Skip to main content

5 Makanan sedap ini bantu elakkan kencing manis! Wajib cuba.

makanan sedap kencing manis

Orang malaysia memang suka makan makan. Tak kira pagi petang siang malam. Tiba tiba teringat lagu Jalil Hamid.

Ada makanan tu, memang terang terang tak sihat. Kalau diamalkan selalu akan mengundang penyakit. Contohnya kencing manis yang tiada penawarnya.

Sebaliknya, ada pula makanan yang bukan saja sedap. 

Malah berkhasiat & dapat mengurangkan gula dalam darah jika diamalkan dengan betul. Bagus untuk penghidap kencing manis.

Biar betul? Serius. Mama senaraikan di bawah.

Anda mungkin berminat membaca: Pantang larang makan & minum untuk pesakit kencing manis


Top 5 Makanan sedap yang bagus di amalkan setiap hari untuk badan yang sihat!

Sudah bersedia? Boleh baca sampai habis, dan cuba amalkan paling tidak pun 1 dari sepuluh makanan di bawah.

Kegemaran mama no 4, anda pula bagaimana?

5. Buah beri biru & hitam.

Kedua dua buah ini bukan saja tidak akan meningkatkan tahap gula darah anda seperti buah-buahan lain.

Malah ia juga mengandungi serat yang tinggi dan kandungan sebatian semulajadi bernama antosianin. 

Bahan Anthosianin merencatkan enzim pencernaan tertentu dan hasilnya memperlahankan penghadaman.

Ini akan menjadikan kita kenyang lebih lama & tidak meningkatkan gula darah dengan mendadak walaupun makanan yang kita ambil tinggi kanji. 

Buah buahan beri ini juga mempunyai nilai angka glisemik yang rendah. Hanya 5 saja.

Seeloknya kita amalkan buah beri segar tau. Jangan salah makan aiskrim & kek blueberi. Yang ni memang tak boleh. 

Jus blueberi pun tak sama dengan makan buahnya kerana tiada kandungan serat dari buah asli.

Buah ini juga kaya dengan antioksida & khasiat lain untuk kita kelihatan cantik & jelita. Awet muda giteww. Amalkan setiap hari, tak perlu jumpa doktor kulit untuk lawa kan.
Anda mungkin berminat dengan: Klinik pakar untuk rawatan kulit! Ini senarai 7 paling popular di Malaysia!

4. Kacang badam.

Selalu kita makan badam dalam coklat & juga dalam kuih raya kan. Tapi, tahukah anda, badam boleh membantu mengawal dan mengurangkan kenaikan gula darah selepas makan dan mencegah diabetes. 

Saintis telah melakukan satu kajian, hasilnya mereka mendapati orang yang menggunakan 2 auns badam setiap hari mempunyai tahap glukosa dan insulin berpuasa yang rendah. 

Wah, menarik tu.

Satu lagi kajian mendapati bahawa penggunaan badam boleh meningkatkan kepekaan insulin pada orang dengan pra diabetes.

Kacang badam lambat dihadam dan mempunyai nilai indeks glisemik 0. 

Biar betul ni?

Serius, dalam banyak banyak makanan untuk diet, badam paling bagus kerana lambat dihadam.

Ia mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah selain tinggi serat.

Cuma, satu yang penting untuk perhatian kita. Amalkan badam mentah ya. Bukan badam yang dah dipanggang. 

Suhu pemanggangan boleh menghilangkan nutrien dalam makanan berkhasiat lagi mahal harganya ni.

Bolehlah masukkan badam dalam salad, smoothies & overnight oat. Paling tidak pun kunyah sebagai snek sihat.


3. Telur

Orang kata makan telur banyak banyak boleh gemuk. Betul ke? Tak semestinya.

Sebenarnya telur tergolong dalam makanan yang sangat sihat. 

Sama seperti kacang badam, nilai angka indeks glisemik untuk telur adalah 0.

Tapi, telur mendapat nama buruk kerana jumlah kolesterol yang agak tinggi di dalamnya. 

Sebenarnya, makan telur tidak memberikan mudarat kepada mereka yang mempunyai berada dalam kategori pra diabetes. 

Sekarang ni pun ada banyak jenis telur ayam premium yang di jual di pasaran. Ada yang bebas kolesterol, kaya lutein dan tambahan omega 3.

Cuma harganya agak mahal berbanding telur biasa. 

Telur juga boleh membuatkan kita rasa kenyang lebih lama & mengurangkan selera makan.

Kita boleh amalkan pengambilan telur setiap hari melainkan jika doktor menasihatkan sebaliknya. Manalah tahu kita ni ada alahan dengan telur kan.

Cara terbaik & sihat untuk makan telur ialah telur rebus atau telur separuh masak yang boleh berfungsi sebagai makanan ringan yang mengenyangkan atau sarapan pagi yang cepat.

Cuma, pastikan kita tak tambah perisa seperti sos, kuah & minyak semasa makan telur. Kalau begini caranya, memang kurang sihat jadinya.


2. Cuka epal & cuka kurma.

Tahukah kita, penggunaan cuka dalam makanan yang kita ambil seharian sangatlah bagus.

Sehingga Nabi kita yang mulia, Rasulullah SAW telah diriwayatkan.

Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk-pauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dan hari ini, melalui kajian sains moden telah membuktikan perkara ini.

