Skip to main content

4 Pencuci muka Cetaphil untuk kulit cantik! Cuci sungguh sungguh

Memang banyak cleanser muka Cetaphil ada di jual. Tapi.. Mana yang paling sesuai untuk kita?
Pencuci muka cetaphil

Macam mana nak tahu produk tu bagus? Senang saja.

Kalau ia dah lama berada di pasaran, & bahan yang digunakan tidak pernah berubah. Ini tanda produk ni baguskan.

Ada ke pencuci muka yang memenuhi ciri ciri di atas ni? Memang ada.

Pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser memang menjadi pilihan ramai. Sesuai untuk kulit lelaki & wanita. Jika anda mencari pencuci muka lelaki, ada artikel khas khusus untuk anda.

Kalau tidak, takkanlah boleh menang sampai 41 anugerah dalam bidang kecantikan kulit sejak ia dilancarkan. (Baca lebih lanjut tentang pencuci muka terbaik di Malaysia!)

Jadi, hari ini Mama akan kongsi serba sedikit review tentang produk kulit lagenda ini diilhamkan dari kajian jurnal di NCBI tentang kesan penggunaan cleanser pada kulit muka & info dari laman rasmi Cetaphil.

Semoga bermanfaat.

Anda nak cuba pencuci wajah cetaphil? Skincare terbaik yang telah memenangi banyak anugerah antarabangsa & disyorkan pakar kulit. Baca sungguh sungguh antikel ini supaya tak salah beli!





Pencuci Muka Cetaphil Jenama Skin care Terbaik Pilihan Ramai.




Terdapat banyak produk pencuci muka keluaran Cetaphil, di bawah ini Mama senaraikan semuanya.


Pencuci Muka Cetaphil untuk Kulit Kering.

1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Pencuci muka terbaik yang direkemen pakar kulit. Skincare pemenang anugerah.



Inilah dia pencuci muka yang Mama ceritakan awal tadi.


Sudah lama di pasaran & formulanya tidak berubah sekian lama. Setakat tahun 2018 sudah memenangi 41 anugerah.


Pembersih Kulit Cetaphil Gentle sesuai digunakan untuk semua jenis kulit (termasuk kulit sensitif) dan disyorkan oleh pakar dermatologi dan ahli pediatrik.

Bagus digunakan setiap hari untuk membersihkan kulit dengan lembut, walaupun kulit yang paling sensitif. 


Pencuci muka cetaphil Gentle Skin Cleanser
Pilih
Pencuci muka terbaik ini bukan saja membersihkan kulit, mlah melembutkan, bebas dari wangian, sabun dan lanolin dan cukup lembut untuk digunakan pada kulit bayi. 

Ia sesuai untuk digunakan dalam mencuci solekan ringan, dan pembersih ini bersifat tidak comedogenic supaya ia tidak menyumbat liang-liang roma. 

Penyebab utama keluarnya jerawat dengan banyak. Jerawat keluar di banyak bahagian muka, dari dagu, dahi hingga dalam telinga. Semua ini disebabkan oleh liang roma tersumbat.

Pencuci muka Cetaphil Gentle Skin Cleanser mempunyai pH seimbang, jadi ia tidak memedihkan mata & juga membantu mengekalkan kelembapan kulit.

_________________
Cara menggunakan pencuci muka cetaphil gentle deep cleanser.
  • Dengan air - Sapukan pencuci ini pada kulit muka yang lembap terutama kawasan yang selalu naik jerawat seperti di dagu. Gosokkan perlahan dan bilas. 
  • Tanpa air - Sapukan pada kulit dan gosok perlahan sebelum mengeluarkan lebihan dengan kain lembut.


Produk ini dikatakan sesuai digunakan untuk kulit
  • Normal
  • Sensitif
  • Kering & sangat kering
  • Kulit bayi 
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat batu, ekzema, & psoriasis. 
_________________
Harga Pencuci Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Jauh lebih murah dari rawatan kulit muka di klinik pakar kulit.

Pencuci gentle skin cleanser ada di jual di pasaran Malaysia & harga produk ini sekitar RM29 hingga RM35 untuk saiz 250ml.

Harga ini pada bulan Mei 2018. Pandai pandailah bandingkan harga.


