9 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Kencing Manis

Protein adalah bahan mentah yang diperlukan badan kita untuk membina tubuh
.
Sama seperti batu bata digunakan untuk membina rumah. 
.

jumpa doktor untuk nasihat kencing manis

Setiap fungsi di dalam badan kita perlu protein untuk pertumbuhan dan pembangunan. 
.
Protein lebih lambat di hadam berbanding karbohidrat.
.
Mama baca, pengambilan protein dalam diet harian  akan mengelakkan peningkatan &  gula dalam darah yang mendadak. (Baca lebih lagi tentang 4 amalan diet yang baik untuk kencing manis.)
.
Macam roller coaster tu
.
Naik mendadak
.
Turun pun mendadak
.
Berdebar debar rasa dada.
.
Pengambilan protein secara sihat dalam diet akan menyumbang kepada kenaikan gula lebih stabil & berpanjangan. Jadi sangat sesuai untuk pesakit kencing manis
.
Yang penting kita ambil secara seimbang
.
Kali ini Mama nak kongsikan bagaimana penghidap diabetes boleh dapat manfaat dengan mengambil ESP Shaklee.
.

9 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Kencing Manis

Ramai dah makan ESP Shaklee seharian sebagai sumber protein berasaskan tumbuhan tersedia . Makanan yang di ambil setiap hari akan membantu badan kita mengawal paras gula. (Baca lebih lanjut tentang makanan baik & buruk untuk kencing manis!)
.
esp shaklee untuk kencing manis

1 tong ESP seberat (850 g)
.
Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder adalah makanan yang lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.
.
Memberikan tenaga sepanjang hari dengan kuasa protein. Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang hari. (Baca lebih lanjut tentang kenapa rawatan kencing manis tidak mendatangkan hasil.)
.
Tapi,
.
Kita boleh kekalkan tahap tenaga harian kita dengan minuman protein meningkatkan tenaga & stamina Shaklee.  

Minuman protein soya berasaskan tanaman untuk tenaga yang berkekalan. Sesuai di ambil oleh semua orang yang tidak alah dengan kekacang. Terutama sekali wanita hamil yang terdedah kepada risiko diabetes semasa mengandung (Baca lebih lanjut tentang 9 tanda kencing manis semasa hamil & risikonya kepada ibu & anak.)
.

Graf Kadar gula darah selepas makan esp shaklee


gula darah selepas makan esp shaklee
.

Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan pada gula darah. Karbohidrat yang dihadamkan dengan cepat menyebabkan gula darah kita meningkat. (Baca cara kekalkan bacaan gula darah yang sihat.)

.

Dan kemudian merosot dengan cepat, sehingga kita berasa letih, mudah marah, dan lapar. 

.

Makanan soya protein segera tidak mempunyai respons "roller coaster".



Dengan Glisemik Indeks Soy Protein yang rendah, tahap gula dalam darah tetap stabil, menunjukkan bahawa ia membantu mengekalkan tenaga, memberikan kesan kenyang yang lebih lama dan memberi manfaat kepada penurunan berat badan dan kesihatan jangka panjang. * (Baca lebih lanjut tentang pengalaman sebenar seorang ibu hamil mengamalkan petua mengawal gula darah semasa mengandung.)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

.

9 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Kencing Manis?

Persoalannya sekarang, boleh ke penghidap makan ESP Shaklee?
.
ESP ni sebenarnya protein sahaja.
.
Sama macam kita makan tauhu, tempe dan ayam. Apa yang membuatkan elok dan tak elok ialah samada kita makan ikut perlu atau berlebihan sampai bawa mudarat. (Baca lebih lanjut tentang makanan & herba tradisional yang bagus sebagai ubat diabetes.)
.
Protein ni memang bagus.
.
Tapi jika makan lebih dari patut setiap hari. Kasihan buah pinggang kita.
.
Lama lama semput juga nak menapis sisa kumuh badan dari protein
.
Jadi, makan apa pun biar ikut sukatan
.
Nak tahu lebih lanjut dapatkan nasihat doktor tentang diet yang seimbang.
.
Dalam sesudu ESP Shaklee, bukan saja kaya dengan protein. Malah ada banyak lagi kandungan zatnya
.
Mama senaraikan 9 zat di dalam ESP & faedahnya kepada tubuh badan kita. Termasuklah untuk pesakit kencing manis. Penting untuk kita mengawal paras gula supaya diabetes tidak bertambah teruk. (Baca mengenai tanda kencing manis yang dihidapi bertambah teruk melalui petua mudah ini!)

