3 Night cream untuk kulit kering yang paling bagus.

Kenapa agaknya kulit aku kusam. Tak bermaya. Cepat gatal pulak tu!
night cream untuk kulit kering

Inilah antara kesusahan yang di hadapi jika kita mempunyai kulit kering. Jika kita mempunyai kulit jenis ini, penggunaan krim malam memang sangat berbaloi.

Ini kerana krim malam akan menyediakan kelembapan tambahan yang di perlukan kulit.

Ia juga akan mengurangkan merah merah pada kulit, dan membolehkan kulit kita memulih dan membaiki semula di malam hari.
Kulit anda nampak kering kusam dan tidak bermaya? Baca hingga habis untuk bantu ia kembali berseri dengan krim malam terbaik!

3 Krim Malam Terbaik Untuk Kulit Kering Kembali Bersinar!




1. OLAY REGENERIST NIGHT RECOVERY CREAM

OLAY REGENERIST NIGHT RECOVERY CREAM untuk kulit kering

Night cream dari Olay ini mempunyai formula tanpa wangian (fragrance) dan direka khusus untuk memberikan penghidratan melampau dan menjana semula sel permukaan kulit semasa kita tidur.

Bahan fragrance / wangian memang memberikan bau yang wangi. Tapi, memberi kesan tak baik seperti menyebabkan kulit merengsa. Jadi boleh gunakan krim ini dengan lega.

Formula krim malam Olay akan mengikat lembapan pada sel sel di permukaan kulit sepanjang malam.

Ramuan skincare krim malam yang direka khas ini mampu menembusi 10 lapisan kulit untuk meningkatkan tekstur & keanjalan semulajadi.




Selain bebas wangian, ia juga tidak berminyak dan cepat diserap kulit.

Krim malam ini telah mendapat banyak respon positif dari pengguna yang mempunyai kulit kering.

Ia mempunyai kuasa pelembab yang baik dan dapat memelihara kulit supaya sentiasa lembut dan halus. 

Menjadikan ia kelihatan bercahaya dan mengelakkan keduatan apabila digunakan dengan kerap. 

Selain itu, krim malam Olay regenerist mengandungi antioksidan yang sangat baik untuk kulit. Baunya agak kuat sebab tak ada wangian ditambahkan, tapi yang penting hasilnya terbaik.


Bahan bahan krim malam Olay Regenerist.
Water, Dimethicone, Glycerin, Niacinamide, Dimethicone Crosspolymer, Polymethylsilsesquioxane, Polyacrylamide, Polyethylene, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Palmitoyl Pentapeptide-4, Allantoin, Camellia Sinensis Leaf Extract, Sodium Peg-7 Olive Oil Carboxylate, C13-14 Isoparaffin, Titanium Dioxide, Dmdm Hydantoin, Laureth-4, Dimethiconol, Laureth-7, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Aminomethyl Propanol, Disodium Edta, Iodopropynyl Butylcarbamate



2. NIVEA CREME

Nivea creme krim malam terbaik untuk kulit kering

Ia adalah Krim yang baik boleh digunakan pada waktu malam untuk menghidrat dan melembap kulit kering. 

Hasilnya, ia meninggalkan kulit licin dan lembut pada harga yang sangat berpatutan. Memang wajib di cuba untuk mereka yang mempunyai kulit kering. 

Teksturnya sangat tebal dan berkrim, mampu melembapkan kulit yang sangat kering. Saiznya juga kecil dan mudah di bawah ke mana mana.


Krim ini boleh di gunakan untuk pelbagai kegunaan seperti kawasan kulit kering terutamanya seperti siku, lutut, tangan atau kaki kita.

Produk ini terdiri dari bahan bahan seperti
  • Mengandung Parafin
  • Mengandungi Alkohol
  • Tiada paraben yang disebutkan
  • Tiada bahan semulajadi sahaja bahan kimia

Gunakan krim ini dua kali sehari terutamanya pada waktu malam. Urut perlahan-lahan di kawasan kulit muka yang kering.

Beri perhatian ika anda mempunyai kulit mudah naik jerawat yang sangat berminyak, kurang sesuai pakai produk Nivea creme.

