Makanan sedap di Shah Alam? Ini Top 10 kedai makan paling best!

Ramai pelawat Shah Alam rasa tertipu dengan restoran yang lawa, tapi tak sedap! Dahlah mahal, malu kita rekemen kat keluarga.
Ikuti senarai 10 kedai makanan sedap ini. Dijamin perut kenyang & keluarga tersenyum riang! 

Makanan sedap di shah alam

Kami faham, tak siapa layak makan di kedai yang tak sedap. Lebih lebih lagi bila kita belanja mak ayah yang dah banyak berkorban besarkan kita.

Sebab tu, sebagai penduduk Shah Alam sejati, Mama buat senarai ni. Hari hari  Mama makan di sekitar Bandar Anggerik. Dah tau benar, mana best. Mana hampeh!



Jaminan Mama pada pembaca!

  1. Hanya 10 kedai terbaik dalam senarai ni. Semua sedap belaka!
    .
  2. Mama kongsikan "killer menu" di kedai tersebut. Wajib cuba.
    .
  3. Testimoni sebenar pelanggan lepas.
    .
Tanpa membuang masa, kita mulakan segera. 


Makanan sedap si shah alam


10 Kedai terbaik dengan Makanan sedap wajib cuba di Shah Alam!

Ibu negeri Selangor ni memang banyak tempat best.

10. Pak Li Kopitiam

Betapa nikmatnya secawan kopi panas. Lagi best menghirupnya di kopitiam dengan suasana yang unik.


pak li kopitiam shah alam


Setelah penat memandu, singgahlah sebentar ke Pak Li Kopitiam. Boleh makan kudapan roti bakar berintikan mentega kaya yang mengasyikkan. Cuma kena beringatlah kan, jangan makan manis banyak sangat. Tak ada ubat kencing manis paling berkesan selain diet yang sihat.

Memang layan.
Alamat: 42, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan:  8 pagi hingga 2 pagi. 
Telefon: 03-5511 3608
Tak rasa yakin dengan kedai ni? Hmmm, cuba baca 1,285 ulasan di Google dari penggemar kopi. Boleh tahanlah mata terkumpul yang diterima.  4.1 dari 5.0 bintang.


9. Restoran Lontong Shah Alam

Hidangan lazat orang jawa ini sangat digemari sebagai sarapan pagi. Rasanya yang pedas dengan kuah santan pekat sangat memikat!


restoran lontong klang di shah alam
Lontong Klang di Shah Alam. Ala, tak peliklah. Macam satay kajang juga.


Tak perlu memandu jauh, ikut je alamat di bawah ni.
Alamat: 20, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor. 
Waktu perniagaan: Dari jam 7.30 pagi hingga 3 petang. Jumaat buka sekerat hari. Jam 12.30 tengahari dah tutup.
Berbaloi ke makan lontong di kedai ni? 312 pelanggan yang dah menjamu selera di sini sudi meluahkan rasa hati mereka di Google.

 Berapa mata mereka beri? 4.2 dari 5.0 bintang.

Baca artikel ini untuk lihat: gambar makanan, keadaan restoran & testimoni restoran lontong Shah Alam.



8. Polperro Steak House

Makanan western memang sedap kalau sosnya cukup rasa. Tak kiralah black pepper mahupun mushroom.

Lepas tu chicken & lamb chopnya harum aromanya & berjus bila dikunyah. Meleleh air liur.


polperro steak house shah alam


Walaupun hidangan barat mudah disediakan, tapi hanya pakar dapat menyempurnakan rasa hidangannya! Mabeles.

Berkunjunglah ke restoren polperro untuk jadi orang putih kejap.

Asyik makan nasik je kan hari hari. Jemu jugak.
Alamat: 7, 2, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan: Setiap hari dari 5 petang hingga 12 malam.Telefon: 03-5523 6679
Berbaloi ke? Menu barat ni, terutama melibatkan stik memang mahal harganya. 

Mujur 885 pelanggan lapar yang pernah jadi karnivor di kedai ini sudi meluahkan rasa hati di Google. Mata terkumpul setakat ini ialah 3.9 dari 5.0 bintang.
Nak tahu menu apa yang sedap di sini? Lihat gambar menu, suasana kedai & testimoni bertulis pelanggan Polperro steak house disini!