.

1. Protein

Protein juga memerlukan hormon insulin untuk menukarkannya kepada glukosa yang membekalkan tenaga, sama seperti yang dilakukan oleh karbohidrat dan lemak.
.
Tapi
.
Kesannya minimum ke atas paras glukosa darah. 
.
Dalam diet pesakit kencing manis yang dikawal dengan baik, sejumlah besar protein mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pengeluaran glukosa, & mengurangkan peningkatan mendadak tahap glukosa darah
.
Dan ini hanya memerlukan sedikit tambahan pengeluaran hormon insulin. Banyak kajian dah dibuat tentang protein & diabetes. Sumber journal.diabetes.org
.
Selain itu, Mama senaraikan peranan lain protein untuk kesihatan
  • Terlibat dalam penghasilan hormon dalam badan kita. 
  • Diperlukan badan untuk menghasilkan enzim yang mempercepatkan kadar tindak balas kimia dalam badan. 
  • Bertindak sebagai agen pengangkutan & penyimpanan molekul dalam badan kita. 
  • Antibodi yang menghalang jangkitan penyakit (sistem imun) di hasilkan dari protein
Wah.
.
Banyak betul kebaikan protein ya. Dan kita boleh dapatkan nya dari ESP Shaklee.
.
Berapa banyak protein yang patut diambil dalam sehari?
.
Kira-kira 45 hingga 50 peratus daripada pengambilan kalori anda harus datang daripada karbohidrat
.
Dan selebihnya perlu datang dari lemak. 
.
Individu yang memerlukan 2,000 kalori sehari memerlukan 75 hingga 100 gram protein setiap hari.

2.  Thiamin aka Vitamin B1

Mama yakin kita semua tahu, pesakit kencing manis kerap buang air kecil
.
Jadi badan kita kekurangan air dengan mudah. Air ini juga membawa keluar bersama sama vitamin yang larut air seperti vitamin b1
.
Sebab itu kita perlukan bekalan vitamin b yang mencukupi bagi pesakit diabetes.
.
  • Tugas Vitamin B1 adalah untuk membantu menukarkan makanan kepada tenaga. 
  • Ia penting untuk kulit yang sihat, rambut, otak, jantung, dan untuk fungsi saraf yang normal. 
  • Thiamine aka b1 membantu mencegah masalah pencernaan, penyakit jantung dan batu karang. 
  • Vitamin B1 adalah penting untuk kesihatan saraf dalam pesakit kencing manis khususnya. Salah satu darinya ialah kebas kaki kerana kencing manis. Bacaan lanjut di hargasetbersalin.blogspot.com 
  • Thiamine menawarkan perlindungan daripada kerosakan saraf yang menghadapi pesakit diabetes akibat gula berlebihan dalam darah mereka.


.

3. Riboflavin (Vitamin B2)

Vitamin B2 meningkatkan aktiviti metabolik tubuh, meningkatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan sistem saraf.
.
Sumber makanan yang baik untuk Vitamin B2 termasuklah 


  • produk tenusu
  • kacang soya
  • bijirin penuh
  • daging 
  • ayam
  • hati
  • telur 
  • Cendawan.
Antara khasiat lain riboflavin untuk kesihatan kita ialah


  • Menghasilkan tenaga daripada makanan
  • Bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan sel & DNA yang mengakibatkan penuaan dan risiko diserang penyakit jantung dan kanser
  • Diperlukan untuk menukarkan vitamin B6 dan B9 (asid folik) kepada bentuk yang boleh digunakan oleh badan


4. Niacin/ Asid Nikotinik aka Vitamin B3

Salah satu lagi jenis vitamin yang larut air
  • Vitamin ini penting untuk sistem saraf, sistem pencernaan, kesihatan kulit, rambut dan otak.