Beli online ni mungkin nampak murah, tapi kena ambil kira kos pos & kesusahan lain yang mungkin timbul.


Contohnya posmen hantar semasa tiada orang di rumah. Kita perlu ambil di pejabat pos, kos minyak dan masa perlu di ambil kira kan.

_________________

Atau ambil saja jenama tempatan yang murah macam jenama Safi tu. Skincare terbaik Malaysia pun terbaik apa. Lagipun harganya jauh lebih murah dari rawatan kulit muka di klinik Dr Ko tu. Hehe. Kalau mampu, tak salah pun.





Pencuci Muka Cetaphil untuk Kulit Normal & Kombinasi.

2. Pencuci Muka Cetaphil Daily Facial Cleanser

Cetaphil Daily Facial Cleanser di formulasi supaya tidak banyak berbuih & cukup lembut untuk digunakan pada kulit muka kita setiap hari. 

Gunakan pencuci ini 2 kali sehari, sebaiknya pada waktu pagi dan waktu malam untuk menghilangkan kotoran yang terdapat di permukaan kulit seperti minyak & produk kosmetik.

Bagus di gunakan setiap hari untuk mendapat kulit yang segar dan bersih berseri  tanpa mengeringkan kulit.


Pencuci muka Cetaphil Daily Facial Cleanser
Pilih
Pencuci ini mudah di gunakan, dapat di bilas dengan mudah tanpa meninggalkan sisa di kulit yang akan liang liang roma tersumbat.

Selain itu, produk ini tidak mempunyai wangian / fragrance yang di ketahui umum tidak baik untuk kesihatan.

_________________
Harga Pencuci Cetaphil Daily Facial Cleanser.

Malang sekali, pencuci ini belum di jual di pasaran Malaysia setakat ini. Tapi dari pemerhatian Mama, nak beli online tiada masalah.

Cuma harga shipping tu jauh lagi mahal dari harga produk. Macam tak berbaloi kan nak beli.

_________________




Pencuci Muka Cetaphil Untuk Kulit Berminyak. Skincare terbaik untuk cara hilangkan jerawat.



Mama percaya, bagi yang ada kulit berminyak akan menghadapi masalah ini.

Punyalah rajin kita cuci muka, dengan harapan kulit jadi bersih & segar. Tapi tak sampai 1 jam dah berminyak semula.

Mesti pernahkan?

Bila berminyak, muka nampak berkilat macam bulan purnama. Rasa tak selesa. 

Sebab itu penting untuk kita memilih pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak. Mama sarankan baca artikel yang bagus di blog Ibusyurga tentang cara menghilangkan jerawat.

Dengarnya, ada banyak review mengatakan pencuci muka Oily Skin Cleanser dari Cetaphil sangat bagus untuk kulit berminyak.

Sama sama kita lihat.



3. Cetaphil OS Cleanser For Oily Skin.

Cetaphil Oily Skin Cleanser adalah pencuci muka berbuih lembut yang mampu menghilangkan 99% minyak yang berlebihan di muka, kotoran dan solekan tanpa mengeringkan kulit kita.


Pencuci muka Cetaphil OS Cleanser For Oily Skin
Pilih
Pencuci cetaphil untuk kulit berminyak ini
  • Sesuai digunakan golongan remaja & orang dewasa dengan kulit berminyak, kombinasi atau kulit berjerawat.
  • Mampu membasuh bersih tanpa meninggalkan sisa di permukaan kulit yang boleh merengsakan kulit kita.
  • Dirumus supaya mempunyai pH seimbang.
  • Tidak komedogenik, tidak akan menyebabkan jerawat batu.
  • Disarankan untuk membersihkan muka 2 kali sehari, sekali pagi dan sekali lagi petang.
  • Buih yang dihasilkan kurang banyak, jadi terpaksa pakai lebih.
  • Bau pencuci muka ini berbau ubat, tak sewangi macam pencuci muka lain yang ada "fragrance'

