Skip to main content

5+ Pelembab wajah untuk kulit kering! Moisturizer mana yang paling bagus?

Pelembap muka untuk kulit kering

Moisturizer terbaik


Keadaan kulit kita yang kering dan kusam memang membimbangkan. Hati tu dah teringin sangat nak beli pelembap muka yang sesuai.


Hari ini Mama nak kongsikan pelembap untuk kulit kering yang paling bagus. Dan juga mesra bajet. Selamat mencuba.

Kulit anda kusam tak bermaya? Teruskan baca hingga ke hujung artikel untuk toner terbaik bagi kulit kering.



Review pelembab untuk kulit kering. Mana satu menjadi pilihan anda?




1. NEUTROGENA Neutrogena Hydro Boost Water Gel


pelembap NEUTROGENA Neutrogena Hydro Boost Water Gel


Anggaran harga di pasaran ~ RM61.88

Neutrogena® Hydro Boost Water Gel akan membantu untuk membekalkan semula kulit kering dengan air dan lembapan.

Ini akan memastikan ia kelihatan licin, lembut dan terhidrasi sepanjang hari. 

Formula gel air yang di gunakan dalam pelembap terlaris ini telah memenangi anugerah dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.

Hasilnya, ia akan memberikan penghidratan yang menyeluruh. 

Moisturizer terbaik ini juga mengandungi asid hyaluronik yang wujud di dalam kulit kita secara semulajadi dan bertindak sebagai span yang mampu menyerap sehingga 1,000 kali beratnya dalam air.


Formula ini akan meninggalkan kulit lebih lembut dan licin.

Selain itu, pelembap wajah ini bebas minyak, dan boleh mengenakan solekan selepas menggunakannya.

Ia juga tidak akan menyumbat liang roma (Non comedogenic) dan 100% bebas alkohol.



2. Cetaphil Daily Hydrating Losyen

Pelembap muka Cetaphil Daily Hydrating Losyen

Anggaran harga di farmasi ~ RM73.50

Krim pelembap muka untuk semua keperluan kita. Krim Pelembap Cetaphil adalah pelembap muka dan badan yang bagus untuk seisi keluarga.

Formula produk ini mengandungi bahan emolien dan humektan tambahan yang mampu mengikat air kepada kulit untuk menghalang kehilangan lembapan dan memberikan penghidratan yang tahan lebih lama. 

Ia nengandungi minyak badam manis, sejenis emolien semula jadi yang bagus untuk kulit.

Pelembap ini elok di gunakan setiap hari untuk mendapatkan penghidratan yang tahan lama. Ia sesuai untuk kulit kering dan sensitif.



3. Olay Regenerist Micro Sculpting Cream Face Moisturizer.

Pelembap muka Olay Regenerist Micro Sculpting Cream Face Moisturizer

Anggaran harga di drugstore ~ RM80.

Formula Pelembap Muka Mikro-Sculpting direka bentuk dengan bahan termaju anti-penuaan untuk menghasilkan kulit yang kurang kedutan walaupun dari hari pertama menggunakannya.

Krim pelembap Olay ini di rumuskan dengan 
  • Asid Hyaluronic
  • Amino-Peptides
  • Niacinamide (Vitamin B3)
  • Formula pengikat lembapan
Pelembap yang kaya dengan khasiat ini akan membuatkan kulit terhidrasi dengan segera, mengurangkan kesan garisan halus dan kedut di muka.
Ia juga akan membuatkan kulit kelihatan lebih gebu dengan memberikan air yang di perlukan kulit dan membuatkan kita kelihatan bertahun lebih muda.



4. Himalaya Intensive Moisturizing Cream.

Himalaya Intensive Moisturizing Cream

Anggaran harga bagi saiz 50ml adalah RM 20.45

Pelembap ini akan menyuburkan kulit kita dengan nutrien, memberikan perlindungan & memelihara kulit dari kekeringan.

Ia mampu melembap walaupun kawasan kulit yang sangat kering

Pelembap semulajadi yang berkesan yang di gunakan di dalam produk ini seperti minyak badam dan minyak Jojoba akan melembapkan bahagian kulit yang sangat kering. 

Trticum sativum pula adalah sumber semula jadi vitamin E yang sangat kaya akan memberikan khasiat untuk memastikan kulit kita lembut, halus dan melindungi dari kerosakan alam sekitar.




5. Vaseline Pure Jelly Petroleum.

Pelembap muka Vaseline Pure Jelly Petroleum.

Anggaran harga di Malaysia ~ RM4.86

Melindungi dan mengunci kelembapan untuk membantu mengembalikan hidrasi dan lembapan kulit kering.

Produk pelembap muka vaseline ini di hasilkan daripada 100% jeli petroleum tulen. Apa yang menarik, jeli ini telah menjalani proses 3 kali penulenan (Triple purified). 

Gunakan setiap hari untuk 
  • melembutkan kulit kering kita. 
  • Ia juga hypoallergenic.
  • Tidak akan menyumbat liang-liang (tidak komedogenik).
  • Mengurangkan penampilan kedutan halus kerana kulit kering
  • Membantu melindungi luka kecil, luka dan luka bakar
  • Melindungi kulit anda dari selaran matahari dan menggelupas
  • Melegakan ketidakselesaan dan kerengsaan kulit
  • Melembutkan kawasan kulit kasar seperti siku dan lutut
  • Melembapkan bibir untuk melegakan kulit menggelupas


6. Eucerin Ultra Sensitive Moisturizing Cream.

Pelembap muka Eucerin Ultra Sensitive Moisturizing Cream

Memberikan kulit kering kita kelegaan segera dan berpanjangan. Pelembap ini di reka khas untuk kulit kering yang sensitif dan boleh di gunakan siang dan malam.

