6 Pelan rumah 2 tingkat 4 & 5 bilik tidur. Design plan banglo percuma untuk anda!

Anda sedang mencari pelan banglo 2 tingkat untuk rumah idaman? Baca artikel ini hingga habis untuk 6 contoh plan percuma!
interior design malaysia Rumah banglo 2 tingkat moden pinjaman perumahan

Buat rumah ni bukan boleh main main kan. Bila rumah dah siap dibina, nak ubahsuai akan makan banyak kos.

Apatah lagi jika rumah kita mempunyai sijil ccc.

Sebab itu, penting untuk kita pilih betul betul pelan rumah yang ingin dibina. Sama ada nak buat 1 atau 2 tingkat.

Di bawah ini, Mama kongsikan maklumat menarik tentang rumah 2 tingkat.


Ini artikel tentang pelan rumah 2 tingkat serta impaknya pada pinjaman perumahan & interior design. Baca sampai habis & anda dijamin

  1. Mengetahui kelebihan membina rumah 2 tingkat.
    .
  2. Faham kekurangan rumah 2 tingkat.
    .
  3. Mendapat 6 contoh pelan rumah 2 tingkat percuma hasil sumbangan kontraktor banglo berpengalaman.
    .




Pelan rumah 2 tingkat, panduan lengkap untuk tuan tanah.

Kenapa agaknya rekaan rumah untuk 2 tingkat disukai ramai? Mesti ada banyak kelebihannya.

Di bawah ini Mama senaraikan sebab sebabnya.

Kelebihan design rumah banglo 2 tingkat.

kelebihan rumah banglo 2 tingkat

1. Kita dapat memaksimakan penggunaan ruang bagi saiz tanah yang kecil. 

Dengan kenaikan harga tanah, terutama sekali di kawasan bandar pembinaan rumah 2 tingkat akan memberikan kita lebih banyak ruang jika dibandingkan dengan rumah 1 tingkat.

2. Permandangan persekitaran yang lebih baik.

Rumah 2 tingkat sangat sesuai didirikan di kawasan yang mempunyai persekitaran yang cantik. Contohnya di kawasan tanah tinggi dan juga di tepi pantai. Kita dapat menikmati permandangan alam semulajadi yang cantik.

3. Laman rumah yang lebih luas.

Pembinaan rumah 2 tingkat akan memberikan kita pilihan untuk mendapat laman rumah yang lebih luas. Ini kerana, kita dapat menjimatkan luas di tingkat pertama. Ruang yang dijimatkan ini boleh kita jadikan taman untuk menanam tumbuhan hiasan.

4. Lebih banyak pilihan rekabentuk rumah.

Jika dibandingkan dengan rumah setingkat, rumah 2 tingkat memberikan lebih banyak kebebasan kepada tuan tanah untuk merekabentuk rumah idaman. Kita boleh tambahkan beranda & menggunakan aksesori rumah yang lebih pelbagai.

5. Ruang keluarga & mudah menjaga aurat.

Bagi mereka yang dah berkeluarga dan juga beragama islam, sangat penting untuk kita menjaga batasan aurat antara tetamu dan ahli keluarga terutama sekali wanita. Kebiasaannya, bilik tetamu akan terletak di tingkat bawah. Manakala ruang keluarga pula terletak di tingkat satu. Lebih privasi. 

Sekarang kita lihat pula kelemahan untuk rumah bertingkat ni.




Kekurangan rumah sesebuah 2 tingkat.

kekurangan rumah 2 tingkat

Walaupun banyak manfaat yang kita terima dari rekaan banglo 2 tingkat, masih ada lagi kekurangannya.

Antara kelemahan yang perlu diambil kira sebelum membina rumah 2 tingkat ialah



1. Ruang untuk tangga.

Rumah 2 tingkat mesti mempunyai tangga untuk menghubungkan tingkat 1 dan 2.  Kesannya, tangga ini boleh memakan ruang yang banyak dan menambah kos binaan.

Tapi, kalau dibandingkan dengan kos membina rumah 1 tingkat dengan luas yang sama masih jauh lebih murah. Harga tanah kan mahal sekarang.



2. Risiko kemalangan. 

Rumah bertingkat akan mendatangkan risiko kemalangan untuk jatuh dari tempat tinggi. Terutama sekali di kawasan tangga. 

Golongan yang berisiko tinggi untuk jatuh disini ialah bayi & anak anak yang masih kecil, golongan tuan & semestinya ibu mengandung. 


Kita perlu memikirkan kesukaran yang perlu dialami sekiranya menjaga ibu bapa yang telah tua. Ataupun selepas kita berusia. 


Walaupun masalah ini boleh dihadapi dengan memasang lif, tetapi kos memasang & penyelenggaraan lif yang tinggi mestilah diambil kira.



3. Masa pembinaan yang lebih lama.

Membina rumah dua tingkat akan mengambil tempoh yang lebih lama berbanding rumah 1 tingkat.



Contoh pelan rumah banglo 2 tingkat dari Nas Nuri Construction Sdn Bhd.

Di bawah ini Mama kongsikan beberapa pelan lantai banglo 2 tingkat yang di kongsikan oleh sahabat kami di Nas Nuri Construction.


Contoh 1.


Pelan Banglo 2 Tingkat terkini yang mempunyai 4 bilik tidur & 5 bilik air.