_________________
Cara Menggunakan Pembersih Cetaphil untuk Kulit Berminyak?
  1. Basuh muka kita dengan air untuk melembapkan kulit.
  2. Tekan cecair pencuci ini sebanyak saiz duit RM0.50 ke tapak tangan kita & gosok kedua dua tapak tangan kita untuk menghasilkan tekstur berbuih.
  3. Sapukan buih pencuci ke kulit muka kita yang sudah basah & urutkan muka secara perlahan.
  4. Bilas dengan air dan lap kering.
Bahan yang di dalam pencuci muka ini
  • Aqua (purified water/eau purifiée)
  • Peg-200 hydrogenated glyceryl palmate (and)peg-7 glyceryl cocoate, sodium lauroyl sarcosinate
  • Scrylates/steareth-20 methacrylate copolmer
  • Glycerin
  • Sodium laureth sulfate
  • Butylene glycol
  • Phenoxyethanol
  • Parfum (masking fragrance/fragrance masquante)
  • Panthenol
  • Peg-60 hydrogenated castor oil
  • Disodium edta, methylparaben.
Penting untuk kita mengambil tahu bahan bahan yang terkandung di dalam produk supaya tidak mengambil pencuci muka yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Baca lebih lanjut tentang bahan terlarang dalam produk penjagaan muka.

Kebaikan pencuci muka Cetaphil Cleanser for oily skin.
  • Membantu menghilangkan jerawat.
  • Menghilangkan minyak dan kotoran yang terperangkap di dalam kulit kita secara lembut.
  • Membuka liang roma yang tersumbat.
  • Perubahan dapat di rasai pada kulit wajah kita walaupun selepas dicuci beberapa jam. Tetap bersih dan kurang berminyak daripada biasa.
  • Sesuai untuk kulit sensitif.
Bacaan menarik: Jenama Oxy juga sesuai untuk masalah jerawat.


_________________
Harga Pencuci Cetaphil Oily Skin Cleanser.

Produk ini memang di jual di pasaran Malaysia & boleh dibeli di farmasi mahupun secara online.

Dari tinjauan yang Mama lakukan, harga produk ini sekitar RM62 hingga RM66 untuk saiz 125ml.


Harga mungkin berubah dari masa ke semasa.

_________________



4. Pencuci Muka Cetaphil PRO Oil Removing Foam Wash

Cetaphil PRO Oil Removing Foam Wash direka untuk membersihkan kulit berminyak. 

Produk ini diuji secara klinikal & terbukti berkesan menghilangkan minyak, kekotoran dan solekan dari kulit yang boleh menyebabkan liang roma tersumbat.

Maklum sajalah, kulit berminyak memang senang naik jerawat.


Pencuci muka Cetaphil PRO Oil Removing Foam Wash
Pilih
Pencuci muka ini mempunyai formula tidak komedogenik yang tidak akan menyumbat liang roma dan hypoallergenic.

Kulit kita tidak akan kering kerana kehilangan lembapan setiap kali mencuci muka. Ini kerana pencuci muka ini bertindak membersihkan kulit secara lembut.

Kelebihan produk ini ialah, ia mampu mengurangkan minyak di permukaan kulit & mempunyai formula pH seimbang untuk kulit yang sihat

Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur, termasuk remaja untuk kulit berminyak.

_________________
Harga Pencuci Cetaphil PRO Oil Cleanser.

Ini pun belum keluar di Malaysia lagi.

_________________



Kesimpulannya.

Pencuci muka jenama Cetaphil memang di kenali ramai, lagipun ada banyak pilihan untuk kulit berbeza.

Terpulanglah pada kita untuk memilih mana yang paling sesuai dengan harga & jenis kulit kita.


Terima kasih kerana baca artikel Mama sehingga habis. Kongsikan pengalaman anda di dalam ruangan komen di bawah.



Kesihatan itu nikmat terbaik



Penulis / Editor: Ummu Hakim Amin

Mama suka berkongsi cerita tentang kecantikan wanita & juga rumah idaman. Topik kecantikan meliputi skincare & pemakanan yang sihat. Sihat luar & dalam barulah hidup ceria bermakna.

Menjadi impian pasangan suami isteri diluar sana untuk memiliki rumah banglo idaman hati. Mama kongsikan proses yang perlu dilalui dari A sampailah ke Z.

