11 Pencuci muka lelaki [HENSEM] Pilihan jejaka berjaya!

Banyaknya pilihan pencuci muka untuk lelaki! Tapi.. Mana yang paling bagus?
Pencuci muka lelaki sejati




Ramai orang lelaki yang kurang mengambil tahu soal penampilan. Nak pakai pencuci muka pun main beli saja, tanpa memikirkan jenis kulit & produk yang sesuai.

Malah, ada yang basuh muka menggunakan sabun mandi saja. 

Ini selalunya menyebabkan masalah kulit yang dihadapi menjadi semakin buruk. Terutama untuk kulit sensitif.

Benar, menggunakan sabun lebih baik daripada tidak menggunakan langsung produk pencuci muka.

Sabun mandi akan mengeringkan kulit wajah kita dan boleh menghilangkan minyak semulajadi yang diperlukan untuk membuatnya nampak sihat & tidak kering.

Memilih pencuci muka yang betul untuk kulit lelaki akan memberi manfaat luar biasa kepada penampilan kita.



Pencuci Muka Lelaki yang terbaik di pasaran Malaysia!

Jadi kali ini kami akan berkongsi tentang pencuci muka lelaki yang ada di pasaran untuk pilihan anda. Boleh baca artikel tentang skincare routine yang baik di sini.

Tak kiralah untuk kegunaan sendiri, ataupun untuk panduan isteri membeli produk yang sesuai untuk ubat masalah jerawat suami masing masing.

Berikut adalah senarai produk pencuci dan pembersih muka terbaik yang terdapat di pasaran. Jenama ada banyak, cetaphil, biore & lain lain.

Klik link pencuci muka di atas.

1. Pencuci Muka Lelaki Jenama Nivea.

Pencuci muka Nivea untuk lelaki ialah..

a. Nivea men extra whitening pore minimiser facial foam.

Mengurangkan bintik gelap & mencerahkan kulit.
  • Formula yang berkesan kini lebih baik dengan Whitinat Vita Complex Plus * yang mengandungi 10 nutrien. 
Pencuci muka lelaki Nivea men extra whitening pore minimiser facial foam

Di bawah ini adalah kebaikan pencuci ini untuk kulit yang lebih cerah & liang roma lebih sihat.
  • Mencuci & menghilangkan kekotoran secara mendalam untuk kulit yang lebih cerah.
  • Mengurangkan minyak & kotoran yang berlebihan di permukaan kulit.
  • Mengurangkan minyak yang menjadikan kulit berkilau.
  • Membuka liang roma yang tersumbat & mencegah bintik hitam.
  • Menyegarkan semula kulit yang rosak & kelihatan kusam. 
  • Menggalakkan pertumbuhan semula kulit 
  • Mengecilkan liang-liang roma supaya kulit nampak lebih halus.
  • Menghalang kulit dari kering & tegang
  • Kulit kelihatan lebih licin & sihat.
Bahan bahan.
Aqua, Potassium Myristate, Propylene Glycol, Potassium Palmitate, Potassium Stearate, Glycerin, Potassium Laurate, PEG-150, PEG-8, Glyceryl Stearate, 4-Butylresorcinol, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Glyceryl Glucoside, Ginkgo Biloba Leaf Extract, Panax Ginseng Root Extract, Sodium Ascorbyl Phosphate, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Magnesium Chloride, BHT, Cera Alba, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Trisodium EDTA, Potassium Arachidate, Potassium Oleate, Parfum
Harga pencuci ini untuk saiz 100g ialah sekitar RM14. Harga mungkin berubah mengikut promosi & tempat pembelian.



b. Nivea men extra whitening pore minimiser volcanic mud foam

10 formula nutrien kulit dengan teknologi lumpur gunung berapi, Whitinat Vita Complex Plus untuk kulit licin, segar dan mencerahkan.
  • Membersihkan & menghilangkan kekotoran secara mendalam.
  • Kesan anti silau yang tahan lama.
  • Mencegah & mengurangkan jerawat
  • Membantu mengeluarkan bintik hitam & bintik putih.
  • Membuka dan membersihkan liang roma.
  • Mencerahkan kulit.
  • Mengurangkan bintik gelap & parut jerawat batu.
  • Menghalang kulit daripada kelihatan kusam.
  • Menyegarkan kulit
pencuci muka lelaki Nivea men extra whitening pore minimiser volcanic mud foam

10 formula nutrien kulit dengan teknologi Mud Volcanic, Whitinat Vita Complex Plus untuk kulit licin, segar dan cerah.

