5 Pencuci Muka Nivea [TERBARU] Untuk kulit kering berminyak & berjerawat!

Pencuci Muka Nivea harga testimoni

Memang banyak jenama pencuci muka di pasaran. Sampai pening nak pilih yang mana. Dari jenama tempatan (Anugerah, Safi) ke jenama antarabangsa (Himalaya, Cetaphil).

Pembersih muka yang baik bukan hanya senang digunakan, ia juga berkesan. Menggunakannya setiap hari akan membantu menghilangkan kotoran, kulit mati dan solekan yang terdapat di kulit kita dengan mudah.

Pencuci Muka Nivea untuk pelbagai jenis kulit! No 4 kegemaran Mama. Anda bagaimana?


Hari ini Mama akan ulas pencuci muka Nivea untuk pelbagai jenis kulit.

Selamat membaca.

5 Jenis pencuci muka jenama Nivea di pasaran Malaysia.

Tekan link di atas.

Jenis pencuci muka Nivea ialah..

1. Pencuci muka Nivea Aqua sensation cleansing foam.


Pencuci muka ini akan membersihkan & menghidrat kulit secara mendalam dengan ekstrak timun & Vitamin B5. 

Ia akan membantu mengekalkan tahap kelembapan kulit selepas cucian. Pencuci ini bagus untuk kulit jenis biasa & gabungan.

Pencuci muka Nivea Aqua sensation cleansing foam.


Bahan bahan.

Menurut laman web Nivea, formulasi pencuci muka ini sentiasa berubah bergantung kepada penemuan saintifik semasa.

Jadi sebelum beli elok semak dulu label di belakang produk untuk melihat ramuan terkini.
Aqua, Potassium Stearate, Potassium Myristate, Potassium Palmitate, Propylene Glycol, Gliserin, Alkohol Cetearyl, Glyceryl Stearate, PEG-8, Cera Alba, Panthenol, Cucumis Sativus Juice, Natrium Methyl Cocoyl Taurate, Trisodium EDTA, Parfum



Cara menggunakan Aqua sensation cleansing foam.
  1. Sapukan pencuci muka secara perlahan lahan ke kulit muka yang basah (termasuk dagu, pipi, dahi) & leher.
  2. Urut dalam bulatan menaik kecil & elakkan kawasan mata yang sensitif.


Anggaran harga bagi pencuci muka ini untuk pek 100g ialah RM15.30. Harga boleh berubah menurut premis yang menjual.

Secara umum, harga skincare Nivea memang tak mahal. Semua orang boleh pakai. Kalau nak tahu berapa harga skincare mahal, boleh baca artikel di hargasetbersalin ni. Amboi mahalnya.

2. Pencuci muka extra white repair pore minimiser mud foam.


Produk ini mempunyai fungsi 3 dalam 1. Iaitu membersih, memutih & memuluskan kulit supaya lebih jelita.

Pencuci muka ini di formulasi dengan lumpur gunung berapi, yang mampu membersihkan kulit dari kekotoran yang menyebabkan kulit kelihatan kusam, jerawat dan liang liang roma besar tanpa menipiskan kulit. 

Pencuci muka nivea extra white repair pore minimiser mud foam.


Sangat sesuai di gunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang berliang besar & mudah naik jerawat.

Bahan bahan.

Senarai bahan di bawah akan sentiasa berubah. Boleh rujuk label pencuci muka ini sebelum kita membuat pembelian untuk formulasi terkini.
Aqua, Gliserin, Potassium Myristate, Potassium Palmitate, Potassium Stearate, Potassium Laurate, Glyceryl Stearate, PEG-8, Cera Alba, Glycyrrhiza Glabra Root Extract, Kaolin, Sodium Ascorbyl Phosphate, Sodium Salicylate, Carnitine, Glyceryl Glucoside, 4-Butylresorcinol, Acrylates Copolymer, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Potassium Arachidate, Potassium Oleate, Trisodium EDTA, Propylene Glycol, Benzyl Alkohol, Linalool, Parfum

Cara menggunakan.
  1. Sapu pencuci muka di muka & urut perlahan lahan dalam gerakan membulat. Beri perhatian untuk tidak mencuci kawasan mata.
  2. Bilas dengan air suam selepas selesai.


Anggaran harga bagi pek 100g dipasaran adalah RM17.


3. Pencuci Muka Extra white repair pore minimiser scrub.


Produk ini dilengkapi dengan manik-manik mikro, yang membersihkan kotoran dengan perlahan-lahan.

Gunakan ia setiap hari untuk mengurangkan jerawat batu, liang roma yang besar & bintik hitam tanpa bahan penipisan kulit. 

Mama sarankan produk ini untuk mereka yang mempunyai kulit kering kusam dengan liang roma bersaiz besar. (Tak kiralah apa puncanya, cuaca panas, kurang minum air atau mungkin tanda tanda penyakit seperti kencing manis)

Pencuci Muka nivea Extra white repair pore minimiser scrub


Bahan bahan.

