Bacaan normal kencing manis semasa mengandung? Kawal gula!

Dapatkan Bacaan normal kencing manis semasa mengandung dengan 7 Makanan ini!

Apabila kita mempunyai diabetes jenis 2 semasa mengandung, apa yang dimakan boleh membantu 

  1. Mengawal gula darah
  2. Mencegah kelaparan
  3. Dan berasa kenyang lebih lama.
Pelan pemakanan kita semasa mengandung harus memberi tumpuan kepada jumlah dan jenis karbohidrat yang anda masukkan ke dalam mulut kita sepanjang hari.


bacaan normal kencing manis semasa mengandung

Tapi kan


Kan bagus kalau kita dapat makan makanan yang disukai. 


Semasa mengandung


Dan dapat kawal gula darah pada paras sihat?


Mesti hati tu nak kan?


Berikut adalah 7 makanan yang dapat membantu menjaga bacaan normal kencing manis semasa mengandung.

.


7 Makanan untuk mengawal paras gula darah ibu hamil

.

1. Sayuran Mentah, Dimasak, atau Panggang

Ini menambahkan warna, rasa, dan tekstur untuk makan. Pilih sayuran, sayuran rendah karbohidrat, seperti cendawan, bawang, terung, dan tomato

Ibu sihat. Anak dalam rahim ceria

.

Dan membuat anda gembira dan sihat untuk bergerak.


Kehamilan adalah masa yang mencabar, baik secara emosi dan fisiologi. 


Mengekalkan paras gula darah yang optimum semasa hamil membantu mencegah masalah yang serius bagi ibu dan bayi.


Penjagaan pranatal dari awal kehamilan dan dilakukan secara berterusan adalah penting untuk mengurangkan risiko kita menghidap diabetes semasa mengandung.


Dan ini akan memastikan paras gula darah kita tetap normal. 


Antara pantang larang makanan kencing manis ialah makanan yang di goreng & cara penyediaan yang berminyak

2. Sayuran hijau

Cuba perlbagaikan sayuran hijau yang di makan. 

Contohnya makanlah bayam dan brokoli dalam hidangan harian. 


Sayuran ini sihat, lazat, dan rendah karbohidrat.


Kita juga boleh bereksperimen dengan resepi sayur-sayuran ini supaya lebih sedap dimakan.

.
Sayur sayuran pun ada yang manis, tapi manis manis buah sajalah. Contohnya macam cili benggala. Sedap buat masak, ada rasa manis & rangup. Lagipun kaya dengan antioksida. Banyakkan makan sayuran kerana ia adalah cara mencegah kencing manis yang baik
.
Sedap & kenyang
.
Makanlah sayur sayuran ini bersama sama daging atau ikan untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian


3. Minuman berkhasiat, rendah kalori

Minum air kosong memang baik untuk kesihatan, tetapi air yang disemai dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih menarik. Potongkan lemon atau timun dan letakkan di dalam air anda, atau buatkan ais ais dengan beberapa perasa di dalamnya.

Jika anda bukan seorang peminum teh panas, cuba teh sejuk dengan lemon atau batang kayu manis.



Minuman rendah karbohidrat ini bukan saja sedap, malah juga boleh membantu membuatkan kita terasa kenyang  dan membuatkan kita tidak mengidamkan makanan lain.

Kencing manis ada tanda tandanya.

Kalau kita kawal pengambilan minuman manis. Dapat kawal risiko terkena diabetes


4. Makanan-serat, Makanan serat tinggi

Ambil makanan ini supaya kita rasa kenyang lebih lama dan tidak makan berlebihan atau memilih makanan yang salah.


Dengan makan kekacang seperti kacang kering, kacang, dan kacang merah. 


5. Protein

Doktor mencadangkan yogurt Greek, keju lembut, telur, dan daging tanpa lemak. ESP Shaklee juga merupakan sumber protein yang bagus

Cukup makan protein dalam sehari, badan kita akan bakar 33% lebih banyak kalori dalam sehari

Ini dah di ketahui dari kajian saintis



6. Tomato

Tomato begitu mudah dimasukkan ke dalam apa saja resepi makanan

Buah merah ini kaya dengan antioksidan (komponen makanan yang sangat baik yang membantu melindungi kita daripada penyakit dan penyakit). 


Antioksidan utama dalam tomato, Lycopene, telah dikaitkan dengan pengurangan risiko preeklampsia pada wanita hamil


Satu penyakit yang wanita hamil dengan kencing manis berisiko  tinggi untuk mengalami semasa mengandung.