Bahan bahan.
Aqua, Glycerin, Potassium Myristate, Potassium Palmitate, Potassium Stearate, Potassium Laurate, Glyceryl Stearate, PEG-8, Cera Alba, Menthol, 4-Butylresorcinol, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Carnitine, Sodium Salicylate, Fucus Vesiculosus Extract, Magnesium Chloride, Calcium Carbonate, Acrylates Copolymer, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Potassium Arachidate, Potassium Oleate, Caprylic/Capric Triglyceride, Trisodium EDTA, Parfum, CI 77266, CI 61570, CI 16035, CI 10316

Harganya di pasaran sekitar RM16 untuk saiz 100g.



c. Nivea men total anti acne foam


Perangi jerawat batu & masalah kulit berminyak.

Magnolia Bark Extract yang berfungsi bersama dengan Kompleks Aktif Kawalan minyak (L Carinitine, White Tea & Natural Menthol) membantu memerangi jerawat dan masalah kulit berminyak. 

Pencuci muka lelaki Nivea men total anti acne foam

Bahan bahan.
Aqua, Glycerin, Potassium Myristate, Potassium Palmitate, Potassium Stearate, Potassium Laurate, Glyceryl Stearate, PEG-8, Cera Alba, Magnolia Officinalis Bark Extract, Carnitine, Menthol, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glyceryl Glucoside, Acrylates Copolymer, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Potassium Arachidate, Potassium Oleate, Alcohol Denat., Trisodium EDTA, Parfum, CI 42090, CI 47005

Saiz pencuci muka ini adalah 100g. Harga di pasaran sekitar RM14.00.


d. Pencuci muka Nivea men oil control foam.

Formula pembersihan yang berkesan dengan buih yang mengandungi unsur kawalan minyak (Carnitine) dan Garcinia Cambogia. Atasi 10 masalah utama kulit berminyak.
Pencuci muka Nivea men oil control foam.

  • Membersihkan kulit secara mendalam untuk menghilangkan kotoran dan minyak yang mengakibatkan jerawat. 
  • Menghilangkan silau kulit berminyak.
  • Menyingkirkan sebum & mengawal pengeluaran minyak. 
  • Membantu menghalang bintik putih. 
  • Membantu mencegah jerawat komedo. 
  • Membuka dan membrsihkan liang liang roma. 
  • Tidak menyebabkan kulit menjadi kering.
  • Melicinkan dan menyegarkan kulit.

Bahan bahan.
Aqua, Gliserin, Potassium Myristate, Potassium Palmitate, Potassium Stearate, Potassium Laurate, Glyceryl Stearate, PEG-8, Cera Alba, Ekstrak Buah Garcinia Cambogia, Carnitine, Aluminium Chlorohydrate, Acrylates Copolymer, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Potassium Arachidate, Potassium Oleate, Trisodium EDTA, Parfum, CI 42090, CI 47005

2. Pencuci Muka Untuk Lelaki Jenama Safi.

Pencuci muka Safi untuk lelaki ialah..


Sebelum ini, kami pernah ulas jenis jenis pencuci muka keluaran Safi. Dan ini termasuklah untuk lelaki.

pencuci muka lelaki safi

Secara ringkas, terdapat 3 pilihan pencuci muka khas untuk lelaki dari Safi iaiti
  • Acne buster pore minimiser facial wash
  • Dynamic white deep cleansing facial wash
  • Oil control clay detoxifying facial wash
Boleh klik sini untuk baca artikel cleanser Safi tersebut.



3. Pencuci Muka Untuk Lelaki Jenama Shaklee.

Pencuci muka Shaklee untuk lelaki ialah..

Pencuci muka Shaklee Luminous Gel Oil Cleanser shaklee youth.



Pencuci muka Shaklee YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser


Mesti ramai orang di luar sana ingatkan produk ini sesuai untuk wanita sahaja.

Hakikatnya, pencuci muka terbaik dari Shaklee ini sesuai di gunakan oleh lelaki & wanita.

Pencuci Youth Shaklee di reka khas 100% berasaskan tumbuhan. Selamat di gunakan untuk pelbagai jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Kelebihan pencuci muka Shaklee ini pernah ibu kongsikan di sini.

4. Pencuci Muka Untuk Lelaki Jenama Garnier.

Pencuci muka Garnier untuk lelaki ialah..

a. Garnier Men powerwhite brightening foam.

Kan senang kalau boleh cuci muka sambil cukur misai dan janggut. Betul kan?

Sebab itu pilihan bijak untuk mencuba pencuci muka Garnier Men PowerWhite Brightening Foam.

Pencuci muka lelaki garnier powerwhite brightening foam


Produk yang mempunyai 2 fungsi dalam 1 ini bukan saja akan menjimatkan masa, malah memberikan kesan memuaskan pada kesihatan kulit.

Ia membantu menghapuskan kotoran & minyak yang degil di permukaan kulit sambil pada masa yang sama berfungsi sebagai krim pencuckur.

Produk ini diformulakan untuk memberikan sensasi nyaman selepas mencukur &mendedahkan kulit yang sangat bersih dan licin selepas cukuran.

