Kontraktor bina rumah banglo berikan 12 Tips buat rumah sendiri!

Apa yang kita fikirkan, cakap & lihat. Akan memberi kesan pada hidup kita. Kalau teringin nak bina rumah banglo sendiri


Site visit rumab banglo RM280000 Klang

Kena selalu masuk rumah macam ni. Alhamdulillah.

Semalam kan hari rabu, waktu petang lepas balik kerja suami set masa dengan kawan sepersekolahannya.

Sekarang ni jadi kontraktor buat rumah banglo. Rumah lain dia tak ambil

Fokus kepakaran. Bagus tu.

Main market niche.

Kawan suami ni ada banyak juga tapak bina rumah yang sedang dibuat secara serentak.

Salah satunya di Klang. Rumah pasangan cikgu yang dah nak pencen.


Borak punya borak, punyalah terkejut. Salah seorang cikgu ni pernah mengajar suami di sekolah dulu. Baik cikgu ni.

Itulah resam orang berbudi kan. Sampai mati orang ingat. Sebab jasanya kita ingat sampai bila bila.

Dan ilmu bermanfaat ni kan. Dapat pahala jariah tau.

Terbaik.

Balik pada lawatan ke tapak rumah ni. Kami dapat banyak tips berguna untuk bina rumah ni. Mujurlah kontraktor ni jenis teliti.

Buat kerja berkualiti & tak buat asal boleh.


Tak susah pun nak buat rumah atas tanah milik sendiri. Klik video dibawah untuk prosesnya.






12 Tips Dari Kontrator untuk bina rumah banglo. Pengalaman Site visit di Klang. 

Ok ini rumah yang kami lawat tempohari

Lokasinya di rahsiakan

Tapi serius berbaloi lah. Sebab besar. 

Kawan kami siap dah maklumkan awal awal, mesti korang rasa berbaloilah

Kalau tahu harga rumah ni berapa

Fuhhh..

Saspen betul dia ni main psikologi


pintu masuk utama ke rumah banglo
Nak tahu kontraktor tu bagus kerjanya atau tak, cuba minta untuk site visit kerja terkini. Dan kerja lepas


Kalau anda nak tahu, berapa harganya. Baca dulu & lihat gambar gambar yang ada

Lepas tu buat tekaan.

Di akhir artikel ni nanti kami kongsi harga sebenar.

Sama ke tak sama dengan tekaan

Sama sama kita masuk rumah


Bina rumah banglo atas tanah sendiri
Rupa rumah dari depan. Warna ni semua pilihan tuan rumah ya

Tips 1 : Depan rumah biar ada kawasan lapang

Ok, gambar di atas ni rupa rumah dari depan.

Pasangan ni bina rumah banglo atas tanah sendiri. Sebab tanah ni agak luas.

Rumah boleh buat besar

Itu pun sekeliling rumah masih banyak kawasan lapang.

Kalau nak tanam pokok buah senang lah


laman rumah banglo besar
Besar betul luas kawasan depan rumah ni. Nak letak kereta tak ada hal
Sebab kebetulan, masa kami lawat ni

Tengah viral di internet tentang design rumah moden yang tak sesuai dengan cuaca malaysia.

Kami ada share panduan bina & beli rumah yang viral tu disini untuk rujukan kemudian hari


Tips 2 : Syiling mesti tinggi sekurang kurangnya 10 kaki

Masuk rumah je terus nampak ruang tamu rumah ni. Luas super!

Kalau anak ramai, senang nak lari lari. Nak buat majlis kenduri pun senang.

Nak buat tahlil ke.

Cuba tengok bumbung rumah kat atas ni.


Besarnya ruang tamu rumah ni. Tile / Marmar belum pasang lagi


Inilah bumbung & syiling yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. 

  1. Bumbung ni tinggi lebih 10 kaki. Standard yang bagus, 10 kaki. Tapi untuk rumah ni kawan kontraktor buat dekat 11 kaki. Fuhh. Terbaik lah
  2. Bumbung ni lebih sikit. Jadi kalau hujan tak delah air masuk dalam rumah. 
  3. Syiling pun tinggi
Terbaik kan

Syiling yang tinggi akan buatkan rumah lebih sejuk.