7. Restoran Ceria.

Duduk Malaysia, memang tak sah tanpa nasi lemak & roti canai. Tapi, itulah susah juga nak cari tempat yang sedap 2 2 sarapan tegar ni.


restoran ceria


Mujur ada restoran ceria. Menu nasi lemak & roti canai di sini memang lazat. 

Nasi lemak tu letak sekali ayam goreng crispy yang digoreng panas. 


Alamat: 12, Jalan RU 3/9a, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan: Mula berniaga seawal 6 pagi dan tutup pada 11 malam.
Harga makanan di kedai ni agak murah. Sebab ramai student makan disini. Setakat ni, mata purata di Google yang diberikan 222 pelanggan ialah 4.0 dari 5.0 bintang.

Nak tahu menu wajib cuba & gambar suasana di restoran ceria? Baca ini.


6. The Sumbs Cafe

Ada ketika, kita nak makan hidangan enak untuk manjakan diri sendiri. Orang yang suka makan pedas mesti suka makan disini.


the sumbs cafe


Cara makanan dihidang pun agak aneh. Dihidangkan atas kotak ala kotak kek kedai mahal. Ramai yang rekemen menu western di sini sedap.
Alamat: 7-04-01 Persiaran Alam Pusat Perniagaan World Wide Persiaran Akuatik Seksyen 13 Shah Alam 
Waktu perniagaan: Beroperasi dari 12 tengahari hingga 10.30 malam. 
Telefon: 017-288 8658

Kafe The Sumbs telah menerima mata 4.2 dari 5.0 bintang hasil dari 213 ulasan
pelanggan di Google. 

Lupa nak cakap, saiz hidangan di kedai ni besar. Memang kenyanglah!

Nak tahu menu wajib cuba & gambar suasana di The Sumbs Cafe. Baca disini!


5. Laman Grill, Steak & Bar-B-Que.

Siapa pernah makan stik yang "overcook"? Memang tak sedapkan. Isi daging terasa kering dan liat dikunyah.

Harga satu hidangan stik memang mahal. Jadi, sebolehnya kita wajar fikir masak masak sebelum cuba kedai yang kita tak tahu kan.


laman grill steak bbq


Kalau di Shah Alam ni, Laman Grill sering menjadi tumpuan peminat daging. Lokasinya adalah seperti berikut.


Alamat: Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan: Datang makan dari 11 pagi sampailah ke 11 malam. 
Telefon: 03-5523 7386

3.9 dari 5.0 bintang dari 234 ulasan ikhlas di Google dari pelanggan kedai ini. Ok sangatlah tu kan. Hampir 80% pengunjung yang datang puas hati.

Lepas makan benda bergril ni banyakkan makan bawang dan timun ok? Nak hilangkan kesan dari arang tu untuk kesihatan jangka panjang.

Nak tahu menu wajib cuba & gambar suasana di Laman Grill & Steak!


4. Restoran Jari Comot.

Apa perasaan anda makan ketam pakai sudu & garpu? Memang seksakan. Tak feel.


restoran jari comot


Ada benda ni sedap dia makan pakai tangan juga. Terutama untuk menu shell out. Makan ramai ramai atas meja dan kotorkan tangan. Baru puas hati.

Inilah pengalaman makan seafood di restoran jari comot. Lokasinya seperti di bawah ni.
Alamat: 51, Jalan Bola Jaring 13/15, Shah Alam, 40100 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan: Hujung minggu tak sama dengan hari bekerja.Hari kerja buka dari 6.30 pagi dan tutup pada 11.30 malam.Cuti hujung minggu pla dari 1 petang sampai 1 pagi. 
Telefon: 018-777 1468

3.7 dari 5.0 bintang di google hasil luahan perasaan 109 pelanggan yang kenyang makan sea food.

Jalan jalan cari makan TV3 pun pernah singgah sini.

Nak tahu menu wajib cuba & gambar suasana di Jari comot? Baca sini!