Telah di uji untuk kulit orang asia.

Harga untuk saiz 100 mL ialah RM15.

Bahan-bahan
Aqua / Air, Gliserin, Asam Myristic, Asid Stearic, Asid Palmitik, Potassium Hydroxide, Acid Lauric, Butylene Glycol, Sorbitol, Glyceryl Stearate SE, PEG-8, Parfum / Fragrance, CI 42090 / 4, Asid Salicylic, Limonene, Menthol, Linalool, Benzyl Salicylate, Benzyl Alkohol, Kaolin, Perlite, Tetrasodium Edta, Methylisothiazolinone, Alumina, Hexyl Cinnamal

b. GARNIER Men Turbo Light Oil Control Cooling Foam.

Pencuci muka Turbo light oil control ini di reka khas untuk membersihkan kulit muka lelaki & menghilangkan minyak berlebihan untuk penampilan yang bersih & kemas.

Cara menggunakan:
  1. Sapukan pencuci muka ini pada kulit muka yang telah di bilas dengan air terlebih dahulu.
  2. Urut lembut dengan hujung jari & elakkan kawasan mata. 
  3. Bilas sekali lagi dengan air untuk mencuci sisa sabun di kulit. Gunakan setiap hari untuk kesan terbaik.



Harga untuk saiz 100 mL ialah RM15. Bandingkan harga untuk dapat tawaran terbaik.

Bahan-bahan
Aqua / Air, Glycerin, Asam Myristic, Asam Palmitik, Asam Stearic, Kalium Hidroksida, Asam Laurik, Butylene Glycol, Sorbitol, Glyceryl Stearate SE, Kaolin, Perfume / Fragrance, Cl 77266 / , Menthol, Tetrasodium EDTA. (FIL B36786 / 1)

c. Pencuci Muka Garnier Men Acnofight Acne Foam.

Pencuci muka Acno Fight Foam di reka untuk melawan 6 tanda tanda jerawat di kulit lelaki setiap hari. 

pencuci muka lelaki Garnier Men Acnofight Acne Foam


Produk ini diperkaya dengan herba tradisional pembaikan semula & pembersihan Asid salicylic.

Setiap kali kita mencuci muka dengannya, kesan penyejukan pencuci ini bersama sama dengan manik mikro lembut akan membantu mengurangkan minyak, jerawat, bintik hitam, & membersihkan liang-liang roma.

Cara menggunakan.
  1. Gunakan setiap hari pada kulit muka yang basah. Sapu rata & urut dengan perlahan menggunakan hujung jari di sekitar kawasan zon T seperti dahi, hidung dan dagu.
  2. Seperti biasa, elakkan kawasan mata.
  3. Setelah selesai, bilas bersih tanpa meninggalkan sisa.


Harga pencuci Acno fight untuk lelaki di pasaran sekitar RM14 untuk isipadu 100mL.


Bahan-bahan
Mengandung Asid Salicylic dan Pembaikan Herba

5. Pencuci Muka Untuk Lelaki Jenama Biore.

Pencuci muka Biore untuk lelaki ialah..

a. Biore Men's Acne & Oil Block Facial Foam 100g

Pencuci muka Biore Acne & Oil Block di formula dengan bahan anti bakteria penyebab jerawat.


pencuci muka lelaki biore Men Acne & Oil Block Facial Cleanser


Ia akan membersihkan kotoran secara aktif, dan melindungi muka kita dari  masalah jerawat di dahi & juga di kawasan pipi.

Produk ini Ia juga mengandungi agen penyerap minyak unggul yang berfungsi secara berterusan mengawal sebum, menjaga kulit kita supaya bersih & bebas minyak.

Harga untuk pek 100g di pasaran adalah sekitar RM13.

kemudian


b. Biore Men Double Scrub Acne Solution 100g

Pencuci Mukan Biore Men's Double Scrub Facial Foam Acne Solution

Pencuci wajah ini dirumus dengan teknologi skrub terkini dari Jepun yang membolehkannya menyelinap jauh ke dalam kulit untuk membersihkan liang roma.

  • Sangat bagus dicuba oleh mereka yang mempunyai kulit yang senang naik jerawat.
  • Formula anti bakteria akan berfungsi dengan berkesan untuk mengawal jerawat yang disebabkan oleh bakteria & liang tersumbat akibat dari minyak dan kotoran berlebihan.
  • Gunakan sentiasa supaya mengembalikan kecantikan kulit & mengurangkan masalah jerawat & bintik gelap.


Harga untuk saiz 100g ialah RM13.


Kesimpulan tentang pencuci muka untuk lelaki.

Terdapat banyak produk pencuci wajah di luar sana untuk orang lelaki. Boleh cuba & pilih yang mana paling sesuai & serasi dengan kulit sendiri. Nak jenama murah ada. Jenama mahal pun ada.

