9 Tanda kencing manis ketika hamil! Kawal gula darah.


Ibu mengandung memang berisiko menghidap kencing manis.

Terutama semasa trimester ketiga.

Ini menyebabkan tahap gula darah ibu hamil menjadi tinggi pada 3 bulan terakhir kehamilan. (Baca lebih lanjut tentang 30 makanan untuk pesakit diabetes. Mana yang elok & mana pula teruk.)


tanda kencing manis semasa hamil

Kencing manis yang berlaku semasa hamil di panggil diabetes gestasi (GDM).

Badan kita ada banyak perubahan semasa hamil.

Hormon kehamilan banyak mengganggu sistem badan kita, termasuk tahap insulin dalam tubuh kita. 

Perubahan ini adakalanya menyebabkan keadaan yang dipanggil kerintanganan insulin. Menyebabkan tahap gula darah naik sangat tinggi. (Baca lebih lanjut tentang cara rawat diabetes agar paras gula darah sentiasa sihat.)

Kali ini,

Mama akan kongsikan tanda tanda kencing manis semasa mengandung,

Dan bagaimana cara mengawalnya.
Anda risau terkena kencing manis semasa hamil? Perhatikan tanda tanda mudah ini!




Klik link di atas

Klik Sini!

7 Tanda kencing manis ketika hamil! Elak diabetes semasa mengandung

Tahniah ya sebab dah hamil. Tonton video 1 minit di bawah ni. Sangat menarik!

Penyakit ini mempunyai tanda tanda yang boleh diperhatikan dengan mudah. Sebenarnya hampir semua simptom ini sama dengan penghidap kencing manis biasa. (Baca lebih lanjut tentang tanda kencing manis yang berlaku pada semua orang.)

Antara tanda yang paling jelas ialah:


tanda kencing manis semasa mengandung
Risau dengan keadaan kesihatan kita? Cuba perhatikan tanda tanda ini
Haus.

1. Dahaga yang berlebihan

Bagi wanita yang pertama kali mengandung, banyaknya perubahan yang berlaku.

Dan ini akan buat kita stress.

3 bulan pertama dengan alahan hamil, bila masuk trimester 2 baru ada selera makan.








Tapi bila dah ada selera makan.

Terutama semasa trimester 3, Cuba perhatikan samada kita selalu rasa haus.

Walaupun kita dah kerap minum air di rumah?

Ini boleh jadi tanda penyakit kencing manis. Rasa dahaga ini disebabkan kerana kandungan gula yang tinggi dalam badan. Sehingga ini akan mengganggu metabolisme badan. (Baca lebih lanjut tentang kaedah rawatan penyakit kencing manis yang mudah di amalkan di rumah.)


Tanda berikutnya memang mudah di kesan. Tapi kita selalu abaikan. Apakah ia?

Kerap kencing.

2. Selalu Kencing manis semasa hamil

Semasa trimester ketiga,

Saiz bayi dalam rahim semakin besar kerana badan kita sibuk bina tisu & otot bayi.

Bayi akan memberi tekanan pada rahim yang menyebabkan pundi kencing menjadi lebih kecil.

Keadaan ini sering menyebabkan ibu mengandung buang air kecil. 

Jadi,

Mudah untuk kita keliru.

Sama ada kita kerap kencing kerana janin dah besar,

Atau tanda tanda kencing manis.

Macam mana nak bezakan?

Kena cek tanda pertama, iaitu kerap haus dan kerap kencing.

Senang kan?

Lesu.

3. Rasa letih & lesu semasa mengandung









Dengan perut yang dah membesar,

Memang susah nak bergerak.

Berat badan bertambah,

Dan

Tidak menghairankan kita cepat penat.

Penat itu biasa tapi bukan sampai tak larat nak bangun.

Ini tak normal.

Rasa penat melampau atau lesu ini,

Disebabkan oleh paras gula darah ibu hamil yang meningkat tinggi & tidak di tukarkan kepada tenaga oleh hormon insulin dengan baik kerana kerintangan insulin. (Baca lebih lanjut tentang diabetes semasa mengandung di hargasetbersalin.blogspot.com)
.
Terasa sangat lesu & sangat mengantuk. 

Ibu hamil yang bangun dari tidur pada waktu pagi,

Sukar untuk bangun kerana kesan keletihan yang teruk. 

