11 Ubat kencing manis tradisional! Cara kampung untuk kawal gula

Ubat kencing manis tradisional


Kencing manis memang dah jadi masalah besar.

Bukan saja di negara kita, malah di seluruh dunia. 

Walaupun segala macam ubat kencing manis dah dikeluarkan, masih belum ada lagi penawar yang mujarab untuk menyembuhkan sakit ini.

Tak hairanlah, semakin ramai yang mencari perubatan alternatif. Dan kita boleh perhatikan fenomena ini di seluruh dunia.

Dan salah satu caranya ialah melalui makanan yang kita ambil seharian.

Tapi, bila di fikirkan semula.

Kenapa penyakit ni tak menular dari dulu lagi, hanya di zaman moden yang perubatan sains serba maju? Terutama di bandar moden seperti KL yang kaya dengan tempat makan sedap. (Cuba baca senarai kedai makan sedap di Kuala Lumpur yang ibusyurga.blogspot.com buat ni. Tak terliur nak cuba?)

Tak sangka ya! Banyak makanan yang atuk nenek kita amalkan bagus untuk kawal gula. Teruskan baca sampai habis




Apakah ubat kencing manis secara tradisional yang di amalkan untuk kawal paras gula?


Penyakit kencing manis puncanya memang di sebabkan pengambilan makanan manis secara berlebihan. Malah dari kajian terkini, gula yang tinggi dalam darah dikaitkan dengan masalah jerawat di dagu. (Baca lebih lanjut tentang kaitan gula tinggi & masalah jerawat batu)

Jadi, masalah ini juga boleh diperbaiki dengan mengamalkan makanan yang sihat dalam hidup seharian.

Perubahan positif dalam penyakit kencing manis dapat dilihat melalui
  • Perubahan gaya hidup meliputi amalan diet yang seimbang.
  • Pengambilan suplemen semula jadi yang boleh menstabilkan tahap gula darah. (Ada banyak suplemen di luar sana untuk kencing manis. Ada yang murah. Ada juga yang mahal seperti shaklee, harga vivix memang mahal! Lebih baik jaga kesihatan.)
  • Mengamalkan herba yang menurunkan gula darah. 

Bukan sahaja cara alternatif ini lebih selamat, tetapi juga lebih menjimatkan dan mesra poket kita. Tak perlukan kelengkapan canggih pun. Paling penting, bacaan paras gula darah normal dapat di kekalkan untuk kesihatan tubuh. (Baca makanan yang bagus diamalkan setiap hari sebagai rawatan tradisional mengawal kencing manis!)

Nikmat kesihatan pinjaman Allah wajib disyukuri dan di jaga. Ini tanda kita bersyukur.

Pinjaman duit beli rumah dan kereta boleh bayar, pinjaman kesihatan kalau tak jaga, dah sakit nanti merana.

Paras gula darah yang tidak menentu boleh menjejaskan keupayaan tubuh untuk berfungsi dengan normal dan menyebabkan komplikasi jika dibiarkan tidak terkawal. (Baca tanda dan gejala awal kencing manis. Beringat sebelum parah!)
Sesetengah herba dan rempah yang terdapat di alam semulajadi mempunyai khasiat  luar biasa dalam menurunkan paras gula darah secara semulajadi.

Herba yang berasal dari tumbuhan hijau seperti sayur sayuran.

Dan rempah pula dari bahagian tumbuhan tumbuhan berdaun, seperti akar, batang, kulit atau biji.

Ini menjadikan herba ini kawan baik untuk pesakit kencing manis. Report kita pun cantik dan terkawal.

Selain khasiatnya untuk kencing manis, herba ini juga mempunyai kebaikan lain untuk kesihatan badan kita jika di ambil secara sihat.)

Dan semestinya tidak berlebihan. Jadi tanamlah di rumah kita herba dan rempah ini macam nenek moyang kita dulu.

Senang nak guna. Atau lawati taman botani di Bukit Cerakah Shah Alam, di sana ada taman rempah ratus yang terangkan khasiat herba herba ini untuk kesihatan. Bagus tau. (Baca review di blog Sukamakanjalan tentang bukit cerakah.)


Ubat kencing manis tradisional berasaskan rempah & herba? Ini senarai 11 paling popular di seluruh dunia!


Di bawah ini Mama sertakan beberapa herba dan rempah ratus yang kita boleh dapati dengan mudah di rumah kita dan mempunyai kebaikan untuk kencing manis. 

Ubat kencing manis paling berkesan tradisional yang di gunakan di rumah di seluruh dunia. 



peria katak untuk kencing manis

11. Peria Katak.

Sayur yang terkenal dengan rupa hodoh, berkulit menggerutu seperti katak puru ini memang di kenali ramai dengan rasanya yang pahit. Tetapi khasiat peria katak untuk kencing manis memang banyak!

