memberikan kesan terbaik.

Dibawah ini ada beberapa perkara yang penting untuk diambil kira.

Iaitu
  1. Jenis ubat yang sesuai.
  2. Cara makan ubat yang berkesan.
  3. Pantang larang berupa pemakanan & cara hidup yang mesti diikuti oleh pesakit.
Semua ini memerlukan ilmu & disiplin,

Dan ia akan lebih mudah jika mendapat kerjasama & sokongan keluarga.

Paling penting, suami & isteri kita mesti faham keadaan kita.

Jenis jenis ubat kencing manis & Cara elak kesan sampingan!

Awal awal tadi,

Mama ada sebutkan beberapa jenis "ubat" untuk rawatan kencing manis.


kunci kepada kesihatan bagi pesakit kencing manis
Kunci kepada semua penyelesaian terletak di tangan kita

Tapi,

Kali ini kita akan cerita tentang "ubat doktor".

Yang pelukan seliaan & tunjuk ajar dari tuan tabib.

Bila kita cakap pasal ubat doktor yang oerlu diambil dari kaunter farmasi.

Soalan soalan ini mesti akan keluar di kotak pemikiran kita.
  1. Apa jenis ubat untuk kencing manis?
  2. Macam mana cara makan ubat? 
  3. Berapakah kali perlu makan ubat ini dalam sehari?
  4. Berapa biji ubat ini? 
Biasanya,

Cara makan & sukatan ni akan diterangkan oleh ahli farmasi di kaunter ubat klinik & hospital kerajaan.

Jadi,

Pastikan kita benar benar faham ya.

Nak elakkan lupa boleh tulis atas kertas atau masuk saja dalam telefon pintar kita.

Ubat yang di beri doktor ini ada beberapa jenis.

Di bawah ini Mama berikan contoh contohnya.

1. Ubat jenis makan (Secara oral)

Ramai yang takut makan ubat sebab kena telan sebiji sebiji.

Lebih lebih lagi ada banyak jenis.

Macam macam warna ada.

Ibu & ayah yang dah tua cukup takut makan ubat kan.

Lebih lebih lagi yang jenis dominan & garang dengan anak anak.

Ok.

Tamat jenis pertama.

Ubat seterusnya akan memberikan kesan yang lebih pantas berbanding ubat makan.

Macam mana tu?

2. Ubat kencing manis jenis suntikan (Intra muscular / IM)

Suntik suntik ni semua tak suka.

Sebab sakit.

Dan,

Akan ada parut yang kelihatan tak cantik.

Pesakit kencing manis akan mempunyai kesukaran untuk mengawal paras gula darah.

Ini kerana kerintangan insulin.

Dan banyak juga kajian (boleh baca di laman ncbi) tentang kerintangan insulin ni telah diterbitkan oleh penyelidik.

Contohnya 1 kajian dari Gisela Wilcox yang diterbitkan pada tahun 2005 yang berjudul,
"Insulin and Insulin Resistance"
Dalam kajian ini,

Ada dibincangkan tentang punca kerintangan, paling menarik tentulah mengenai obesiti.

Sebab itu penting untuk kita jaga berat badan.

Dan,

Kajian ini juga mengaitkan tentang fenomena kerintangan insulin dengan penyakit serius lain.

Seperti tekanan darah tinggi, kanser & PCOS (Menyukarkan wanita untuk hamil).


Jadi,

Untuk mengatasi masalah kerintangan insulin.

Dan memastikan badan kita dapat menukarkan gula kepada  tenaga dengan cukup.

Sebab itu, ubat jenis suntikan diberikan.

Hormon insulin akan dimasukkan ke dalam badan melalui suntikan, Bagi membantu badan kita menukarkan gula kepada tenaga. (Sumber niddk.nih.gov)

Insulin ialah sejenis hormon yang membantu badan menggunakan glukosa bagi menghasilkan tenaga.

Cuma itulah,

Tak boleh suntik insulin terlebih atau terkurang supaya
  1. Terlebih suntik - Paras gula darah turun mendadak menjadi Hypoglisemia.
  2. Kurang suntik - Paras gula darah masih tinggi (Hyperglisemia).
Paras gula darah tidak berpuasa yang sesuai mesti dicapai selepas suntikan insulin.