Pelan Banglo 2 Tingkat. 4 Bilik Tidur & 5 Bilik Air


Rumah di atas mempunyai 4 bilik tidur & 5 bilik air. Jika anda nak melihat lebih lanjut, boleh klik link di bawah.
Contoh pelan percuma: Lihat Plan rumah banglo 4 bilik tidur, 2D & 3D sekarang!


Contoh 2.


Di bawah ini gambar 3D lakaran Banglo mewah 2 Tingkat. Sebuah contoh plan rumah 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air.



interior designer Pelan Banglo 2 Tingkat. 5 Bilik Tidur & 3 Bilik Air



Lukisan banglo di atas ialah plan rumah 5 bilik tidur. Rujuk link di bawah untuk perincian lanjut.
Contoh pelan percuma: Ini plan banglo dengan 5 bilik tidur termasuk lukisan 3D render.


Contoh 3.


Pelan reka bentuk banglo 2 tingkat modern.




Reka bentuk rumah 2 tingkat dalam lukisan di atas mempunyai 4 bilik tidur. Lihat lebih lanjut dalam link di bawah.
Contoh pelan percuma: Ini plan rumah dua tingkat dengan 4 bilik tidur.


Contoh 4.


Pelan banglo 2 tingkat moden.




Rumah banglo dalam lukisan di atas mempunyai 4 bilik tidur. Dapatkan pelan skematik & 3 dimensi rumah ini dalam link berikut.
Contoh pelan percuma: Pelan banglo untuk rumah 2 tingkat dengan 4 bilik tidur.


Contoh 5.


Pelan banglo 2 tingkat terkini.




Rumah ini mempunyai 5 bilik tidur. Sekiranya anda mahukan pelan skematik untuk rumah ini, boleh rujuk link dibawah.
Contoh pelan percuma: Plan banglo dua tingkat 5 bilik tidur.


Contoh 6.


Pelan dua tingkat mewah dengan sentuhan Bali. 



Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat imej render


Rumah banglo dalam lukisan di atas mempunyai 5 bilik tidur. 
Contoh pelan percuma: Pelan banglo untuk rumah 2 tingkat dengan 5 bilik tidur.


Kesan rumah 2 tingkat pada pinjaman perumahan?

Mama pasti selepas lihat gambar banglo cantik 2 tingkat di atas, mesti keinginan nak buat ni makin membuak buak.

Di bawah ini Mama nak kongsi sedikit kesannya pada pembiayaan perumahan yang kita buat.
  1. Kos membina rumah 2 tingkat lebih mahal dari rumah setingkat. Sekiranya lokasi tanah yang kita beli mahal, praktikal untuk buat rumah 2 tingkat.
    .
  2. Jika kita mewarisi tanah yang luas lebih baik kita buat rumah setingkat saja. Kita boleh dapat rumah yang lebih luas dengan harga yang sama.

    Kesannya pada pembiayaan rumah kita, hutang kita dengan bank lebih kecil.
    .
  3. Sekiranya harga tanah di kawasan yang kita beli masih murah, lebih praktikal kita beli tanah yang lebih luas untuk buat rumah setingkat.

    Kita dapat keluasan rumah yang sama pada harga yang lebih murah. Home financing kita juga lebih rendah.

Interior designer untuk rumah dua tingkat.

Seperti yang kita bincangkan di awal artikel ini, antara kelebihan rumah 2 aras ialah terdapat pengasingan ruang yang mudah antara aras satu dan dua. Ruang keluarga biasanya di aras satu.

Tuan rumah boleh mendapatkan bantuan interior designer Malaysia untuk susunan bilik & ruang rumah yang menjaga batas aurat ahli keluarga tuan rumah & tetamu yang datang berkunjung.

Contohnya, kedudukan pintu bilik air yang terdapat di dalam bilik tetamu. 

Masa yang sesuai untuk melibatkan khidmat rekabentuk dalaman, adalah dari peringkat awal. Seawal melukis pelan.

Input dari interior designer boleh diambil kira arkitek semasa proses ini & dapat memaksimakan penggunaan ruang rumah.

Kesimpulan tentang design rumah 2 tingkat.

Mama harap panduan ini dapat memberikan anda jawapan yang di cari cari. Sebelum menamatkan perkongsian kali ini, kita buat rumusan terlebih dulu
  1. Rekaan rumah dua tingkat bagus untuk memaksimakan ruang. Sangat sesuai digunakan untuk kawasan dengan harga tanah mahal seperti di bandar.
    .
  2. Rumah 2 tingkat memberikan permandangan persekitaran rumah yang lebih baik. Selain itu, kita juga dapat laman untuk anak anak bermain & menanam pokok hiasa.
    .
  3. Kita juga dapat mengasingkan ruang tetamu & keluarga dengan lebih mudah. Tak susah nak jaga aurat.
    .
Pun begitu, masih terdapat sedikit kekurangan yang perlu dipertimbangkan.
  1. Harga binaan rumah yang lebih mahal & ruang tangga yang memakan ruang.
    .
  2. Kesukaran untuk kita apabila tua nanti, susah nak naik tangga.
    .
  3. Risiko kemalangan kerana terjatuh dari tempat tinggi.
    .
Selain itu kita juga dah berikan 6 contoh pelan percuma berlainan tema & rekaan. 

Sampai juga kita di akhir artikel. Jika anda ada soalan ataupun cadangan topik untuk Mama kongsikan mengenai pembinaan rumah, boleh isikan di ruangan di bawah.

Jumpa lagi.

Previous Post Next Post

Contact Form