Sehingga banyak kajian saintis di seluruh dunia dilakukan untuk membuktikan dakwaan ini. Baca lebih lanjut tentang kebaikan peria katak untuk ubat kencing manis di sini!



kayu manis Ubat kencing manis tradisional
Kayu manis sebagai ubat kencing manis alternatif. Sumber: Pinterest

10. Rempah Kayu manis

Orang Malaysia cukup suka masukkan rempah kayu manis dalam masakan. Masak kari, masak kicap dan sebagainya. (Sumber Healthline.com)

Rasa dan aroma masakan menjadi begitu berbeza dan menyelerakan dengan ada rempah kayu manis.

Orang barat lagi advance dalam penggunaan kayu manis, segala macam produk ada perisa kayu manis. Dari ais krim, biskut, cip kayu manis sebagai manisan pun ada.

Ada yang buat pencuci muka dan skrub lagi. Oklah tu, rajin buat sendiri produk organik. Mama yang kurang rajin ni cuci muka pakai Safi pun dah ok.

Rempah ini mempunyai kebaikan untuk pesakit kencing manis. Malah telah di gunakan sebagai ubat kencing manis tradisional di seluruh dunia.

Antara kebaikan kayu manis untuk kencing manis ialah
  • Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal Of The American Board of Family Medicine (ABFM), kayu manis menurunkan HbA1C dalam badan kita dengan baik.
  • Rempah kayu manis mempunyai kesan positif terhadap kawalan gula dan lemak pada pesakit dengan jenis diabetes 2 dengan meningkatkan sensitiviti insulin & kawalan glukosa darah. 
  • Kayu manis mengandungi 18% kandungan polifenol dalam berat kering. 
  • Mengambil kayu manis boleh menjadi berguna untuk menurunkan serum HbA1C pada pesakit kencing manis jenis 2.

Daun kari Ubat kencing manis tradisional
Daun kari sebagai rawatan tradisional untuk kencing manis. Sumber: Organicfacts.net


9. Rempah Daun Kari.

Sebut pasal kari, siapa yang tak suka makan kari. Rempah yang berasal dari india ini sangat di gemari ramai manusia di seluruh dunia. Siang malam makan kari.

Termasuklah keluarga Mama. Resepi kari juga ada pelbagai, dan kari orang melayu di tambah santan untuk rasa lemak dan berminyak. 

Makan sesekali ok lah kan.

Makan selalu, habislah muka berminyak. Senang naik jerawat batu. Dah tak licin macam dulu.

Sebut tentang daun kari, khasiatnya untuk kencing manis sangat banyak. (Baca lebih lanjut tentang punca rawatan kencing manis anda kurang menjadi!)
  • Daun kari membantu menstabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat.
  • Kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan 
    • Daun kari mengandungi fitokimia.
    • Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit Diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis. 
  • Kajian yang dilakukan ke atas tikus yang menghidap kencing manis & diberikan daun kari sebanyak 12gm setiap hari selama 30 hari berterusan menunjukkan hasil yang positif.
    • Kajian ini menunjukkan daun kari membantu pesakit kencing manis dengan mempengaruhi metabolisme karbohidrat 
    • Memperbaiki fungsi hati dan buah pinggang. 
    • Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pankreas, sehingga meningkatkan fungsi insulin.



Halia Ubat kencing manis tradisional
Halia bagus untuk pesakit kencing manis. Sumber: Selfhacked.com


8. Rempah Halia

Salah satu bahan wajib di dapur setiap rumah untuk memasak sajian yang lazat.

Halia sangat bagus untuk membuang angin dalam badan & juga juga menghilangkan bau hamis dari ikan yang di masak.

Buat teh halia dan minum panas panas semasa hari hujan memang terbaik.

Tapi, banyak lagi khasiat halia yang kita kurang tahu. Terutama sekali sebagai ubat tradisional untuk merawat kencing manis. (Sumber Prevention.com)

Di bawah ini Mama senaraikan kebaikan halia untuk diabetes jenis 2
  • Halia mempunyai keupayaan untuk menormalkan kadar gula darah. 
  • Rempah ini sangat terkenal dengan kemampuannya untuk memberi kelegaan kepada perut dan membantu penghadaman.
  • Halia juga mempunyai keupayaan untuk 
    • Menormalkan kadar gula dalam darah. 
    • Merendahkan jumlah serum kolesterol, trigliserida.
    • Meningkatkan tahap kolesterol HDL yang baik untuk kesihatan.
  • Kencing manis adalah sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan. 
  • Pesakit kencing manis menghadapi masalah refluks asid. Halia membantu masalah ini di seluruh saluran pencernaan & memberikan kelegaan. (Baca lebih banyak lagi petua merawat kencing manis di sini.)




