Assalamualaikum Wrmbt, Kalau sebelum ni Mama cerita tentang kepentingan takaful
Hari ni nak cerita tentang kewangan peribadi
kebelakangan ni mama baca di dada akhbar
Tak kiralah surat khabar warna apa
Ramai muda belia baru masuk kerja dah muflis dan bankrap
Kesihatan fizikal memang memang tip top. Tak ada kencing manis & kanser
Tapi kewangan memang nazak lah. Kena rawatan rapi ni
Naik risau mama baca semua ni
Memang tak manis, muda muda dah muflis
Mama sertakan beberapa petikan dari 3 akhbar tempatan di bawah
Semua laporan baru lagi
Laporan akhbar belia bankrap kerana pinjaman 2017
Sumber pertama dari The star, tarikh 13 Nov 2017
Baru lagi ni
1 bulan lebih, cuba lihat gambar di bawah
Ada 4 kategori pinjaman yang menyebabkan ramai orang muda muflis menurut sumber thestar
4 jenis pinjaman ini ialah
- Pinjaman kereta 27%
- Pinjaman peribadi 26%
- Pinjaman rumah 17%
- Pinjaman perniagaan 10%
Memang mengejutkan lah kan, sebab baru nak kenal dunia dah muflis
Menurut laporan ini
Antara punca orang muda zaman sekarang yang yang muflis kerana
- Mereka mahu semuanya dengan cepat
- Suka bermewah mewah (Pakai barang berjenama
- Tabiat menggunakan kad kredit yang kurang bijak
Mama pasti kita semua perasan
Sekarang ni kalau kita lihat di drama
Gaya hidup mewah & boros dalam tv mempengaruhi orang muda boros berbelanja
Contohnya mengambil pinjaman peribadi untuk bercuti ke luar negara
Ataupun beli baju yang melampau mahal, sehelai jubah boleh sampai RM500
Belum masuk aksesori lain lagi
Sedangkan kawan kawan Mama pun ramai juga yang begini
Mama dapat melancong dalam negara (Cameron & Melaka) pun dah cukup bersyukur
Nak naik tiket flight & penerbangan lagi
Sebelum pergi dah survey harga hotel & flight betul betul
Cek di laman web dulu. Dah puas hati baru beli
Sebelum pergi dah survey harga hotel & flight betul betul
Cek di laman web dulu. Dah puas hati baru beli
Belum tambah lagi dengan kegilaan membeli alat gajet terkini yang terlalu cepat berubah
Dan semestinya nak majlis perkahwinan yang mewah
Ala artis
Rata rata yang bankrap ni berusia dibawah 30 an tau
Dan
Negeri yang paling ramai orang muflis adalah seperti berikut
- Selangor 72,114
- Wilayah Persekutuan 46,377
- Johor Baru 41,179
- Pulau Pinang 22,136
Itulah kan
Kalau beli rumah untuk pelaburan pun perlukan ilmu yang betul
Salah beli rumah, daripada jadi pelaburan. Terbalik jadi beban
Sebab kami dah borak lama dengan kontraktor rumah yang banyak buat projek untuk orang muda
Kebanyakannya memang berselera besar
Dah buat pinjaman rumah 1 hal, lepas tu buat personal loan untuk ubah suai lagi
Nak besarkan dapur
Nak tukar perabot dan bermacam macam lagi
Memang lah tetamu datang rumah nampak kita dah berjaya
Senyum manis lebar terukir di muka
Tapi akaun bank kita tiap bulan kering
Sekarang ni kita lihat pula laporan di akhbar Harian metro, bertarikh 2 Nov 2017
Ramai muflis sebab hutang 3 serangkai
Hutang kereta, rumah & pinjaman peribadi
Pinjaman kereta punca utama ramai muflis
Dalam laporan tersebut, TPM ada mengulas
“Ada pihak yang mengatakan peningkatan kos sara hidup kini mendesak golongan belia berhutang, siapa di antara kita tidak pernah berhutang? Tidak semua boleh membeli rumah atau kereta dengan tunai"
“Hutang sebenarnya adalah komitmen tetapi menjadi satu bebanan kalau pengurusan kewangan tidak cekap. Jadi berbelanja mengikut kemampuan bukan sedap hati,”
Nak berhutang ni perlu ada rasa tanggunjawab yang tinggi
Sedangkan dalam islam
Orang yang mati syahid pun boleh tergantung tak bertali kerana hutang
Oklah
Mama dah petik 2 sumber akhbar manusia
Sekarang ni
Apa sumber paling muktamad tentang hutang
Mestilah Al Quran kan
Ayat Al Quran tentang hutang & Pinjaman
Ayat paling panjang dalam Al Quran ada dalam surah al baqarah
1 muka surat tentang hutang sahaja
Ini ayat tersebut, Surah Al Baqarah ayat 282 & 283
Apa maksud ayat ni
Panjang tau
Maksud ayat 282 & 283 Surah Al Baqarah
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya.
Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar.
Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah dia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu),
Dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Rabbnya, dan jangan-lah dia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.
Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur.
Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu).
Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai,
Supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya.
Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya.
Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu.
(Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya.
Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu.
Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang tanggungan yang dipegang (oleh yang berpiutang).
Akan tetapi jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Rabbnya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian.
Dan barangsiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah: 282-283).
Habis sudah
Betapa beratnya kita kena tanggung soal hutang ni
Sebab itu Allah SWT pun peringatkan kita
Kesimpulan
Kalaulah orang muda zaman sekarang sedar
Betapa beratnya beban hutang ni
Bukan setakat di dunia, malah di akhirat lagi
Pasti kita akan berhati hati.
Yang dah lepas tu sudah lah, sekarang ni kita fokus nak selesaikan hutang
Kita mohon pada yang maha kaya untuk batu kita selesaikan hutang
Doa langsaikan hutang & pinjaman yang sahih
Ini dia doa muktabar yang sahih dari Rasulullah SAW untuk selesaikan hutang
Amalkan selalu lepas solat
Tak panjang pun doa ni
Baca dan hayati maksud doa ini, moga moga Allah bukakan pintu rezeki dan rahmatnya
Supaya kita dapat selesaikan hutang
Wallahualam