Anda sedang mencari pelan rumah 2 tingkat untuk didirikan di atas tanah yang mempunyai permandangan menarik? Ini rekaan banglo 5 bilik yang terbaik untuk tapak tersebut!
Ramai dari kita memasang impian untuk membina rumah impian dengan permandangan yang indah.
Mungkin sebab itu kita telah membeli tanah di tanah tinggi seperti di Janda Baik Pahang, ataupun di persisiran pantai Melaka sebagai tapak.
Banglo di kawasan ini biasanya boleh dijadikan rumah resort untuk percutian hujung minggu.
Sebab itu, pemilihan pelan rumah yang sesuai dapat memanfaatkan keindahan suasana yang ada untuk dinikmati penghuni rumah ini sepenuh masa.
Mama kongsikan di bawah 1 contoh reka bentuk rumah banglo 2 tingkat yang menepati ciri ciri tersebut.
Hadamkan panduan pelan banglo 2 tingkat 5 bilik ini, serta kesannya pada pinjaman perumahan & servis interior designer di Malaysia. Anda dijamin akan
- Mendapat pelan lantai skematik 2D & 3D untuk rumah banglo mewah 2 tingkat dengan 5 bilik tidur.
. - Memahami cara untuk mengelakkan plan rekabentuk rumah yang disediakan bagus aspek rekaannya.
. - Mengelakkan pelan rumah kita terlebih bajet.
.
Contoh plan rumah banglo 2 tingkat yang memanfaatkan permandangan alam semulajadi!
Ada dari kita tidak kisah mengeluarkan belanja tinggi untuk membeli tanah yang cantik kedudukannya.
Rumah yang dibina di atas tapak tanak ini perlulah mengambil kira kelebihan bentuk muka bumi yang ada, contohnya kawasan berbukit dengan permandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.
Pelan rumah banglo moden di atas menggunakan konsep menghargai alam sekitar.
Rumah yang dibina di atas tapak tanak ini perlulah mengambil kira kelebihan bentuk muka bumi yang ada, contohnya kawasan berbukit dengan permandangan matahari terbenam yang mengasyikkan.
Baca ini jika anda masih belum jelas tentang pelan banglo: Tips sebelum membeli pelan rumah banglo dua tingkat! Elak rugi kos penyelenggaraan yang tinggi selepas rumah siap.
Pelan rumah banglo moden di atas menggunakan konsep menghargai alam sekitar.
- Gambar di atas adalah untuk tingkat bawah. Dapat kita perhatikan penggunaan tingkap dan pintu yang bersaiz besar.
Ini dilakukan untuk memberikan pengudaraan secara semula jadi yang lebih baik & menjadikan udara di dalam rumah lebih segar & menyihatkan.
Tingkap yang besar membenarkan cahaya matahari masuk ke rumah & menerangi ruang di dalam rumah.
Ini akan mengelakkan rumah kelihatan suram & sentiasa kelihatan berseri seri. Ia juga akan mengurangkan kos elektrik kerana kurang lampu perlu di buka semasa siang hari.
Menjadikan rumah kita lebih mesra alam.
.
- Rumah ini juga mengasingkan ruang keluarga di tingkat 1, & ruang tamu di tingkat bawah.
Memudahkan kita untuk menjaga aurat ahli keluarga wanita dari tetamu yang bertandang.
. - Luas keseluruhan rumah banglo ini yang terdiri daripada 5 bilik tidur, 5 bilik air dan ruang lain ialah 5815 kaki².
- Rekaan bumbung banglo ini tidak mempunyai pertemuan dua bumbung yang mempunyai bentuk seperti longkang kerana risiko untuk bumbung bocor lebih tinggi.
.
Bagaimana pemilihan pelan rumah 2 tingkat mempengaruhi pinjaman perumahan kita?
Membina rumah banglo 2 tingkat memang mempunyai banyak kelebihan, tapi banyak juga yang perlu kita pertimbangkan sebelum mendapatkan khidmat pelukis pelan.
Di bawah ini Mama senaraikan faktor faktor tersebut.
- Berapa belanja yang kita mampu keluarkan untuk membina rumah?
Pembinaan rumah 2 tingkat memakan belanja yang lebih besar dari kediaman setingkat. Memang kena sediakan belanja lebih.
. - Adakah kita menggunakan pembiayaan tunai ataupun pinjaman perumahan dari LPPSA / Bank?
Jika kita menggunakan duit tunai, urusan pembinaan rumah tidak serumit menggunakan pembiayaan dari pihak ketiga seperti badan pinjaman perumahan kerajaan & bank.
. - Pastikan kita menggunakan islamic financing untuk pembinaan rumah (home financing). Barulah rumah yang dibina berkat dunia akhirat.
Sekarang ni, terdapat pilihan untuk menggunakan pembiayaan yang patuh syariah, ataupun yang berasaskan riba' yang semestinya menindas kita sebagai peminjam.
