Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal Diabetes
Kawalan terhadap diabetes (juga dikenali dengan istilah Kencing Manis / Diabetes Melitus) memerlukan pesakit mengamalkan pola hidup sihat.
Ini akan membantu untuk mengawal diabetes dan kadar gula darah, serta untuk mencegah komplikasi jangka panjang yang boleh disebabkan oleh diabetes. (Baca lebih lanjut tentang petua mengawal kencing manis.)
.
Ini akan membantu untuk mengawal diabetes dan kadar gula darah, serta untuk mencegah komplikasi jangka panjang yang boleh disebabkan oleh diabetes. (Baca lebih lanjut tentang petua mengawal kencing manis.)
.
Mengamalkan gaya hidup sihat termasuk mengatur cara makan diabetes yang sihat.
.
Makanan untuk pesakit diabetis mestilah membantu mengawal kenaikan gula dalam darah
Jika seseorang didiagnosis mempunyai diabetes, atau berisiko mengalami diabetes, bukan berarti segalanya telah berakhir.
.
Sebahagian besar pesakit diabetes tetap hidup sihat dan normal dengan menjalankan pola hidup sihat secara teratur dan konsisten.
Berita baiknya, banyak yang berjaya walaupun tanpa mengambil ubat-ubatan. Antaranya makan makanan tambahan berkualiti untuk membekalkan badan dengan khasiat yang di perlukan. Hasilnya badan kita dapat mengawal gula dengan lebih baik. (Baca lebih lanjut tentang makanan alternatif sebagai ubat kencing manis.)
.
Bahkan orang yang tidak mempunyai diabetes pun sangat dianjurkan untuk melakukan gaya hidup sihat. Teruskan membaca di nikmatterbaik.blogspot.com.
Pola Makan sihat untuk pesakit diabetes
Pengendalian diabetes tertumpu pada mengawal kadar gula darah (glukosa).
.
Hal tersebut dapat dijalankan dengan memperhatikan pola makan dan sukan, serta merubah gaya hidup yang tidak menyokong program diabetes. Amalan hidup tidak sihat akan menyebabkan lebih banyak tanda sakit kencing manis timbul. (Baca simptom penyakit diabetes yang sering kita tidak ambil peduli.)
Para ahli mengatakan bahawa pesakit diabetes perlu menjaga dan mengawal berat badan, kerana menurunkan berat badan sebanyak 5 - 10% akan menurunkan kadar gula darah secara signifikan.
Rujuk dengan doktor dan pakar pemakanan / nutrisi untuk membuat perancangan yang tepat. (atau baca panduan makanan untuk penyakit kencing manis yang lengkap ini!)
Rujuk dengan doktor dan pakar pemakanan / nutrisi untuk membuat perancangan yang tepat. (atau baca panduan makanan untuk penyakit kencing manis yang lengkap ini!)
Kencing Manis dan Cara Makan Seharian
Mengatur pola makan atau diet yang tepat sangat penting bagi pesakit diabetes.
.
Walaupun bersenam juga penting, namun makanan yang dimakan merupakan faktor paling penting dalam mengawal diabetes, terlebih lagi jika dihubungkan dengan program menurunkan berat badan.
Tidak ada yang istimewa dengan pola makan atau diet bagi penghidap diabetes, kerana secara umum sama dengan pola makan sihat yang dianjurkan untuk semua orang:
- Mengandungi nutrisi tinggi
- Rendah lemak, dan
- Rendah kalori / mengandungi kalori secukupnya
Itu adalah pola makan sihat untuk siapa saja.
.
Akan tetapi perbezaan utamanya adalah pesakit diabetes harus lebih memperhatikan pilihan makanan yang akan dimakan, khususnya karbohidrat.
.
Tips diet kencing manis 1: Ambil makanan berserat tinggi & karbohidrat kompleks
Karbohidrat meberikan pengaruh besar terhadap kadar gula dalam darah.
.
