"Zaman sekarang ni, ramai kena penyakit kronik seperti kanser & sakit buah pinggang"
[post_ad]
Keluarga terdekat Mama pun ada diuji dengan kanser. Tahu sajalah makanan zaman sekarang ni
Banyak pengawet & bahan kimia
Hospital kerajaan pun dah kena bayar
Dan diswastakan perlahan lahan
Arwah abang suami, terkena penyakit kanser usus 3 tahun lepas
Mujur dia ada ambil beberapa pelan takaful
- Takaful nyawa & penyakit kritikal
- Takaful pendidikan untuk anak anak
- Takaful rumah aka MRTA. Hutang rumah dah tak perlu bayar. Pengendali takaful bayar penuh pembiayaan 30 tahun tu
Mama bukan nak jual takaful ya
Ejen takaful pun jauh sekali
Tapi mengenangkan persediaan yang arwah dah buat
Sedikit sebanyak membantu anak anak nya di kemudian hari
Jadi
Sebab tu Mama kongsikan sedikit sebanyak
Maklumat mengenai takaful & kelebihannya
Bagi rujukan kami sekeluarga & rakan rakan pembaca
Semoga bermanfaat
Kepentingan perlindungan takaful?
[post_ad]
Perlindungan takaful amat penting bagi sebuah keluarga.
Ini memastikan kelangsungan hidup keluarga anda semasa diuji oleh Allah swt.
Saat sukar seperti ini memerlukan persediaan awal dan menjadi tanggungjawab suami isteri memastikan keluarga mereka diberikan perlindungan takaful terbaik setara dengan jumlah wang dikeluarkan.
Sesungguhnya ajaran islam mengajar kita untuk sentiasa melakukan terbaik dalam setiap pekerjaan.
Kelebihan perlindungan takaful meliputi aspek dunia dan akhirat.
Aspek dunia melalui persediaan menghadapi musibah dan membantu keluarga kita mengharungi hari hujan.
Aspek akhirat pula melalui konsep menderma (tabarru’) yang diamalkan oleh takaful yang berbentuk sedekah kepada sesama peserta takaful.
Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi 'Amru Jarir bin Abdullah r.a.
yang memuji tindakan sedemikian rupa di mana mafhumnya berbunyi:
"Barang siapa yang menunjukkan (mempermudahkan sesuatu urusan) perkara kebaikan, maka baginya pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya selepas itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya
(Riwayat Muslim)
Inilah konsep perlindungan takaful alternative kepada system insurans konvensional yang menggunapakai elemen perjudian dan nasib.
Selain ketakpastian yang bakal berlaku dalam kontrak yang ditandatangani.
Sebagaimana yang telah disebut tadi, aspek dunia dan akhirat menjadi keutamaan perlindungan takaful dan semestinya yang halal itu lebih baik daripada yang haram.
Ini kerana semua yang haram nerakalah tempatnya.
Berikutan pembangunan sektor takaful di Malaysia, syarikat takaful ikhlas turut serta mengambil peranan memastikan umat islam sedar akan kepentingan menyertai takaful dan menjauhkan diri dari riba dan kebinasaan yang dibawakannya.
Antara inisiatif yang dapat dilakukan oleh anda sebagi ketua keluarga adalah mendapatkan instrumen perlindungan yang betul.
Adalah penting bagi kita mengetahui jenis jenis perlindungan takaful yang terdapat dipasaran.
Secara umumnya adalah seperti berikut
1. Takaful hayat
Perlindungan takaful untuk penyakit kritikal dan kemalangan.
Jenis ini akan memberikan pampasan dari dana derma yang diwujudkan hasil perkongsian sesama peserta.
Polisi melindungi diri anda. Syarikat takaful bertugas sebagai pengurus dana ini.
Wang pampasan akan diberikan secara penuh aka lumpsum sekiranya perkara pokok didalam polisi terjadi kepada tuan punya polisi.
Pada hemat saya, ini adalah pelan perlindungan takaful asas paling penting untuk dilakukan oleh ketua keluarga.
