Pelan rumah banglo 2 tingkat 5 bilik tidur di tepi pantai bertemakan Bali!

Jika anda pernah ke Pulau Bali, mesti tertarik dengan senibina disana? Baca artikel ini sampai habis untuk pelan banglo dua tingkat dengan pengaruh bali!
pinjaman perumahan bank banglo 2 tingkat 5 bilik tema bali

Pulau Bali memang terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi perlancongan menarik.


Antara tarikan utama di sana adalah budaya & senibina bangunan yang harmoni dengan alam.

Sekiranya anda berminat dengan rekabentuk rumah Bali, kali ini Mama kongsikan pula reka bentuk rumah banglo mewah bertemakan ciri ciri tersebut.



Manfaatkan panduan design rumah banglo 2 tingkat termasuk pengaruhnya pada pinjaman perumahan & interior design Malaysia. Anda dijamin akan

  1. Mendapat pelan rumah banglo mewah 2 tingkat dengan 5 bilik tidur dengan pengaruh Bali.
    .
  2. Memahami aspek rekabentuk rumah yang baik untuk mengelakkan masalah selepas rumah siap.
    .
  3. Mengetahui cara mengelakkan rumah yang bakal dibina tidak melebihi bajet.
    .




Cadangan plan rumah banglo mewah 2 tingkat bercirikan Bali!

Rekaan rumah di dalam pelan ini sesuai didirikan di tepi pantai & dilengkapi dengan ciri ciri yang memanfaatkan lokasinya yang strategik.

Pengaruh bali itu dapat diperhatikan melalui penggunaan kayu pada rekaan rumah ini.

Rumah ini akan memaksimumkan penggunaan angin dari pantai dan menikmati permandangan pantai yang indah.
Baca ini jika anda masih belum jelas tentang pelan banglo: Tips memilih pelan rumah banglo 2 tingkat yang bagus rekaannya!

    pinjaman perumahan Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali perspekstif 2
    • Bagi memaksimumkan penggunaan angin pantai pada rumah ini, tingkap-tingkap dan bukaan rumah ini disertakan batu angin (louvers).

      Pengudaraan yang baik ini menjadikan rumah lebih nyaman, tak kira siang mahupun malam.
    pinjaman perumahan Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali perspekstif 3
    • Sangatlah rugi kalau rumah yang dibina di tepi pantai, tapi tak dapat menikmati permandangan matahari terbit & terbenam dari jendela.

      Sebab itu, tingkap-tingkap rumah ini bersaiz besar supaya kita dapat menikmati keindahan pantai dari dalam rumah.

      Kedudukan tingkap juga disusun sedemikian rupa supaya ruang dalaman rumah sentiasa disinari cahaya matahari.
      .
    Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali plan tingkat bawah
    Tingkat bawah rumah ini menempatkan 2 bilik tidur. Sesuai dijadikan bilik tetamu ataupun bilik untuk ahli keluarga yang sudah berusia.

    Senang mereka nak bergerak di dalam rumah, maklumlah dah berusia naik tangga pun susah.


    Gambar di bawah pula menunjukkan susun atur pelan lantai untuk tingkat satu yang mempunyai 3 bilik tidur.

    Rekaan ini memberikan privasi kepada keluarga tuan rumah & memudahkan penjagaan aurat ahli keluarga wanita.

    Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali plan tingkat satu
    • Rekaan rumah ini sangat luas iaitu 4508 kaki², sesuai untuk di jadikan resort house ataupun disewakan sebagai homestay mewah untuk venue hari keluarga besar.

      Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama sama keluarga seperti bersiar siar di tepi pantai, mandi manda ataupun mengadakan parti bbq.
      .
    Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali plan bumbung
    Pelan bumbung.

    Pelan banglo mewah 2 tingkat 5 bilik untuk kawasan pesisir pantai.

    1. Pandangan depan.

    Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali pandangan depan


    pinjaman perumahan Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali pandangan sisi kanan


    Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali pandangan kiri

    Pelan Rumah Banglo 2 Tingkat bali pandangan belakang


    Bagaimana pemilihan pelan rumah 2 tingkat mempengaruhi pinjaman perumahan kita?

    Membina rumah banglo 2 tingkat memang mempunyai banyak kelebihan, tapi banyak juga yang perlu kita pertimbangkan sebelum mendapatkan khidmat pelukis pelan.

    Di bawah ini Mama senaraikan faktor faktor tersebut.
    1. Berapa belanja yang kita mampu keluarkan untuk membina rumah?