Sebab itu dos yang betul penting.

Insulin buatan yang disuntuk ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu
  1. Insulin tindak balas lama - Kesan dirasai dalam tempoh 24 jam suntikan di peha.
  2. Insulin tindak balas pertengahan - Kesan dirasai dalam tempoh 10 – 14 jam suntikan di bahagian paha. 
  3. Insulin tindak balas cepat - Kesan dirasai dalam tempoh 4 – 6 jam suntikan.
Jenis insulin yang dibekalkan di klinik & hospital kerajaan adalah jenis berkualiti.

Ada pak cik Mama yang dapatkan bekalan insulin ini terus dari sana.

Soalan berikutnya pun penting.

Sebab,

Kalau kita tak ikut, kesan ubat boleh terjejas.

Sia sia kita telan tiap hari.

Kenapa mesti makan ubat seperti cara yang diarahkan doktor?

Masa makan ubat tak sama.

Dan,

Perlu ikut betul betul.

Memang agak mencabar.

Dan doktor pun bukan suka suka.


Waktu pengambilan ubat sangat bergantung kepada jenis ubat.

Dan tahap penyakit kencing manis yang dihidapi pesakit.

Kegagalan untuk memahami,

Dan menurut panduan makan yang betul akan memberikan beberapa kesan.

Seperti,
  1. Kesilapan pesakit tidak mengambil ubat seperti yang diarahkan akan mengurangkan kesan ubat yang dimakan. Apa jadi pula kalau kita lupa makan ubat?
  2. Terlupa makan ubat akan menyebabkan tahap gula dalam darah akan meningkat tinggi. Kita akan rasa sangat letih dan tidak bermaya.
  3. Gula darah tinggi akan menyebabkan komplikasi penyakit berbahaya seperti yang disebutkan sebelum ini.

Apa kesan kalau saya makan ubat ikut masa yang direka sendiri?

Pakar pemakanan dan ahli farmasi belajar lama untuk dapat lesen.

Setiap masa yang diberikan ada sebab terperinci.

Dan kajian yang banyak telah dibuat untuk memastikan kita dapat hasil terbaik.

Ini kerana,

Setiap ubat dicipta berbeza.

Dan mempunyai tindak balas serta cara penyerapan unik.

Contohnya,
  1. Kehadiran makanan dalam perut mempengaruhi penyerapan & keberkesanan ubat.
  2. Masa makan yang betul akan membantu badan kita melaksanakan fungsi badan dengan lebih baik
  3. Ubat berbeza ada tempoh tindak balas yang lain.
  4. Dos ubat yang diambil mesti tepat. Jika kurang, gula dalam darah naik tinggi. Jika lebih pula, aras gula turun rendah menyebabkan kita pitam.
Jadi ikutlah aturan cara makan yang betul.

Tapi kan,

Sekarang ni, kita dah ikut betul betul.

Saya rasa, ubat diabetes yang dimakan memberikan kesan sampingan. Macam mana ya?

Kesan sampingan macam mana tu?

Kalau ada kesan yang tak sepatutnya,

Cepat cepat kongsi dengan doktor untuk pembetulan

Dos ubat yang diberikan oleh doktor sangat bergantung kepada
  1. Tahap penyakit kencing manis.
  2. Dan rekod bacaan gula darah yang diambil setiap hari.
Jika kita perasan perubahan negatif berlaku selepas mengambil ubat tersebut.

Kita perlu merujuk semula dengan doktor untuk berbincang tentang ubat kencing manis yang diberi.

Tetapi,

Jika kandungan gula darah kita berada pada tahap yang normal & badan kita rasa bertenaga.

Ini satu tanda kencing manis kita berada dalam kawalan,

Dan ubat-ubatan yang diambil berkesan.

Tiap kali kita melakukukan pemeriksaan dengan doktor.

Pasti kita akan mendapat bekalan ubat baru.

Ada masa banyak yang kita dapat.

Cukup sehingga untuk temujanji seterusnya.

Persoalannya ialah,

Bagaimana untuk saya pastikan ubat diabetes yang diberi doktor berada dalam keadaan baik?

Ubat pun ada cara membelainya.

Hehe,

Walaupun ubat ada tarikh luput.

Dan tidak akan rosak sehingga tarikh tersebut sampai.