3. Nasi Kak Wok Shah Alam

Makanan dari pantai timur pun ada penggemarnya. Selain nasi kukus, nasi kak wok pun sedap weh!


restoran kak wok shah alam


Yang penting orang yang jual tu pandai masaklah. Satu kedai yang femes di Shah Alam ini menjual nasi kak wok yang menjilat jari ini adalah seperti berikut.

Alamat: 7, Jalan Plumbum 7/100, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan: Buka dari 9 pagi hingga 12.30 malam.
Hari selasa lain sikit, dari 11 pagi sampai 11 malam. 
Telefon: 017-962 0373
Di Shah Alam ni ada ada beberapa kedai yang nasi kak woknya sedap. Selain kedai JJ, Gegey, yang nilah.

Kalau tak, takkan dapat mata 4.0 dari 5.0 bintang dari 282 ulasan di Google. 
Nak tahu menu wajib cuba & gambar suasana di Nasi Kak Wok Shah Alam? Baca sini!


2. Mozer's.

Sesiapa yang pernah melawat negara Syria sebelum perang, mesti rindu dengan rasa hidangan asli dari sana.

Memang sedap sangat. Dengan rempah sampai meresap ke dalam daging dan nasinya.


mozers


Selain saiz hidangan yang besar, suasana tempat makan pun penting juga tau. Macam makan di sana. (Portion besar kena jaga gula tu. Terutama kalau ada kencing manis.)

Jadi, bolehlah berkunjung ke Mozers untuk rasa makanan arab asli. Lokasinya seperti berikut.

Alamat: 12G, D'Bayu Business Centre, 40160, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan: Dari jam 11 pagi hingga 1 pagi keesokan harinya. Ahad buka sampai jam 12 malam saja. 
Telefon: 03-7734 1783
Apa kata orang lapar yang dah makan kat sini? Dari bual mulut 514 pelanggan, mereka sepakat memberikan mata 4.2 dari 5 bintang. Ulasan di Google.

Mama yakin review ni tepat. Sebab susah nak manipulasi review terkumpul macam ni.

Dan kedai makan terakhir dalam senarai ni.

Nak tahu menu wajib cuba & gambar suasana di Mozer's? Baca disini!


1. Foodsbury

Bagi penggemar pasta macam spagetti, tau ke kedai mana yang sedap? Di Shah Alam ni ada kedai Foodsbury dikenali ramai dengan menu barat dan fusion.


foodsbury


Kalau teringin nak cuba rasa makanan barat bertemu timur, antara menu wajib cuba adalah spicy tom yam spagetti. Dessert kat sini macam kek pun sedap belaka.

Lokasai seperti di bawah ni ya.


Alamat: 24, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor 
Waktu perniagaan: Isnin tutup. Hari lain dari 12 tengahari hingga 11 malam. 
Telefon: 03-5523 5213

Ramai pelanggan Foodbury puas hati makan sini sebab tempatnya selesa, stafnya ramah & mesra membantu. Dan semestinya makanannya sedap.

Nak dapat layanan terbaik datang waktu orang tak ramai. Mata terkumpul di Google stakat ni 4.1 dari 5 bintang hasil dari 578 ulasan di Google.
Nak tahu menu wajib cuba & gambar suasana di Foodsbury? Baca disini!

Tamat sudah senarai kita ni.

Satu harus diingat, dalam sedap sedap kita makan tu. Kena ambil kira soal kesihatan. Di bawah ini Mama kongsikan pula 5 makanan lazat yang bagus diamalkan.
Bacaan menarik: Makanan sedap yang bagus diamalkan setiap hari untuk sihat!


Kesimpulan.

Memang betul kita tak akan lapar di Shah Alam. Tapi, biarlah berbaloi dengan duit yang kita belanjakan.

Dah lah bawa keluarga keluar, lagi haru kalau bawa mak ayah dari kampung nak jamu.

Tengok tengok, pelayan muka masam mencuka, makanan tak sedap. Kesian keluarga kita kelaparan sebab tak dapat nak telan makanan tu.

Sebab tu elok kita buat kajian dulu. Mama doakan supaya makanan yang kita ambil jadikan kita kenyang & sihat. Insyaallah.

Previous Post Next Post

Contact Form