Sanggupkah anda melihat senyuman di muka ahli keluarga tercinta direntap? |
Ketua keluarga perlu melindungi ahli keluarganya daripada terputus dana/sumber rezeki
Sekiranya ditakdirkan hal hal yang tidak diingini berlaku (seperti kehilangan nyawa dan diserang penyakit kritikal)
2. Medical card takaful
Jenis kedua pula adalah berlainan daripada takaful hayat.
Medical card takaful memberikan perlindungan bagi perbelanjaan yang berlaku untuk merawat penyakit di hospital dan sekiranya rawatan di wad diperlukan.
Duit pampasan tidak diberikan kepada anda tetapi kepada pihak hospital.
Anda tidak perlu mengeluarkan duit membayar bil perubatan hospital melainkan sekiranya medical card tersebut mengamalkan kaedah ko takaful.
Tanpa medical card, mampukah anda bertahan di hospital kerajaan? |
3. Takaful Kenderaan / Motor
Jenis pertama dan kedua melindungi diri peserta, perlindungan takaful motor pula mempunyai persamaan dengan medical card
Cuma ini adalah medical card bagi kereta anda jika berlaku kemalangan.
Kenderaan yang rosak akan dibaiki berdasarkan nilai perlindungan takaful.
Bengkel kereta akan meminta bayaran daripada syarikat takaful.
Anda tidak perlu mengeluarkan wang atas amaun premium yang dikeluarkan setiap tahun.
Bagi jenis ini, terdapat istilah NCD (non claim discount) bermaksud premium perlindungan yang perlu dibayar berkurangan saban tahun sekiranya tidak berlaku tuntutan kemalangan.
Kereta aset berharga. Lindungi ia dengan takaful motor |
4. Takaful Rumah (MLTT, MRTA & lain lain)
Takaful rumah ini akan membantu menyelesaikan pembiayaan perumahan yang dibuat oleh si mati
Inilah jenis pembiayaan yang arwah abang suami ambil
Memang betul
Sekarang ni
Rumah tu dah di bayar sepenuhnya
Sekurang kurangnya dah ada tempat berteduh untuk anak anak
Memang ada perbezaan MLTT & MRTA tu
Nak tahu beza kena tanya agen yang bertauliah & bertanggung jawab
Kesimpulan
Memang banyak syarikat takaful di luar sana
Dan banyak juga ejen takaful
Dari pengalaman Mama sendiri
Berhati hatilah memilih pelan & terutama sekali
Hati hati pilih ejen takaful
Sebab bukan semua senonoh pun. Cari yang betul betul bagus
Nak tahu bagus atau tidak, biasanya kawan kawan akan rekemen
Dari pengalaman lepas
Kita tak nak ejen biskut
Kita telah menerangkan secara ringkas jenis pelan perlindungan takaful yang perlu diambil bagi meminimakan kesan negatif jika menimpa.
Bertindaklah sekarang kerana sepertimana insurans, perlindungan takaful tidak dapat menolong kita selepas ditimpa musibah tidak kira sebanyak mana pun caruman yang sedia keluarkan selepas ia berlaku.
Bak kata bijak pandai zaman dahulu
Dan banyak juga ejen takaful
Dari pengalaman Mama sendiri
Berhati hatilah memilih pelan & terutama sekali
Hati hati pilih ejen takaful
Sebab bukan semua senonoh pun. Cari yang betul betul bagus
Nak tahu bagus atau tidak, biasanya kawan kawan akan rekemen
Dari pengalaman lepas
Kita tak nak ejen biskut
"Kejap ada, kejap tak ada"Di hujung artikel ini
Kita telah menerangkan secara ringkas jenis pelan perlindungan takaful yang perlu diambil bagi meminimakan kesan negatif jika menimpa.
Bertindaklah sekarang kerana sepertimana insurans, perlindungan takaful tidak dapat menolong kita selepas ditimpa musibah tidak kira sebanyak mana pun caruman yang sedia keluarkan selepas ia berlaku.
Bak kata bijak pandai zaman dahulu
“Sediakan payung sebelum hujan”Itulah kelebihan beringat bukan?