Dari proses melukis pelan rumah, mencari pembiayaan / pinjaman perumahan dari bank ataupun kerajaan. Pemilihan kontraktor rumah, interior design sampailah ke hiasan dalaman.

Selain menulis secara aktif di blog ini, Nikmatterbaik.blogspot.com, Mama juga salah seorang penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat bersama rakan beberapa lagi rakan blogger.

Comments

Ibu Syurga said…
Dah lama sangat Ibu tak pakai pencuci muka cetaphil, dulu masa anak pertama pernah pakai sekejap. Mungkin tak serasi sebab tu tukar jenama lain.
Mazni Azmi said…
Maznee pun tak berapa ingat pernah pakai atau tak jenama ni. Dulu memang selalu tukar pencuci muka. Rasa macam pernah beli cetaphil.
Ibu Syurga said…
Pencuci muka cetaphil memang bagus untuk kulit sensitif. Ramai yang dah cuba. Testimoni pun ada banyak
Wani Sukarno said…
salam singgah sini mama terlewat sikit, hii selamat hari raya maaf zahir batin.. ohh pasal job review tu mama ada fb tak senang sikit nak sembang ,,boleh PM wani,, job review banyak kat grop2 di fb
Mimie said…
Pernah baca review kata Cetaphil bagus tapi Mimi guna skincare korea..
Tak pernah cuba lagi, Cetaphil Oily skin Cleanser tu. Mungkin lepas ni boleh guna yang ni
mrhanafi.com said…
baru perasan dengan kehadiran jenama ini..

dari huraian dan penerangan memang mantap la..

memang patut la cuba..
ajumohit said…
brand ni pun bagus untuk mereka yang ada masalah exema, kalau sesuai dengab kulit memang puashati la menggunakannya
nikkhazami said…
memang famous la cetaphil ni. ramai ckp bagus.
Unknown said…
lelaki bole ke?
Ezna said…
Pakai pencuci muka bukan jenama ni tapi pernah dengar jenama ni untuk mandian. Mandian untuk yang kulit sensitif. Tak tahu pulak ada pencuci muka. Boleh la kalau pencuci muka sedia ada ni dah habis. Try yang ni pulak.
Qeela said…
Ahaa Cetaphil, selalu perasan kat comment2 and all memang mostly recommended Cetaphil ni untuk bantu pulihkan muka after break out, salah product and everything tu. Yelah since makin popular about krim timbang kilo ni kan, most yang qeela baca, Cetaphil ni antara brand / product yang jadi penyelamat mereka. Good to know more details review about Cetaphil macam ni 👍🏿😁
adianiez AIDA said…
aida pernah beli kan utk kak Nurin.
the moment muka dia start berjerawat dulu kala.
advice by a doctor. sebab masa tu kak Nurin baru 12 thn.
terlalu awal nak belikan dia skincare.
so, rawatan secara perubatan dulu. ok. bagus.
izzat ada ekzema. ni la yg aida gunakan. bagus. recommended.
anak-anak aida semua sensitif skin. memang aida akan refer doktor sebelum beli apa-apa.
JMR said…
Produk Cetaphil memang terbukti berkesan..even doktor kt hospital pon ada yg rekemen guna produk ni bila ada masalah kulit.
Cetaphil ni bagus tapi harga agak pricey .. kalau kulit akergik mmg ni produk yg sangat diauirkan okeh pakar perubatan
Suria Amanda said…
SA pernah guna dulu tapi tak serasi bersama la..x tau kenapa x sesuai..tapi baru- baru ni ada jumpa doc pasal masalah kulit muka SA..dia sarankan agar SA guna Cetaphil..nanti nak cuba la..agak2 ada trial pack..takut dah beli x sesuai sape plak nak guna kan...
Mahamahu said…
Tapi kita gunakan losyen jenama Cetaphil sebab nak kuit yang lembut dan licin wakakaka. tak adalah sebab kita ada parut ringan jadi boleh lah cover lama-lama ok best guna tak melekit pun best lah ada banyak rupanya produk jenama ini..
Hanny Abdullh said…
Tak pernah lagi cuba produk Cetaphil ni, pernah jugak dengar org kata bagus kalau ada masalah kulit. Nanti bolehlah cuba bagi kat anak cuba sb kulit dia mmg bermasalah..
Alia Farhan said…
Xpernah lagi pkai brand cetaphil ni..tpi banyak feedback positive kan brand ni..da.well known brand dah ni..nanti boleh try
Ibu Syurga said…
Pernah beli untuk kegunaan kami sekeluarga, bau dia memang tak ada fragrance sangat sebab kurang wangi. tapi yang penting ia berkesan untuk kulit kita kan. tak kiralah berjerawat dan berminyak
Tak pernah lagi pakai pencuci muka jenama ni, tapi selalu juga nampak di farmasi seperti watson dan guardian. Lepas baca artikel ni baru rasa ingin tahu nak cuba tu tinggi
Mek Onie said…
Produk Cetaphil ni memang makin femes dan haritu member ada pakai produk ni, rupanya jenis kulit pun memainkan peranan yang pentingkan... kadang ada yang sesuai, kadang tak even mahal pun.
Wawa Ashihara said…
Cetaphil ni bgus juga kan.. Sbb kdg2 wawa pakai utk kulit gatal2.. Mmg berkesan hilangkan gatal2 kt bdn... Dan bgus utk skin juga.. Adik ipar pakai cetaphil kulit muka dia dh sembuh skit..
Mazni Azmi said…
Assalamualaikum wrmbth dan selamat pagi dari Maznee, apa khabar sis Mama hakim, jenama cetaphil memang di kenali ramai dan berkualiti. Pencuci muka cetaphil pun dah berada lama di pasaran
Unknown said…
Tk penah cuba lagi...Nk try jgk la harap2 mnjdi la
Nina Mirza said…
Nina pakai Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Memang terbaik!
dyana said…
cetaphil yang mana sesuai utk muka berjerawat ya.. gentle @ oily
Nadhz said…
Saya dah guna memang best, berkesan sangat...harga berpatutan....keberkesanan sesuai dengan harga. .
Unknown said…
Saya baru je cuba produk , sebab ada kawan yg syorkan bagitau bagus .Nak jugak kulit muka bebas tanpa jerawat dengan kurang berminyak lepas nie .
Unknown said…
Sesuai ke untuk kulit yang ada jeragat?