Syiling tinggi akan beri kesan pada
  1. Pengudaraan rumah. 
  2. Rumah rasa lebih sejuk
  3. Tapi lagi tinggi syiling, makin banyak bahan binaan. Kos bertambah lah. (Jimat duit sekarang, atau kena pasang air cond kemudian hari? Pilihan kita)

Tapi

Semua bergantung pada kita juga, Nasa (Nama kontraktor ni) kongsi

Ada banyak jenis tuan rumah dengan pelbagai citarasa

Ada masa tu, cadangan dari kontraktor

Ditolak mentah mentah

Nak juga ikut rekaan yang ada dalam fikiran pelanggan.

Walau pun dah dinasihati, kesannya kemudian hari akan menyebabkan mudarat

Kalau dah macam ni, tak boleh buat apa kan

Kalau kontraktor ni bagi cadangan sebab nak duit saja, memang patut tak ikutlah kan

Tapi

Itu beza kontraktor yang bagus

Dan yang tak bagus. Sebab itu kontraktor yang bagus ni jadual dia penuh.

Pelanggan sanggup tunggu nak masuk giliran

Dan kami perhatikan, memang Nasa ni bagus

Sebab suami dah kenal lama

Dan ini pun rumah banglo atas tanah sendiri kedua yang suami masuk melawat binaan Nasa

kipas di ruang tamu
Syiling rumah dah siap. Kipas pun dah pasang di ruang tamu

3. Ada pengasingan untuk ruang tamu & ruang keluarga

Bila tetamu datang bertandang, apa yang paling susah nak jaga?

Aurat kaum wanita lah kan

Sebab tu penting

Masa nak buat rumah ni, kita pertimbangkan

Tetamu tak sepatutnya boleh nampak apa yang ada di ruang keluarga.

Jadi risiko untuk ternampak aurat pun terkawal kan

4. Rekabentuk rumah untuk elak pembaziran ruang

pandangan dari ruang tamu ke ruang keluarga
Ini laluan dari ruang tamu ke dapur
Susun atur rumah ni penting

Kalau bazir ruang, rugi duit. Sebab kos semua kita kira kaki persegi

Reka bentuk yang baik takkan bazirkan ruang

Ini 1 ruang untuk ke semua bilik di rumah ini

Tak bazir ruang.

Ini satu contoh rekabentuk yang bagus


Blik air antara 2 bilik
1 Bilik air yang dibina diantara 2 bilik tidur
Kita perasan banyak rumah yang di beli gunakan rekaan ini

Ini bagus sebab

Tak perlu ambil ruang lain di rumah untuk buat bilik air

Bilik air ni dah hampir siap

Atas permintaan pelanggan, rumah ni ada 4 bilik tidur

Dan 3 bilik air



5. Tips untuk lihat kepakaran tukang pasang marble tile (marmar)

hiasan di tile marble lantai
Tile marmar di anjung rumah dah siap di pasang

Masa lawatan tu nampak lawa je di mata kasar. Mata suami pun terang

Tak pakai cermin mata. 

Kalau tuan puan lihat gambar di bawah ni, boleh nampak tak apa apa yang tak kena?

Hmm?

Marble tile tu memang belum kilat lagi, maklumlah. Tengah bina lagi.

Belum polish

tips lihat kepakaran tukar pasang marmar tile

Dah tengok, ada perasan sesuatu?

Cuba lihat lagi, close up


tile marble tidak kemas
Hint: Cuba perhatikan marmar / marble tile yang hampir dengan dinding tu
Nampak kan?

Lebar marmar tu di potong tak sama saiznya.

Ini menunjukkan orang yang pasang tile tu tak berapa pandai. 

Memang tak sama

Kontraktor yang bagus akan uruskan soal kualiti.

Tak ada kompromi tau. Kalau upah tukang rumah. Pengalaman lepas sepahit kopi

Buat kerja cacamerba. Mengelat kuat

Serik la pula

Insyaallah ada rezeki lebih Allah beri, Kami nak minta kawan ni je lah buatkan


kurang kemas pemasangan tile marble
Sebelah atas tak kemas

tak pandai pasang tile
Perasan kan? Kami dapat tahu ni pun lepas Nasa tanya. Tak de benda nak di sembunyikan

6. Tile lantai jenis tidak licin untuk dapur & bilik air

Ini pun personal preferences

Ikut cita rasa masing masing. Mungkin ada yang setuju. 