    Kita mesti cermat dalam memilih produk makanan tambahan yang di gunakan supaya tidak memberi mudarat kepada kesihatan. (Contoh 21 bahan dalam produk kecantikan yang membawa mudarat ada di kongsikan di sini.)
  • Vitamin B3 juga membantu menukarkan makanan ke sumber tenaga yang sedia ada. 
  • Sangat berguna untuk mereka yang mengalami keletihan, senak, tekanan darah tinggi dan kolesterol darah, diabetes, gangguan kulit dan migrain.


5. Asid Panthothenik (Vitamin B5)

Produk daripada ayam mengandungi Vitamin B5 yang membantu dengan masalah saraf dan rasa sensasi terbakar di kaki
.
Mama senaraikan kebaikannya untuk kesihatan & kencing manis
  • Vitamin B5 membantu dalam menukarkan makanan yang kita makan menjadi sumber tenaga badan.
  • Ia juga diperlukan dalam menghasilkan lipid & hemoglobin dalam sel darah merah
  • Kekurangan B5 boleh menyebabkan masalah saraf & rasa panas di kaki (biasa dalam pesakit kencing manis).
  • Membantu badan menggunakan vitamin lain seperti B2

Kalau kita nak dapatkan vitamin b5 dari makanan
.
Masaklah bijirin, cendawan, brokoli, tomato, avokado & ayam. Kalau sibuk, minum saja segelas esp setiap hari

6. Pyridoxin (Vitamin B6)

Adik beradik vitamin b. Tugas Vitamin B6
  • Membantu tubuh menggunakan protein & glikogen. 
  • Ia juga membantu pembentukan hemoglobin yang membawa darah dalam badan. 
  • Salah satu makanan tambahan vitamin untuk diabetes yang terbaik, Vitamin B6 menyokong kesihatan saraf, yang penting dalam menangani keadaan seperti neuropati diabetes. (Baca lebih lanjut tentang ubat yang ada untuk merawat kencing manis.)

Sumber makanan yang kaya dengan vitamin B6 adalah 
  • daging
  • kentang
  • ayam
  • kacang soya
  • pisang
  • kacang
  • gandum


7. Kalsium

Banyak kajian menunjukkan hubungan antara kadar kalsium dan vitamin D yang rendah dan kepekaan insulin yang menurun.
.
Tetapi tiada bukti konkrit.
.
Kekurangan kalsium dan vitamin D telah disyaki mempunyai peranan utama dalam kedua-dua diabetes jenis 1 & jenis 2.
.
Kalsium diperlukan dalam pembekuan darah, pergerakan otot dan fungsi saraf.

8. Iron (zat besi)

Zat besi memang banyak kebaikannya. Mama kongsikan sedikit tentang fungsi zat besi.
  • Menghasilkan sel darah merah 
  • Mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan 
  • Mengekalkan sistem imun yang sihat 
  • Membantu penghasilan tenaga 
  • Mengekalkan kesihatan sel, kulit, rambut dan kuku



9. Sodium (garam)

Mengawal tekanan darah
Mengawal pergerakan otot dan saraf
.

Fakta Pemakanan Mengenai ESP Shaklee

Saiz Hidangan: 28 g (3 sudu besar)

Pinggir Per Container: 30

.

kandungan esp shaklee



Apakah perbezaan soya Shaklee?

  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO) yang dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan menyediakan 14g protein berasaskan tumbuhan dengan nilai Indeks Glisemik Rendah. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. 
  • Jumlah protein soya yang dicadangkan untuk memberi kesan menurunkan kolesterol darah ialah 25g sehari.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Score Digestibility Protein Correct Amino Score) sebanyak 1.0 - nilai tertinggi yang mungkin dan sama dengan protein haiwan yang diberikan.
  • Menyediakan 9 asid amino penting.
  • Kaya dengan kalsium yang membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
Mama doakan pembaca semua dapat manfaat dari perkongsian mama ini.
.
Sampai berjumpa lagi


Previous Post Next Post

Contact Form