Biji halba fenugreek Ubat kencing manis tradisional
Biji halba atau fenugreek digunakan meluas oleh orang india. Sumber: Naturallydaily.com


7. Biji Halba

Mama pasti ibu yang menyusukan anak mesti tahu kebaikan biji halba kan? Di percayai biji ini baik untuk menambahkan kuantiti susu ibu.

Ibu pernah cuba petua kawal kencing manis di atas dan Alhamdulillah memang ada kesan positif. Cuma, kesan yang kita terima tidak sama. Bergantung kepada individu.

Biji halba digunakan secara menyeluruh oleh orang india dalam masakan dan juga dalam perubatan tradisional.

Melalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat besar sebagai ubat kencing manis alternatif.
  • Biji Halba membantu menurunkan gula darah 
  • Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan 
    •  Memperlahankan proses pencernaan makanan.
    •  Memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil. 



Amalkan penggunaan biji halba dalam kehidupan seharian. Tak kiralah melalui masakan ataupun di rendam dengan air semalaman.


Kunyit Ubat kencing manis tradisional
Kunyit ada banyak kebaikan untuk merawat kencing manis secara tradisional. Sumber: Superlife.com


6. Kunyit

Kunyit ni kalau tak ada di rumah memang tak sah. Nak goreng ikan, ayam semua pakai kunyit.

Mama nak masak lauk kegemaran famili, masak lemak cili padi pun mesti pakai kunyit hidup.

Baru rasa dia kaww! Sodapnya.

Selain itu, jangan terkejut. Kunyit juga bagus untuk kecantikan kulit. Boleh buat skrub badan & pencuci muka terbaik untuk buang kulit mati dan elakkan jerawat batu.

Tapi, tahukah kita kunyit ada banyak kebaikan untuk sakit kencing manis?

Di bawah ini Mama senaraikan kebaikan kunyit untuk pesakit kencing manis.
  • Kunyit mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti-radang dan antioksidan. 
  • Membantu pesakit kencing manis menguruskan paras gula darah yang lebih stabil. 
  • Membantu meningkatkan imuniti
  • Mencegah jangkitan pada penghidap kencing manis. 
  • Curcumin, bahan aktif dalam kunyit, berkesan dalam 
    •  Mengurangkan tahap glukosa plasma dan HbA1C 
    •  Memperbaiki profil lipid. 

Ramai pesakit kencing manis juga menderita sendi akut iaitu arthritis, kerana kesan jangka panjang penyakit diabetes yang merosakkan sendi. 

Amalan pengambilan kunyit yang bagus untuk anti radang membantu mengawal kesakitan sendi ini.



bawang putih Ubat kencing manis tradisional


5. Bawang putih

Herba yang cukup terkenal di barat sana untu menghalau makhluk halus. Kawan sepejabat Mama yang ramai berbangsa cina sangat menggemari bawang putih untuk di gunakan di dalam masakan.

Selain baunya yang kuat dan kurang menyenangkan, banyak kebaikan bawang putih tau.

Selain buang angin sesat dalam badan, bawang putih juga digunakan dengan meluas untuk ibu bersalin yang sedang berpantang.

Maklumlah, bagus untuk lawan kuman.

Kebaikan bawang putih untuk kencing manis memang tak dapat di persoalkan lagi.
  • Membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis.
  • Banyak kajian telah di lakukan untuk membuktikan kebaikan bawang putih kepada kencing manis, seperti kajian ini di laman ncbi
  • Hasilnya positif, pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa , kolesterol, trigliserida dan banyak lagi bahan lain dalam badan penghidap diabetes.
  • Kajian ini membuktikan bawang putih memang harus dimasukkan ke dalam diet harian pesakit kencing manis.


Bunga cengkih Ubat kencing manis tradisional


4. Bunga Cengkih

Rempah yang sering di pandang enteng kerana reputasinya sebagai teman rapat perokok.

Baunya yang kuat dan rasanya yang pahit menyembunyikan banyak rahsia.

Selain di gunakan untuk bahan masakan, siapa yang pernah kena sakit gigi mungkin pernah gunakan nya untuk melegakan kesakitan.

Selain manfaat di atas, cengkih mempunyai kebaikan sebagai ubat tradisional pesakit kencing manis. Antaranya

Cengkih melindungi hati, hati dan kanta mata tikus diabetik, menurut kajian. 
  • Rempah ini mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dalam berat kering, bersama dengan antioxidants anthocyanin dan quercetin. Akibatnya, ulas mempunyai antiseptik serta sifat kuman. 
  • Ia juga menawarkan faedah kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis.
  • Dalam kajian yang di lakukan pada masa lalu, cengkih dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida dan paras kolesterol LDL dalam darah pesakit kencing manis.

Nampaknya, selepas ini kita boleh masukkan cengkih dalam masakan harian kita secara sederhana untuk membantu mengawal diabetes.


Sambungan

Mama akan sambung artikel ini di bahagian kedua. Nantikan sambungannya.


Previous Post Next Post

Contact Form