3 Pencuci Muka Anugerah [BEST] Berkesan untuk kulit kering & bermasalah jerawat!

Ada ke pencuci muka yang di keluarkan sendiri oleh orang islam? Baru hati tak rasa was was nak pakai
pencuci muka anugerah

Dalam kehidupan seharian, kita sebagai orang islam mesti nak cari produk yang halal & jauh dari unsur syubhah kan.

Daripada makanan yang diambil & menjadi darah daging kita. Hinggalah kepada produk penjagaan diri, mesti nak pilih pilih yang halal.


Wajib kita pelihara nikmat pinjaman ilahi dengan menjaga sebaiknya.

Anda nak beli cleanser muka Anugerah? Baca sungguh sungguh artikel ini supaya tak salah beli!



Pencuci Muka Anugerah Bagus Ke? Baca sampai habis.




Kali ini Mama nak kongsikan satu jenama pencuci muka dari syarikat tempatan yang lebih popular dengan produk air & minyak urutnya.

Siapa yang tak pernah dengar dengan air anugerah & minyak urutnya. Kali ini kita lihat pula pencuci muka keluarnya.


Dan adakah ia setanding dengan jenama pencuci muka lain seperti cetaphil, safi, Shaklee, Nivea & sebagainya.



3 Jenis pencuci muka keluaran Anugerah untuk pelbagai jenis kulit.

pencuci muka anugerah
Menurut pemerhatian Mama, kebanyakan pencuci muka di pasaran Malaysia menitik beratkan soal kecantikan kulit dari sisi saintifik.

Penemuan daripada kajian sains moden di gunakan di dalam produk pencuci muka untuk mendapat manfaat kepada penggunanya samada lelaki ataupun perempuan.

Ini yang berbeza dengan pencuci muka jenama anugerah. 

Bahan bahan yang di gunakan dalam ramuan pencuci muka terbaik ini adalah hasil gabungan kajian moden & herba tradisional tempatan.

Tumbuhan herba yang di gunakan dalam produk ini memang digunakan sebagai ubat tradisional masyarakat melayu di negara kita.


Formula unik Pencuci Muka Anugerah menggabungkan herba tradisional & kaedah rawatan Islam membantu menghilangkan kekotoran dan sel-sel mati. 

Kita semua tahu yang ayat al quran memang penawar yang di turunkan Allah. Dari segi hukum kena tanya pada yang arif. Mama bukan ahlinya.

Tetapi, seperti mana produk pencuci wajah yang lain, kita mesti memilihnya berdasarkan jenis kulit yang betul.

Dan selepas itu, gunakan setiap hari secara istiqamah untuk mendapat kulit yang berseri, ceria dan menawan.

Klik link di atas

3 Jenis pencuci muka dari Anugerah ialah..

1. Pencuci Muka Anugerah Untuk Kulit Biasa.




pencuci muka anugerah untuk kulit biasa


Pencuci dengan botol berwarna merah jambu ini sesuai untuk kulit biasa. Kulit biasa ni tak terlalu kering & berminyak. Sedang sedang saja.

Wajib pilih produk yang sesuai dengan kulit kita supaya dapat menghilangkan jerawat & masalah kulit yang lain. Mama rekemen anda baca artikel di  laman Ibusyurga ini.


Bagus untuk panduan mengenal pasti jenis kulit.




Kebiasaannya kulit kita adalah jenis kombinasi, iaitu ada kawasan berminyak seperti di dagu & dahi. Ada pula kering seperti di pipi.


Harga pencuci untuk kulit biasa di Semenanjung Malaysia RM18.00 & di Sabah / Sarawak RM23.00.

Bahan bahan Pencuci muka untuk kulit biasa.
Air nyah ion, Glyserin, Polisorbat 20, Ekstrak sireh, Ekstrak buah pinang, Ekstrak inai, Ekstrak avokado, Vitamin E

2. Pencuci Anugerah Untuk Kulit Bermasalah / sensitif.



Jenis kedua pula di datangkan dalam botol berwarna hijau. Pencuci muka ini sesuai untuk kulit sensitif / bermasalah.

Harga 1 pek pencuci wajah kulit bermasalah di Semenanjung ialah RM20.00 & Sabah / Sarawak RM25.00

Kandungan bahan pencuci muka anugerah untuk kulit bermasalah.
Air nyah ion, Glyserin , Polisorbat 20 , Cocomidropyl betaine, Cocomide DEA, Ekstrak pinang, Pewangi, Vitamin E

3. Pencuci Anugerah untuk kulit kering.

Pencuci Anugerah untuk kulit kering.