Ada pula tak setuju kan

Di bawah ini gambar dapur. 

rekaan dapur untuk marble tile dapur
Tile kawasan dapur dan bilik air selalu licin kalau salah pilih
Dapur dan bilik air memang selalu berlaku kemalangan

Orang jatuh sebab lantai licin

Risiko ini kita boleh kurangkan

Kalau kita ambil kira dari awal semasa buat rumah.

Sebab tak semua tile di dicipta sama

Ada yang kena air sikit dah licin sangat. Ada pula yang kurang licin, permukaan tile bertekstur kasar untuk tambahkan geseran di permukaan

Jadi risiko untuk tergelincir ni lebih rendah

Maklumlah kan

Kita ni makin berusia, selalu dengar mak ayah yang dah tuan jatuh di bilik air semasa ambil wudu'

Atau kalau rajin tengok drama melayu

Selalu sangat

Ending drama nak bagi kita nangis, ada je orang jatuh. 

Hmm..

Tile dinding tak pe. Nak buah licin berkilat pun tak ada masalah

Macam dalam gambar di bawah ni

7. Bilik air & tandas mesti elak dari menghadap kiblat

Orang zaman dulu, kalau nak buat rumah mesti lihat kiblat dulu

Sebab kan makruh buang air dalam keadaan menghadap kiblat



Bilik air utama
Bilik air utama


Gambar bilik air utama
Bilik air utama ni bersambung terus dengan bilik tidur utama. Tak payah kongsi kongsi
Sekarang ni, mungkin tak ramai yang tahu

Beza antara orang berilmu 

Kan

Jadi, masa nak buat rumah tu

Pastikan mana kedudukan terbit dan terbenam matahari.

Senang nak reka pelan rumah bila dah tahu orientasi


8. Arah matahari sebelah petang jatuh dimana?

Sama macam panduan bina & beli rumah hari tu

Kalau bilik tidur kita berada di sebelah rumah yang terdedah pada matahari di petang hari

Besar kemungkinan memang panas lah rumah kita di malam hari

Terutama pada musim panas

Macam oven

Tapi

Apatah lagi kalau rumah kita di bina dari batu bata simen (pasir) yang berwarna putih

Siang hari serap haba.

Malam pula lepas haba.

Tu yang panas je.

Nak tak nak kena pasang air cond setiap masa. Bil api pun naik

Batu bata tanah liat yang berwarna merah lebih mahal

Tapi memberikan kesan insulasi haba yang lebih baik

Rumah pun lebih sejuk


9. Tempat khas untuk mesin basuh

Elok letak depan bilik air

Nampak gambar di bawah ni. 

Siap dah letak suis elektrik & tempat air keluar dari mesin basuh


Tempat letak mesin basuh depan bilik air
Tempat letak mesin basuh

10. Kedudukan kotak suis / Circuit breaker

Kotak fius ni, kalau rumah banglo memang besar lah.

Ini dia rupanya
kotak fius rumah banglo
Besar kotak circuit breaker ni

Kotak fius rumah kami pun kecil je

lagi besar rumah, makin besar keperluan elektrik kan

Kotak ni elok letak luar saja

Sebabnya

Kalau jadi apa apa senang nak tutup

Sebab dalam sesetengah keadaan, berlaku kebakaran contohnya

Atau kena sambar petir sampai kotak ni terbakar

Jika kotak ini di luar

Risiko percikan api tu tak menyebabkan kebakaran

Ataupun terkena objek seperti kain yang boleh menyebabkan kebakaran


kotak fius rumah banglo besar
Ada berapa banyak fius dalam ni?

Kenapa kena ada kotak fius yang besar macam ni ya

Sebabnya untuk rumah besar mesti ada banyak suis kan

Kalau kotak kecil, tak mampu nak tampung beban elektrik yang tinggi

Cuba perhati kan

Kipas dari depan sampai belakang ada berapa?


