Pinjaman Kenderaan Kad Kredit & Perumahan Punca Belia Muflis!

Assalamualaikum Wrmbt, Kalau sebelum ni Mama cerita tentang kepentingan takaful

Hari ni nak cerita tentang kewangan peribadi

kebelakangan ni mama baca di dada akhbar

pinjaman hutang punca ramai muflis

Tak kiralah surat khabar warna apa

Ramai muda belia baru masuk kerja dah muflis dan bankrap

Kesihatan fizikal memang memang tip top. Tak ada kencing manis & kanser

Tapi kewangan memang nazak lah. Kena rawatan rapi ni

Naik risau mama baca semua ni

Memang tak manis, muda muda dah muflis

Mama sertakan beberapa petikan dari 3 akhbar tempatan di bawah

Semua laporan baru lagi

Laporan akhbar belia bankrap kerana pinjaman 2017

Sumber pertama dari The star, tarikh 13 Nov 2017

Baru lagi ni

1 bulan lebih, cuba lihat gambar di bawah

belia muflis kerana pinjaman

Ada 4 kategori pinjaman yang menyebabkan ramai orang muda muflis menurut sumber thestar

4 jenis pinjaman ini ialah
  1. Pinjaman kereta 27%
  2. Pinjaman peribadi 26%
  3. Pinjaman rumah 17%
  4. Pinjaman perniagaan 10%
Memang mengejutkan lah kan, sebab baru nak kenal dunia dah muflis

Menurut laporan ini


Antara punca orang muda zaman sekarang yang yang muflis kerana

  1. Mereka mahu semuanya dengan cepat
  2. Suka bermewah mewah (Pakai barang berjenama
  3. Tabiat menggunakan kad kredit yang kurang bijak

Mama pasti kita semua perasan


Sekarang ni kalau kita lihat di drama

Gaya hidup mewah & boros dalam tv mempengaruhi orang muda boros berbelanja

Contohnya mengambil pinjaman peribadi untuk bercuti ke luar negara

Ataupun beli baju yang melampau mahal, sehelai jubah boleh sampai RM500

Belum masuk aksesori lain lagi

Sedangkan kawan kawan Mama pun ramai juga yang begini

Mama dapat melancong dalam negara (Cameron & Melaka) pun dah cukup bersyukur

Nak naik tiket flight & penerbangan lagi

Sebelum pergi dah survey harga hotel & flight betul betul

Cek di laman web dulu. Dah puas hati baru beli


Belum tambah lagi dengan kegilaan membeli alat gajet terkini yang terlalu cepat berubah

Dan semestinya nak majlis perkahwinan yang mewah

Ala artis

Rata rata yang bankrap ni berusia dibawah 30 an tau

Dan

Negeri yang paling ramai orang muflis adalah seperti berikut
  1. Selangor 72,114
  2. Wilayah Persekutuan 46,377
  3. Johor Baru 41,179
  4. Pulau Pinang 22,136
Itulah kan

Kalau beli rumah untuk pelaburan pun perlukan ilmu yang betul

Salah beli rumah, daripada jadi pelaburan. Terbalik jadi beban

Sebab kami dah borak lama dengan kontraktor rumah yang banyak buat projek untuk orang muda

Kebanyakannya memang berselera besar

Dah buat pinjaman rumah 1 hal, lepas tu buat personal loan untuk ubah suai lagi

Nak besarkan dapur

Nak tukar perabot dan bermacam macam lagi

Memang lah tetamu datang rumah nampak kita dah berjaya

Senyum manis lebar terukir di muka

Tapi akaun bank kita tiap bulan kering

Sekarang ni kita lihat pula laporan di akhbar Harian metro, bertarikh 2 Nov 2017

Ramai muflis sebab hutang 3 serangkai

Hutang kereta, rumah & pinjaman peribadi



Pinjaman kereta punca utama ramai muflis

pinjaman kenderaan rumah punca muflis

Dalam laporan tersebut, TPM ada mengulas
“Ada pihak yang mengatakan peningkatan kos sara hidup kini mendesak golongan belia berhutang, siapa di antara kita tidak pernah berhutang? Tidak semua boleh membeli rumah atau kereta dengan tunai"
“Hutang sebenarnya adalah komitmen tetapi menjadi satu bebanan kalau pengurusan kewangan tidak cekap. Jadi berbelanja mengikut kemampuan bukan sedap hati,” 
Nak berhutang ni perlu ada rasa tanggunjawab yang tinggi

Sedangkan dalam islam

Orang yang mati syahid pun boleh tergantung tak bertali kerana hutang

Oklah

Mama dah petik 2 sumber akhbar manusia

Sekarang ni

Apa sumber paling muktamad tentang hutang

Mestilah Al Quran kan

Ayat Al Quran tentang hutang & Pinjaman

Ayat paling panjang dalam Al Quran ada dalam surah al baqarah

1 muka surat tentang hutang sahaja


Ini ayat tersebut, Surah Al Baqarah ayat 282 & 283

Apa maksud ayat ni

Panjang tau

Maksud ayat 282 & 283 Surah Al Baqarah 

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. 

Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. 

Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), 

Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Rabbnya, dan jangan-lah dia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. 

Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. 

Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). 

Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, 

Supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. 

Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. 

Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. 

(Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. 

Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. 

Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 

Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh yang berpiutang). 

Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Rabbnya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. 

Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” 

(Al-Baqarah: 282-283).

Habis sudah

Betapa beratnya kita kena tanggung soal hutang ni

Sebab itu Allah SWT pun peringatkan kita

Kesimpulan

Kalaulah orang muda zaman sekarang sedar

Betapa beratnya beban hutang ni

Bukan setakat di dunia, malah di akhirat lagi

Pasti kita akan berhati hati.

Yang dah lepas tu sudah lah, sekarang ni kita fokus nak selesaikan hutang

Kita mohon pada yang maha kaya untuk batu kita selesaikan hutang

Doa langsaikan hutang & pinjaman yang sahih

Ini dia doa muktabar yang sahih dari Rasulullah SAW untuk selesaikan hutang

Amalkan selalu lepas solat

doa langsaikan hutang piutang dan pinjaman

Tak panjang pun doa ni

Baca dan hayati maksud doa ini, moga moga Allah bukakan pintu rezeki dan rahmatnya

Supaya kita dapat selesaikan hutang

Wallahualam

Pinjaman Kenderaan Kad Kredit & Perumahan Punca Belia Muflis! Reviewed by Mama Hakim on June 08, 2019 Rating: 5
All Rights Reserved by Nikmat Terbaik | Bina rumah | Skincare review © 2017 - 2020
Powered By Blogger, Designed by Nikmatterbaik

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.