      Pembinaan rumah 2 tingkat memakan belanja yang lebih besar dari kediaman setingkat. Memang kena sediakan belanja lebih.
      .
    2. Adakah kita menggunakan pembiayaan tunai ataupun pinjaman perumahan dari LPPSA / Bank?

      Jika kita menggunakan duit tunai, urusan pembinaan rumah tidak serumit menggunakan pembiayaan dari pihak ketiga seperti badan pinjaman perumahan kerajaan & bank.
      .
    3. Pastikan kita menggunakan islamic financing untuk pembinaan rumah (home financing). Barulah rumah yang dibina berkat dunia akhirat.

      Sekarang ni, terdapat pilihan untuk menggunakan pembiayaan yang patuh syariah, ataupun yang berasaskan riba' yang semestinya menindas kita sebagai peminjam.

      Menjadi kewajipan kepada kita umat islam untuk memilih yang halal & bebas riba.

      Instrumen pembiayaan islam telah menjadi pilihan mereka yang celik kewangan, termasuklah dari mereka yang bukan islam kerana terma yang lebih adil & tidak berat sebelah.

      Tetapi, kita masih perlu memahami syarat syaratnya dengan teliti sebelum memilih bank yang menepati kehendak kita.
      .
    4. Adakah pelukis pelan / arkitek yang melukis pelan rumah kita boleh mereka rumah yang setara dengan bajet kita?

      Kebanyakan arkitek tidak mampu menganggarkan harga binaan rumah sebenar, melainkan kita melibatkan kontraktor sejak peringkat awal rekabentuk rumah.

      Pastikan kita melibatkan kontraktor yang dipercayai sejak peringkat awal lagi.
      .
    5. Apa yang berlaku jika plan kediaman 2 tingkat yang kita telah siapkan & mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan sebenarnya melebihi bajet?

      Dalam kes ini, sama ada kita cari sumber pembiayaan lain untuk cukupkan harga untuk binaan rumah tersebut.

      Ataupun kita boleh ubah pelan rumah untuk bajet yang setara dengan kemampuan kita.

      Kesannya, kita terpaksa mengeluarkan belanja permohonan PBT semula untuk pelan rumah baru. Kan dah membazir duit.
      .

    Perlu ke khidmat interior designer untuk rumah macam ni?

    Kalau dah buat banglo mewah macam ni, sangat sayang tak manfaatkan kelebihan tanah yang dekat dengan pantai.

    Kita boleh dapatkan konsultasi pereka dalaman untuk layout & hiasan dalaman.

    Semua ini perlu diambil kira sewaktu melukis pelan rumah lagi.

    Di bawah ini Mama kongsikan beberapa gambar banglo yang mempunyai interior design khusus untuk rumah di tepi pantai.

    Lawa sungguh. Memang berbaloi dengan harganya.


    Interior design rumah tepi pantai 1

    Interior design rumah tepi pantai

    Interior design rumah tepi laut

    Interior design rumah tepi laut

    Bagaimana jika anda berminat dengan pelan rumah di atas, tapi nak ubah ikut kesesuaian sendiri?

    Apa yang Mama berikan di atas hanyalah contoh sahaja. Jika anda berminat dengan pelan rumah di atas, tetapi inginkan sentuhan peribadi untuk disesuaikan dengan citarasa sendiri.

    Mama rekemenkan anda untuk mendapatkan khidmat pelukis pelan bertauliah. Ataupun hubungi kontraktor rumah banglo berpengalaman seperti Nas Nuri Construction yang mempunyai arkitek sendiri.

    Insyaallah, mereka dapat membantu melukis pelan banglo yang memenuhi taste kita, dan pada masa yang sama bersesuaian dengan bajet. Dan boleh buat rumah tu sampai siap lagi.

    Akhir kata tentang pelan rumah banglo 2 tingkat lima bilik tidur.

    Sekiranya kita mempunyai tanah yang terletak di kawasan yang cantik, dan kita pun memang suka menikmati keindahan alam semulajadi. Rugi jika kita bina rumah yang tidak memanfaatkan kelebihan yang ada.

    Bayangkan, setiap kali kita pandang keluar dari jendela rumah terus dapat menatap permandangan matahari terbit & terbenam dari atas bukit.

    Sebab itu, pilihlah plan yang sesuai sebelum dapatkan pinjaman perumahan kerajaan & bank. Pastikan pembiayaan islamik baru berkat & diredhai Allah SWT.


    Jika anda ada sebarang soalan, dan atau ingin berkongsi pengalaman boleh manfaatkan kemudahan ruang komen di bawah. Jumpa lagi.
    Previous Post Next Post

    Contact Form