Lebih penting lagi, cara menyimpan ubat.

Supaya tidak rosak.

Dalam ubat kan ada bahan bahan aktif yang akan berfungsi di dalam badan pesakit.

Jadi tak boleh simpan sebarangan supaya tidak rosak.

Di bawah ini beberapa tips untuk menjaga kualiti ubat
  1. Elakkan menyimpan insulin terdedah pada sinaran cahaya matahari secara langsung
  2. Insulin mesti disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 2° – 8°C tetapi tidak boleh beku
  3. Kedudukan susunan botol insulin mesti menegak
  4. Sediakan insulin yang hendak diguna dengan mengeluarkan dari peti sejuk 3 ~ 5 minit dari masa penggunaan
  5. Ubat-ubatan jenis oral / pil wajib disimpan dalam bekas diberikan ahli farmasi kerana bekas baru boleh jadi tidak kedap udara
  6. Elak simpan ubat dalam peti sejuk melainkan disuruh oleh ahli farmasi
  7. Pastikan label ubat terpelihara & tidak dikotori supaya mudah dibaca
  8. Pastikan bekas simpanan ubat tidak dapat dicapai oleh kanak kanak

Ada pantang larang ke dalam makan ubat diabetes?

Bagus soalan ini

Memang betul, terdapat banyak kajian telah dilakukan tentang beberapa jenis makanan dan minuman

Yang dipercayai mengganggu penyerapan ubat

Contohnya

Pengaruh makanan & minuman berkafein dan ubat ubatan

Salah satu kajian yang telah dilakukan oleh saintis adalah seperti berikut
"Clinically Significant Pharmacokinetic Interactions Between Dietary Caffeine and Medications"
Malah

Ada beberapa jenis ubat ubatan yang terbukti kurang berkesan jika diambil serentak bersama kafein. Seperti yang dikongsi Caffeininformer.com.

Jadi

Pastikan kita tanya ahli farmasi & doktor sebarang soalan berkaitan pemakanan ubat.

Dan kongsikan sebarang masalah kesihatan yang dialami kepada doktor.

Kerana,

Maklumat yang diberikan ini.

Mampu mempengaruhi jenis ubat kencing manis & dos yang diberi.

Contohnya,

Sekiranya kita mempunyai alahan terhadap ubat ubatan tertentu.

Dan jika kita berhasrat mengambil makanan tambahan untuk rawatan alternatif, contohnya nak ambil resveratrol ke.

Tanya dulu doktor.

Dan dapatkan nasihat mereka.

Jangan mudah percaya dengan kempen pemasaran yang di lakukan di media masa.

Kerana ketelusannya sangat diragui.


Makanan sebagai ubat kencing manis semulajadi?

Apa yang kita makan seharian akan memberi kesan terhadap paras gula dalam darah.

Di bawah ini Mama berikan beberapa makanan & minuman yang bagus untuk mengawal gula.
Baca lebih lanjut tentang 11 ubat kencing manis terbaik berasaskan makanan seharian.


Sayur sayuran dan herba yang digunakan sebagai ubat kencing manis tradisional.

Semua orang tahu, makan sayur dan buah buahan bagus untuk kesihatan.

Sebab itu dalam piramid makanan yang di ajar di sekolah dulu, kelas makanan ini ada di bahagian dasar.

Dan, bukan semua sayur dan herba di jadikan sama. Ada yang mempunyai kebaikan tambahan untuk mengawal gula. Tak hairanlah zaman dulu, tak ramai yang kena kencing manis kerana makan ulam.

Baca lebih lanjut 11 ubat kencing manis tradisional dari sayur dan herba yang baik untuk diabetes.


Kesimpulan.


Pencegahan adalah sebaik baik ubat. Kalau dah terkena kencing manis, lebih baik kita beringat.

Mama rekemen ambil langkah berjaga jaga dengan mengikuti nasihat doktor dan banyakkan membaca.

Tambah ilmu pemakanan yang betul, supaya kita dapat ambil makanan dan herba semulajadi yang selamat untuk mengawal kencing manis.

Mama ucapkan selamat berjaya. Ada sebarang pendapat, dan perkongsian pengalaman, boleh tinggalkan di ruangan komen yang di sediakan di bawah.
Previous Post Next Post

Contact Form