10 Pencuci Muka Terbaik di Watson 2020! Cuci sungguh sungguh

Memang banyak cleanser di Watson. Tapi.. Mana satu paling bagus untuk muka kita?
pencuci muka terbaik di watson

Memang banyak kajian dilakukan saintis tentang manfaat cleanser pada kulit muka, seperti dikongsikan NCBI

Dalam artikel ini Mama nak kongsi kepada pembaca semua, pencuci muka TOP 10 di Watson dari info yang diperolehi sendiri di laman rasmi Watson.
Anda nak beli cleanser muka di Watson yang paling bagus? Skin care terbaik untuk buang kotoran di kulit. Tak perlu rawatan kulit muka di klinik pakar kulit pun. Baca sungguh sungguh artikel ini untuk jawapannya!




TOP 10 Pencuci Muka di Watson yang paling laris!




Kita mulakan senarai ini dari kedudukan no 10. Mesti ramai tak sabar nak tahu brand pencuci muka apa paling laku di Watson?

Jawapannya ialah.

10. Eucerin Dermato Clean Refreshing Cleansing Gel 200ml

Pencuci muka terbaik di watson eucerin
Pencuci muka jenis gel dari Eucerin. Membersih muka tanpa buih.

Harga pencuci muka Eucerin RM47.16. Skin care terbaik low ph jenis jel (tanpa buih).



Pencuci muka di kedudukan no 10 dalam senarai ini adalah dari jenis gel. Ia membersihkan kulit dengan lembut & mencuci alat solek dengan berkesan.

Pencuci muka ph rendah mampu memelihara kesihatan lapisan perlindungan semulajadi kulit (sekitar ph 4.5 ~ 5.75).

Hasilnya, ia membantu kulit bernafas lebih mudah. Pencuci muka low ph sangat sesuai digunakan adik manis & akak akak yang kerja di pejabat.

Nak jaga penampilan kan. Tapi pada masa yang sama alat solekan yang dikenakan di muka mesti di bersihkan dengan sempurna setelah pulang ke rumah.



9. Ginvera Marvel White Clean Foam 100g

pencuci muka terbaik di watson ginvera
Harga pencuci muka ginvera RM16.22. Skincare terbaik dengan ekstrak teh hijau. Setiap cucian umpama rawatan kulit muka yang menyegarkan.
Pencuci muka ginvera membantu untuk membersihkan kulit secara mendalam.

Dengan tekstur yang sangat berbuih, ia memberikan kesan penyejukan semasa cucian.

Pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat dari Ginvera.

Baunya juga sangat menyegarkan. 

Kulit tidak akan kehilangan lembapan keterlaluan sehingga mengeringkannya. Gunakan produk ini untuk membersihkan kekotoran yang terperangkap di liang roma  dan juga minyak berlebihan.

Dengan hilangnya 2 perkara di atas yang boleh menyumbat liang-liang dan menjadi punca kepada bintik hitam dan jerawat, kulit kita akan kelihatan lebih cantik. Siapa cakap nak cantik mesti kena dapatkan servis klinik pakar kulit kan? Kalau kena gaya, pakai produk yang sesuai di watson pun umpama dapat rawatan kulit di spa.

8. Oxy Oil Control Charcoal Wash 50g

pencuci muka terbaik di watson oxy
Harga pencuci muka oxy RM8.67

Jenama yang dah lama berada di pasaran. Mama gunakan jenama ini dari usia remaja lagi. 

Pencuci muka ini dirumuskan dengan arang gred farmasi dari jepun yang bertindak seperti magnet untuk
  • Membersihkan liang roma secara mendalam dengan berkesan.
  • Menyerap minyak lebih berlebihan.
  • Menyerikan kulit.
Gunakan pencuci muka oxy jerawat untuk membersihkan kotoran dan minyak yang terperangkap dalam pori. Memberikan kawalan minyak yang lebih baik dan memastikan kulit segar lebih lama.

Pencuci ini juga mengandungi minyak zaitun untuk mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.

Pencuci muka seterusnya khusus untuk adik adik di sekolah menengah yang yang sedang meningkat usia.

Baru nak kenal dunia.


7. Nuteen Oil Away Cool Cleanser 100g.

Pencuci muka nuteen terbaik di watson
Harga pencuci muka nuteen RM10.29. Skin care terbaik untuk kulit remaja yang berjerawat.
Pencuci muka jenama Nuteen, seperti namanya di sasarkan khas untuk remaja. Gunakan pembersih ini untuk membersihkan kulit muka dengan lembut tanpa menyebabkan kulit menjadi terlalu kering.

Penggunaannya mampu mengurangkan pembentukan bintik hitam & jerawat. ia juga membantu kawalan & keseimbangan rembesan sebum dari kulit.


6. Olay Total Effects Cream Cleanser 100g

Harga pencuci muka Olay total effects RM15.84. Salah satu dari rangkaian produk skincare untuk melambatkan penuaan terbaik dari Olay.
Pencuci muka total effects dari olay menghilangkan kotoran dan debu pada setiap cucian, sambil mengembalikan kelembapan kulit dengan formula anti penuaannya.

pencuci muka olay terbaik di watson


Gunakan produk ini setiap hari untuk melawan 7 tanda-tanda penuaan berikut
  • Garisan halus dan kedutan.
  • Tekstur kulit yang kasar.
  • Tona kulit yang tidak sekata
  • Kulit kusam
  • Liang-liang yang ketara.
  • Bintik-bintik penuaan.
  • Kulit kering. 


