4 Pencuci muka Garnier untuk kulit kering, berminyak & berjerawat!

Banyaknya pilihan pencuci wajah Garnier! Tapi yang mana paling sesuai untuk kita?







pencuci muka garnier

Jenama pencuci muka garnier memang tidak asing lagi. Selalu kita nampak iklan di tv, kalau model yang pakai memanglah nampak cantik kan.

Bagi sebuah syarikat yang dah dibuka dari 1904, jenama ini masih teguh berdiri. Lagi lama dari Himalaya (1930) & Nivea (1911).

Sudah tentu produknya berkualiti & di yakini dengan campuran bahan semulajadi. Bagaimana pula dengan pencuci mukanya?
Anda nak beli cleanser Garnier? Baca sungguh sungguh artikel ini untuk jawapannya!

Pencuci Muka Garnier! Cara memilih pembersih terbaik untuk kulit kita.





Seperti biasa, setiap jenama pencuci muka ada produk tersendiri untuk kulit berbeza. Di bawah ini Mama akan kongsikan jenis pencuci muka terbaik dari garnier.

Dan kulit jenis apa yang sesuai menggunakannya.

Rangkaian Pencuci Muka Garnier.

Klik link di atas

Jenis pencuci muka.

Setiap orang mempunyai kulit berbeza. Garnier ada mengeluarkan pencuci muka di bawah untuk pilihan kita.

Yang mana satu bertakhta di hati?

Nak tahu kenalah beli.

Pencuci muka pertama menggunakan bunga yang menjadi rahsia kecantikan wanita jepun. Kawaii! Apakah ia?




1. Sakura White.

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam.

Rahsia untuk kulit yang bersih & cantik terletak pada pembersihan kotoran yang  yang terkumpul pada kulit sepanjang hari dengan menyeluruh. 

Pencuci muka Sakura White di formulasikan dengan ekstrak sakura, bahan yang sangat popular & dikenali di Jepun.

Pencuci muka garnier sakura white


Ia akan menghasilkan buih lembut pada kulit yang menembusi jauh di dalam liang kulit untuk menghilangkan semua kotoran.

Kita akan dapati kulit kelihatan segar dan terhidrasi, setiap kali selepas mencuci muka.

Kalau di jepun, bunga sakura memang digunakan secara meluas dalam produk kecantikan. Jenama tempatan seperti Anugerah & Safi pun gunakan herba tempatan dalam pencuci muka mereka.



Bahan-bahan
Aqua / Air, Gliserin, Asid Myristic, Asid Palmitik, Asid Stearic, Potassium Hydroxide, Acid Lauric, Glyceryl Disterate, Glyceryl Stearate, Kaolin, Metilisothiazolinone, Peg-14m, Asam Salisilik, Tetrasodium Edta, Ekstrak Buah Myrtillus Vaccinum Myrtillus, Parfum, Fragrance (B45079 / 1).
Harga anggaran untuk saiz 100ml adalah RM11.

2. Light complete / Lemon.

Pencuci Muka Light Complete White Speed™ Multi-Action Brightening Foam.


Produk pembersih wajah ini terbaik untuk membersihkan wajah dengan lembut & membantu mencerahkan kulit wajah.

Ia mengandungi bahan semulajadi pati lemon asli & bau aroma lemon yang memberi rasa segar selepas penggunaan.

Khasiat lemon sangat banyak untuk kulit iaitu
  1. Sumber vitamin c untuk kulit yang cantik.
  2. Mengawal pengeluaran minyak.
  3. Memudarkan bintik hitam.
  4. Bahan pencerah kulit semulajadi yang selamat.

Pencuci muka ini mempunyai tekstur berbuih banyak, mudah dibilas, dan di formulasi dengan pati lemon untuk membersihkan kulit muka secara menyeluruh.

Kesan pembersih ini mampu membersih & mencerahkan kulit & mampu bertahan sehingga 6 jam.

Pencuci muka garnier Light Complete White Speed™ Multi-Action Brightening Foam.


Bahan bahan.
Aqua/water, glycerin, myristic acid, palmitic acid, stearic acid, pottasium hydroxide, lauric acid, glyceril distearate, glyceril stearate, kaolin, benzyl salicylate, citrus medica limonum extract/lemon fruit extract, limonene, linalool, methylisothiazolinone, PEG-14M, tetrasodium EDTA, parfum/fragrance (B45631/1).

3. Pure Active.

Garnier Pure Active Anti-Acne White Multi Action Foam.


Pembersih wajah untuk kulit bebas dari 12 masalah jerawat dan minyak.

Ia mengandungi bahan anti bakteria & ekstrak blueberi semulajadi yang membantu kulit kita melawan masalah kulit yang disebabkan oleh jerawat di kawasan muka seperti dagu dan minyak.