Bukan bermakna pesakit diabetes harus mengelakkan karbohidrat sama sekali, melainkan teliti dalam memilih jenis karbohidrat yang dimakan. (Baca cara merawat diabetes yang lebih baik!)
.
Secara umum, dianjurkan untuk mengambil karbohidrat kompleks dan berserat tinggi, kerana akan lebih lambat dihuraikan oleh pencernaan sehingga membantu menjaga tahap gula darah.
.
Selain itu, karbohidrat kompleks akan memberikan tenaga yang lebih bagi tubuh dan membuat kita merasa kenyang lebih lama.
.
Hadkan nasi putih, pasta, soda, alkohol, makanan yang mengandungi pemanis atau gula yang berlebihan, dan juga sebahagian besar makanan ringan (snack).
.
Sebaliknya, akan lebih baik jika pesakit diabetes mengambil nasi merah, gandum (ceral dan roti gandum murni), dan juga cereal yang mengandungi serat dan nutrisi tinggi.
Di samping pengambilan karbohidrat, perbanyak juga pengambilan sayur dan buah-buahan segar.
.
Sayur-sayuran memberikan nutrisi yang penting, misalnya saja brokoli dan bayam, yang memang disyorkan untuk pesakit kencing manis. (Banyak lagi makanan & amalan yang bagus diambil sebagai ubat terbaik mengawal gula!)
.
Begitu pula dengan buah-buahan seperti epal, pir, pic, dan buah beri, baik itu dimakan secara langsung, atau dibuat jus segar murni (tanpa gula).
Tips diet kencing manis 2: Kurangkan & berhati hati dengan makanan & minuman yang manis
Pola makan untuk diabetes tidak bererti mengelakkan gula sama sekali. (Sumber dari diabetes.org.uk)
.
Pesakit kencing manis tetap boleh memakan makanan kegemarannya yang manis-manis, termasuk saat dijadikan sebagai hidangan penutup saat makan bersama keluarga.
.
Kuncinya adalah: makan secukupnya dan tidak berlebihan.
.
Tips untuk tetap mengambil makanan yang manis adalah dengan mengambilnya ketika jam makan (sebagai penutup), dan tidak dimakan sebagai makanan ringan di luar jam makan.
.
Pertimbangkan untuk mengurangkan bahagian hidangan utama jika ingin mengambil makanan manis selepas, kerana makanan yang manis akan memberikan tambahan karbohidrat.
Selain itu, kurangkan minuman berkarbonat dan elakkan alkohol. Orang islam sepatutnya tiada masalah untuk mengelakkan arak kerana arak di haramkan dalam agama kita. (Baca cara mengelakkan kencing manis dari menjadi semakin buruk!)
Tips diet kencing manis 3: Memilih pengambilan lemak dengan bijak
Lemak boleh bermanfaat untuk diet, tetapi juga boleh berbahaya.
.
Beberapa jenis lemak tidak menyihatkan bagi tubuh, dan beberapa jenis lain memberikan manfaat yang sangat baik bagi kesihatan.
.
Pesakit diabetes mempunyai risiko mengalami penyakit jantung, oleh kerana itu bijaklah dalam memilih lemak yang dimakan.
.
Mengenal jenis-jenis lemak yang sihat dan tidak sihat akan sangat baik untuk pesakit diabetes dan keluarga.
a. Lemak yang baik & sihat
.
Lemak yang terbaik adalah lemak tak tepu, yang banyak didapati pada tumbuhan dan ikan.
.
Sumber utama yang popular adalah minya olive, kacang-kacangan, kacang soya dan susu soya, dan juga avokado.
.
Selain itu, disyorkan untuk mengambil omega-3 (asid lemak omega-3) yang sangat baik bagi metabolisme tubuh dan menjaga kesihatan otak dan jantung.
.
Sumber omega-3 yang tinggi dapat dijumpai pada ikan salmo, ikan tuna dan juga biji bunga matahari.
.
b. Lemak yang tidak sihat
.
Terbalik dari yang di atas, lemak yang tidak disyorkan dalam diet sihat, terlebih bagi pesakit diabetes, adalah lemak tepu (saturated fats).