Baca lebih lanjut tentang jenis pencuci muka terbaik yang ada di pasaran.
Tepuk dada tanya bajet. Yang penting kita istiqamah jaga kebersihan diri setiap hari.





11 Pencuci muka lelaki [HENSEM] Pilihan jejaka berjaya! Reviewed by Mama Hakim on May 28, 2018 Rating: 5

20 comments:

  1. Memang betul pun Mama, orang lelaki jarang nak jaga bahagian ni. Bagus juga ada pencuci muka lelaki dari banyak jenama.

    Boleh pilih mana yang sesuai dengan kulit kan

    ReplyDelete
  2. Bolehlah Maznee belikan untuk suami. Orang lelaki memang banyak berpeluh. Maklumlah banyak kerja di luar

    ReplyDelete
  3. Banyak juga pilihan pencuci muka untuk suami kan. Suami Ibu jarang pakai pencuci muka tapi muka tak pula naik jerawat. Kulit lain lain kan.

    Ada jenis lasak. Ada pula yang sensitif

    ReplyDelete
  4. Pencuci muka lelaki dengan perrempuan banyak bezanya. Untuk lelaki tekstur lebih kasar dari perempuan kan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian. Banyak juga pilihan pencuci muka untuk lelaki yer. Bukan perempuan jer yang jaga kulit wajah, lelaki pon sama juga ☺

    ReplyDelete
  6. Banyak pencucimuka lelaki dekat luar sana..kena pandai pilih..tapi orang laki ni pakai apa pun dia tak naik jerawat muka..haaha..suami pakai garnier punya

    ReplyDelete
  7. Lelaki yang lasak macam saya ni memang selalu hadapi masalah kulit berminyak, penting untuk pakai pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit

    ReplyDelete
  8. Laa ingtkn pmpuan je ada cleanser ni..hehhe.. Laki pon byk... Tp btullah xsmua laki menitikberatkan soal penjagaan muka mereka... Tp klo yg jaga tu pehhh mulus je kulit..hehehe..

    ReplyDelete
  9. Orang lelaki dan perempuan zaman sekarang ni memang beri banyak penekanan pada penampilan luaran. Pelanmpilan dan keindahan akhlak pun mesti seiring

    ReplyDelete
  10. Banyak sebenarnya pilihan pencuci muka untuk lelaki. Tapi kalau dah malas nak cuci tu pakai la pencuci apa pun huhu. Ada sesetngah lelaki tu pencuci muka lain sabun mandi lain dan ada yang buat sabun mandi tu pencuci muka haha.

    ReplyDelete
  11. Husband liez guna nivea volcanic..dia tak pernah tukar sbb dah serasi.. klau pakai brand lain mmg mula la muka dia gatal

    ReplyDelete
  12. Macam say salu guna Garnier. Tapi alhamdulillah sebab takde masalah kulit muka Dan guna untuk hilangkan minyak je

    ReplyDelete
  13. Wahhh!! Banyak betul pilihan pencuci muka khas utk lelaki sekarang ya.. utk tampil smart n bergaya, kaum lelaki sekarang kena rajin la cuci muka.. baru awek2 kat luar sana buka mata skit..

    ReplyDelete
  14. Pernah pakai 2,3 jenama sebelum ni..bukan tak sesuai, tapi saje nak tukar..mujur kulit muka saya bukan jenis sensitif

    ReplyDelete
  15. Alamak. Yang Rawlins pakai takde dalam senarai - maka adakah ini bermakna Rawlins tak bergaya dan hensem? Huhu. Almaklum kulit muka sensitif maka pakai yang sesuai je yakni Marine Essence Beauty Bar

    ReplyDelete
  16. Memang banyak pilihan pencuci muka diluar sana. Range produk utk lelaki pon sangat banyak skrg nie. Tinggal pilih ke. Okay thanks for the details. Nak survey skrg

    ReplyDelete
  17. Memnag banyak pikihan pencuci muka lelaki rupanya. Haha..ingatkan tiada pilihan. Sebab I was wonder, my husband dont even have a facial cleanser since we're getting masrried. Ahaks. Cuci guna sabun badan je kot.

    ReplyDelete
  18. Bagus info ni..bolehlah sis suggestkan produk ni untuk anak bujang sis nanti. Dia pun jarang nak jaga muka..pakai je sabun mandi kat muka hebehe

    ReplyDelete
  19. Lelaki pun kena cuci muka untuk buang kotoran diwajah. Adik lelaki Ika guna Garnier. Dia suka dengan GArnier produk. Dia kata best guna. MUka pun jarang naik jerawat jika selalu cuci muka.

    ReplyDelete
  20. Suami saya pkai garnier man..muka dia berminyak..bila pakai tu ok la skit kan

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Nikmatterbaik

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.