Kipas di syiling rumah banglo
Kipas ada banyak. Alat elektrik lagi.

Nanti nak pasang air cond lagi kan?


suis di dinding rumah banglo
Deretan suis. Kalau tak label boleh ingat ke?

11. Ruang untuk pasang kabinet

Biasa rumah banglo memang terus pasang kabinet.

Susun atur penting untuk kelihatan menarik


rekaan dapur untuk kabinet




pandangan dapur rumah untuk kabinet
Pandangan perspektif lain dapur

12. Bumbung kalau nak tahan pakai jenis genting

Kalau ada duit lebih, pakai sajalah atap jenis genting

Bukan jenis zink & logam

Sebab  tahan lama.

Dan lebih sejuk.

Bawah genting atap ni pun akan di letakkan lapisan penebat "insulator" untuk mengurangkan kepanasan rumah di sebabkan matahari



bumbung rumah jenis genting
Bumbung pandangan depan

Bumbung pandangan belakang
Hujan baru lepas turun, memang basah tanah merah tu
Berakhir lah sudah sesi lawatan ad hoc ke rumah banglo ni

Kami ada perhatikan juga kemasan simen dan lantai

Nampak semua kemas saja

Tak ada retak di dinding setakat ni

Tapi kalau ada pun jangan risau. Sebab kontraktor ni bagi jaminan 2 tahun

Kalau ada kerosakan kecil.

Mereka betulkan

FREE

Patutlah ramai orang cari kau ye Nasa.

Pandai jaga hati pelanggan. Hasilnya, tak payah buat marketing sangat pun

Dapat pemasaran percuma dari rekemendasi kawan kawan

Masa nak balik tu dah jam 5 petang

Banyak hasil lawatan pertama ni.


pekerja sampai hantar tile ruang tamu
Pekerja datang hantar barang
Pekerja kontraktor masih datang lepas jam 5 untuk sambung kerja


tile untuk ruang tamu 1
Best jadi bos ye. Bagi arahan je. (Sebenarnya pening kepala kat belakang orang tak nampak kan?)

Ok lah tuan puan

masih ingat lagi tak soalan kami di awal pos ni tadi

Agak agak berapa harga rumah ni?

Mula mula kami ingatkan RM320,000 paling kurang

Tapi sebenarnya, kosnya RM280,000

Sama tak dengan tekaan?

Pelanggan ni jimat banyak sebab

  1. Lokasi kontraktor dekat di Klang. Jimat duit logistik
  2. Bayar duit cash. Tak pakai loan bank atau gomen. Jadi pembayaran cepat. Dapat diskaun lagi
  3. Kontraktor ni ada projek lain di kawasan berdekatan. jadi boleh lagi jimat kos
Ini tips nak jimat kos bina rumah banglo. Pernah kami kongsikan tips pilih kontraktor rumah yang bagus disini

Dah baca belum

Kalau belum boleh baca.

Oklah, dah panjang lebar pos kali ni. Teruja sebenarnya.

Sebab pertama kali buat lawatan macam ni. Duitnya belum cukup lagi

Tapi

Kan hukum alam

Bila kita usaha cari ilmu & sentiasa usaha

Pasti Allah swt akan bukakan jalan. Orang putih pun kaji dan faham tentang "Law of Attraction"

Dan dalam islam sendiri ada dinyatakan


Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ï·º bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,

Ø£َÙ†َا عِÙ†ْدَ ظَÙ†ِّ عَبْدِÙ‰ بِÙ‰



“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).



Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya.



Hadis sahih tingkat paling tinggi tau. Dipersetujui oleh 2 ulama hadis muktabar. Imam bukhari & muslim

Dah janji dengan Nasa

Lepas ni nak ikut pergi site banglo di Shah Alam pula. 

Insyaallah kalau jadi nanti kami update. 

Jumpa lagi


Kalau tuan & puan nak kontraktor yang bagus. Call En Fairul, Staf pemasaran Nas Nuri Construction.

No Telefon Fairul : 019-348-7372
Boleh tanya dengan Fairul langkah langkah membina rumah banglo sendiri dari A hingga Z.

Previous Post Next Post

Contact Form