Senarai bahan bahan ini boleh berubah dari masa ke semasa. Sila rujuk bungkusan untuk meneliti kandungan ramuan terkini.
Aqua, Potassium Myristate, Propylene Glycol, Potassium Palmitate, Potassium Stearate, Glycerin, Potassium Laurate, PEG-150, PEG-8, Polyethylene, Glyceryl Stearate, Mutiara Hidrolisis, Ekstrak Glycyrrhiza Glabra, Sodium Ascorbyl Phosphate, Fucus Vesiculosus Extract, Nelumbium Speciosum Ekstrak Bunga, Ekstrak Ekstrak Panax Ginseng, Carnitine, Aluminium Chlorohydrate, Glyceryl Glucoside, 4-Butylresorcinol, Cera Alba, Natrium Methyl Cocoyl Taurate, Potassium Arachidate, Potassium Oleate, Triglyceride Capric / Capric, Trisodium EDTA, Linalool, Benzyl Alkohol, Butylphenyl Methylpropional, Parfum, CI 77891

4. Pencuci Nivea extra white make up clear 3 in1 mud foam.

Bagi wanita bekerja, penting untuk kita menjimatkan masa. Selain kerja di pejabat, kita perlu menguruskan rumah tangga. Semua ini nikmat pinjaman yang perlu disyukuri dengan menjaganya sebaik mungkin.

Membersihkan solekan di wajah boleh menjadi kerja mudah dengan pencuci muka ini. 

Ia membersihkan solekan & mencuci bersih kotoran di muka sambil mencerahkan kulit. 


Pencuci Nivea extra white make up clear 3 in1 mud foam


Pembersih wajah Nivea ini melakukan 3 kerja dalam satu masa.
  1. Sapukan di wajah & biarkan selama 1 minit, Ia akan menyerap kotoran & solekan.
  2. Basahkan muka dengan air & urut kulit untuk membuang semua solekan.
  3. Bertindak membersihkan kekotoran jauh ke dalam liang roma untuk kulit yang lebih halus.


Pencuci ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit kusam.

Bahan bahan.

Senarai bahan di bawah sentiasa berubah dengan waktu. Semak label produk & periksa bahan terkini sebelum melakukan belian.
Aqua, Glycerin, Potassium Myristate, Potassium Palmitate, Potassium Stearate, Potassium Laurate, Glyceryl Stearate, PEG-8, Cera Alba, Juice Buah Malpighia Glabra, Kaolin, Propylene Glycol, Acrylates Copolymer, Sodium Methyl Cocoyl Taurate, Potassium Arachidate, Potassium Oleate, Natrium Lauryl Sulfate, Trisodium EDTA, Benzyl Alkohol, Linalool, Parfum, CI 77266, CI 61570, CI 16035, CI 10316

5. Pencuci Muka Nivea Men.

Orang lelaki mempunyai keperluan kulit yang berbeza berbanding dengan perempuan. Mereka perlu lasak & bergerak aktif dalam menguruskan kerja seharian.


Pencuci Muka Nivea Men

Nivea telah menghasilkan rangkaian skincare merangkumi pencuci muka khas untuk lelaki. 

Mama pernah tulis 1 entri khas di blog ini tentang pencuci muka untuk lelaki. 

KLIK UNTUK PENCUCI MUKA LELAKI NIVEA.



Kesimpulan Tentang Pencuci Muka Jenama Nivea.

Sama seperti jenama skincare yang lain, Nivea mempunyai pelbagai produk penjagaan kulit untuk lelaki & perempuan.

Dan pencuci muka ini di reka khas untuk pelbagai jenis kulit. Sama ada kulit normal, kering, berminyak & kombinasi.

Pemilihan pencuci muka yang sesuai sangat penting supaya kulit kita lebih sihat. 

Tamat sudah entri kali ini. Mama berharap artikel ini memberi sedikit pencerahan kepada anda tentang pilihan pembersih muka Nivea yang ada di pasaran.

Sebarang pendapat & perkongsian boleh di tinggalkan di ruangan komen di bawah. Sampai jumpa lagi.

Assalamualaikum.

5 Pencuci Muka Nivea [TERBARU] Untuk kulit kering berminyak & berjerawat! Reviewed by Mama Hakim on May 30, 2018 Rating: 5

6 comments:

  1. Ibu pernah belikan pencuci muka nivea for men untuk suami dulu. Sekarang ni dah tak pakai lagi.

    ReplyDelete
  2. Wah lengkap betul senarai pencuci muka nivea yang mama buatkan ni. Boleh cuba yang mana suka

    ReplyDelete
  3. Antara jenama pencuci muka yang bagus untuk kegunaan kulit yang pelbagai. Harga dia ok. Tak mahal pun

    ReplyDelete
  4. Tak sangka Nivea ada produk pencuci muka untuk lelaki, mati mati saya ingatkan produk nivea untuk perempuan saja.

    ReplyDelete
  5. Hari tu ana try yg nivea yang baru tu tapi tak sesuai dengan kulit ana. Kulit jadi kering dan pedih. Stop terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau teruskan mungkin jadi lebih teruk sebab tak sesuai.

      Delete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.