Krim ini mengandungi bahan aktif bernama SymSitive untuk mengawal sensitiviti. 

Ia mudah dan cepat di serap kulit untuk memberikannya perlindungan daripada persekitaran. 

Formulasinya, bebas daripada bahan pengawet, tanpa paraben, bebas daripada parafin, tanpa wangian, bebas alkohol, tanpa pewarna dan bebas emulsi.



Kesimpulan moisturizer yang paling bagus.

Kulit kering memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Menggunakan pelembap yang sesuai akan membantu menjadikan kulit yang kusam kembali halus dan berseri seri.

Di harap senarai yang Mama berikan ini dapat membantu anda membuat pilihan. Lepas ini senanglah nak beli pelembab muka di farmasi / drugstore.

Jumpa lagi.

Comments

Syiera Firdaus said…
Nice sharing sis. Will be include into my wishlist. Syira guna ulfaa beauty ja.
Mek Onie said…
Yessss! Kulit kering ni kena gunakan produk yang more tu hydrate, soothing, moisturizes and firming. Selalu gunakan pelembap dan amalkan pakai sheet mask,hehe :)
Aisya Ismail said…
So far guna Vaceline je.. senang di bawa ke mana-mana dan tak tumpah. Tapi semua di atas selalu dapat good review.
Tengkubutang said…
Wah.. bagus ni.. tapi kalau ada senarai untuk pelembap kulit untuk yang ekzema atau psoriasis pun lagi ok.. TB kulit sensitif.. kena tengok dulu nak pakai pelembap apa.. huhu.. tapi cetaphil tu pernah la guna.. sesuai..
Abby Onety said…
NEUTROGENA Neutrogena Hydro Boost Water Gel
Sepertinya ini yg cocok sebab tak minyak dan boleh pakai bdak setelahnya dipakai
cindyrina said…
Kulit says combination. Yang paling rungsing bila my nose area kind of oily. Really hate it. This post really awesome and good tips.
Suria Amanda said…
Kulit SA combination dan kering..memang jenis oily jugak..sekarang gunakan product bare essentials dari Althea..sesekali guna eucerin...thanks for sharing dear
zuhaira nasrin said…
sekarang banyak produk moisturizer ni, noleh pilih mengikut kesesuaian ingredients dengan muka kita, anyway pproduk2 dekat atas ni banyak jugak good review. hehe
Hanny Abdullh said…
Sis kenkdg je alami kulit kering..selalu berminyak. La ni kalau kering sis pki moisturiser dr bodyshop je..sesuai gan kulit sis
Aliza Sara said…
my ultimate fave at the moment is neutrogena. best sngt kulit lepas pakai. hehe. buat masa sekarang mmg rutin harian
suka product Himalaya.. best2..

Popular posts from this blog

30 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & Menu sihat kawal gula!

Saya ada kencing manis. macam macam ubat & produk saya dah makan, Tapi gula masih tinggi! Mesti ramai yang alami dilema di atas kan. Susah betul nak kawal gula. Terutama sekali jika, tanda tanda diabetes yang kita alami makin teruk. Kebas kebas lah. Tak lena tidur malam sebab kerap kencing. Dan banyak lagi. Makanan pun dah tak boleh main makan.  Baca lebih lanjut tentang 10 tanda tanda penyakit kencing manis . Jadi, hari ini, Mama nak kongsikan makanan yang bagus untuk di ambil. Dan makanan yang wajib elak sungguh sungguh yang diilhamkan dari kajian mengenai cara hidup dengan diabetes di  NCBI & perkongsian di page Ibu Bijak Keluarga Sihat . 6 Makanan Yang Pantang Dimakan Pesakit Kencing Manis & 24 Sajian sedap pengawal gula darah.

Pencuci Muka Terbaik [9 Jenama Untuk kulit Berminyak & Berjerawat]

Susahnya nak cari pencuci muka yang sesuai! Entah mana silapnya. Makin cuci makin teruk jadinya. Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan.  Jadi, hari ini Mama akan kongsikan tips memilih facial cleanser / pencuci muka terbaik. Artikel ini terbahagi kepada bahagian berikut [KLIK untuk terus ke bahagian tersebut] Pencuci muka terbaik di Malaysia 1. Pencuci muka Safi 2. Pencuci muka Himalaya 3. Pencuci muka Cetaphil 4. Pencuci muka Nivea 5. Pencuci muka Garnier 6. Pencuci muka Anugerah 7. Pencuci muka lelaki 8. Pencuci muka T3 9. Pencuci muka Simple BONUS 1 - Penting untuk menggunakan pembersih muka yang betul? BONUS 2 - Tersalah pilih pencuci muka akan menyebabkan masalah jerawat? BONUS 3 - Cara memilih pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit kita? BONUS 4 - Jenis kulit & pencuci muka yang sesuai! BONUS 5 - Adakah kita memerlukan lebih daripada satu jenis pencuci muka untuk kegunaan harian? Pencuci muka terbaik di Malaysia. Ini 15 jenama pencuci mu

Ini 18 pencuci muka safi untuk kulit cantik! Cuci sungguh-sungguh

Hari ini Mama nak buat review tentang  pencuci muka  Safi yang terdapat di pasaran. Selalunya Mama akan lihat pencuci muka di farmasi seperti Watson & Guardian untuk bandingkan harga. Safi memang ada mengeluarkan banyak jenis pencuci muka untuk pelbagai kegunaan di  rumah . Kebanyakannya khas untuk wanita macam kita. Dan ada juga pencuci muka safi untuk lelaki (Walaupun tak banyak) Di bawah ini Mama senaraikan pencuci muka safi yang boleh di  beli  & kegunaannya.