7 Toner muka terbaik 2019! Jenama paling bagus di drugstore

Anda pening kepala nak beli toner muka? Teruskan baca hingga habis untuk jawapannya!
Toner wajah terbaik di pasaran

7 Toner muka terbaik di pasaran untuk kulit yang halus selembut sutera!



Terdapat banyak brand toner terbaik di Malaysia. Mama kongsikan beberapa toner muka untuk kulit berminyak, jerawat, kering bagi lelaki & perempuan. Tak perlu dapatkan rawatan kulit muka dari klinik pakar kulit pun & habiskan duit untuk skincare yang mahal.

1. Toner AIKEN- Refining pore toner

Toner AIKEN- Refining pore toner
Salah satu jenama toner yang mudah didapati di farmasi dan drugstore seperti Watson dan guardian.
  • Mama pernah review toner jenama Aiken di blog ini sebelum ini.
  • Sesuai untuk kulit berjerawat.
  • Toner ini mengandungi minyak pokok teh.
  • Menyeimbangkan lembapan kulit & mengecutkan jerawat di muka. 

Harga pek 100ml sekitar RM8.00

2. Jenama SIMPLE - Soothing toner

Jenama SIMPLE - Soothing toner
Sesimple namanya. Ramai juga yang menggunakan toner brand ini. 
  • Toner untuk semua jenis kulit termasuk kulit gabungan.
  • Sesuai untuk kulit sensitif.
  • Mengembalikan hidrasi kulit kita.
  • Tiada kandungan alkohol.

Harga untuk pek 200ml sekitar RM15.00


3. Jenama NATURAL by Watson - Mattifying Toner

NATURAL by Watson - Mattifying Toner
Produk yang eksklusif di farmasi Watsons adalah toner terbaik untuk kulit berminyak.


  • Toner untuk kulit berminyak.
  • Kulit kelihatan lebih segar selepas penggunaan.
  • Tidak melekit dan berminyak. 
  • Membekalkan hidrasi kepada kulit melalui ramuan minyak pokok teh dan teh hijau organik.
  • Kandungan minyak pokok teh di dalam toner ini menjadikannya terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat.

Harga untuk saiz pek 150ml sekitar RM35.



4. Jenama SIMPLYSITI - Luminous White Toner 

Toner SIMPLYSITI
Toner yang diasaskan oleh Dato Siti Nurhaliza dengan teknologi dari Korea.
  • Mengandungi Vitamin B3 , C untuk mencerahkan kulit & ramuan X50 Pure White untuk menghilangkan bintik pigmentasi & kesan penuaan. 
  • Perlindungan kulit dari sinar UV matahari.

Harga untuk saiz 100ml sekitar RM28



5. Jenama Nivea - Aqua Sensation Invigorating Toner

Toner Nivea
Toner muka yang bagus untuk kulit kering.
  • Sesuai untuk kulit kering.
  • Digunakan selepas menggunakan pencuci muka.
  • Rumusan toner ini memberikan 3 kesan serentak iaitu menyegar, menghidrasi dan mencuci baki kotoran di yang masih tinggal selepas cucian cleanser.
  • Mengandungi pati pelembap untuk membaiki lapisan perlindungan kelembapan kulit & memastikan tekstur kulit lembut dan bersih. 

Harga untuk saiz 200ml sekitar RM22.



6. Jenama SAFI - OxyWhite cerah sempurna toner

SAFI OxyWhite Cerah Sempurna toner
Toner untuk remaja pada harga berpatutan.
  • Toner OxyWhite mengecutkan liang roma & membersihkan kotoran. 
  • Ramuannya mengandungi bahan seperti vitamin E sumber antioksidan yang melindunginya dari radikel bebas.
  • Memelihara lembapan & menjaga keseimbangan pH kulit.

Harga untuk saiz 100ml ialah RM9.86


7. Jenama SYAHIRAH - Korean secret hydrasoft toner

SYAHIRAH - Korean secret hydrasoft toner
Toner terbaik kulit untuk kulit cerewet/sensitif.
  • Rumusan toner ini mengandungi ginseng, chamomile dan teh hijau  untuk hidrasi.
  • Dikatakan tidak menyebabkan iritasi pada kulit.
  • Mengembalikan pH semula jadi kulit selepas kita menggunakan pencuci muka.

Harga untuk saiz 100g ialah RM11.



Toner terbaik. 

