Skip to main content

18 Panduan beli @ Bina rumah. Kediaman tak panas & Duit tak rugi!

18 Panduan beli @ Bina rumah. Kediaman tak panas & Duit tak rugi!

Kami dah lama pelik dengan patern rumah sekarang. Tak lawa.

Orang kata rekabentuk moden


tips bina rumah atau beli rumah teres

Nampak urban & sebagainya.

Tapikan

Kenapa rumah tu nampak macam kilang

Atau pejabat. Sebab bumbungnya nampak kotak & pelik

Kebetulan 2 hari lepas, terbaca artikel di blog lain tentang tips yang di berikan oleh seorang pensyarah

Ada Phd dalam rekabentuk

Dan 

Beliau pun kongsi pandangan sama. Rekaan rumah sekarang ni tak sesuai dengan cuaca Malaysia

Boommm!

Tak sangka firasat & gerak hati kami ada asasnya

Tak sangka pula, kesilapan rekaan boleh dibuat oleh orang yang pakar

Macam mana lah arkitek yang reka rumah tu boleh buat rumah yang salah di tempat yang salah

Umpama kita pakai baju terdedah sana sini di kutub utara

Mana sesuai kan

Terer betul orang lama buat rumah kan. 

Rumah sejuk saja & berangin walau di luar macam oven. fuh!

Jadi, kami kongsikan tips tersebut dalam blog ini, untuk bacaan kami & tuan puan di kemudian hari

Terima kasih kepada Tuan Azizul Azli kerana kongsi tips ini



18 Tips beli rumah teres yang bantu kita jimat duit di kemudian hari


  1. Lihat orentasi matahari, jika dapat elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita. (Tips ni bagus untuk kedua dua bina rumah sendiri atau beli)
  2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih. (Untuk rumah beli saja)
  3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang kehadapan rumah boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah. (Beli & Bina)
  4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama. Kalau di lembah Klang ni penting. Selalu ada catuan air (Beli sahaja)
  5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling sekitar 10' kaki. Bila pasang kipas tidaklah putus jari. (Beli & bina rumah)
  6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik (Beli & bina)
  7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya dibahagian belakang bukan depan rumah kita. (Lagi senang kalau buat rumah sendiri.)
  8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi.(Bina & Beli)
  9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun ditengah. (bumbung bentuk rama rama) (Bina & Beli)
  10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujang tak masuk dan silau kedalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.
  11. Jika dapat bahan banggunan guna bata merah bukan bata simen.
  12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.
  13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.
  14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras
  15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.
  16. Elakkan unit dipersimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.
  17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan didalam dinding rumah kita.
  18. Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang award dan tiada masalah kualiti. 
Sebab itu gegadis suka lelaki matang dan berpengalaman rupannya :-p
panduan bina rumah kontraktor
Hujan lebat boleh masuk tingkap rumah kita? Ada kesan air dalam dinding atau siling lepas hujan?


kenapa rumah panas
Matahari petang jika kena bilik tidur utama, panasnya membahang.

Kita tak beli rumah setiap hari, bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.

Design yang baik itu sempurna, kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah owning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli.


Tamat tips dari tuan azizul

Terima kasih atas tipsnya

Sekarang terjawablah sebab kenapa ada rumah tu sejuk je bila kita masuk

Rupa rupanya bilik utama & bilik lain bertentangan dengan arah terbenam matahari

Jadi dinding tu tak serap haba

Penting tu

Sangat penting untuk pilih kontraktor rumah yang bagus

Popular posts from this blog

Pencuci Muka Terbaik [9 Jenama Untuk kulit Berminyak & Berjerawat]

Susahnya nak cari pencuci muka yang sesuai! Entah mana silapnya. Makin cuci makin teruk jadinya. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.  Jadi, hari ini Mama akan kongsikan tips memilih facial cleanser / pencuci muka terbaik. Artikel ini terbahagi kepada bahagian berikut [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut] Pencuci muka terbaik di Malaysia 1. Pencuci muka Safi 2. Pencuci muka Himalaya 3. Pencuci muka Cetaphil 4. Pencuci muka Nivea 5. Pencuci muka Garnier 6. Pencuci muka Anugerah 7. Pencuci muka lelaki 8. Pencuci muka T3 9. Pencuci muka Simple BONUS 1 - Penting untuk menggunakan pembersih muka yang betul? BONUS 2 - Tersalah pilih pencuci muka akan menyebabkan masalah jerawat? BONUS 3 - Cara memilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit kita? BONUS 4 - Jenis kulit & pencuci muka yang sesuai! BONUS 5 - Adakah kita memerlukan lebih daripada satu jenis pencuci muka untuk kegunaan harian? Pencuci muka terbaik di Malaysia. Ini 15 jenama pencuci mu

30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi! Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula. Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan.  Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis . Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di  NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat . 6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

10 Pencuci Muka Terbaik di Watson 2020! Cuci sungguh sungguh

Memang banyak cleanser di Watson. Tapi.. Mana satu paling bagus untuk muka kita? Memang banyak kajian dilakukan saintis tentang manfaat cleanser pada kulit muka, seperti dikongsikan NCBI .  Dalam artikel ini Mama nak kongsi kepada pembaca semua, pencuci muka TOP 10 di Watson  dari info yang diperolehi sendiri di laman rasmi Watson . Anda nak beli cleanser muka di Watson yang paling bagus? Skin care terbaik untuk buang kotoran di kulit. Tak perlu rawatan kulit muka di klinik pakar kulit pun. Baca sungguh sungguh artikel ini untuk jawapannya! TOP 10 Pencuci Muka di Watson yang paling laris! Kita mulakan senarai ini dari kedudukan no 10.  Mesti ramai tak sabar nak tahu brand pencuci muka apa paling laku di Watson? Jawapannya ialah. 10. Eucerin Dermato Clean Refreshing Cleansing Gel 200ml Pencuci muka jenis gel dari Eucerin. Membersih muka tanpa buih. Harga pencuci muka Eucerin RM47.16. Skin care terbaik low ph jenis jel (tanpa buih).