Makanlah banyak buah & sayur yang kaya antioksidan & vitamin serta mineral,

Supaya badan kita cergas dan tak lesu.

Berdengkur.

4. Tidur berdengkur semasa mengandung

Ada ibu hamil yang berdengkur semasa tidur

Sedangkan sebelum hamil tak ada pun

Kajian terkini menunjukkan bahawa ibu mengandung yang tidur berdengkur berisiko lebih tinggi menghidap kencing manis semasa hamil

Berbanding ibu yang tidak tidur berdengkur

Keadaan ini lebih ketara pada ibu yang ada masalah pernafasan seperti asma / lelah. 

Tetapi diabetes menyebabkan lebih banyak gangguan pernafasan yang teruk. Dan jika dibiarkan tak terkawal, banyak lagi kesan buruknya kepada kesihatan. (Baca tentang ubat ubatan terbaik untuk kencing manis.)

Cuba tanya suami kita,

Ada perubahan tak pada cara tidur kita.

Kalau ada berdengkur tu cepat cepatlah cek dengan doktor.


Mulut kering

5. Bibir pecah & mulut kering

Menurut laman web NHS, ibu mengandung yang menghidap kencing manis akan selalu merasa haus & mulut menjadi sangat kering. 

GDM akan menyebabkan pengeluaran air liur di dalam mulut berkurangan. 

Tahap gula yang sangat tinggi menyebabkan aktiviti kelenjar tiroid terganggu 

Bibir akan pecah pecah, mulut terasa pahit & tidak selesa kerana kekurangan air liur. 

Kalau kita jenis tak suka minum air

Minum air secukupnya semasa hamil

Kencing manis bukan satu satunya sebab mulut kering, sebab lain ialah

  • Perubahan hormon
  • Badan kita sedang meningkatkan pengeluaran darah & perlu lebih air
  • Kurang minum air
  • Bekerja keras & kerap berada di bawah matahari (Cuaca panas!)
  • Ubat-ubatan yang diambil mungkin menjadi penyebabnya. (Baca lebih lanjut tentang ubat kencing manis paling mujarab.)

Andai masih lagi rasa haus, dan bibir tetap kering

Jumpalah doktor


Jangkitan.

6. Jangkitan kulat

Apa lagi tanda kencing manis semasa mengandung?

Ibu yang ada GDM mudah menerima jangkitan kulat di badan

Jangkitan macam mana tu?

Contohnya

  • Mulut ibu mempunyai luka ulser
  • Lidah kering 
  • Lidah berbintik putih
  • Berlaku keputihan semasa hamil

Daripada kerja kajian yang di dapati dari laman NCBItahap hormon estrogen yang tinggi semasa kehamilan 

Akan menyebabkan faraj menghasilkan lebih banyak glikogen

Dan menjadikannya lebih mudah untuk kulat membiak

Jika dibiarkan tanpa rawatan dari doktor. Jangkitan kulat ini boleh merebak dengan cepat. (Baca lebih lanjut tentang petua merawat sakit kencing manis yang berkesan.)

Ibu mengandung yang mengalami jangkitan kulat pada organ peranakan tidak digalakkan bersalin secara normal. 

Kena czer.

Ini kerana,

Jangkitan kulat boleh menjangkiti mata atau badan bayi semasa proses kelahiran

Bahaya tu


Berat naik.

7. Berat badan naik mencanak canak macam harga petrol

Ini antara tanda mudah

Setiap kali kita buat pemeriksaan kehamilan dengan doktor

Doktor mesti timbang berat badan kan?

Normal untuk berat naik semasa hamil

Dan pertambahan berat mestilah seragam

Apa jadi

Kalau berat naik mendadak

Dalam 2 sesi temujanji doktor berturut turut

Kena puasa & minum air gula nampaknya. Sebab itu penting menjaga pemakanan semasa hamil


Pandangan kabur

8. Pandangan menjadi kabur

Cuba perhatikan

Ada tak kita alami pandangan kabur semasa hamil

Apa sebabnya ya?

Kadar gula darah yang tinggi disebabkan kencing manis boleh merosakkan saluran darah kecil yang membekalkan oksigen & makanan kepada retina kita. 

Kalau kita dah pakai cermin mata

Jumpalah doktor & bertanya lebih lanjut.