Popular posts from this blog

30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi! Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula. Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan.  Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis . Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di  NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat . 6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

Pencuci Muka Terbaik [9 Jenama Untuk kulit Berminyak & Berjerawat]

Susahnya nak cari pencuci muka yang sesuai! Entah mana silapnya. Makin cuci makin teruk jadinya. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.  Jadi, hari ini Mama akan kongsikan tips memilih facial cleanser / pencuci muka terbaik. Artikel ini terbahagi kepada bahagian berikut [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut] Pencuci muka terbaik di Malaysia 1. Pencuci muka Safi 2. Pencuci muka Himalaya 3. Pencuci muka Cetaphil 4. Pencuci muka Nivea 5. Pencuci muka Garnier 6. Pencuci muka Anugerah 7. Pencuci muka lelaki 8. Pencuci muka T3 9. Pencuci muka Simple BONUS 1 - Penting untuk menggunakan pembersih muka yang betul? BONUS 2 - Tersalah pilih pencuci muka akan menyebabkan masalah jerawat? BONUS 3 - Cara memilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit kita? BONUS 4 - Jenis kulit & pencuci muka yang sesuai! BONUS 5 - Adakah kita memerlukan lebih daripada satu jenis pencuci muka untuk kegunaan harian? Pencuci muka terbaik di Malaysia. Ini 15 jenama pencuci mu

Ini 18 pencuci muka safi untuk kulit cantik! Cuci sungguh-sungguh

Hari ini Mama nak buat review tentang  pencuci muka  Safi yang terdapat di pasaran. Selalunya Mama akan lihat pencuci muka di farmasi seperti Watson & Guardian untuk bandingkan harga. Safi memang ada mengeluarkan banyak jenis pencuci muka untuk pelbagai kegunaan di  rumah . Kebanyakannya khas untuk wanita macam kita. Dan ada juga pencuci muka safi untuk lelaki (Walaupun tak banyak) Di bawah ini Mama senaraikan pencuci muka safi yang boleh di  beli  & kegunaannya.