Kebelakangan ini, semakin ramai yang sedar tentang kebaikan menggunakan toner muka selepas mencuci muka. Kemungkinan besar sebab dah tahu skincare routine korea. 
Tetapi, macam mana nak pilih toner muka yang terbaik untuk kulit kita? Mama akan kongsikan toner paling bagus dan cara pilih ikut jenis kulit.
Siapa cakap susah nak pilih toner muka? Skincare terbaik untuk kecutkan liang kulit. Baca artikel ini sungguh sungguh!


10+ Toner muka yang bagus untuk 4 jenis kulit berbeza.

Dengan mengenal pasti jenis kulit yang anda miliki, kita akan dapat memilih toner yang paling berkesan untuk muka kita. 

Cuba elakkan toner yang mengandungi alkohol & bahan "fragrance" kerana ia boleh menyebabkan sebarang jenis kulit menjadi terancam.

1. Toner muka untuk kulit jerawat & berminyak

Jika anda mempunyai jenis kulit berminyak, pilih toner yang menyegarkan.  Macam mana nak tahu kulit kita jenis berminyak? Cuba perhatikan sama ada kulit kita ada 
  • liang liang roma besar
  • selalu nampak berkilat kerana minyak yang berlebihan
  • apabila dibersihkan dengan tisu, kesan minyak yang ketara dapat dilihat.

Toner yang menyegarkan (refreshing) bersifat lembut pada kulit. Jangan memburukkan lagi keadaan kulit kita yang berminyak dengan membeli toner yang mengandungi alkohol. 

Toner ini akan mengeringkan kulit kita dan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak. Akhirnya, keadaan jadi lebih teruk berbanding sebelum menggunakan toner.

Bagi kulit jenis ini, gunakan produk yang mengandungi
  • natrium hyaluronat
  • natrium PCA
  • AHA
  • bebas minyak

Periksa label yang terdapat di belakang toner dan elakkan produk yang mengandungi  bahan seperti
  • alkohol seperti denatured, ethanol, dan isopropyl
  • natrium / amonium lauryl sulfate
  • minyak mineral
  • pertrolatum.
Sesetengah dari kita mempunyai kulit yang kering kusam dan tidak bermaya. Apa rahsia untuk jadikan kulit kita kembali lembap bersinar?

2. Toner muka untuk kulit kering

Toner muka untuk kulit kering

Jika kita mempunyai kulit kering, pilih toner yang menghidratkan. 

Kulit kering mudah untuk di kenal pasti. Antara tanda mudah yang boleh kita perhatikan ialah 
  • Ia mempunyai liang kecil
  • Kulit terasa ketat.
  • Kulit kelihatan kusam dan kasar.
  • Jika kita bekerja dalam bilik berhawa dingin, mudah untuk kulit kita menjadi sangat kering dan mudah pecah apabila di garu kerana rasa gatal. 
  • Jenis kulit ini juga senang terdedah kepada retak, mengelupas, kerengsaan, kemerahan / tompok kering, dan gatal-gatal.

Dengan menggunakan toner yang menghidrat dan melembapkan, kulit yang kering akan mendapat air dan minyak yang mencukupi untuk kembali bersinar dan berseri seri. 

Toner jenis ini kebiasaannya mempunyai bahan bahan seperti
  • peptida
  • glycolipid
  • minyak benih rose hips
  • minyak jojoba
  • dimethicone
  • asid glikolik. 

Sebaliknya, bagi jenis kulit ini, elakkan produk yang mengandungi 
  • alkohol seperti ethanol, dan isopropyl
  • natrium / amonium lauryl sulfate
  • minyak mineral
  • pertrolatum

Masih belum puas hati dengan penjelasan ini? Tak apa, Mama ada kongsikan entri khas.


3. Toner untuk kulit kombinasi.

Toner muka untuk kulit kombinasi

Jika kita mempunyai kulit jenis kombinasi (gabungan kulit minyak dan kering), Pilih dua toner berbeza. 

Memang agak susah untuk menjaga kulit jenis gabungan.

Macam mana nak tahu kulit kita termasuk dalam jenis ini? Perhatikan tanda tanda di bawah
  • kulit yang mempunyai liang yang lebih besar dan lebih banyak minyak di kawasan zon T, iaitu, dahi, hidung, dan dagu. 
  • Bahagian lain kulit nuka kita seperti pipi dan bahagian muka pula mempunyai liang yang lebih kecil dan kurang minyak. Menandakan kawasan ini berkulit kering.

Jika kita mempunyai jenis kulit kombinasi, kita perlu membeli 2 jenis toner. Satu untuk cuaca panas dan satu untuk di dalam persekitaran yang sejuk. 