5. Olay Regenerist Foam Cleanser 100g

Harga pencuci muka Olay RM17.45

Regenerist Cream CleanserDetoxify and resurface your skin at the cellular level for the beautifully regenerated look of a mini-professional treatment. 

Pencuci muka olay regenerist terbaik di watson


Gently exfoliates & helps improve skin texture.

Iklan jenama Olay memang banyak di tv dan media baru. Pencuci muka ini malaksanakan detoksifikasi & menyerikan semula kulit kita sehingga ke paras selular untuk memberikan hasil yang memuaskan hati kita.

Gunakan pencuci muka olay ini setiap hari untuk perlahan-lahan mengelupas & membantu memperbaiki tekstur kulit.


4. Freshel Clear Soap 130g

Harga pencuci muka Freshel RM28.30

Pernah dengar jenama freshel? Kalau tak pernah, mesti anda jarang beli barang di Watson.

Pencuci muka freshel terbaik di watson
Produk ini tidak boleh di beli di luar watson. Ia diformulakan dengan minyak istimewa untuk penjagaan kecantikan seperti 
  • Moroccan ghassoul 
  • Tanah liat putih 
Setiap kali kita menggunakannya, terhasillah buih-buih kaya yang melekap rapi pada kulit sambil menyerap kotoran & mengeluarkan kotoran secara berkesan dari liang roma tanpa menghilangkan kelembapannya.


3. Eversoft Skinz UV White Facial Foam 100g

Harga pencuci Muka Eversoft RM13.00

Antara jenama skincare yang di kenali rakyat Malaysia. Iklan pun kerap juga keluar di TV. 

Pembersih muka berbuih aktif & 99% berasaskan tumbuhan ini mampu membersihkan serta menghilangkan kekotoran dengan lembut.

Pencuci muka eversoft terbaik di watson
Di samping mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Ia membersihkan kulit kita secara mendalam & menjadikan kulit kita kelihatan lebih halus.

Jenama yang menduduki tempat no 2 best seller di Watson juga kurang dikenali umum.

Apakah ia?


2. Cremorlab Gentle Foaming Cleanser 145ml

Harga pencuci muka Cremorlab RM55.66

Satu lagi jenama skincare eksklusif di Watson. Pencuci muka Cremorlab dibuat dengan air mineral T.E.N. 

Pencuci muka cremolab terbaik di watson


Pembersih wajah berbuih ini lembut pada kulit, dan berkesan membersihkan kekotoran kulit dan meninggalkan kulit yang lembap selepas cucian.

Penuh dengan kebaikan vitamin dan mineral, formulasi ini adalah pembersih berkhasiat yang tidak akan menyebabkan kulit kering selepas penggunaan.


1. Ludeya Aqua Balance Hydrating Cleanser 150ml

Harga pencuci muka Ludeya RM37.65

Mungkin ada antara kita yang belum pernah dengar tentang jenama ini. Memang patut pun.

Sebabnya, produk ini adalah ekslusif di Watson. Ia di formula tanpa sabun dengan buih sederhana.

Pencuci muka ludeya terbaik di watson


Jadi ia tidak keras kepada kulit dan tidak mengganggu lapisan perlindungan semula jadi kulit selepas cucian.

Antara kelebihan lain pencuci wajah Ludeya kepada muka kita ialah
  • Berkesan membersihkan minyak dan kotoran yang terperangkap di dalam liang-liang. Minyak berlebihan dari kulit yang disingkirkan mencerah & memutihkan penampilan kita.
  • Kulit berasa sejuk dan segar selepas dicuci. 
  • Menyuburkan kulit dengan nutrien dan mineral botani yang berharga semasa mencuci. Penambah air untuk kulit untuk mengelakkan kekeringan.

Kesimpulan tentang pencuci muka yang terdapat di Watson.

Mama selalu beli barang skincare di Watson. Tak kiralah di kedai farmasinya. Ataupun secara dalam talian di laman e commerce yang bersepah di internet.

Dalam ni semuanya best seller di rangkaian Watson pada tarikh artikel ini.

Ada banyak lagi jenama yang tak tersenarai dalam senarai ini, tapi di jual di Watson. Tak semestinya tak ada dalam list ni, produk tu tak bagus. (Baca lebih lanjut tentang pencuci muka terbaik untuk pelbagai jenis kulit di sini!)

Mama senarai produk pencuci muka ini berdasarkan kriteria paling laris terjual.

Senarai ini pun tak muktamad. Esok lusa boleh berubah lagi. 



Kesihatan itu nikmat terbaik



Penulis / Editor: Ummu Hakim Amin

Mama suka berkongsi cerita tentang kecantikan wanita & juga rumah idaman. Topik kecantikan meliputi skincare & pemakanan yang sihat. Sihat luar & dalam barulah hidup ceria bermakna.

Menjadi impian pasangan suami isteri diluar sana untuk memiliki rumah banglo idaman hati. Mama kongsikan proses yang perlu dilalui dari A sampailah ke Z.

Dari proses melukis pelan rumah, mencari pembiayaan / pinjaman perumahan dari bank ataupun kerajaan. Pemilihan kontraktor rumah, interior design sampailah ke hiasan dalaman.

Selain menulis secara aktif di blog ini, Nikmatterbaik.blogspot.com, Mama juga salah seorang penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat bersama rakan beberapa lagi rakan blogger.

Previous Post Next Post

Contact Form