9. Tahap gula darah yang tinggi

Dan akhirnya kita sampai ke tanda yang paling jelas

Gula yang tinggi dalam darah

Antara puncanya ialah

Pankreas yang sepatutnya menghasilkan insulin

Tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang mencukupi.

Kesannya tahap gula darah naik mendadak. 

Ibu hamil perlu selalu membuat ujian untuk mengira bacaan gula darah supaya tidak naik tinggi stau turun rendah. (Baca lebih lanjut tentang bacaan gula darah untuk ibu mengandung menghidap diabetes.)


Siapa yang berisiko menghidap kencing manis semasa mengandung GDM?

Ada ibu yang mengandung banyak kali

Tak pernah kena GDM

Tapi

Ada juga wanita yang lebih berisiko menghidap kencing manis semasa hamil

Di bawah ini mama berikan beberapa faktor dari Everydayhealth.com yang meningkatkan risiko menghidap GDM 

  1. Pra diabetes (paras gula darah naik tinggi, tetapi tidak cukup tinggi untuk menghidap diabetes)
  2. Tekanan darah tinggi
  3. Sejarah keluarga menghidap diabetes gestasi
  4. Sejarah keluarga menghidap diabetes jenis 2
  5. Mempunyai masalah hormon, seperti sindrom ovarium polikistik (PCOS)
  6. Mempunyai berat badan berlebihan, atau kenaikan berat terlalu banyak semasa hamil
  7. Berusia lebih dari 25 tahun

Bagaimana mengawal kencing manis semasa hamil!


Apa yang kita boleh buat



Kalau kita disahkan menghidap GDM?



Cuba beberapa tips ini sekarang

  1. Amalkan pemakanan sihat.
    • Ambil makanan yang mengandungi kalsium tinggi seperti susu dan keju. 
    • Makan diet kaya zat besi & rendah lemak seperti ayam, telur & ikan yang kaya protein. 
    • Pastikan ambil makanan yang kaya asid folik setiap hari
    • Elakkan makanan & minuman yang kaya kafein
  2. Amalkan senaman untuk ibu mengandung
    • Senaman dapat memastikan badan kita cergas & bakar lebih banyak kalori
    • Lakukan senaman ringan & sesuai untuk ibu hamil
  3. Kerap berjumpa dengan doktor
    • Penting untuk memeriksa paras gula darah kita normal atau tinggi. 
    • Ambil ubat yang di sarankan doktor
  4. Suntikan insulin sekiranya kadar gula darah tinggi

Habis juga akhirnya

Mama ucapkan selamat mencuba

Semoga kita semua sihat dengan usaha & tawakal. Insyaallah

9 Tanda kencing manis ketika hamil! Kawal gula darah. Reviewed by Mazni Azmi on October 25, 2017 Rating: 5

13 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih juga kerana singgah sis perdu cinta

      sila datang lagi

      Delete
  2. bahaya diabetis ni kalau kena pd ibu mengandung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya kalau tak jaga

      Nanti baby lahir besar

      Lepas tu sampai ke dewasa ada komplikasi

      Delete
  3. bahaya jugak ni. sebab tu dari awal lagi kena jaga kesihatan dan pemakanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ke mari sis Nik

      Memang kena jaga makan

      orang kelantan sesuai lah makan nasi kerabu banyak sayur

      sihat

      Hehe

      Delete
  4. Tanda tanda kencing manis semasa hamil ni banyak ya

    Elok perhatikan baik baik

    supaya

    Boleh elak awal awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari tanda tanda awal ni kita boleh kawal siap siap

      tak sampai melarat baru nak buat sesuaut dah lambat

      Delete
  5. Memang bagus kalau tahu tanda-tanda kencing manis semasa mengandung

    boleh buat sesuatu

    jaga pemakanan

    ReplyDelete
  6. Lama tak singgah blog mama hakim

    Makanan memang kena jaga kan semasa hamil ni

    Kalau tak jaga

    TU yang kena kencing manis semasa hami

    Tanda tanda dah ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah ke mari Ibu zaid

      semoga bermanfaat dengan info ni

      Delete
  7. Saya ambil infonya sahaja lain tiada terima kasih.

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Kesihatan itu nikmat terbaik © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Nikmatterbaik

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.