Tomato juga mempunyai jumlah kalium dan Vitamin C yang tinggi, sekali lagi, sangat penting.


Lagi bagus kalau kita makan dari alam semulajadi. Tapi kan, kalau kita ni jenis tak makan sayur & buah. Tu yang kena makan suplemen. Contohnya ibu pernah cerita sebelum ni. Paling tinggi antioksidan mestilah vivix shaklee. Tahu harga vivix shaklee?



7. Pisang

Makan diet yang tinggi dalam vitamin B6 semasa kita mengandung membantu mengurangkan morning sickness
.
Mungkin sebab tu, kawan kawan kita yang nampak rileks masa mengandung tu sebenarnya suka makan pisang

Atau buah buah lain yang kaya vitamin b


Sangat bagus untuk amalkan buah buahan ni terutama masa kita merancang mengandung, nanti masa trimester 1 tak adalah loya loya


Mama tak bergurau ni


Siapa pernah kena morning sickness yang teruk masa mengandung, mesti dah tak nak lagi kan mengalami nasib yang sama


Sekali cukup dah


Kalaulah kita tahu, ada benda yang kita boleh buat untuk elakkan alahan hamil. Mesti kita akan melakukannya. 


Sebab tu ada kawan kawan yang eksyen dengan kita, selalu bermegah diri & kembang kempis kawal bukaan lubang pernafasan


Semasa berkongsi kelebihan yang Allah beri


Hehe


Besar kemungkinan, mereka ni selalu makan pisang & buah buahan yang seangkatan dengannya


Pisang juga kaya dengan potasium aka kalium


Potassium boleh membantu mengurangkan kekejangan kaki pada waktu malam.


Apa pula kebaikan untuk bayi kita ya? Vitamin B6 juga membantu membentuk sel darah merah baru, antibodi dan neurotransmiter


Semua ini penting kepada perkembangan otak bayi & tulang belakang. 


Cuma satu lah, pisang ni kaya kalori. Makan ikut yang perlu ye. Bukan ikut suka



8. Telur

Cuba makan 1-2 biji telur setiap hari. Boleh tukar tukar resepi lah

Nak bagi selera sikit tekak ni nak makan


Telur ada hampir kesemua khasiat yang di perlukan badan dalam kuantiti sedikit


Mama tau, ada orang tak suka makan telur kuning kan


Bagus tu bagus sebab telur kuning tu ada kolesterol


Tapi kalau setakat makan 1 ke 2 biji saja sehari. Buat telur dadar kita tak payah buang telur kuning tu


Dapat semua khasiat


Dan kan sekarang ada jual di kedai, telur tanpa kolesterol dan kaya asid lemak omega 3 seperti yang ada dalam omegaguard shaklee tu


Telur juga mengandungi zat besi. 



Dan tinggi kandungan choline, yang membantu meningkatkan pertumbuhan bayi dan perkembangan otak.

Berapa tahap gula semasa mengandung, apa yang normal? 

Kawalan gula dalam darah adalah salah satu faktor yang paling penting yang perlu diambil semasa mengandung. 


ujian gula darah dari makanan

Apabila langkah-langkah yang diambil untuk mengawal tahap gula semasa mengandung meningkatkan peluang hamil dengan sihat.


Apa tahap normal gula semasa hamil?



  1. Tahap purata glukosa berpuasa untuk wanita hamil tanpa  diabetes 69-75 dan 105-108 satu jam selepas memakan makanan. 
  2. Gula dalam darah wanita hamil kencing manis, sepanjang kehamilan, tidak boleh melebihi 96. 
  3. Gula darah perlu kekal di bawah 140 satu jam selepas makan dan di bawah 120 dua jam kemudian.

5 Motivasi Pasti Buat untuk dapatkan Paras Gula Normal Semasa Mengandung?

5 alasan untuk kita mengawal gula dalam darah semasa mengandung akan dapat mengurangkan risiko perkara di bawah
  1. Bayi meninggal semasa dilahirkan & keguguran.
  2. Kelahiran pra-matang
  3. Kecacatan bayi semasa kelahiran terutama yang berkaitan atau berkaitan dengan otak, jantung dan tulang belakang 
  4. Bayi anda terlebih besar di dalam rahim. Tanpa kawaln gula semasa hamil, gula yang berlebihan boleh memasuki tali pusat dan mencetuskan insulin tambahan pada bayi menyebabkan bayi terlalu besar untuk dilahirkan normal.
  5. Mencegah komplikasi pada ibu seperti preeclampsia, tekanan darah tinggi ketika mengandung.