Dalam kes ini cuba versi Nivea Soft. Prduk Nivea creme hanya sesuai untuk kegunaan kulit kering.


Bahan bahan dalam Nivea Creme.
Aqua, Paraffinum Liquidum, Cera Microcristallina, Glycerin, Lanolin Alcohol(Eucerit®), Paraffin, Panthenol, Magnesium Sulfate, Decyl Oleate, Octyldodecanol, Aluminum Stearates, Citric Acid, Magnesium Stearate, Limonene, Geraniol, Hydroxycitronellal, Linalool, Citronellol, Benzyl Benzoate, Cinnamyl Alcohol, Parfum.


3. SAFI RANIA GOLD KRIM PELEMBAP MALAM

SAFI RANIA GOLD KRIM PELEMBAP MALAM


Anggaran harga bagi saiz RM29.07

Krim berasaskan gel yang menyerap pantas ke dalam kulit. Menghidratkan kulit dari dalam lalu menampilkan kulit wajah berseri keesokan hari. 

Menggalakkan pemulihan sel-sel kulit yang aktif di waktu malam dan menghalang kemunculan tanda-tanda awal penuaan.

Gunakan di waktu malam selepas menggunakan toner dan serum untuk hasil terbaik.


Bahan krim malam Safi Rania Gold.
Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane. PPG-15 Stearyl Ether, Niacinamide, Glycerin, Arachidyl Glucoside, Isohexadecane, PPG-3 Myristyl Ether, Dimethicone Crosspolymer, Dimethicone/ Vinyl Dimethicone Crosspolymer, Polyacrylamide, Acrylic Acid/ VP Crosspolymer, Carnosine, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Dipalmitoyl Hydroxyproline, Lysophospatidic Acid,Aminomethyl Propanol, Disodium EDTA, Pearl Powder, Palmitoyl Tripeptide-5, Acetyl Heptapepfide-9, Colloidal gold, Fragrance, Phenoxyethanol, Propanediol, Methylisothiazolinone, Cl 19140, Cl 15985.



Night cream untuk kulit kering, macam mana nak cari yang terbaik?

Kulit kering menyebabkan wajah kita  kelihatan kusam dan tidak bermaya, kerana kekurangan kelembapan pada kulit. Kedutan akan mudah timbul dan kita akan nampak lebih tua dari usia sebenar. 

Menggunakan pelembap pada waktu siang dan malam akan membantu masalah ini.

Tapi, sekarang ini ada banyak sangat pilihan night cream untuk kulit kering di pasaran. Macam macam jenama. 

Mana satu yang paling bagus untuk kulit kita. Mama akan kongsikan hari ini untuk faedah bersama.

Kelebihan menggunakan krim malam yang sesuai untuk jenis kulit kering.

Sekiranya kita memilih krim yang sesuai, kulit muka kita akan memperolehi kebaikan.

Ia akan menambahkan kelembapan yang diperlukan kulit kering.
  1. Apabila kulit kita tidak mempunyai lembapan yang cukup, badan kita akan bertindak balas tanda tanda seperti 
  2. Kulit mengelupas.
  3. Kulit kemerahan.
  4. Kelemumur.
  5. Jerawat. 
Selalunya, kita akan merawat masalah diatas, tetapi ia akan berulang kembali. Ini kerana kita tidak menghilangkan punca ia berlaku.

Iaitu kulit kekurangan lembapan. Keutamaan kita sekarang ialah menggantikan kelembapan yang hilang dengan krim malam yang kaya dengan lembapan.

Selepas kulit kita mendapat lembapan yang mencukupi, masalah yang di sebut tadi akan beransur hilang. 


Kesimpulan mengenai Krim malam terbaik untuk kulit kering.

Pilihan yang ada untuk krim malam bagi kulit kering memang terhad. Itu pun untuk pasaran Malaysia.

Kalau cari di laman e commerce antarabangsa ada banyak lagi pilihan cuma kena pertimbangkan halal atau tidak bahan bahannya. Sekiranya, anda masih belum berpuas hati. Mama syorkan baca artikel di bawah.
Baca lebih lanjut panduan memilih krim malam paling bagus untuk jenis kulit berlainan.

Semoga bermanfaat. Jumpa lagi.
Previous Post Next Post

Contact Form