Jenis ketiga pula di reka khas untuk membantu kulit kering mengekalkan lembapan. Di datangkan dalam botol berwarna kuning terang.

Buat akak akak yang selalu kerja di luar, mahupun abang kontraktor yang selalu berjemur di tapak pembinaan. Cuba pakai produk ini.


Harga pencuci muka ini di Semenanjung RM20.00 & di Sabah / Sarawak RM25.00

Bahan bahan.

Air nyah ion, Glyserin, Polisorbat 20, Ekstrak sireh, Ekstrak buah pinang, Ekstrak inai, Ekstrak avokado, Vitamin E 


Soalan Lazim.

a. Cara menggunakan pencuci muka anugerah.

Tuang Pencuci Muka Anugerah dalam anggaran satu sudu besar. Sapukan pada muka dan usap seluruh muka dengan perlahan sambil membaca al-Fatihah. Biarkan selama 2-3 minit dan kemudian bilas muka anda sambil berselawat sebanyak 3 kali. Pastikan Pencuci Muka Anugerah tidak dilangkah.


b. Ayat Al Quran & doa yang yang telah di baca.

Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

Antara ayat-ayat dan doa-doa khusus selain bacaan 30 juzuk al-Quran yang terkandung di dalam Pencuci Muka Anugerah ini:
Ayat-ayat Ruqyah, Ayat Ruqyah Jibril, Ayat Ruqyah Nabawiyyah, Selawat Nabi dan doa syifa’, Selawat Tafrijiyyah, Pendinding al-Muawwizat, Saiyidul istighfar (penghulu taubat), Ayat Kursi, Ayat pembatal sihir dan pukau, Ayat penawar sihir dan pukau, Doa penghindar gangguan syaitan, Doa penghindar hasutan syaitan, Doa bakar jin dan syaitan, Ayat penawar seribu guna, Ayat pendamaian, Ayat pelembut hati, Doa pengasih, Doa seri wajah, Doa pelaris perniagaan, Doa penyejuk, Doa atasi gangguan tidur, Doa atasi cemburu & hasad dengki, Doa pendinding, Doa penerang hati, Solat hajat 

Bahan bahan tradisional yang di gunakan dalam pencuci muka Anugerah & kelebihannya.

Seperti yang Mama kongsikan di awal artikel tadi, pembersih wajah anugerah di rumus khas dengan herba tradisional.

Di bawah ini Mama kongsikan herba tersebut & manfaatnya.

1. Buah Pinang 


  • Kaya dengan kandungan alkaloid. Alkaloid ialah bahan yang bersifat alkali & boleh didapati dalam tumbuhan tertentu.

    Sesetengah alkaloid telah dibuktikan melalui kajian sains mempunyai khasiat untuk kesihatan.

    Tak hairanlah ia banyak di gunakan sebagai ubat tradisional oleh nenek moyang kita.
  • Bahan alkaloid mempunyai unsur nitrogen yang memberi kesan yang baik ke atas fungsi tubuh badan serta kesihatan kulit.

2. Daun Sireh


  • Satu lagi herba yang cukup popular di kalangan masyarakat india & melayu.

    Daun sireh di masukkan kedalam formula pencuci muka kerana ia mengandungi bahan antiseptik yang menghapuskan kuman dan bakteria di permukaan kulit.

    Seperti yang kita tahu, jerawat batu terjadi kerana bakteria membiak di dalam liang roma yang tersumbat.

    Kebaikan sifat antiseptik dari daun sireh boleh membantu mengatasi masalah bakteria penyebab jerawat banyak.
  • Kehadiran bakteria serta kuman adalah sebab utama timbulnya masalah jerawat.
  • kaya dengan flavornoid dan polyphenol yang meresap ke dalam kulit untuk menengaangkan sel-sel yang kendur. 

3. Daun Inai


  • Daun ini cukup popular untuk majlis perkahwinan & sebagai pewarna semulajadi.
  • Selain itu, ia mempunyai manfaat besar kepada kesihatan kulit.

    Dain ini diformulasikan di dalam pencuci muka kerana asid henotanik yang terdapat di dalam daun inai mudah bergabung dengan kolagen pada sel kulit untuk merawat jerawat dan parutnya.

Kesimpulan tentang pencuci muka keluaran Anugerah.

Syabas di ucapkan kepada syarikat Anugerah kerana berusaha mengeluarkan produk pencuci muka berkualiti.

Terutama sekali dalam menggunakan herba tempatan yang mudah di dapati untuk di formulasikan kedalam pencuci muka.