5 Amalan gaya hidup sihat untuk diamalkan bagi mengawal kencing manis waktu mengandung?

Dibawah ni Mama berikan tips mengawal bacaan paras gula semasa mengandung:

1. Hadir Setiap Sesi Pemeriksaan Kehamilan dengan doktor

  • lakukan pemeriksaan yang kerap untuk melihat paras gula darah. Doktor akan lakukan ujian gula darah
  • penting untuk mengetahui paras gula & langkah berjaga-jaga mengawal tahap gula .

2. Makan ubat-ubatan  yang diberikan doktor

  • Ambil  insulin atau mana-mana ubat-ubatan yang doktor beri. 
  • Seperti pil pil asid folik dan zat besi untuk menjaga paras hemoglobin darah.
  • Kalau kita tak mengandung, boleh makan vivix shaklee kencing manis & gula lebih terkawal. Masa mengandung, tak boleh.  Sebab tak ada kajian saintifik tentang kesan vivix pada kandungan

3. Konsisten amalakan pemakanan sihat

  • Amalkan diet yang sihat dan mengandungi lebih buah-buahan, bijirin penuh dan sayur-sayuran. 

4. Selalu bersenam

  • Dapatkan nasihat daripada doktor puan untuk senaman yang sesuai dilakukan ibu hamil

Alhamdulillah, sampai juga kita ke akhir artikel.

Semoga perkongsian ini dapat membantu puan mengawal bacaan gula dalam darah ketika hamil.


Insyaallah.

Comments

  1. Penting untuk kawal gula semasa mengandung

    Baru bacaan gula dalam darah kita cantik

    Nurse dan doktor pun tak marah masa pemeriksaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita kawal gula pun ada yang terbabas juga

      cuba bayangkan kalau kita tak buat apa apa

      Hmm

      lagilah senang nak naik macam roller coaster kan

      Delete
  2. sewaktu isteri mengandung ...hampir setiap malam pergi klink untuk check kandunga gula dalam darah..

    kasihan juga tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, sampai setiap hari monitor bacaan gula ya tuan

      Memang penat

      tak dapat di bayangkan

      isteri tuan dah mengandung

      siang kerja

      balik kerja patut boleh rehat

      kena cek di internet pula kan. Hmm. Sebab itu wajib jaga makan

      Delete
  3. Bacaan gula dalam darah semasa isteri mengandung memang perlu dijaga

    nanti bayi besar sangat

    nak lahir susah

    nak tak nak kena pembedahan

    kalau kena bedah susah nak jaga

    luka bersalin lambat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau tempat kerja kita cover kos perubatan bersalin czer tak apa

      kalau tak

      Hmmm

      mahal tau

      Swasta memang cekik leher

      Delete
  4. Nak kena buru dengan nurse dan doktor memang bagus makan manis masa mengandung

    Sebab tu kena jaga makan

    Tak delah kena marah masa checkup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sampai kena buru

      tapi memang hakikatnya macam tu kan

      sebab setiap hari kena cek bacaan gula

      kalau kerja macam mana nak buat hari hari melainkan pergi swasta waktu malam hari kan?

      Delete
  5. alhamdulillah kesihatan memang wajib kita jaga, sebab yang sakit nanti sndiri jugak kan..
    yang penting tak kena marah dengan nurse dan doktor hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena marah dengan nurse dan doktor tu untuk kebaikan juga kan

      kalau pergi klinik swasta, doktor dan nurse pun belapik juga nak marah

      Klinik kerajaan yang temperature naik

      Hehe

      Delete
  6. teringat masa kena GDM time mengandung anak ke4..memang jaga makan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi sis.

      Tak sangka dah anak 4 ya

      Betul ke. Kalau ada GDM (Kencing manis masa mengandung) memang kena jaga makan

      Delete
  7. Bila preggy memang kena jaga pemakanan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi memang jaga makan kan

      Kalau dah biasa jaga makan masa anak dara

      Insyaallah lepas kahwin pun macam tu juga

      Delete
  8. bila pregnant, paling risau bab ni la.. walaupun saya sebenarnya sihat, pengalaman minum air gula semasa check up anak.. adalah pengalaman paling tak best.. hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah kena minum air gula tu

      doktor dah risau naik berat banyak sangat kan atie

      Mujur sihat tak ada diabetes kan

      Delete
  9. macam seram bila dgr org miunm air gula...

    ReplyDelete

Post a Comment