.
Lemak ini dijumpai pada daging merah / mentah, telur, keju, mentega, susu pembungkusan, ais krim dan juga pada banyak makanan ringan (snack).
.
Lemak tepu bukannya tidak sihat sama sekali, kerana jenis-jenis makanan yang mengandungi lemak tepu diatas juga memberikan nutrisi dan vitamin yang penting bagi tubuh.
.
Hanya saja, bagi pesakit diabetes, jenis lemak tepu akan meningkatkan kadar kolesterol dalam tubuh, serta meningkatkan risiko penyakit jantung.
.
Oleh kerana itu lebih baik jika memberikan batasan yang bijak terhadap jenis lemak tertentu agar membantu dalam mengawal diabetes dan tahap gula darah.
.
Tips diet kencing manis 4: Makan secara teratur dan membuat catatan harian
Menurunkan berat badan tidak harus dilakukan dengan 'kelaparan' dan melewatkan jam makan.
.
Bagi pesakit diabetes, menurunkan sedikit berat badan berlebihan sangat berpengaruh dalam mengawal kadar gula darah, namun melewatkan jam makan sama sekali tidak masuk dalam program tersebut.
.
Begitu pula dalam jenis diet sihat lain.
.
Kajian menunjukkan bahawa kejayaan menurunkan berat badan secara sihat adalah dengan makan secara teratur, serta membuat catatan harian tentang makanan yang dimakan.
.
Makan secara teratur bererti makan 3 kali sehari, serta 2 kali makan ringan (snek) di antara jam makan.
.
Kadar gula darah dan berat badan dalam tubuh akan terkawal dengan sendirinya jika mendapatkan pengambilan makanan sihat secara teratur.
.
Yang perlu diperhatikan adalah hidangan dan jenis makanan yang dimakan ketika jam makan dan makanan ringan.
i. Jangan lewatkan sarapan / makan pagi
Mulakan setiap hari dengan sarapan yang sihat. Sarapan setiap hari akan memastikan badan mempunyai cukup tenaga untuk beraktiviti, serta membantu menjaga kadar gula darah tetap normal. Rasa lapar akibat melewatkan sarapan cenderung membuat seseorang makan tengah hari dengan hidangan berlebihan.
ii. Makan teratur, dengan hidangan secukupnya
Tetaplah makan dengan teratur, namun dengan hidangan kecil atau secukupnya. Makan teratur memastikan tubuh tidak kelaparan sehingga hidangan makan tetap terjaga setiap masa.
iii. Jaga pengambilan kalori yang tetap
Menjaga pengambilan kalori yang tetap setiap harinya akan membantu menjaga tahap gula darah tetap stabil.
.
Hal tersebut lebih baik berbanding dengan mengambil banyak kalori di satu hari atau di satu jam makan dan ketinggalan di waktu lain.
iv. Buatlah catatan harian
Membuat catatan harian mengenai makanan yang dimakan terbukti berkesan dalam diet menurunkan berat badan. Mengapa?
Alasan utama adalah rakaman harian tersebut membantu mengenal pasti masalah / kesan makanan yang dimakan dan membantu dalam proses penilaian program diet.
.
Ini kerana kita dengan mudah boleh membandingkan jenis makanan, hidangan, serta waktu makan dengan kejayaan program menurunkan berat badan.
.
Tabiat makan sihat di atas sebenarnya berlaku bagi siapa saja yang ingin sihat.
.
Tidak ada yang khusus bagi pesakit diabetes selain lebih memberi perhatian kepada pengambilan karbohidrat dan menjaga berat badan tetap normal.
.
Selain pola makan atau diet di atas, lakukan juga sukan secara teratur, sekurang-kurangnya 15-30 minit setiap harinya. Sukan ringan seperti berjalan, jogging, dan berbasikal pun akan memberikan kesan positif bagi tubuh, dan membantu bagi dalam mengawal diabetes.
.
3 Mei 2017 T5 C13
.
3 Mei 2017 T5 C13