Contohnya dalam pejabatlah. Macam office Mama ni, workstation betul betul bawah ekzos air cond. Alamat kesejukan dan kekeringan kulit ni.

Semasa musim panas dan lembap pula, gunakan toner yang menyegarkan dengan bahan bebas minyak khusus untuk kulit berminyak. Beri perhatian pada kawasan zon T di muka.

Semasa kita di persekitaran sejuk, gunakan toner penghidratan dengan bahan-bahan yang akan melembapkan kulit kita, seperti minyak rose hip seed atau jojoba.


4. Toner muka untuk kulit sensitif.

Toner muka untuk kulit sensitif

Sekiranya kita mempunyai jenis kulit yang sensitif, pilih toner bersifat lembut yang bebas daripada paraben,  bahan beralkohol dan berasid, contohnya asid salisilik.

Macam mana nak tahu kulit kita jenis sensitif? Kulit jenis ini mudah bertindak balas dengan persekitaran dan produk yang di gunakan. Senang merah merah dan rasa tak selesa. 

Antara faktor yang boleh menyebabkan kulit kita yang sensitif menjadi merah merah ialah
  • produk kecantikan
  • Sentuhan
  • Menggunakan air panas untuk mandi
  • Terdedah pada alkohol
  • Mengambil makanan pedas. 

Semua perkara di atas boleh menyebabkan kulit kita berasa gatal, sensasi terbakar dan rasa tak selesa.

Toner yang bagus untuk kulit jenis sensitif mengandungi bahan bahan seperti
  • beta glukans
  • ekstrak teh putih
  • gliserin

Bahan di atas mempunyai kebaikan anti radang dan anti oksidan. 
  • Jauhi pula toner yang mengandungi 
  • pewarna buatan manusia
  • fragrance / wangian
  • Alkohol 
  • Natrium atau amonium lauril sulfat


Fungsi toner.

Fungsi toner paling bagus

Toner merupakan produk yang digunakan untuk membersihkan, menyegarkan, melicin, mengawal minyak, dan melembapkan wajah. 

Toner digunakan selepas membersihkan muka, tetapi sebelum menggunakan pelembap atau solekan. Ia berfungsi mempersiapkan kulit kita supaya kesan produk skincare yang di gunakan seterusnya memberikan hasil terbaik. (Sumber Hargasetbersalin.blogspot.com)

Ia akan menyingkirkan lebihan minyak berlebihan, kotoran degil atau sisa yang solekan atau pencuci muka pada kulit kita selepas membasuhnya.

Mama ada kongsikan banyak lagi kebaikan menggunakan toner di dalam entri khas.


Cara pakai toner.

cara pakai toner muka yang bagus

Sebenarnya, tak susah pun pakai toner ni. Memang kacang. Kita hanya perlukan kapas atau nak lagi senang, pakai jari pun boleh.

Basahkan pad kapas dengan toner, kemudian sapu seluruh muka dan leher.

Kita perlu menggunakan toner selepas mencuci muka, dan sebelum menggunakan serum atau pelembap. 

Kelebihan menggunakan pas kapas berbanding menggunakan tangan ialah, kita akan menjimatkan lebih banyak toner (Wikipedia). Kalau pakai jari, toner cepat habis.

Toner boleh digunakan 2 kali sehari selepas mencuci muka dan ini bergantung juga kepada kulit kita. 

Kulit yang kering selepas menggunakan toner tak di galakkan menggunakannya dengan kerap. Masih belum jelas? Tak mengapa.


Kesimpulan tentang toner muka.

Memang banyak kelebihan menggunakan toner, dan semakin ramai yang menggunakannya kebelakangan ini kerana mengidam ngidam kulit wanita korea.

toner muka yang terbaik

Mama rumuskan isi penting artikel ini

  1. Memilih toner yang sesuai mestilah berdasarkan jenis kulit yang di miliki.
  2. Di galakkan untuk kita mengelakkan toner yang mengandungi alkohol dan "fragrance"
  3. Baca label toner dan periksa bahan bahannya. Perhatikan bahan yang kurang sesuai di gunakan bagi kulit tertentu.
  4. Cara memakai toner mestilah betul supaya hasilnya memuaskan hati.
  5. Pelbagai jenama toner di pasaran, tak semestinya produk yang mahal lebih bagus dari jenama murah. Jadi pengguna bijak.
Sampailah kita di hujung artikel. Terima kasih kerana membaca sehingga ke akhir. Jumpa lagi.
Previous Post Next Post

Contact Form