Mama harap artikel ini sedikit sebabnyak membantu menjawab persoalan anda semua.

Sekiranya terdapat soalan ataupun perkongsian pengalaman boleh tinggalkan di ruangan komen.

Sehingga berjumpa lagi.
3 Pencuci Muka Anugerah [BEST] Berkesan untuk kulit kering & bermasalah jerawat! Reviewed by Mazni Azmi on May 29, 2018 Rating: 5

21 comments:

  1. Tak tahu pula ada ada jenama pencuci muka anugerah, sebab sekarang ni pun pakai yang serasi dengan kulit sendiri.

    ReplyDelete
  2. Maznee pun ingatkan jenama anugerah ni untuk minyak urut je

    ReplyDelete
  3. Teruskan berusaha untuk jenama anugerah. Dan semoga makin untung supaya boleh bayar zakat banyak.

    Baru berkat perniagaan

    ReplyDelete
  4. Pencuci muka anugerah memang best. Agaknyalah. Sebab saya tak pernah pakai lagi.

    ReplyDelete
  5. wow! pencuci muka pun dapat anugerah.. nampak nya brand ni memang bagus.. great products!

    ReplyDelete
  6. Wah ada pencuci muka jugak , sebab tahu pasal air Anugerah je , comel je packaging nya dan macam best je , tq for sharing yaaa

    ReplyDelete
  7. good to know of this skincare, my son has started to grow pimples. I shall check out the links for more details. :D

    ReplyDelete
  8. Jenama pencuci muka ni jarang di ketahui ramai sebab iklan di kaca tv pun tak banyak. Tapi belum cuba belum tahu kan

    ReplyDelete
  9. wah naugerah ada keluarkan pencuci muka..bagusla..dulu pakai minyak anugerah telon tu untuk anak..tu pun bagus..bau wangi je..

    ReplyDelete
  10. Saya memang suka pakai minyak urut anugerah sebab minyak aanginnya berkesan. Cuci muka tak tahu pula. Sebab muka saya ni ok je tak pakai pencuci. Hehe

    ReplyDelete
  11. Banyk juga ya produk mereka. Pasal air anugerah tu memang sedia maklum. Untuk lelaki boleh pakai ke

    ReplyDelete
  12. Tak pernah tahu ada brand anugerah untuk pencuci muka. Yang saya tahu minyak anugerah untuk baby tu sebab saya sendiri pakai yang tu. Bagus juga bila diaorang produce rangkaian produk lain sekali

    ReplyDelete
  13. Sebelum ni tak tau pun yang Anugerah ada produk kecantikan. Yang saya tau air Anugerah yang banyak manfaat tu.

    ReplyDelete
  14. Bagus produk anugerah nie.. AM pun penah guna minyak urut anugerah cuma AM ada beberapa kemuskilan di sini.
    1) kalu pembersihnya telah dibaca sebanyak 30 juzuk bolehkan dilangkah2 atau dibawa masuk ke dalam bilik air..

    Harap mendapat jawapan yg sebaiknya..

    ReplyDelete
  15. Dulu tahu Anugerah ada minyak je.. duk pakai harian masa mengandung. Baru tahu ada pencuci muka jugak..ramuan dia pun yg bagus utk kulit

    ReplyDelete
  16. Dah keluarkan produk pencuci muka pulak ya. Harap bagus mcm keluaran minyak diorg dulu. Cuma sis masih setia dengan produk muka yg sis pakai sekarang..dah serasi so tak berani gunakan produk lain

    ReplyDelete
  17. Tak sangka pula produk Anugerah dah keluarkan pencuci muka. Bagus juga ni. Boleh la cuba. Dulu memang rajin beli mintak telon bebe..

    ReplyDelete
  18. First time dengar nama produk nie. So far review dia semua okay ke kak ? Gabungan moden dn tradisional dlm pembuatan produk pasti memberikan hasilnya yg lebih mantap diharapnya

    ReplyDelete
  19. Pernah dengar jenama Anugerah dulu rasanya famous dengan air kan. Tak tahu pulak ada pencuci muka jenam Anugerah. Boleh cuba lepas ni kaan. Tak payah rasa was was dalam penggunaan.

    ReplyDelete
  20. First time dengar. Ingredient pun macam bagus je. Hope boleh try jugak nanti sebab macam menarik gak clenaser ni.

    ReplyDelete
  21. Banyak juga produk dari brand anigerah ni ya. Selama ni tahu mengenai air anugerah je. Tak was waslah nak guna kan

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Nikmatterbaik

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.