Assalamualaikum Wrmbth, Siapa tahu 3 perkara yang tak akan putus walaupun selepas kita tiada?
Tali akan putus.
Duit akan habis.
Dah ada jawapannya?
Jawapannya,
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
Jadi ada 3 kan
- Sedekah jariyah
- ilmu yang di manfaatkan
- Doa anak yang soleh
Dan
Kalau kita fikirkan, sebenarnya besar amanah nak besarkan anak.
Sebab anak yang kita besar kan, setiap masa, usaha & tenaga adalah sedekah.
Apa apa ilmu yang kita ajar pada anak anak
Semua jadi ilmu yang bermanfaat
Dan
Jika anak kita menjadi anak yang soleh
Sudah pasti mereka akan mendoakan kita walaupun setelah kita tiada
Sebab itu, kami suami isteri nak anak anak
Boleh bawa diri
Dan
Selamat dunia akhirat.
Hantar anak pergi kelas al quran dari kecil
Dunia akhir zaman ni, al quran mesti ada di dada untuk pedoman hati.
Jadi
Kami dah mulakan usaha ini 5 bulan lepas.
Anak kami, Hakim di hantar ke kelas al quran untuk kanak kanak
Alhamdulillah, perkembangan positif memang banyak
Hakim ni anak istimewa
Ada "mild autism"
Tapi cikgu & doktor sangat galakkan hantar Hakim bergaul dengan kanak kanak biasa
Semoga dapat pengaruh baik
Pagi kami hantar Hakim ke sekolah NASOM. Latih percakapan & pembelajaran duniawi.
Tapi kan,
NASOM tak ajar agama islam.
Walaupun dia anak istimewa, kami yakin al quran itu ada syafaatnya.
Terutama untuk anak anak ini.
Jadi pergi sekolah sekular. Petang kelas al quran.
Cuba seimbangkan
Tapi
Banyak betul tapinya
Sekolah petang Hakim nak pindah pula.
Baru nak rasa selesa sikit kan
Hehe
Allah uji sikit je.
Bila cikgu & Hakim dah selesa. Jadi macam ni pula
Maka carilah lagi sekolah lain
Hmm.
Kami usahakan untuk hantar ke tadika lain yang ada program al quran
Kawasan Klang ni, tadika ada banyak
Cabarannya
Tak semua tadika terima anak istimewa seperti Hakim
Selepas puas bertawakal berusaha & berdoa.
Akhirnya kami bertemu dengan tadika ini
Program Pra Tahfiz di Tadika Az zahrah Klang
Tadika ini tak jauh pun dari rumah kami
Kalau tak sesak dalam 15 minit insyaallah sampai. Dan review ini bukan berbayar ya
Kami buat sukarela
Alamat tadika ini
Tadika Ceria Az Zahrah
476, Jalan Sungai Udang, Kampung Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor, Malaysia
Ini pula pandangan dari google street view
Apa yang menarik tentang tadika ini?
Dari luar mungkin nampak biasa saja kan. Godek godek sikit laman web mereka ni
Pengasas pun ada pengalaman luas bahagian kanak kanak
Jadi hati tu rasa yakin.
Moga moga lah mereka terima Hakim.
Kalau dah usaha, dan cuba sebaik mungkin. Tapi Allah tak izinkan. Tak mengapa
Kita cuba dulu
Kemudian pada pertengahan bulan ogos 2017.
Kami lawati tadika ni suami isteri
Hakim pun kami bawa sekali
Alhamdulillah
Agaknya berkat musim haji tahun tu. Hari jumaat pula tu
Hakim dapat tempoh percubaan 1 minggu
Dan
Kami pun boleh faham, andai kata mereka tak terima Hakim
Sebab anak istimewa ni cara belajarnya tak sama
Khuatir nanti "flow" pembelajaran anak anak lain tidak berjalan lancar
Mujur
Sebelum ini mereka pernah menerima pelajar dari NASOM
Dan anak ini juga terkawal tingkah lakunya
Kira dapat tiket
Dari senior hakim lah ni. Ada testimoni pelajar lepas senang kan. Kalau nak pilih kontraktor rumah pun elok pilih betul betul
Apa lagi untuk sekolahkan anak
Analoginya sama saja. Kalau bina rumah banglo, tapaknya kena kukuh. Nak bina manusia, asas sahsiah & agama kena kukuh juga
Jadi bagaimana keputusannya selepas 1 minggu?
Tadika Az zahrah di media |
Visi dan misi tadika az zahrah |
Minggu lepas
Selama 1 minggu Hakim masuk ke tadika ini
Waktu sesi persekolahan. Program pra tahfiz mula jam 3 petang. Habis jam 530 petang |
Tadika ni dah beroperasi sejak tahun 2004. Dah 13 tahun beroperasi |
Satu yang kami kagum benar, semuanya kemas & tersusun rapi |
Dan
Selepas 7 hari yang mendebarkan
Hakim diterima. Cikgu puas hati. Sebab Hakim pandai terima arahan & tak ganggu pelajar lain pun
Enjoy saja
Good job Hakim
Alhamdulillah (Nyanyi lagu Umar & Hana)
(Untuk orang lain, anak masuk tadika mungkin benda biasa. Tapi untuk kami dengan anak istimewa & diterima masuk ke tadika biasa. Memang nikmat luar biasa)
Lepas ni kena tambah no telefon penting Klang untuk tadika ni
Akhir kata, Terima kasih Tadika Az Zahrah
Kami nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada warga kerja tadika ini
Dan
Pendaftaran anak anak untuk pengambilan 2018 pun dah nak di buka
Bagi mak ayah yang tinggal di Teluk Pulai, Kampung sungai udang dan kawasan sekitar (pendamaran ke)
Boleh lah hantar ke sini ya.
Jumpa lagi. Assalamualaikum