Asid asetik dalam cuka mampu mengurangkan enzim tertentu dalam perut. Satu kajian melaporkan bahawa cuka epal cider boleh meningkatkan sensitiviti insulin selepas makan.

Maknanya, sekiranya kita mengamalkan pengambilan cuka semasa makan, tahap gula dalam darah kita tidak naik mendadak. Selanjutnya mengurangkan risiko diabetes.

Selepas ini, bolehlah kita minum 20 gram cuka epal ataupun kurma yang dicampurkan dengan air suam sebelum kita makan. Mama sekeluarga dah agak lama amalkan setiap hari untuk kesihatan.

Cuka epal ni ada banyak kegunaan tau. Selain dibuat makan, boleh sapu sapu di muka untuk ubat jerawat. Insyaallah jerawat cepat kecut. 
Teruskan membaca: Cara hilangkan jerawat batu di muka!

Itu kalau nak pakai sumber organik. Nak pakai toner beli pun tak de masalah.
Teruskan membaca: Toner yang paling bagus untuk muka! Beli di farmasi saja.



1. Jenis ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3

Siapalah tak suka makan ikan, betul tak? Apatah lagi ikan segar yang baru keluar dari laut.

Bukan saja isinya manis, warnanya putih & teksturnya kenyal. Memang seronok mengunyah.

Ikan memang kaya dengan protein yang membantu badan menjaga dan membaiki kerosakan setiap hari.

Tambahan pula, protein tidak mempengaruhi paras gula darah,jadi ia tidak akan meningkatkan gula darah. 

Diet yang mempunyai protein akan membuatkan kita kenyang lebih lama, apatah lagi sekiranya ia diambil bersama sayur sayuran yang berserat.

Memang bagus untuk diet.

Selain itu, ada ikan ikan tertentu yang kaya dengan asid lemak omega 3. Ikan ikan ini mempunyai kandungan lemak sihat.

Contoh ikan berminyak ni ialah salmon dan makerel.

Cuma, sekarang ni dah banyak sungguh ikan bela dalam sangkar yang dibekalkan dengan dedak berantibiotik. Jadi, kalau boleh cuba cari ikan liar dan bukan yang dibela.

Ikan sangkar ni khasiatnya tak sama dengan ikan liar yang ditangkap dilautan dan sungai. Sebab tu ikan patin sungai lagi mahal dari patin sangkar.

Bagi memelihara khasiat yang terkandung di dalam isi ikan, cara penyediaan sangat penting. Kaedah mengukus & memanggang ikan lebih baik dari menggorengnya.

Pastikan juga suhu yang digunakan tidak terlalu tinggi kerana ia akan merosakkan kandungan asid lemak yang sihat tu.

Tempat makan sedap di Malaysia!

Selain dari 5 makanan di atas, memang banyak lagi makanan yang berkhasiat lagi sedap yang baik untuk kesihatan.


tempat makan sedap


Tapi, tak semestinya hari hari kita kena jaga makan.

Ada masa, nak juga makan sedap kan?

Jadi.

Di bawah ni Mama kongsikan senarai tempat makan sedap yang menjadi tumpuan ramai.


Senarai syurga makanan yang sedap di Malaysia!

Insyaallah, akan datang, Mama akan kongsikan pula senarai tempat makan power yang buatkan perut kenyang kembali berbunyi.

  1. Tempat makan sedap di Shah Alam.


Jemput singgah lagi di kemudian hari untuk kemas kini artikel ini.

Popular posts from this blog

30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi! Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula. Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan.  Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis . Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di  NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat . 6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

Ini 18 pencuci muka safi untuk kulit cantik! Cuci sungguh-sungguh

Hari ini Mama nak buat review tentang  pencuci muka  Safi yang terdapat di pasaran. Selalunya Mama akan lihat pencuci muka di farmasi seperti Watson & Guardian untuk bandingkan harga. Safi memang ada mengeluarkan banyak jenis pencuci muka untuk pelbagai kegunaan di  rumah . Kebanyakannya khas untuk wanita macam kita. Dan ada juga pencuci muka safi untuk lelaki (Walaupun tak banyak) Di bawah ini Mama senaraikan pencuci muka safi yang boleh di  beli  & kegunaannya.

Krim Malam Terbaik [6 Jenama Night Cream Untuk Kulit Cantik]

Kenapalah aku tak pakai krim malam dari dulu. Usia baru 30, tapi dah banyak kedut! Mesti kita tak nak menyesal di kemudian hari sebab tak pakai cream malam kan? Krim malam ialah skincare terbaik untuk dapat kulit cantik semasa kita tidur di malam hari. Baca artikel ini sungguh sungguh untuk elak salah beli! Artikel ini terbahagi kepada bahagian berikut [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut] 6 Jenama night cream terbaik di pasaran. 1. Himalaya - Revitalizing night cream. 2. Olay - Regenerist micro-sculpting night cream 3. Neutrogena - Fine Fairness Overnight Brightening Cream 4. Loreal - White Perfect Night Cream 5. Safi - Rania gold moisturizing night cream 6. Eucerin - Hyaluron Filler Night Cream BONUS 1 - Cara memilih krim malam yang sesuai dengan jenis kulit BONUS 2 - Mana tempat terbaik nak beli night cream? BONUS 3 - Apakah itu krim malam? BONUS 4 - Jenis krim malam yang sesuai dengan kulit. BONUS 5 - Cara menggunakan krim malam 6 Jenama night cream terbaik di pasaran