12 masalah kulit tersebut ialah.
Jerawat batu, bekas jerawat, minyak berlebihan, warna kulit yang tidak sekata, kekusaman, kulit agak gelap, tanda disebabkan sinar UV, bintik hitam, kulit tidak halus, pori besar, pori tersumbat, dan komedo.
Pencuci muka Garnier Pure Active Anti-Acne White Multi Action Foam


Bahan bahan.
Water, Glycerin, Myristic Acid, Palmitic Acid, Stearic Acid, Potassium Hydroxide, Lauric Acid, Glyceryl Distearate, Glyceryl Stearate, Kaolin, Methylisothiazolinone, Salicylic Acid, Tetrasodium EDTA, Vaccinium Myrtillus Fruit Extract, Fragrance 

Garnier Pure Active Sensitive Anti-Acne Cleansing Gel

Pembersih wajah wanita dengan jenis gel untuk kulit sensitif dan mudah berjerawat. 

Ia dapat membersihkan dengan lembut, & mengurangkan minyak, jerawat, dan kemerahan pada wajah.

Pencuci muka garnier anti acne cleansing gel


Pembersih wajah pertama dari Garnier dalam format gel yang mengandungi Purifying Zinc dan Ekstrak Witch Hazel yang melembutkan kulit. 

Menggunakan pencuci muka ini tidak akan menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan alergi pada wajah.

Selain pencuci muka ini, Mama rekemen pada kita yang mempunyai kulit sensitif untuk cuba jenama Cetaphil. Ada 1 produk dia tu dah lebih 30 tahun di pasaran dengan formula yang sama. Dan dah menang 41 anugerah.


Garnier Pure Active Matcha Deep Clean.

Pencuci muka untuk membersihkan dari minyak berlebihan dan pencemaran Mengandungi 100 kali antioksidan dari ekstrak teh hijau Matcha yang terkenal di Jepun. 

Teh jenis Matcha ni tak di tanam di Malaysia. Di Cameron Highland tak ada teh ni. Cubalah tanya kalau pergi ladang teh BOH sungai palas tu.

Tak ada lagi setakat ni.

Pure Active Matcha Deep Clean.


Mampu membersihkan kulit secara menyeluruh, dan mengelakkan kulit kelihatan kusam.

4. Men / Man.

Pencuci Muka Turbo Light Garnier Men

Pencuci muka lelaki dari Garnier. Sesuai untuk masalah kulit yang dialami kaum adam yang sentiasa lasak & kuat bekerja. Contohnya kontraktor rumah & jurutera minyak.

Pencuci muka garnier men untuk lelaki


Mama pernah tulis tentang pencuci muka ini. Boleh klik link di bawah untuk membacanya.


Pencuci muka garnier yang bagus untuk..

Penafian: Di bawah ini pandangan peribadi Mama hasil dari sedikit kajian yang dilakukan sendiri. Apa yang penting, ada diantara kita mempunyai kulit jenis kombinasi jadi mungkin kurang sesuai dengan cadangan ini.

Kulit biasa.

  • No 1 Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam.
  • No 2 Light Complete White Speed™ Multi-Action Brightening Foam


Kulit kering.

  • No 1 
  • No 2 


Kulit berminyak.

  • No 1 
  • No 2
  • No 3 Pure Active Anti-Acne White Multi Action Foam.
  • No 5 Garnier Pure Active Pure Active Matcha Deep Clean


Kulit berjerawat.

  • No 3
  • No 4 Garnier Pure Active Sensitive Anti-Acne Cleansing Gel.

Kulit Sensitif

  • No 4

Kulit Lelaki

  • No 6 Garnier Men


Kebaikan / Kelebihan

Manfaat setiap pencuci muka yang di senaraikan di atas adalah unik kerana kandungan bahan mentahnya juga berbeza.

Jadi, baca dulu & timbang sendiri dengan teliti sebelum mencuba mana mana produk di atas menurut kesesuaian kulit.

Harga

Di bawah ini Mama berikan harga anggaran bagi setiap jenis pencuci muka di pasaran Malaysia. Nak dapat tawaran terbaik jangan beli terburu buru.

Buat kajian ya.
  • No 1 Garnier Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam 100 mL RM11.
  • No 2 Light Complete White Speed Multi-Action Brightening Foam 100 mL RM9.
  • No 3 Pure Active Anti-Acne White Multi Action Foam 100 mL RM12.
  • No 6 Pencuci Muka Garnier Men 100 mL RM9.

Cara Menggunakan.

  1. Urut lembut pencuci ini pada kulit muka yang lembap.
  2. Bilas dengan air.


Kesimpulan Tentang Pencuci Muka Garnier.

Kalau nak tahu sama ada pencuci muka tu serasi atau tidak, cuba buat bacaan dulu. Cari sama ada forum ataupun blog yang review tentang produk ni.

Review pun ada banyak jenis. Ada yang berbayar, ada yang di buat sukarela.

Mama lebih percaya review bukan advertorial (berbayar) kerana biasanya mereka pakai sendiri produk ni dan rasa puas hati.

Sanggup pula tu tulis review tanpa bayaran.

Terima kasih kerana baca sampai habis. Ada pendapat & mahu berkongsi cerita boleh tulis di bawah ya. Jumpa lagi.
Previous Post Next Post

Contact Form