Menjadi kewajipan kepada kita umat islam untuk memilih yang halal & bebas riba.
Instrumen pembiayaan islam telah menjadi pilihan mereka yang celik kewangan, termasuklah dari mereka yang bukan islam kerana terma yang lebih adil & tidak berat sebelah.
Tetapi, kita masih perlu memahami syarat syaratnya dengan teliti sebelum memilih bank yang menepati kehendak kita.
. - Adakah pelukis pelan / arkitek yang melukis pelan rumah kita boleh mereka rumah yang setara dengan bajet kita?
Kebanyakan arkitek tidak mampu menganggarkan harga binaan rumah sebenar, melainkan kita melibatkan kontraktor sejak peringkat awal rekabentuk rumah.
Pastikan kita melibatkan kontraktor yang dipercayai sejak peringkat awal lagi.
. - Apa yang berlaku jika plan kediaman 2 tingkat yang kita telah siapkan & mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan sebenarnya melebihi bajet?
Dalam kes ini, sama ada kita cari sumber pembiayaan lain untuk cukupkan harga untuk binaan rumah tersebut.
Ataupun kita boleh ubah pelan rumah untuk bajet yang setara dengan kemampuan kita.
Kesannya, kita terpaksa mengeluarkan belanja permohonan PBT semula untuk pelan rumah baru. Kan dah membazir duit.
.
Pelan lantai banglo 2 tingkat 5 bilik.
1. Pandangan depan.
2. Pandangan sisi kiri.
3. Pandangan belakang.
4. Pandangan sisi kanan.
Cadangan rekaan dalaman dari idea Interior Designer Malaysia.
Orang perempuan macam Mama ni cukup cerewet soal dapur. Dapur mesti cantik, baru semangat nak masak sedap sedapkan!
Di bawah ini Mama kongsikan ruang wet kitchen yang telah mendapat sentuhan interior designer.
Di bawah ini pula ilham untuk ruang dry kitchen dari interior designer yang sama.
Mama suka pilihan warna biru tu, sejuk mata memandang. Kita boleh berikan input pada pereka dalaman, kitchen cabinet macam mana kita nak kan.
Nanti mereka akan berikan cadangan berdasarkan citarasa kita.
Kalau kita perhatikan, kebanyakan restoran makanan segera menggunakan warna panas seperti merah & oren pada kedai mereka untuk menggalakkan pelanggan teruja makan banyak.
Rumah sendiri kalau cat dapur warna merah, habislah. Mesti keluarga kita asyik lapar je. Warna lembut macam biru & hijau lebih Mama suka. Nampak tenteram & mendamaikan je.
Nak duduk dapur lama lama pun rasa best je.
Di bawah ini pula cadangan hiasan dalaman untuk bilik air. Kombinasi warna gelap & terang.
Warna tile yang gelap pada sesetengah kawasan boleh mengurangkan perubahan warna yang menyakitkan mata dikemudian hari.
Ruang tamu, tempat keluarga & tetamu bersembang & meluangkan masa beramah mesra untuk rumah ini mempunyai void area.
Void area ni buatkan kawasan ruang tamu nampak luas.
Bagaimana jika anda berminat dengan pelan rumah di atas, tapi nak ubah ikut kesesuaian sendiri?
Apa yang Mama berikan di atas hanyalah contoh sahaja. Jika anda berminat dengan pelan rumah di atas, tetapi inginkan sentuhan peribadi untuk disesuaikan dengan citarasa sendiri.
Mama rekemenkan anda untuk mendapatkan khidmat pelukis pelan bertauliah. Ataupun hubungi kontraktor rumah banglo berpengalaman seperti Nas Nuri Construction yang mempunyai arkitek sendiri.
Insyaallah, mereka dapat membantu melukis pelan banglo yang memenuhi taste kita, dan pada masa yang sama bersesuaian dengan bajet. Dan boleh buat rumah tu sampai siap lagi.
Akhir kata tentang pelan rumah banglo 2 tingkat lima bilik tidur.
Sekiranya kita mempunyai tanah yang terletak di kawasan yang cantik, dan kita pun memang suka menikmati keindahan alam semulajadi. Rugi jika kita bina rumah yang tidak memanfaatkan kelebihan yang ada.
Bayangkan, setiap kali kita pandang keluar dari jendela rumah terus dapat menatap permandangan matahari terbit & terbenam dari atas bukit.
Sebab itu, pilihlah plan yang sesuai sebelum dapatkan pinjaman perumahan kerajaan & bank. Pastikan pembiayaan islamik baru berkat & diredhai Allah SWT.
Jika anda ada sebarang soalan, dan atau ingin berkongsi pengalaman boleh manfaatkan kemudahan ruang komen di bawah. Jumpa lagi.